Anda di halaman 1dari 3

CERPEN BAH UREI (BAHARUDDIN KAHAR) SOALAN STRUKTUR

.Apabila merasakan tiupan angin yang mengacah-acah dan mendengar deru pohonan yang kian nyaring dia didatangi rasa pilu dan kesal lagi. Segala-galanya seolah-seolah menikamkan kesakitan, menyerap jauh ke dalam pembuluh darah malah terapung-apung menghiris-hiris relung hatinya.

1) Nyatakan maksud gaya bahasa personifikasi. 2) Berdasarkan petikan berikan dua contoh gaya bahasa tersebut.

(2 markah) (4 markah)

SOALAN ESEI Berdasarkan cerpen Bah Urei, jawab soalan-soalan berikut; 1) Bincangkan 5 latar masyarakat dalam cerpen. 2) Jelaskan 5 perwatakan watak utama. (10 markah) (10 markah)

SKEMA JAWAPAN SAOLAN STRUKTUR SOALAN 1 2 JAWAPAN Personifikasi bermaksud memberikan sifat manusia kepada benda bukan manusia Dua contoh personafikasi berdasarkan petikan ialan: a) dia didatangi rasa pilu dan kesal b) angin yang mengacah-ngacah ARAS SOALAN Aras rendah Aras sederhana dan aras tinggi

SOALAN ESEI SOALAN 1 JAWAPAN Lima latar masyarakat dalam cepren: a) Masyarakat asli suku kaum Semai. Contohnya, Bah Urei merupakan lelaki orang asli suku kaum Semai yang masih mengamalkan adat suku kaumnya. b) Masyarakat yang berpegang pada janji. Contohnya, Bah Urei mengalami konflik jiwa yang hebat kerana gagal memelihara kubur isterinya Sirih dan pokok keledang lambang perkahwinan mereka kerana jalan raya akan dibina merentasi kubur isterinya. c) Masyarakat yang berfikiran terbuka. Misalnya, Tok Batin dan anak-anak buahnya bersetuju untuk menerima pembangunan yang akan dibuat di kampung mereka. d) Masyarakat yang penyayang. Misalnya, walaupun telah lama isterinya Sireh meninggal, Bah Urei tetap setia menjaga kubur isterinya. e) Masyarakat yang berani. Contohnya, Bah Urei merupakan seorang lelaki yang berani pada zaman mudanya. Dia pernah membunuh harimau hanya dengan menggunakan lembing. 2 Lima perwatakan watak utama ialah : a) Seorang yang setia. Bah Urei masih setia menjaga kubur Sirih walaupun isterinya telah lama meninggal dunia. b) Seorang yang berani. Bah Urei pernah membunuh seekor Aras tinggi ARAS SOALAN Aras rendah dan aras sederhana.

harimau yang besar dengan hanya menggunakan lembing semasa mudanya. c) Seorang yang mudah emosi. Bah Urei menangis ketika dia berusaha untuk menebang pokok keledang kerana ia lambang perkahwinannya dengan Sirih. d) Seorang yang menyayangi alam semulajadi. Bah Urei suka akan kehidupan di dalam hutan yang memberikan ketenangan kepadanya. e) Seorang yang suka bertindak terburu-buru. Bah Urei mengasah parang lalu pergi menyerang pekerja-pekerja yang ingin membersihkan kawasan hingga menyebabkan ada yang tercedera.

Anda mungkin juga menyukai