Anda di halaman 1dari 8

e-Filing : Roaming PKI

https://spsd.hasil.gov.my/Pki/faq20091.htm#anchor1

e-FILING FAQ 2009


PERISIAN 1) Apakah perisian yang perlu untuk menggunakan e-Filing? 2) Apakah perkakasan yang perlu untuk menggunakan e-Filing? SISTEM e-FILING 1) Apa itu e-Filing? 2) Adakah semua orang perlu e-Filing? 3) Bagaimanakah proses sistem e-Filing? 4) Bagaimana saya boleh mendapat bantuan semasa proses e-Filing? 5) Apakah yang perlu saya lakukan selepas saya sudah menghantar borang e-Filing? SIJIL DIGITAL 1) Apakah itu Sijil Digital? 2) Apakah kegunaan Sijil Digital? 3) Bagaimanakah saya boleh mendapatkan Sijil Digital? 4) Mengapa saya perlu memohon Sijil Digital? 5) Apakah syarat-syarat yang diperlukan sebelum membuat pemohonan Sijil Digital? 6) Berapakah bayaran yang dikenakan bagi memohon Sijil Digital? 7) Mengapakah saya tidak dapat muat turunkan Sijil Digital ke MyKad? 8) Bilakah Sijil Digital saya akan luput? 9) Perlukah saya memohon Sijil Digital yang baru apabila Sijil Digital luput? 10) Bagaimana saya boleh mengetahui tarikh luput Sijil Digital? 11) Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terlupa kata laluan bagi Sijil Digital? 12) Sekiranya saya telah menghantar borang, bagaimanakah saya boleh mendapatkan semakan pengesahan dan cetakan e-Borang? 13) Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya MyKad saya telah dicuri/hilang/rosak, apakah akan terjadi pada Sijil Digital? 14) Apakah akan terjadi kepada Sijil Digital sekiranya pemiliknya telah meninggal dunia? 15) Adakah teknologi Sijil Digital ini selamat? RALAT RALAT SEMASA MENDAFTAR SIJIL DIGITAL RALAT SEMASA MENUKAR KATA LALUAN RALAT SEMASA LOGIN e-BORANG RALAT SEMASA MENGISI BORANG RALAT SEMASA MEMBUAT SEMAKAN PENGESAHAN RALAT MYKAD

PERISIAN Apakah perisian yang perlu untuk menggunakan e-Filing? Sistem Operasi -Microsoft Windows 2000, XP, Vista (Service pack terkini), Linux dan Macintosh. Pelayar Web -Perisian Internet Explorer 6.0 dan ke atas, Mozilla Firefox , Netscape, Opera dan Safari. Perisian Adobe Reader untuk melihat Panduan Penggunaan Sistem e-Filing. PERKAKASAN Apakah perkakasan yang perlu untuk menggunakan e-Filing? Set Komputer (Pentium III dan ke atas)

