Anda di halaman 1dari 3

1) Sejarah perkembangan astronomi

Ahli astronomi

Sumbangan

Ptolemy

Ptolemy

mempertahankan

prinsip

geosentrik

dan

pergerakan memusat yang sekata (uniform circular motion) namun beliau menambah epicycles, deferents dan equants. Beliau mengatakan bahawa pergerakan planet mengikut bulatan yang kecil iaitu epicycle Plato Plato mengatakan bumi berbentuk sfera yang berputar pada kadar yang seragam. Ia membawa kepada kepercayaan pergerakan memusat yang sekata Aristotle Aristotle membuat anggaran mengenai saiz bumi adalah kira- kira 1/3 daripada saiz asalnya Beliau juga mempertahankan teori geosentrik iaitu matahari, bulan dan bintang mengelilingi bumi Copernicus Copernicus memperkenalkan teori heliosentrik iaitu matahari sebagai pusat sistem suria Teori ini menimbulkan kontroversi kerana bertentangan dengan ajaran gereja Beliau mempercayai bahawa bumi berputar di atas paksinya setahun sendiri dan mengelilingi matahari sekali

Galileo

Galileo

telah

membuat

inovasi

terhadap

teleskop

sehingga dapat memperbesar sehingga 30 kali ganda yang akhirnya membolehkannya membuat pemerhatian terhadap angkasa Beliau menemui bulan-bulan Jupiter, bentuk-bentuk

venus dan permukaan bulan melalui teleskopnya Tycho Tycho mengumpulkan pemerhatian lengkap mengenai kedudukan matahari, bulan, dan planet selama 20 tahun Beliau juga mencadangkan satu model sistem solar iaitu matahari dan bulan mengelilingi bumi dan planet dikelilingi oleh matahari

Kepler

Kepler mempelajari cerapan yang persis yang dilakukan oleh Tycho Brahe Beliau mengemukakan tiga hukum yang menerangkan pergerakan planet iaitu:

1) Orbit bagi setiap planet adalah elips dengan matahari berada di salah satu fokusnya. Maka, Kepler menolak kepercayaan pengikut Aristotle, Ptolemy dan Copernicus yang menyatakan bahawa planet bergerak dalam gerakan membulat. 2) Satu garis yang menyambungkan planet dengan

matahari mencakupi luas yang sama ketika selang masa yang sama apabila planet bergerak dalam orbit. Ini bermakna, planet bergerak lebih pantas ketika

menghampiri matahari manakala lebih perlahan ketika menjauhi matahari. Dengan hukumnya ini, Kepler memusnahkan teori astronomi Aristotle tentang

pergerakan planet yang seragam. 3) Kuasa dua bagi tempoh orbit planet berkadar terus dengan paksi semimajor kuasa tiga bagi orbit tersebut. Ini bukan sahaja bermakna orbit yang lebih besar mempunyai lebih lama tempohnya, tetapi juga kelajuan planet di orbit yang lebih besar adalah lebih lambat dari planet yang di orbit yang lebih kecil

Anda mungkin juga menyukai