Anda di halaman 1dari 9

Soalan Tugasan PSV3104 PPG, BT (Amb.

Feb 2012) Sem 3, 2013 Tajuk : PENGERTIAN DAN KONSEP KURIKULUM PSV SERTA KONSEP SUKATAN PELAJARAN PSV KBSR 1. Cuba buat perbandingan Kurikulum PSV sebelum Merdeka dan selepas Merdeka berdasarkan aspek yang dikemukakan.

Aspek Matlamat dan Objektif Isi kandungan Pendekatan

Pendidikan Sebelum Merdeka

Pendidikan Selepas Merdeka

2. Berdasarkan kurikulum Pendidikan Seni yang dibuat ke atas institusi-institusi seni yang ditubuhkan pada masa itu, apakah peranan utama yang dimainkan oleh tenaga pengajar terhadap penguasaan kemahiran yang dikuasai oleh pelajar? 3. Berdasarkan perubahan kurikulum Pendidikan Seni zaman sebelum Merdeka dan selepas Merdeka, sila bincang bersama rakan anda tentang bagaimanakah corak kurikulum Pendidikan Seni Visual pada hari ini yang telah dibentuk? Sediakan esei tidak kurang 1000 patah perkataan secara individu. 4. Pakar-pakar pendidikan mengakui bahawa sains teknologi dan multimedia boleh merentasi kurikulum. Ertinya, sains teknologi dan multimedia boleh membicarakan bahasa, seni visual, sejarah, geografi, kajian tempatan, matematik, undang-undang, ekonomi dan disiplin lain dari sudut grafiknya. Mohd Johari Ab.Hamid, 2006 Berdasarkan penyataan tersebut, bagaimanakah peranan Teknologi dalam Pendidikan Seni Visual mampu merealisasikan faktor-faktor yang dimaksudkan? Bincangkan hujah anda berdasarkan pengumpulan maklumat tersebut melalui inkuiri penemuan.

5. Pendekatan Pembelajaran Kajian Masa Depan dapat mencungkil potensi murid ke arah penciptaan yang lebih bersifat futuristik. Bincangkan RPH pembelajaran Kajian Masa Depan dengan menerapkan nilai-nilai intergrasi yang merentasi kurikulum bagi merealisasikan kereta hyro tanpa petrol dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan menerusi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Buat satu Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 6.

Tajuk : KAJIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN PERANAN GURU 1. Mengapakah guru Pendidikan Seni Visual perlu memainkan peranan mereka dengan berkesan ? 2. Sejak seminggu yang lalu, kelihatan Saci asyik tidur sahaja ketika Cikgu Jacko mengajar Pendidikan Seni Visual di kelas Lima Perdana. Hari ini, Devi, salah seorang rakan sekelas menyiku Saci yang sedang tidur sambil berdengkur. Saci terjaga dalam keadaan terkejut, lalu memarahi Devi. Belum sempat Cikgu Lim mengambil sebarang tindakan, Saci spontan keluar dari bilik darjah. Rakan-rakan sekelas pula bersorak sambil menepuk tangan lalu ketawa. Cuba anda senaraikan sebab-sebab mengapa keadaan ini berlaku. Sila bandingkan keadaan ini dengan keadaan di sekolah anda. Catatkan bagaimana anda akan menghadapi keadaan seperti ini. 3. (i) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang guru Pendidikan Seni Visual yang cemerlang. (ii) Bincangkan peranan guru Pendidikan Seni Visual dalam meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. (iii) Mentor dan pementoran dikaitkan dengan hubungan orang dewasa ataupun senior dalam sesuatu bidang dan boleh dipercayai bagi membimbing seperti guru, rakan dan jurulatih, fasilitator dan kaunselor. Dalam konteks pendidikan Islam, ia dikaitkan dengan peranan guru sebagai muaddib iaitu pendidik putera dan puteri pemerintah dalam membentuk adab (Syed Naquib, 1978) yang bererti budi pekerti dan akhlak yang baik. Berdasarkan petikan di atas, apakah hujah anda terhadap sifat guru yang menjalankan peranan sebagai seorang pembimbing?

(iv) Cuba membuat analisis masalah yang berkaitan dengan peranan guru Pendidikan Seni Visual dan berikan contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah: Peranan Guru Pengurus Contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru:

Pembimbing

Pemudahcara

Motivator

Inisiator

(v) Baca petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 di bawah dan sempurnakan tugasan yang diberikan. 4. Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak. Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama mengembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan iktisas seumpama ini, guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar. Anda dikehendaki mendapatkan salinan penuh Surat Pekeliling Iktisas tersebut. Dapatkan maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan Panitia Pendidikan Seni Visual di sekolah anda dari mula hingga tahun semasa. Carta Organisasi Panitia Pendidikan Seni Visual pada tahun semasa perlu disertakan. Seterusnya, mari kita selesaikan masalah di bawah ini. Anda boleh berbincang dengan rakan anda dan menggunakan pengalaman anda di sekolah dalam menyelesaikan permasalahan berikut. 5. Sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual anda terlibat secara langsung dalam proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual, jadi masalahnya sekarang ialah adakah anda pada masa ini ada mempunyai kawalan yang cukup untuk atasi masalah isi pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah.

i.

