Anda di halaman 1dari 37

Perkembangan Tamadun Islam dan Asia telah melalui satu zaman yang gemilang dan berupaya menyumbangkan pemikiran,

penciptaan dan sebagainya kepada dunia. Tamadun Islam dan Asia menghadapi banyak cabaran yang besar dan paling hebatnya daripada Tamadun Barat. Pengaruh dunia barat telah menghilangkan identiti seseorang Islam dan Asia.

Sejarah penjajahan oleh kuasa Barat yang panjang merupakan sebab utama kenapa tamadun dan pengaruh Barat dapat bertapak di seluruh dunia sehingga membentuk identiti bangsa dunia. Penjajahan Barat yang terlalu lama telah : memberi kesan yang mendalam kepada aspekaspek ekonomi, politik dan nilai budaya masyarakat Islam dan Asia. mewujudkan perasaan rendah diri di kalangan masyarakat Islam dan Asia sehingga sejarah dan warisan dianggap seolah-olahnya ketinggalan zaman. mengubah orientasi pemikiran orang-orang Asia dan Islam sehingga Tamadun Barat diletakkan sebagai kemuncak kepada tamadun manusia.

Bentuk penjajahan baru masih ketara dan sedang berlaku dalam masyarakat Asia dan Islam walaupun telah mencapai kemerdekaan. meresapi fikiran masyarakat Asia dan masyarakat Islam sehingga berupaya mengubah identiti dan orientasi pemikiran mereka. Walaupun bentuk penjajahan baru ini tidaklah berbentuk ketenteraan atau penyerangan tentera seperti berlaku pada abad yang ke-15 sehingga pertengahan abad ke-20 tetapi ia masih mencabar masyarakat Asia dan Islam. Dominasi ini menyebabkan masyarakat Asia dan Islam masih berada di bawah cengkaman Barat tanpa disedari.

Globalisasi yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin Barat sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan kepada negara-negara lain di dunia kecuali Amerika Syarikat dan Tamadun Barat. Ini adalah kerana idea untuk melahirkan satu dunia yang tidak bersempadan dari semua aspek akan memberi peluang yang lebih kepada dominasi Barat ke atas negara-negara lain di dunia ini kerana kelebihan-kelebihan yang terdapat pada mereka. Globalisasi adalah agenda penjajahan Barat yang baru terhadap negara-negara lain di dunia ini, di mana Amerika Syarikat menjadi pelopor kepada agenda Barat ini dan melalui globalisasi ini Barat akan dapat menguasai setiap aspek kehidupan masyarakat dunia melalui pelbagai cara.

EKONOMI
POLITIK MEDIA

DOMINASI BARAT TERHADAP

BUDAYA

SISTEM NILAI DAN ETIKA

PEMIKIRAN

Dahulu penjajahan kuasa Barat hanya melibatkan negeri-negeri seperti India dijajahi oleh British, Vietnam dijajahi oleh Perancis, Filipina dijajahi oleh Amerika Syarikat tetapi kini kuasa Barat telah mendominasi di peringkat antarabangsa. Malahan, beberapa buah kuasa besar Barat menpunyai kuasa yang penting untuk menentukan hala tuju perkembangan politik dunia.

Amerika Syarikat merupakan kuasa terkuat yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu ( PBB ) bersama-sama dengan sekutu-sekutunya yang lain seperti Rusia, Perancis, United Kingdom, Jepun dan Negara China yang diberi kuasa veto untuk membatalkan sesuatu keputusan PBB. Walaupun, PBB merupakan sebuah badan politik dunia yang penting tetapi keputusan-keputusan yang dibuat hanyalah sekadar mengesahkan keputusan yang dibuat oleh negara-negara besar terutamanya Amerika Syarikat yang berusaha untuk mencapai objektifobjektifnya.

Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto untuk bertindak sendirian dan membelakangkan keputusan PBB. Contohnya dalam peristiwa pengeboman sudan dan Afghanistan pada tahun 1998 dan tindakan sekatan PBB kepada Iraq. Amerika Syarikat ingin menjadi polis dunia dengan bertindak melibatkan diri dalam hampir kesemua persengketaan wilayah dan antarabangsa contohnya seperti di Somalia, Bosnia Herzegovina, Palestine, Khasmir dan lain-lain yang menunjukkan bukti kepada dominasi global Amerika Syarikat ke atas masyarakat dunia.

