Anda di halaman 1dari 12

ASAS PERTOLONGAN CEMAS Keracunan

Apakah racun?
Racun

ialah sesuatu dalam bentuk pepejal, cecair atau gas apabila diserap oleh badan, dengan apa cara sekalipun, dengan berlebihan akan menyebabkan kerosakan pada organ dan seterusnya membawa maut.

Racun Pepejal Barbiturate (Overdos) Aspirin (Overdos) Racun tikus Buah-buahan beracun Cendawan beracun

Racun Cecair Bahan asid/alkali korosif Bahan petroleum Racun rumpai Racun serangga Dadah

Racun Gas Karbon Monoksida Karbon tetraklorida Asap Enjin Gas Sianida Gas Memasak

Melalui mulut (termakan)

Terminum/ suntikan/sentuhan
Masuk ke dalam badan tubuh

Disedut masuk paru-paru

Keracunan

Tanda-tanda dan gejala-gejala


a)

b)

c)
d) e) f)

Racun tertelan melalui saluran makanan menyebabkan lidah, mulut dan bibirnya terbakar, mangsa juga akan merasa sakit. Tertelan bahan petroleum: boleh dikenali dengan baunya. Sakit perut, mengadu loya, muntah atau cirit-birit. Mungkin menjadi tidak sedarkan diri. Kadangkala terjadinya sesak pernafasan dan asfiksia. Tabung atau sisa racun mungkin boleh didapati bersama-sama dengan mangsa.

Tertelan racun yang mengkakis (Korosif) dan Bahan Petroleum


Misalnya asid dan alkali yang kuat, bahan-bahan petroleum, detergen, kaustik soda, racun rumpai. Rawatan a) Jangan cuba jadikan mangsa itu muntah. b) Jika dia masih sedar diri, berikan banyak minuman susu atau air barli untuk mencairkan dan mengurangkan kekuatan racun itu. c) Jikalau mangsa itu tidak sedarkan diri, jangan berikan apa-apa melalui mulut. d) Jika pernafasan terhenti, mulakan bantuan pemulihan pernafasan. e) Hantarkan mangsa ke hospital dengan secepat mungkin dan bawalah bersama baki dan bekas racun, atau bahan muntahan jika ia boleh didapati.

Termakan racun yang Mengkakis (Tidak Korosif)

tidak

Termasuk cendawan beracun, buah-buahan beracun, aspirin, alkohol, ubat-ubat pil, racun serangga dan benda-benda lain yang tidak membakar. Rawatan a) Jika mangsa sedar diri, tanya ia apa yang berlaku dan keluarkan racun itu dengan membuat ia muntah mengikut cara-cara berikut:
1. 2.

3.

Jolokkan jari anda ke dalam mulutnya menggeletek anak tekaknya hingga ia muntah. Memberi mangsa itu minum segelas air bercampur dengan dua sudu garam biasa, ia menambah kecenderungan untuk muntah. Kemudian, beri minuman air susu atau barli pekat untuk menawar sebarang racun tertinggal di dalam perutnya.

dan suam akan yang yang

b)

Jika mangsa itu tidak sedarkan diri, jangan cuba jadikan ia muntah atau mencairkan racun. Sekiranya dia bernafas, letakkan mangsa dalam kedudukan koma. Jikalau pernafasan dan denyutan jantung berhenti, mulakan permulihan pernafasan secara mulut ke hidung dan pemulihan tekanan jantung.

I. II.

c)

d)

Bawalah sebarang benda yang didapati bersama-sama mangsa itu seperti baki racun, botol atau bekas racun dan bahan muntahan yang mungkin dapat menolong doktor untuk mengenal pasti jenis racun yang termakan supaya ubat penawar atau antidote tepat boleh diberi dengan lekas. Hantar mangsa ke hospital dengan secepat mungkin.

Tersedut Gas Beracun


Gas-gas beracun yang biasanya dijumpai ialah a) Karbon Monoksida daripada asap jentera. b) Methyl Bromide daripada peti sejuk yang bocor. c) Gas memasak berpunca daripada oven, tangki-tangki atau paip gas yang bocor. d) Nitrogen Oksida.

Tindakan rawatan
a)

menyelamat

dan

b) c)

d)
e)

Sebelum masuk ke bilik itu, tutup mulut dan hidung anda dengan kain basah kemudian, tarik nafas panjang dan tahan nafas anda. Masuk bilik itu dan bawa keluar mangsa itu ke tempat selamat. Pemeriksa pernafasan dan denyutan jantung mangsa, lakukan bantuan Pemulihan Pernafasan atau Pemulihan Kardio-Pulmonari (CPR) jika perlu. Letakkan mangsa dalam kedudukan koma jika dia bernafas. Aturkan pemindahan ke hospital dengan segera.

Ringkasan Rawatan Kes Keracunan


Tertelan Racun?
Mangsa yang sedar Mangsa yang tidak sedarkan diri

Tentukan Jenis Racun Tidak Mengkakis (Tidak Korosif) Jadikan dia muntah Mengkakis dan Jenis Petroleum Jangan galakkan dia muntah

Masih Bernafas Tiarapkan mangsa dalam kedudukan koma

Tidak Bernafas Mulakan Bantuan Pemulihan Pernafasan

Berikan minuman seperti air susu dan barli yang pekat

A. B.

C.

Memeriksa : Penafasan Denyutan Nadi dan Peringkat Tidak Sedar Diri Bawa bahan muntahan, bekas racun dan baki racun bersama-sama dengan mangsa ke Hospital. Segerakan mangsa ke Hospital yang terdekat.

Anda mungkin juga menyukai