Adakah anda mempunyai kawalan yang cukup ke atas teknik pengajaran yang dijalankan di dalam kelas ? ii. Bagaimanakah kuasa yang sepatutnya perlu ada pada seseorang guru Pendidikan Seni Visual dalam menentukan isi pelajaran dan bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah serta bagaimana pula Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual memainkan peranannya dalam penyelesaian masalah ini? iii. Seterusnya, Sejauhmanakah pengetahuan amali dan kemahiran amali guru Pendidikan Seni Visual digunakan sebagai input kepada proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual. iv. Akhir sekali adakah faktor-faktor berikut merupakan penghalang kepada anda untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual. a) masa yang terhad ( mengikut jadual waktu kelas ) b) Bilangan murid yang besar dalam sebuah kelas c) Alat dan bahan yang terhad d) Tanggungjawab yang berbagai di sekolah

Tajuk : PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Berdasarkan gambar di bawah, cuba anda senaraikan alat dan bahan bantu yang ada didalamnya.

Alat :

Bahan Bantu: 2. Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan bantu yang anda tahu. Kemudian cuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut dan apakah perkara yang boleh anda tambahbaikkan. a) Bahan bantu mengajar semua bahan yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan maklumat/ilmu kepada murid. b) Bahan bantu belajar semua bahan yang digunakan oleh murid secara kumpulan ataupun individu untuk tujuan pembelajaran.

Apakah fungsi pelbagai bahan bantu secara bersesuaian di langkah pelajaran yang berlainan seperti di bawah: Cuba anda bincangkan dan huraikan hal ini bersama rakan-rakan anda. Set induksi: Input utama:

Pengayaan: Pemulihan:

4. Cuba anda fikirkan dan catatkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa membuat pemilihan bahan bantu. i ii iii iv

v vi 5. Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf tradisional Batik. Bincang bersama rakan anda. Anda boleh rujuk daripada buku atau layari website

6. Bolehkah anda kategorikan koleksi-koleksi tersebut kepada dua jenis ? 2 Dimensi 3 Dimensi

Seterusnya, berdasarkan gambar di atas, cuba anda membuat kapsyen sebagai langkah mengkatelogkan bahan bantu sebelum disimpan.

Nama Pengkarya : Tajuk Media Teknik Tahun : : : :

7.

Cuba anda senaraikan ruang-ruang khas untuk penyimpanan bahan bantu berdasarkan kenyataan di atas dan gambar di bawah.

Bincang bersama rakan-rakan anda kesesuaian bahan bantu itu disimpan di ruang yang dipilih dengan mengutamakan keberkesanan penyimpanannya dan keselamatannya

8. Cuba anda renungkan bagaimanakah langkah yang betul untuk mengurus mengguna dan menyimpan semula alat dan bahan dalam aktiviti membuat tembikar dengan tanah liat. 9. Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen langkah keselamatan adalah penting. Beri komen anda dengan hujah yang relevan 10. Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal. Jelaskan. 11. Cuba anda membuat analisis, etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam mempertabatkan profesion perguruan. 12. Huraikan tiga perkara yang membezakan antara rekabentuk dan proses menyediakan bahan, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan dengan penyimpanan dan rekod stok 13. Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai membantu pengajaran dan pembelajaran. Bidang yang hendak diajar adalah membuat corak dan rekaan. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan menggunakan teknik kolaj dan capan. Tajuk : PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID 1. Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan buat presentasi dalam bentuk folio. Ambil gambar-gambar berikut: 1.1 Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut 1.2 Sudut-sudut pameran berkaitan 1.3 Zon-zon kerja tertentu 1.4 Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan 1.5 Ruang-ruang lain yang berkaitan

1.6 Carta-carta berkaitan dengan bilik seni 2. Pernahkah anda fikirkan manfaat yang diperolehi dengan membaca bahan-bahan yang dipamerkan? Apakah pandangan anda mengenai papan pamer? Apakah perkara yang anda fikirkan penting dalam mewujudkan papan pamer bagi mata pelajaran PSV? Bagaimanakah papan pamer menyumbangkan kepada persekitaran bilik darjah yang kondusif? Catatkan pandangan anda terhadap kepentingan papan pamer; (i) Berikan pendapat anda tentang suasana kondusif bilik PendidikanSeni Visual yang menyumbang ke arah pembelajaran yang bermakna. (ii) Bincangkan kepentingan panduan keselamatan dalam menguruskan bilik Pendidikan Seni Visual. (iii) Rujuk jadual di bawah. Analisa dapatan pemantauan Jemaah Nazir (2006) terhadap pengurusan bilik seni di beberapa buah sekolah rendah terpilih. (iv) Berdasarkan analisa yang anda perolehi, buat rumusan tentang kualiti pengurusan bilik seni dengan berpandukan buku Standard kualiti pendidikan Malaysia. Sekolah: Pernyataan standard. Jemaah Nazir Sekolah. (2004). KL:Kementerian Pelajaran Malaysia.
No. Item 109 110 111 112 113 114 Item Bilik Seni Kondusif Stor PSV diuruskan dengan baik Mempunyai prosedur senggara BBM Buku stok/inventori diuruskan dengan kemas kini Sudut Seni diwujudkan dan dimanfaatkan secara kreatif Penggunaan bengkel secara optimum Skor 3 4 % 2 4 3 5 4 1 1 5.3 2 11.1 2 11.1 4 24.5 1 25.5 0 2.9

0 8 9 21 11 6 8

1 1 1 4 6 5 1

2 0 1 1 7 16 1

Pur 0.92 1.35 0.74 1.55 1.66 0.55

* Pur = purata (v) Buat penjelasan tentang suasana bilik Pendidikan Seni yang kondusif dengan menyediakan sebuah pelan lantai cadangan. Anda juga boleh kaitkan cadangan tersebut berpandukan senario di sekolah anda atau sekolah lain yang mempunyai bilik PSV. Sertakan gambar-gambar yang berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai