Anda di halaman 1dari 18

International Campus KUALA LUMPUR

LAPORAN KAJIAN TOPIKAL


LATIHAN INDUSTRI
MRQS CONSULTANT No.12 Jalan Besi 1, Taman Sri Putri, 83000 Skudai, Johor Bahru.

NAMA NO KAD PENGENALAN NO MATRIK KURSUS

: ALIF ASYRAF BIN YUSOF : 911102-01-6239 : AD090071 : 3DDQ

KAJIAN TOPIKAL 2013


ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN NO. PERKARA 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 PENGHARGAAN PENDAHULUAN PENYATAAN MASALAH OBJEKTIF KAJIAN SKOP KAJIAN METODOLOGI KAJIAN ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN KESIMPULAN MukaSurat 2 3 4 4 4 5 6 17

ALIF ASYRAF BIN YUSOF 3 DDQ (51)

KAJIAN TOPIKAL 2013

PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dan selawat ke atas Nabi Muhammad, dengan berbesar hati saya berjaya menyiapkan laporan latihan industri ini dengan sebaik mungkin dan menamatkan latihan industri ini dengan baik.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Cik Zulikha binti Mohd Salim selaku penyelia yang sentiasa membantu dalam memberi tunjuk ajar kepada saya dan sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan saya sepanjang berada di firma ini di samping berkongsi pengalaman, pengajaran dan sokongan semasa saya menjalani latihan industri di firma ini.

Selain itu, saya ingin memberi setinggi-tinggi penghargaan kepada Arwah En. Mustaffa dan En. Saiful Bahari selaku pemilik firma yang sudi membenarkan saya menjalani latihan industri di firma ini serta dapat merasai pengalaman bekerja di firma ini.

Tidak dilupakan juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerani dan kakitangan MRQS Counsultant yang juga telah banyak membantu dalam pembelajaran saya dalam membuat kerja-kerja ukur bahan di bawah firma perunding sepanjang saya menjalani latihan industri di syarikat ini dan secara langusung dan tidak langsung turut membantu saya menyempurnakan laporan industri ini dengan lancar dan jayanya.

Terima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberikan.

Sekian terima kasih.

ALIF ASYRAF BIN YUSOF 3 DDQ (51)

KAJIAN TOPIKAL 2013

PENDAHULUAN
Lanjutan masa yang terkandung di dalam kontrak boleh di definasikan sebagai tempoh pemanjangan masa pembinaan dari tarikh yang telah dipersetejui dalam kontrak. Lanjutan masa ini dipohon oleh pihak kontraktor kepada klien dengan mengemukakan alas an yang munasabah seperti mana yang terkandung did lama kontrak dan mendapat sokongan pihak perunding dan juga Pegawai Penguasa atau arkitek. Lanjutan masa biasanya dipohon apabila berlaku beberapa perkara yang menyebabkan pihak kontraktor merasakan bahawa sesuatu projek pembinaan itu tidak dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Kontraktor bersikap sedemikian adalah disebabkan kerana ianya adalah diluar kawalan dan pemikiran manusia dan bukannya kesalahan pihak kontraktor. Kontraktor perlu memohon lanjutan masa apabila berlakunya perkara yang di luar kawalannya dan bakal menggangu perjalanan projek dan menyimpang dari jadual kerja. Sebab-sebab ini perlulah dikemukakan oleh pihak kontraktor kepada pegawai penguasa atau perunding lain bagi mendapatkan persetujuan dan kelulusan untuk lanjutan masa. Sekiranya berlaku kelewatan perjalan projek yang bukan disebabkan oleh kesalahan pihak kontraktor dan pihak perunding itu juga tidak mengemukakan permohonan lanjutan masa dengan sebab-sebab berlaku kelewatan itu maka kontraktor mestilah membayar ganti rugi mengikut jumlah yang terkandung dalam kontrak.