1 of 8

08/04/2013 11:45 AM

e-Filing : Roaming PKI

https://spsd.hasil.gov.my/Pki/faq20091.htm#anchor1

Talian Internet (Keutamaan berkelajuan 512Kbps keatas) MyKad dengan cip 64K (Pengguna Sijil Digital MyKad) Pembaca Kad Pintar (Pengguna Sijil Digital MyKad) SISTEM e-FILING Apa itu e-Filing? e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan LHDNM secara elektronik melalui Internet. Adakah semua orang perlu e-Filing? Adalah digalakkan kepada pembayar cukai menggunakan e-Filing kerana ianya Mudah, Cepat dan Selamat. Bagaimanakah proses sistem e-Filing? Pembayar Cukai yang telah mendaftar Sijil Digital: Lawati laman web e-Hasil (https://e.hasil.gov.my) atau klik ikon e-Hasil di laman web utama LHDNM (http://www.hasil.gov.my) Semak Sijil Digital Login e-Borang - Isi borang dengan lengkap. Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian. Cetak pengesahan penerimaan e-Borang. Pembayar Cukai yang belum mendaftar Sijil Digital: Lawati laman web e-Hasil (https://e.hasil.gov.my) atau klik ikon e-Hasil di laman web utama LHDNM (http://www.hasil.gov.my) Login Kali Pertama Daftar Sijil Digital. Login e-Borang - Isi borang dengan lengkap. Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian. Cetak pengesahan penerimaan e-Borang. Bagaimana saya boleh mendapat bantuan semasa proses e-Filing? Untuk pertanyaan dan bantuan: Telefon Pusat Khidmat Pelanggan: 1-800-88-5436 (LHDN) Faks ke nombor : 03-4289 3400 E-mel: callcentre@hasil.gov.my Kunjungi cawangan HASiL/Pusat Khidmat HASiL yang berdekatan. Apakah yang perlu saya lakukan selepas saya sudah menghantar borang e-Filing? Cetak dan simpan - e-Borang Cetak dan simpan - Pengesahan penerimaan borang. SIJIL DIGITAL Apakah itu Sijil Digital? Sijil Digital adalah pengenalan elektronik yang sama pentingnya dengan kad pengenalan ataupun MyKad. Ia digunakan untuk mengesahkan identiti atau membolehkan pengguna memperolehi hak untuk mendapatkan maklumat serta melakukan transaksi secara dalam talian. Apakah kegunaan Sijil Digital? Sijil Digital digunakan untuk mengesah kesahihan capaian pengguna untuk menggunakan e-Filing dan menandatangani secara dalam talian Borang Nyata Cukai Pendapatan. Sijil Digital yang dikeluarkan oleh Digicert Sdn Bhd adalah sah disisi Undang-Undang Siber Malaysia dibawah Akta Tandatangan Digital 1997. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan Sijil Digital? Sila rujuk kepada langkah-langkah pendaftaran Sijil Digital di https://e.hasil.gov.my. Kepada pembayar cukai LHDNM, anda boleh memilih dua jenis Sijil Digital iaitu :-

2 of 8

08/04/2013 11:45 AM

e-Filing : Roaming PKI

https://spsd.hasil.gov.my/Pki/faq20091.htm#anchor1

1. Sijil Digital yang disimpan di dalam Roaming Server yang lebih dikenali sebagai Sijil Digital (Roaming). Dapatkan No. PIN e-Filing anda pada borang nyata cukai pendapatan yang dihantar melalui POS atau daripada mana-mana kaunter LHDNM berdekatan. Lawati laman web e-Hasil (https://e.hasil.gov.my) Login Kali Pertama untuk mendaftar Sijil Digital. 2. Sijil Digital yang disimpan di dalam Mykad lebih dikenali Sijil Digital (Mykad). Dapatkan No. PIN e-Filing anda pada borang nyata cukai pendapatan yang dihantar melalui POS atau daripada mana-mana kaunter LHDNM berdekatan. Lawati laman web e-Hasil (https://e.hasil.gov.my) Klik pada Ikon Mykad Login Kali Pertama untuk mendaftar dan muat turun Sijil Digital kedalam Mykad. Mengapa saya perlu memohon Sijil Digital? Sijil Digital digunakan untuk mengesahkan kesahihan capaian pengguna untuk menggunakan e-Filing dan menandatangani secara digital Borang Nyata Cukai Pendapatan anda. Apakah syarat-syarat yang diperlukan sebelum membuat pemohonan Sijil Digital? Anda haruslah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai nombor rujukan cukai pendapatan. Berapakah bayaran yang dikenakan bagi memohon Sijil Digital? Sijil Digital ini adalah percuma kepada semua pembayar cukai LHDNM. Mengapakah saya tidak dapat muat turunkan Sijil Digital ke MyKad? MyKad yang boleh menyokong penggunaan Sijil Digital adalah MyKad yang mempunyai 64K. Untuk memastikan MyKad anda adalah 64K, anda bolehlah merujuk dibahagian belakang MyKad anda. Sekiranya MyKad anda adalah 32K anda perlulah menukarkan MyKad anda di Kaunter Pejabat Pendaftaran yang berdekatan dengan anda. Bilakah Sijil Digital saya akan luput? Sijil Digital bagi aplikasi LHDNM e-Filing adalah sah bagi tempoh 3 tahun dari tarikh Sijil Digital dimuat turun. Perlukah saya memohon Sijil Digital yang baru apabila Sijil Digital luput? Ya, anda perlu memohon Sijil Digital yang baru sekiranya anda ingin menggunakan e-Filing. Kaedah pemohonan adalah seperti kaedah pemohonan anda yang pertama. Bagaimana saya boleh mengetahui tarikh luput Sijil Digital? Anda boleh melihat tarikh luput Sijil Digital anda dengan menyemak Sijil Digital anda di laman web e-Hasil. pakah yang perlu saya lakukan sekiranya terlupa kata laluan bagi Sijil Digital? Untuk pengguna Sijil Digital (Roaming). sila ke laman web (https://e.hasil.gov.my) dan klik Terlupa Kata Laluan. Untuk set semula Kata Laluan Baru, anda perlu ingat Petunjuk Kata Laluan dan Jawapan. Untuk pengguna MyKad, sila ke laman web (https://e.hasil.gov.my) dan klik Penyenggaraan Sijil Digital MyKad dan klik Terlupa Kata Laluan. Untuk set semula Kata Laluan Baru, anda perlu ingat Petunjuk Kata Laluan dan Jawapan. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terlupa kata laluan dan petunjuk kata laluan? Sekiranya anda terlupa kata laluan dan petunjuk kata laluan, anda perlulah menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-800-88-5436 (LHDN) Sekiranya saya telah menghantar borang, bagaimanakah saya boleh mendapatkan

