Anda di halaman 1dari 1

E. Rencana pendek tentang empat laras bahasa berbeza.

1.0 Laras Bahasa Sastera.

Apabila berbicara mengenai kesusasteraan melayu secara khusus, kita selalunya akan membincangkan tentang beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan oleh penulis, watak dan perwatakan, serta unsur-unsur gaya bahasa termasuk personifikasi, anafora dan metafora. Namun, kita selalu lupa kepada sejarah penulis yang selalu membuatkan sesebuah karya sastera itu lebih menarik.

2.0 Laras Bahasa Undang-Undang.

Defenden membantah keputusan mahkamah untuk meneruskan perbicaraan pada awal prosiding penghakiman kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan yang juga merupakan bantahan pertama defenden pada hari perbicaraan tersebut yang melihatkan defenden dituduh dibawah akta 574 Kanun Keseksaan.

3.0 Laras Bahasa Sukan.

Masihkah anda ingat malam kemenangan di White Hart Lane semasa Bale menghasilkan keajaiban untuk memusnahkan Inter Milan dalam kemaraan Spurs ke pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara eropah 2010-11? Ramai yang masih mengingati malam tersebut terutama sekali para penyokong Inter yang berputih mata melihat jaringan Bale pada malam itu.

4.0 Laras Bahasa Perniagaan.

Percuma! Sehelai T-Shirt Campus Life dengan setiap pembelian barangan koperasi IPG Gaya yang bernilai RM50 ke atas. Dapatkan segera sementara stok masih ada!

Anda mungkin juga menyukai