ALIF ASYRAF BIN YUSOF 3 DDQ (51)

KAJIAN TOPIKAL 2013


PERNYATAAN MASALAH

Dewasa kini, kebanyakkan pihak kontraktor memohon tempoh lanjutan masa. Hal ini adalah kerana mereka tidak mampu menyiapkan projek pembangunan dalam masa yang di tetapkan. Hal ini menjadi satu masalah kerana mereka mungkin akan dikenakan denda ataupun (LAD) jika mereka gagal untuk mendapatkan tempoh lanjutan masa.

OBJEKTIF 1. Mencari apakah punca-punca kontraktor memohon tempoh lanjutan masa. 2. Mencari langkah mencegah supaya tidak berlakunya tempoh lanjutan masa.

SKOP KAJIAN Skop kajian ini tertumpu kepada semua ahli perekabina yang terlibat, pihak klien dan yang paling utama pihak kontraktor.

ALIF ASYRAF BIN YUSOF 3 DDQ (51)

KAJIAN TOPIKAL 2013

Metodologi Kajian

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan kajian. Bagi melaksanakan kajian ini, metodologi kajian yang diguna pakai adalah seperti berikut:

1. Kaedah Kajian Kepustakaan

Kaedah ini merujuk kepada data dan maklumat yang diperoleh daripada sumber lain yang boleh dikumpulkan bagi sesuatu kajian lain tetapi boleh digunakan dalam kajian ini. Maklumat-maklumat ini boleh didapati daripada jabatan-jabatan kerajaan, buku-buku teks, majalah, jurnal, bahan-bahan tidak rasmi, internet, artikel dan surat-surat penting. Buku yang saya gunakan sebagai rujukan adalah Agreement and Conditions of PAM (Pertubuhan Arkitek Malaysia).

2. Kaedah Sumber Internet.

Saya telah mengambil beberapa informasi daripada internet untuk dijadikan sebagai bahan.

3. Kaedah Tembual

Saya juga telah menebual beberapa ahli perunding ukur bahan di pejabat saya untuk mendapatkan seberapa banyak yang boleh untuk dijadikan bahan kajian.

ALIF ASYRAF BIN YUSOF 3 DDQ (51)

KAJIAN TOPIKAL 2013

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

ALIF ASYRAF BIN YUSOF 3 DDQ (51)

KAJIAN TOPIKAL 2013


Punca-punca kelewatan secara umum:

Force Meajure Cuaca dan iklim buruk luar biasa Pertikaian dengan pemilik berjiran Perkara luar jangka Arahan perubahan kerja dari P.P Kelewatan pemilikan tapak bina Masalah dalaman kontraktor

Force meajure Disebabkan oleh force meajure (Act of God) iaitu sesuatu perkara yang berlaku diluar jangkaan seperti jerebu, rebit dan lain-lain kejadian diluar jangkaan. Cuaca dan iklim buruk luar biasa Keadaaan atau keburukan cuaca luar biasa seperti hujan batu, salji, kemarau, banjir kilat, rebut petir. Pertikaian dengan pemilik berjiran Arahan-arahan yang diberikan oleh Pegawai Penguasa yang berbangkit dari pertikaian dengan tuan tanah yang berhampiran dengan tapak bina sehingga mengakibatkan projek tergendala dan bukan disebabkan oleh kecuaian kontraktor. Perkara luar jangka Sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan kepada kerja-kerja yang disebabkan oleh perkara-perkara diluar jangkaan seperti kebakaran, letupan, tanah runtuh, tangki pecah. Arahan perubahan kerja daripada P.P Arahan-arahan Pegawai Penguasa yang dikeluarkan bersabit perubahan kerja bercanggah dalam dokumen kontrak. Kelewatan pemilikan tapak Kelambatan memberi Milik Tapak kepada kontraktor.

