Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA CADANGAN

KURSUS IMAM MUDA (KIM)

Disediakan oleh:

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) ZON 1 SELANGOR (KUALA SELANGOR, TANJONG KARANG & SABAK BERNAM)

KURSUS IMAM MUDA (KIM)

[01] MUKADDIMAH
Kursus Imam Muda (KIM) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Zon 1 Selangor

Idea asal bermula dari program realiti televisyen yang mendapat sambutan hangat di Astro, Imam Muda. Rancangan ini memberikan idea dalam konteks latihan dan kursus bagi perlaksanaan untuk melahirkan lebih ramai generasi muda yang mempunyai keupayaan dan persiapan untuk mengetuai serta memimpin masyarakat khususnya keluarga dan masyarakat sekitar yang terhampir dengan mereka. Sebahagian besar dari kita tidak menyedari fungsi sebenar imam di dalam masyarakat. Imam merupakan satu kedudukan kepimpinan di dalam Islam. Pada kebiasaannya, imam akan diperkaitkan dengan soal masjid, kematian dan beberapa perkara berhubung keagamaan semata-mata. Namun, pada hakikat sebenarnya, imam adalah ketua kepada sesebuah komuniti sebagaimana Rasulullah s.a.w. memberikan contoh dalam hidupnya bagaimana imam itu menjadi tempat rujuk, bersifat adil serta beramanah. Peranan imam bukan dalam lingkungan masjid sahaja, tetapi suatu tugas agama dan sosial yang dapat meninggikan taraf masyarakat dari segi pengetahuan, kesihatan dan sebagainya. Mungkin lebih luas lagi fungsinya ialah menjadi penanggungjawab agama dan sosial setempat yang mesti manjalankan tugas menyebar luaskan semangat keagamaan serta memenuhi khidmat kemanusian kepada sesiapa yang memerlukan setakat yang termampu. Oleh sebab itu seorang imam biasanya, dikehendaki memenuhi syarat-syarat seperti mempunya akhlak yang baik dan boleh dijadikan contoh oleh penduduk setempat khususnya teman-teman sepermainan jika mereka berada di dalam lingkungan persekolahan. Pakaian mencerminkan seorang yang berpegang kuat pada agama dan syarat asas ialah lulus atau terjadi dalam ujian lisan atau tulisan yang dijalankan kepada mereka. Atas kesedaran dan memahami keperluan itu, kami di ABIM Zon 1 Selangor (Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sabak Bernam) merasakan adalah amat perlu untuk kami menyediakan pengisian terbaik untuk memastikan peserta memahami serta menghayati peranan imam yang sebenar melalui Kursus Imam Muda.

[02] OBJEKTIF KURSUS


Kursus Imam Muda (KIM) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Zon 1 Selangor

Selepas mengikuti kursus ini peserta akan dapat; 2.1. Memahami apakah peranan imam di dalam konteks teman-teman persekolahan; 2.2. Mengetahui perkaitan antara konsep imam dan kepimpinan itu dalam berorganisasi; 2.3. Membincangkan ciri-ciri peribadi yang perlu di bangunkan di dalam diri imam muda yang dapat dijadikan contoh kepada teman-teman serta; 2.4. Mempertingkatkan kemahiran serta keupayaan diri dalam memastikan persediaan dan persiapan untuk menjadi imam yang juga pemimpin dikalangan pelajar.

[03] BUTIRAN KURSUS


Kursus Imam Muda (KIM) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Zon 1 Selangor

[3.1] PENGANJUR KURSUS


Pihak penganjuran kursus adalah pihak pentadbiran Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang.

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) Cawangan Zon 1 Selangor Gerakan Ilmu dan Bakti [1]

KURSUS IMAM MUDA (KIM)

[3.2] PELAKSANA KURSUS


Atas kepercayaan pihak penganjur, program ini akan dilaksana oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Zon 1 Selangor (Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam) dan dibantu oleh Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

[3.3] SASARAN PENYERTAAN KURSUS


Penyertaan adalah terdiri daripada 40 orang pelajar terpilih yang bakal memimpin kepimpinan pelajar di SAM Tanjong Karang pada tahun 2011.

[3.4] JANGKAMASA DAN TARIKH PERLAKSANAAN KURSUS


Jangkamasa perlaksanaan kursus ini adalah selama 3 hari 2 malam bermula jam 4.00 petang 12 November 2010 sehingga jam 3.00 petang 14 November 2010 di SAM Tanjong Karang.

