Anda di halaman 1dari 2

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3063)

SOALAN ULANGKAJI

Contoh Soalan Esei :

1.​.... Apakah yang anda fahami tentang konsep masyarakat majmuk? Bagaimanakah
peranan anda sebagai seorang guru untuk membantu pelajar anda memahami ​konsep
ini?​22

2. Cadangkan strategi-strategi pengajaran yang difikirkan sesuai untuk digunakan oleh


seorang guru yang mengajar kelas pelbagai budaya dan nyatakan kelebihan-kelebihan
strategi-strategi pengajaran tersebut.

3. ​Keberkesanan sesuatu proses pengajaran tidak dapat dipastikan tanpa proses


penilaian oleh guru semasa dan selepas pengajaran berlaku. Bincangkan tujuan
penilaian yang dilaksanakan oleh seorang guru di sekolah.

4. Sediakan satu carta alir yang lengkap berhubung setiap peringkat pengurusan
pengajaran dan pembelajaran. Tunjukkan dengan jelas aspek-aspek yang anda
fikirkan penting untuk diberi perhatian oleh seorang guru yang mengajar di dalam kelas
pelbagai budaya .

5. Bincangkan apakah masalah-masalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran


bagi kelas pelbagai budaya dan bagaimanakah anda mengatasi masalah-masalah
tersebut ?

6. Pengajaran relevan budaya membantu kesefahaman dan permuafakatan antara


guru dan murid supaya kesepaduan perolehan ilmu, kemahiran dan sikap yang holistik
boleh mencapai hasrat seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Rukunegara. Bincangkan .

7. Jelaskan bagaimanakah cara mengelolakan sesi pengajaran untuk Kelas


Bercantum ?

8. Penilaian berasaskan budaya melalui pengumpulan data tentang pengetahuan dan


kemahiran pelajar dengan menggunakan alat dan teknik penilaian yang sesuai amat
penting dalam proses pembelajaran .Bincangkan teknik -teknik pengumpulan data
dalam proses penilaian berasaskan budaya .
Contoh Soalan Struktur:

1) Nyatakan maksud budaya.


2) Berikan maksud Etnosentrisme.
3) Senaraikan empat kepentingan memahami hubungan etnik.
4) Jelaskan empat aspek Ketaksamaan Peluang Pendidikan.
5) Senaraikan 7 kategori kanak-kanak istimewa memerlukan Program Pendidikan
Khas
6) Nyatakan dua aspek ​utama yang perlu diberi perhatian oleh seorang guru
dalam pengurusan bilik darjah mesra budaya.
7) Nyatakan empat aspek ​pengurusan pengajaran dan pembelajaran .
8) Huraikan empat ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran yang cekap
dan berkesan.
9) Nyatakan tiga contoh aspek komunikasi berkesan yang perlu diberi perhatian
oleh seorang guru dalam konsep pedagogi relevan budaya .
10) Senaraikan empat ciri Kelas Bercantum.
11) Nyatakan lima jenis pecahan kumpulan Kelas Bercantum.
12) Berikan empat kaedah penilaian mesra budaya.

Anda mungkin juga menyukai