ALIF ASYRAF BIN YUSOF 3 DDQ (51)

KAJIAN TOPIKAL 2013


Masalah dalaman kontraktor Kontraktor tidak berupaya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dikwala olehnya untuk mendapatkan apa-apa barang yang diperlukan untuk menjalankan kerja.

Alasan yang membolehkan lanjutan masa

Di dalam kedua-dua borang PAM dan PWD 203 dan 203A, ada memperuntukkan jenis-jenis alas an yang munasabah yang boleh digunakan oleh pihak kontraktor bagi mendapatkan kelulusan untuk lanjutan masa. Alasan tersebut adalah alasan yang di luar kawalan dan jangkaan pihak kontraktor.

Pada amnya, alasan yang dikemukakan oleh pihak kontraktor adalah bagi kedua-dua jenis kontrak yang dinyatakan di atas. Alasan ini pula boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

Sebab-sebab yang terjadi berpunca daripada klien dan arkitek Sebab-sebab yang bukan kesalahan pihak klien dan juga pihak kontraktor Sebab-sebab yang terjadi berpunca daripada pihak klien dan arkitek

ALIF ASYRAF BIN YUSOF 3 DDQ (51)

KAJIAN TOPIKAL 2013

Borang PWD 203A

Borang PAM/ ISM 69

Alasan

Sub-fasal 43(e)

Sub-fasal 23(e)

Arahan-arahan Arkitek

Pegawai

Penguasa

atau

Arahan Pegawai Penguasa atau Arkitek berikutan dengan perubahan kerja,

percanggahan dalam dokumen kontrak dan sebagainya selagi ianya bukan disebabkan oleh kecuaian dan kemungkiran di pihak kontraktor.

Sub-fasal 43(f)

Sub-fasal 23(f)

Arahan yang lewat diterima Arahan Pegawai Penguasa atau Arkitek yang lewat diterima oleh pihak kontraktor yang mana ia sepatutnya diterima dalam masa yang wajar. Arahan ini termasuklah arahan berkenaan pembekal. dengan subkontraktor atau

Sub-fasal 43(i)

Sub-fasal 23(h)

Kelewatan ini berpunca dari pihak luaran seperti tukang dan artisan yang ditugaskan oleh pihak klien untuk menyediakan sesuatu item kerja yang mana kerja-kerja ini tidak termasuk dalam kontrak.

ALIF ASYRAF BIN YUSOF 3 DDQ (51)

KAJIAN TOPIKAL 2013


D Sub-fasal 43(g) Tiada Peruntukan Kelewatan milik tapak bina oleh pihak klien kepada kontraktor dari tarikh seperti mana yang tercatat di dalam surat setuju terima tender. Kelewatan ini akan menyebabkan projek lambat dimulakan.

10

ALIF ASYRAF BIN YUSOF 3 DDQ (51)

KAJIAN TOPIKAL 2013


Sebab-sebab yang bukan kesalahan pihak klien dan juga pihak kontraktor. Borang PWD 203A Borang PAM/ ISM 69 Alasan

Sub-fasal 43(a)

Fasal 23(a)

Force Majeour atau sebab yang di luar kawalan seperti berlakunya gempa bumi, banjir, ribut, tanah runtuh, peperangan dan sebagainya yang memaksa pihak kontraktor memberhentikan segala kerja pembinaan.

Fasal 43(b)

Fasal 23(b)

Berlakunya keadaan cuaca yang luar biasa yang tidak pernah terjadi pada musim tersebut. Akan tetapi ini tidak diambil kira sekiranya pembinaan tersebut dijalankan di Pantai Timur pada musim monsun kerana kontraktor dianggap telah mengambil kira risiko tersebut. Keadaan cuaca yang luar biasa ini bermaksud cuaca yang bertukar secara tiba-tiba semasa kerja-kerja pembinaan sedang berjalan pada musim bukan angin monsun. Perubahan cuaca yang berlaku daripada rekod cuaca lima tahun lepas juga diambil kira sebagai cuaca buruk yang luar biasa.