[04] JAWATANKUASA PELAKSANA KURSUS


Kursus Imam Muda (KIM) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Zon 1 Selangor

Penaung Penasihat Ketua Penyelaras Jurulatih Fasilitator AJK Kursus

: Pengetua SAM Tanjong Karang : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Guru-guru yang terlibat dari SAM Tanjong Karang : ABIM : ABIM, PKPIM & PEPIAS : ABIM, PKPIM & PEPIAS

[05] MODUS OPERANDI KURSUS


Kursus Imam Muda (KIM) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Zon 1 Selangor

[5.1] JADUAL KURSUS [Sila rujuk lampiran A dimukasurat 3] [5.2] ISI KANDUNGAN KURSUS [Sila rujuk lampiran A dimukasurat 3] [5.3] PELAN PEMBELAJARAN KURSUS [Sila rujuk lampiran B dimukasurat 4]

[06] KOS PERBELANJAAN KURSUS


Kursus Imam Muda (KIM) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Zon 1 Selangor

Sila merujuk ke lampiran C di mukasurat 5 untuk mendapatkan maklumat penuh kos perbelanjaan kursus.

[07] HARAPAN
Kursus Imam Muda (KIM) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Zon 1 Selangor

Kami amat-amat berharap, usaha yang dijalankan oleh pihak ABIM bersama pihak penganjur adalah amalan yang akan diterima Allah s.w.t. di dalam usaha untuk memartabatkan Islam sebagai cara hidup serta mengembalikan generasi muda ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Semoga Allah permudahkan setiap urusan dalam mendidik dan memberikan ilmu kepada setiap kelompok masyarakat.

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) Cawangan Zon 1 Selangor Gerakan Ilmu dan Bakti [2]

KURSUS IMAM MUDA (KIM)

LAMPIRAN A
Jadual Kursus Imam Muda (KIM) Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang Dengan kerjasama ABIM Cawangan Selangor Zon 1 (Kuala Selangor, Tanjong Karang & Sabak Bernam) MASA / HARI 4.00 pagi 4.45 pagi 5.45 pagi 7.00 pagi 8.30 pagi 10.15 pagi 11.00 pagi 12.30 tengahari 2.15 petang 4.00 petang 5.15 petang 6.15 petang 7.15 malam 8.20 malam 9.00 malam 10.30 malam 12.00 tengah malam Persiapan KIM dan pendaftaran peserta Minum petang, solat Asar berjemaah dan AlMathurat Taklimat KIM Makan malam dan bersiap diri Solat Maghrib berjemaah dan tazkirah Maghrib 1 Solat Isyak berjemaah KIM 1 Minum malam dan Halaqah Al-Quran 1 Tidur PERTAMA KEDUA Bangun dan bersiap diri Qiyamullail Solat Subuh berjemaah, bacaan Al-Mathurat dan Halaqah Al-Quran 2 Sarapan pagi dan bersiap diri KIM 2 Minum pagi dan solat sunat Dhuha KIM 3 Makan tengahari dan solat Zohor berjemaah KIM 4 Minum petang, solat Asar berjemaah dan AlMathurat Riadah petang Makan malam dan bersiap diri Solat Maghrib berjemaah dan tazkirah Maghrib 2 Solat Isyak berjemaah KIM 5 Minum malam dan Halaqah Al-Quran 3 Tidur KETIGA Bangun dan bersiap diri Solat Subuh berjemaah, bacaan Al-Mathurat dan tazkirah Subuh 2 Sarapan pagi dan bersiap diri KIM 6 Minum pagi dan solat sunat Dhuha KIM 7 Makan tengahari dan solat Zohor berjemaah Majlis penutup KIM dan bersurai

Isi Kandungan Kursus Imam Muda (KIM) Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang Dengan kerjasama ABIM Cawangan Selangor Zon 1 (Kuala Selangor, Tanjong Karang & Sabak Bernam) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Solat berjemaah 5 kali sehari semalam Qiyamullail Solat sunat Dhuha Bacaan Al-Mathurat Tazkirah Maghrib dan Subuh Latihan Dalam Kumpulan Perbincangan Dalam Kumpulan Pembentangan Kumpulan Pelan Tindakan Kepimpinan Halaqah Al-Quran
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) Cawangan Zon 1 Selangor Gerakan Ilmu dan Bakti [3]

KURSUS IMAM MUDA (KIM)

LAMPIRAN B
Pelan Pembelajaran Kursus Imam Muda (KIM) Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang Dengan kerjasama ABIM Cawangan Selangor Zon 1 (Kuala Selangor, Tanjong Karang & Sabak Bernam) BIL 01 TAJUK AKTIVITI Taklimat KIM OBJEKTIF YANG INGIN DICAPAI Memperkenalkan fasilitator dan jurulatih; Menjelaskan objektif kursus; Menetapkan matlamat akhir menyertai kursus serta; Menerangkan peraturan sepanjang kursus. Kemahiran pengucapan awam serta; Peserta menyampaikan maklumat dengan berkesan melalui tajuk-tajuk serta nota-nota yang disediakan oleh fasilitator. Memecahkan benteng perasaan malu antara peserta; Membentuk kumpulan peserta; Membina kejelikitan dalam kumpulan; Memahami makna kepimpinan serta; Menjelaskan tugasan sepanjang 3 hari 2 malam. Kemahiran pengucapan awam serta; Peserta menyampaikan maklumat dengan berkesan melalui tajuk-tajuk serta nota-nota yang disediakan oleh fasilitator. Mencungkil bakat dan potensi sebagai imam; Membincangkan ciri-ciri imam yang ideal menurut pandangan peserta serta; Memahami konsep imam dalam masyarakat setempat. Membincangkan tentang konsep imam dan pengaruhnya dalam Islam serta; Menjelaskan ciri-ciri imam muda yang utama perlu dibangunkan dalam diri peserta. Mengatahui kemahiran-kemahiran asas yang perlu ada sebagai imam muda yang juga berupaya menjadi pemimpin masyarakat serta; Melatih penampilan serta perwatakan sebagai seorang imam muda. Memahami konsep amanah dan tanggungjawab serta; Membincangkan tentang bagaimana menjadi khalifah yang berfungsi dengan peranan yang diberikan. Mengaplikasikan kemahiran dan asas utama imam muda di dalam aktiviti untuk Menilai kefahaman peserta terhadap apa yang telah dibincangkan. Membuat perbincangan tentang pelan tindakan susulan yang dapat dilaksana diperingkat sekolah dan diselia oleh pihak ABIM serta; Membentangkan hasil perbincangan. Menguji dan menilai pencapaian dari sudut bacaan AlQuran, Hafazan serta amalan-amalan fardhu ain untuk dijadikan contoh kepada rakan-rakan yang lain.

02

Tazkirah Maghrib 1 dan 2

03

KIM 1

04

Tazkirah Subuh

05

KIM 2

06

KIM 3

07

KIM 4

08

KIM 5

09

KIM 6

10

KIM 7

11

Halaqah Al-Quran

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) Cawangan Zon 1 Selangor Gerakan Ilmu dan Bakti [4]

KURSUS IMAM MUDA (KIM)

LAMPIRAN C
Kos Perbelanjaan Kursus Imam Muda (KIM) Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang Dengan kerjasama ABIM Cawangan Selangor Zon 1 (Kuala Selangor, Tanjong Karang & Sabak Bernam)

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara 1 Pengangkutan fasilitator Kuantiti 2 perjalanan Harga Seunit (RM) 50.00 Jumlah (RM) 100.00 RM 100.00 2 Keperluan Modul KIM a. Kertas A4 b. Kertas Mahjong c. Marker pen d. Pen untuk peserta e. Buku nota untuk peserta f. Tag nama untuk peserta g. Sijil untuk peserta h. Bahan aktiviti dalam LDK Peti kecemasan JUMLAH KESELURUHAN

1 8 12 40 40 40 40 7 1

10.00 0.80 2.00 0.50 2.00 0.50 1.50 10.00 150.00

10.00 6.40 24.00 20.00 80.00 20.00 60.00 70.00 290.40 150.00

540.40

*Perkhidmatan fasilitator dan rundingan kursus adalah sebagai sumbangan dan khidmat masyarakat. Setiap apa sahaja yang kami terima daripada pihak penganjur adalah sebagai sumbangan ikhlas pihak penganjur kepada ABIM.

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) Cawangan Zon 1 Selangor Gerakan Ilmu dan Bakti [5]

Anda mungkin juga menyukai