Dasar campur tangan Amerika Syarikat ini masih berbaur sikap kuasa-kuasa penjajah Barat pada abadabad sebelumnya yang melaung-laungkan slogan white mans burden di mana mereka menganggap bahawa orang-orang Barat mempunyai tanggungjawab untuk mentamadunkan dunia. Kejayaan Amerika Syarikat mendominasi dunia dipengaruhi oleh faktor : Kekuatan dan kecanggihan persenjataannya ( berakhirnya Perang Dingin dan perpecahan Soviet Union, Amerika Syarikat tiada lagi mempunyai pesaing yang kuat dan kekuatan senjata nuklear moden yang dimiliki olehnya.)

Penjajah Barat telah mengeksploitasi sumber-sumber semula jadi wilayah yang dijajah, maka perkembangan hari ini turut menampakkan corak yang sama. Syarikat-syarikat multinasional dari Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, negara-negara Eropah dan kuasa besar Asia, iaitu Jepun telah menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa.

Syarikat-syarikat ini mendominasi : penggunaan sumber-sumber semulajadi pengeluaran hasil-hasil perindustrian perkembangan sains dan teknologi Syarikat-syarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank, pedagang-pedagang mata wang mengawal sistem kewangan antarabangsa dan pengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa meneruskan dunia dominasi Barat ke atas bangsa-bangsa yang lain. Pola dominasi ekonomi sedemikian disokong oleh institusi-institusi global seperti International Monetary Fund ( IMF ), Bank Dunia dan World Trade Organisation ( WTO ) bersama-sama dengan negara-negara Kumpulan GT.

Golongan ini : mencorakkan ekonomi dunia untuk memenuhi kehendak-kehendak mereka sebagai negara-negara perindustriaan. mengabaikan kebajikan negara-negara miskin menggunakan masyarakat manusia di negaranegara membangun dan mundur untuk memenuhi keperluan sumber tenaga manusia bagi mencapai kepentingan mereka. mengeksploitasi sumber-sumber negara Ini adalah agenda baru penjajahan Barat di sebalik gagasan perdagangan tanpa sempadan.

Media merupakan saluran informasi yang penting dalam era moden ini sama ada media cetak mahupun media elektronik. Kecanggihan dunia Barat dalam bidang teknologi komunikasi telah memberi peluang yang lebih luas kepada mereka untuk mendominasi penyebaran berita antarabangsa yang meliputi berita-berita politik, ekonomi dan dominasi Barat terhadap negara-negara dunia.

Media cetak dan elektronik adalah dimiliki oleh syarikat-syarikat gergasi yang berpusat di Barat dan peranan agensi berita Barat turut mengukuhkan lagi dominasi Barat. Agensi-agensi berita Barat ini menentukan bentuk persembahan berita yang lebih memihak kepada kuasakuasa tertentu dan kritikal terhadap negara-negara tertentu. Berita-berita yang disiarkan bukan semata-mata untuk menyampaikan maklumat tetapi untuk memenuhi kepentingan Barat, di mana menurut kacamata Barat segala tentang Asia adalah inferior dan segalanya tentang Islam adalah radikal dan fanatik.

Media digunakan oleh Barat untuk menyebarkan kepada dunia tentang keburukan Islam dan orang-orang Islam serta digambarkan sebagai pemberontak dan golongan yang menimbulkan kekecohan. Sekiranya berlaku peperangan di antara negara Barat dan negara Islam, negara Islam akan menjadi mangsa mahkamah media yang sentiasa menjatuhkan hukuman salah kepada negara Islam. Kebenaran berita-berita yang disampaikan telah dieksploitasi bagi menyokong sesuata kumpulan. Dalam zaman globalisasi ini peranan media adalah penting kerana menpengaruhi pemikiran manusia kerana pemikiran ini akan melahirkan tindakan-tindakan yang bersifat memihak kepada sesuatu kumpulan.

Laporan media ini juga boleh mencetuskan peperangan antara negara dan mewujudkan perselisihan faham yang melibatkan hubungan politik serta boleh menjejaskan ekonomi sesebuah negara. Media kini telah menjadi senjata penting bagi Tamadun Barat dalam usaha untuk mendominasi dunia.

Tamadun Barat turut mempengaruhi budaya Asia dan budaya Islam dalam pelbagai aspek terutamanya :

Hiburan :
- Di dunia pada hari ini kita dapati muzik, filem, nyanyian, kartun dan komik dari Barat terutamanya dari Amerika Syarikat telah menembusi pasaran dunia.

- Irama-irama muzik yang bising seperti rock n roll,

heavy mental dan sebagainya telah berjaya


mempengaruhi peminat-peminat muzik dunia hingga menyebabkan muzik-muzik Islam dan

Asia yang lebih tinggi nilai estetikanya terpencil


dan dipandang rendah oleh masyarakatnya. Cara dan gaya kehidupan : - Cara dan gaya kehidupan penghibur-penghibur

Barat menjadi ikutan anak-anak muda di seluruh


dunia.

- Penghibur-penghibur sanggup mengukir wajah dan nama-nama penghibur di baju-baju serta dindingdinding bilik mereka. - Gaya hidup yang negatif seperti menghisap dadah, terlibat dalam vandalisme, hubungan bebas antara

lelaki dengan wanita serta hubungan seks rambang


dan songsang tidak dihiraukan oleh peminat-peminat malahan menjadi ikutan serta telah pun menjalari masyarakat dunia.

- Kehidupan ini dianggap lambang ketamadunan

yang tinggi kerana manusia boleh bertolak ansur


terhadap golongan yang dilahirkan dengan segala kelainan cita rasa. - Budaya kehidupan ini telah menyeleweng daripada tatasusila kehidupan manusia normal tetapi ia

semakin kuat mempengaruhi generasi muda


sehingga budaya tempatan yang lebih sopan ditinggalkan.

- Globalisasi ini akan melahirkan satu budaya


yang hanya mendewa-dewakan budaya Barat yang telah runtuh dari segi nilai-nilai murninya.

Jenis dan budaya makanan :

- Pengaruh Barat juga telah mempengaruhi jenis


dan budaya makanan masyarakat dunia iaitu dari segi positifnya, pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati di negara-negara Asia dan Islam seperti spaghetti, pasta, minuman bergas

seperti coca-cola dan Pepsi.


- Dari sudut negatifnya pula, iklan-iklan makanan dan minuman yang tidak berkhasiat seperti

makanan ringan, minuman bergas dan makanan


segera ( fastfood) amat mempengaruhi minda masyarakat dunia

Pakaian :
- Pengaruh budaya Barat turut dapat dikesan dari segi pakaian.

- Fesyen pakaian Barat yang menjolok mata


semakin menjadi ikutan anak-anak muda di seluruh dunia malahan pakaian yang lebih

sopan yang sedia wujud dalam budaya


tempatan dianggap ketinggalan zaman. - Tambahan pula, segala perubahan fesyen yang berlaku di Barat terutamanya di Amerika Syarikat diikuti oleh anak-anak muda.

- Jenama-jenama alat-alat solek seperti Avon


Maybeline, Christian Dior dan jenama-jenama pakaian yang mahal seperti Versace, Bonia,

Padini turut menjadi pilihan anak-anak muda


tanpa memgira harganya yang mahal.

Tamadun Barat turut mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia. Penjajahan mental ini berlaku

secara tidak kita sedari dan penjajahan bentuk ini


amat sukar untuk dihapuskan. Banyak unsur-unsur Barat telah mempengaruhi pemikiran kita dan ia dimanifestasikan melalui perbuatan kita.

Perayaan :

- Pada 14 Februari setiap tahun, perayaan


Valentine telah diraikan dengan penuh meriah oleh golongan muda-mudi sebagai Hari Kekasih tanpa mengetahui kisah sebenar di sebalik tarikh tersebut.

Barangan :
- Dominasi Barat terhadap pemikiran ini dapat dilihat dari segi tanggapan kita terhadap

barangan dari Barat iaitu mempunyai kualiti


yang tinggi.

- Malahan pengguna tidak mempertimbangkan kepada harga yang terlalu mahal untuk membeli barangan berjenama Barat. - Kadangkala pengguna juga tertipu dengan membeli barangan yang menggunakan jenama

dari Barat dimana barangan tersebut dibuat


dalam negeri.

Ramalan :
- Penjajahan Barat juga dapat dilihat dalam

ramalan yang menggunakan zodiak iaitu


ramalan berdasarkan tarikh lahir seseorang

yang telah mempengaruhi pemikiran


masyarakat sehingga ia dijadikan panduan hidup oleh orang ramai.

Percakapan :
- Penjajahan pemikiran ini dapat juga kita lihat melalui percakapan dimana beranggapan

sekiranya seseorang itu dapat bertutur dalam


bahasa Inggeris maka ia merupakan pandai. - Bagi mengukur kepandaian seseorang melalui pertuturan adalah tidak tepat. Namun demikian, andaian tersebut sebenarnya telah diterima oleh masyarakat dunia sehingga menjadikan para cendiakawan yang berbahasa tempatan merasa terpencil dan rendah diri.

Globalisasi turut mengembangkan sistem nilai dan etika Barat yang berbeza dengan sistem yang

selama ini wujud dalam Tamadun Islam dan Asia.


Fahaman seperti individualisme, sekularisme, materialisme dan humanisme telah memjajar dalam minda orang-orang Islam dan Asia.

Fahaman individualisme :
- Fahaman individualisme dalam masyarakat Barat semakin mempengaruhi kehidupan

masyarakat.
- Fahaman dan sikap ini menjejaskan perpaduan ummah yang menjadi slogan utama orang Islam. - Kebajikan saudara seagama yang menjadi

prinsip hidup orang Islam tidak lagi


dipentingkan sebaliknya mengutamakan kepentingan diri sendiri dan keluarga.

- Prinsip kasih sayang sesama anggota masyarakat yang diperjuangkan dalam ajaran Konfusianisme juga semakin hilang kerana pengaruh ini. - Prinsip kejiranan yang terdapat dalam ajaran Islam juga terjejas.

- Nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat


seperti gotong-royong, bantu-membantu, kunjungmengunjung, bertolak ansur menjadi semakin hambar sebaliknya setiap anggota masyarakat membawa haluan masing-masing.

- Malahan masyarakat tidak lagi dianggap agen

sosialisasi kerana hubungan antara seseorang


anggota masyarakat dengan masyarakatnya menjadi semakin renggang.

Fahaman sekularisme dan materialisme :

- Sekularisme dan materialisme mempunyai kaitan


yang amat rapat. - Althaf Gauhar berpendapat bahawa sejauh mana

kuatnya fahaman sekular dalam sesebuah


masyarakat dapat diukur melalui tahap kecintaan masyarakat tersebut kepada kebendaan.

- Istilah kebendaan bermaksud sebagai orang


yang menghargai kebendaan melebihi dari nilai rohani.

- Pencapaian yang berbentuk kebendaan menjadi


pengukuran kepada tahap pencapaian sesebuah masyarakat tahap pertimbangan terhadap

pencapaian kerohanian.
- Ukuran inilah yang digunakan oleh orang-orang Barat sebagai tamadun yang paling tinggi dan dikira dari segi pencapaian saintifik yang bercorak kebendaan.

- Fahaman materialisme mempengaruhi kepada kelahiran fahaman sekularisme yang mengutamakan peranan manusia dalam kemajuan hidup mereka tanpa memberi pertimbangan terhadap unsur-unsur kerohanian yang melibatkan kepercayaan kepada kuasa penciptaan iaitu aspek

ketuhanan.
- Fahaman sekularisme ini telah membawa kemerosotan kepada prinsip-prinsip agama yang menjadi teraju kepada Tamadun Islam dan Tamadun Asia.

- Konsep kerohanian sama ada berbentuk


ketuhanan atau tidak merupakan asas panduan yang penting dalam tamadun-tamadun tersebut.

- Malahan fahaman sekularisme telah


melemahkan asas tersebut sehingga unsurunsur keduniaan dipisahkan dengan unsurunsur akhirat. - Pendek katanya, unsur kerohanian tidak lagi

dijadikan panduan kepada kehidupan manusia.

Dalam era globalisasi, Tamadun Asia dan Islam

akan menghadapi cabaran yang hebat. Dominasi


oleh Tamadun Barat moden tidak dapat dielakkan. Bagi mengelakkan berlakunya konflik antara

tamadun, maka dialog peradaban adalah perlu agar


perbezaan-perbezaan yang wujud antara tamadun akan dapat diatasi.

Anda mungkin juga menyukai