11

ALIF ASYRAF BIN YUSOF 3 DDQ (51)

KAJIAN TOPIKAL 2013

Fasal 43(b)

Fasal 23(b)

Arahan Pegawai Penguasa berhubung pertikaian tuan punya berjiran. Pertikaian tuan punya berjiran di sini menerangkan tentang gangguan yang mungkin dialami akibat dari kerja-kerja pembinaan yang dijalankan. Pihak

Pegawai Penguasa akan mengeluarkan arahan untuk memberhentikan kerja pembinaan buat sementara waktu akibat daripada aduan yang dibuat. Walaupun demikian pertikaian ini bukan berpunca daripada perbuatan atau kecuaian pihak kontraktor atau subkontraktor dinamakan.

Fasal 43(d)

Fasal 20(c)

Kerugian atau kerosakan akibat perkara luar jangka Apabila berlakunya sebarang perkara luar jangka atau kerosakan akibat daripada itu. Kerosakan akibat daripada tanah runtuh, ribut, banjir dan sebagainya ini akan memaksa pihak kontraktor memberhentikan kerja buat sementara waktu sehingga kerja-kerja pembaikan dapat diselesaikan dengan syarat

kerosakan itu berpunca daripada kecuaian pihak kontraktor. Contohnya bahan yang tidak disimpan di stor yang telah rosak sewaktu berlakunya banjir.

Fasal 43(h)

Fasal 23(d)

Berlakunya mogok pekerja Apabila pekerja menjalankan mogok yang

mengakibatkan kerja terpaksa ditangguhkan seperti penghantaran atau penyediaan bahan-bahan dan barang.

12

ALIF ASYRAF BIN YUSOF 3 DDQ (51)

KAJIAN TOPIKAL 2013

Fasal 43(j)

Fasal 23(j)

Ketidakupayaan pihak kontraktor Ketidakupayaan ini berpunca kerana berlakunya sebab-sebab yang di luar kawalan pihak kontraktor untuk mendapatkan barang-barang atau bahanbahan yang perlu bagi melaksanakan kerja

pembinaan.

Fasal 43(k)

Fasal 23(j)

Kelambatan pihak sub kontraktor atau pembekal. Berlakunya kelambatan kerja di pihak sub-kontraktor atau kelewatan penghantaran bahan atau barang oleh pihak pembekal dinamakan. Kelewatan ini akan memaksa perjalanan projek menyimpang dari jadual sehingga bahan atau barang diterima. Begitu juga akibat dari kelewatan pihak sub-kontraktor yang lambat menyiapkan kerja.

Sebab yang bukan berpunca daripada kedua-dua pihak samada klien mahupun kontraktor ini adalah berhak menerima kelulusan lanjutan masa sekiranya memenuhi syarat-syarat kontrak. Kontraktor tidak berhak menuntut kerugian yang dialaminya.

13

ALIF ASYRAF BIN YUSOF 3 DDQ (51)

KAJIAN TOPIKAL 2013

Langkah mencegah kelambatan masa dan kelewatan Terdapat beberapa langkah yang boleh di ambil untuk mengelakkan berlakunya kelewatan kerja.

I.

II.

III.

IV. V.

Perlaksanaan projek mestilah diberi tempoh yang munasabah bersesuaian dengan bangunan atau projek yang akan di bina. Peruntukan masa yang diberi mestilah sesuai bermula dari kerja-kerja penyiasatan tapak sehinggalah kerja-kerja pembinaan. Untuk mengelakkan berlakunya perkara diluar jangkaan seperti tanah runtuh, penyiasatan tapak dan tanah perlu dijalankan dengan terperinci dan mendalam bagi mengelakkan kejadian yang tidaj diingini berlaku. Lukisan-lukisan yang diperlukan mestilah diserahkan kepada kontraktor seawal yang mungkin bersama surat setuju terima agar kontraktor dapat merancang dan mengawal kerja dengan sebaik mungkin dan mencari bahan-bahan yang diperlukan. Pihak-pihak yang terlibat mestilah mempunyai hubungan yang baik dari peringkat awal sehingga akhir projek berjalan. Semasa membuat program kerja mestilah diberi peruntukan masa yang bersesuaian dan program kerja mestilah digunakan dengan sebaiknya dan mengikut jenis kerja yang disenaraikan.

14

ALIF ASYRAF BIN YUSOF 3 DDQ (51)

KAJIAN TOPIKAL 2013

Contoh projek: Cadangan Pembangunan Semula Bazar 2 Tingkat, Jalan Besar, 83100 Mukim Rengit, Daerah Batu Pahat, Johor Darul Takzim untuk Tetuanan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Klien: Majlis Amanah Rakyat Kontraktor: SASSBINA SDN. BHD Pihak Perunding Arkitek: Marzuki Mahadi Architect Civil: Perunding MLA Engineer: HSK Consult Quantity Surveyor: MRQS Consultant Harga kontrak: RM 1,755,005.10 Tempoh kontrak: 60 Minggu Tarikh milik tapak: 1 Disember 2011 Tarikh kerja siap: 24 Januari 2013

Kronologi bagi memohon E.O.T bagi projek ini:

Kontraktor memohon kelewatan masa Arkitek membuat pengesahan Pemaju / clain membuat pengesahan dari arkitek serta memberi kebenaran atau tidak

15

ALIF ASYRAF BIN YUSOF 3 DDQ (51)

KAJIAN TOPIKAL 2013

Permohonan Lanjutan Masa (E.O.T) No 1

Antara sebab sebab dimana menyebabkan pihak kontraktor memohon untuk melanjutkan masa ialah: Faktor cuaca Ini adalah kerana pada masa tersebut merupakan musim hujan yang mana menyebabkan kontraktor tidak dapat membuat kerja pembinaan seperti yang telah ditetapkan Kelewatan dalam mendapat kebenaran untuk masuk tapak ( Date of Possession) Kelewatan masuk tapak juga menjadi salah satu factor, dimana kontraktor perlu mangambil masa lebih kurang 4 bulan untuk masuk tapak. Keadaan tanah Keadaan tanah yang lembut akibat dari hujan yang lebat menyebabkan pihak

kontraktor tidak dapat memulakan kerja kerja penanaman curucuk. Kelewatan pihak kilang untuk mengeluarkan bahan bahan yang digunakan bagi tujuan pembinaan.

Pihak arkitek membuat kajian meminta bahan bukti seperti surat dari kontraktor. Meminta pihak kontraktor menghantar laporan cuaca Meminta surat dari dokumen kontrak Meminta pihak kontraktor mengemukakan laporan Kajian Tanah. (S .I Surat dari kilang yang menyatakan bahawa mereka lewat untuk mengeluarkan bahan yang di minta oleh kontraktor.

Pihak pemaju (MARA) dan arkitek berbincang dan membuat keputusan untuk membenarkan pihak kontraktor membuat lanjutan masa. Pihak pemaju membuat keputusan untuk memberi kebenaran lanjutan masa no1.

16

ALIF ASYRAF BIN YUSOF 3 DDQ (51)

KAJIAN TOPIKAL 2013

KESIMPULAN
Dalam setiap projek pembinaan,mesti akan timbul sebarang masalah secara tidak langsung menjejaskan perjalanan pembinaan.Oleh itu,syarat melanjutkan masa projek pembinaan telah dikeluarkan untuk memudahkan perjalanan projek supaya tidak tergopoh untuk mengejar tarikh siap projek.Jika ini berlaku,maka projek yang disiapkan itu mungkin tidak memuaskan.

17

ALIF ASYRAF BIN YUSOF 3 DDQ (51)

Anda mungkin juga menyukai