3 of 8

08/04/2013 11:45 AM

e-Filing : Roaming PKI

https://spsd.hasil.gov.my/Pki/faq20091.htm#anchor1

semakan pengesahan dan cetakan e-Borang? Sila ke menu semakan pengesahan di (https://e.hasil.gov.my), masukan no pengenalan dan password. Apakah bukti yang menunjukan borang yang dihantar telah di terima oleh LHDNM? Setelah penghantaran dibuat semakan pengesahan akan dipaparkan. Sila buat cetakan dan simpan pengesahan tersebut sebagai bukti borang telah dihantar dan diterima oleh LHDNM. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya MyKad saya telah dicuri/hilang/rosak, apakah akan terjadi pada Sijil Digital? Sila laporkan kepada khidmat bantuan pelanggan kami melalui Surat-menyurat ke alamat: Digicert Sdn. Bhd. No. 3-20 & 3-22, Jalan 14/155B Aked Esplanad, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur. alamat emel di customercare@digicert.com.my talian di 603 8992 8888. Kemudian, Sijil Digital anda akan dibatalkan dan anda perlu memohon Sijil Digital yang baru. Apakah akan terjadi kepada Sijil Digital sekiranya pemiliknya telah meninggal dunia? Setelah pihak Digicert mendapat laporan berserta bukti bahawa pemilik Sijil Digital telah meninggal dunia, pihak Digicert akan membatalkan Sijil Digital beliau. Adakah teknologi Sijil Digital ini selamat? Dokumen yang dilindungi dengan teknologi PKI (Public Key Infrastructure) mempunyai sepasang kekunci rahsia yang sukar untuk dicerobohi atau dipecahkan. Pelopor teknologi PKI iaitu Rivest Shamir Aldeman (RSA) menyatakan bahawa untuk memecahkan kekunci 1024 bit ianya memerlukan masa selama 3,000,000 tahun. Jadi buat masa ini, ia adalah hampir mustahil untuk dipecahkan. RALAT SEMASA MENDAFTAR SIJIL DIGITAL Saya dapat NO. PIN ATAU No. Rujukan TIDAK SAH, PASTIKAN NO. PIN ATAU No. Rujukan ANDA SAH Sila pastikan No. PIN atau No. Rujukan yang anda masukkan adalah sama dengan pada borang nyata cukai pendapatan anda. RALAT SEMASA LOGIN e-BORANG Sistem memaparkan mesej SIJIL DIGITAL TELAH DIBATALKAN Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-800-88-5436 (LHDN) dan nyatakan butir-butir diri seperti no pengenalan dan jenis borang yang hendak di hantar. Sistem memaparkan mesej TERDAPAT MASALAH SEMASA MELAKUKAN PROSES INI.SILA HUBUNGI CAWANGAN LHDNM BERDEKATAN. Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-800-88-5436 (LHDN) dan nyatakan butir-butir diri seperti no pengenalan dan jenis borang yang hendak di hantar. Sistem memaparkan mesej MASALAH ID PENGGUNA ATAU KATA LALUAN TIDAK SAH. Sila pastikan kata laluan anda di isi dengan betul dan semak sama ada anda mengunakan huruf kecil atau besar ketika mengisi kata laluan tersebut. Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-800-88-5436 (LHDN) dan nyatakan butir-butir diri

4 of 8

08/04/2013 11:45 AM

e-Filing : Roaming PKI

https://spsd.hasil.gov.my/Pki/faq20091.htm#anchor1

seperti no pengenalan dan jenis borang yang hendak di hantar. Sistem memaparkan mesej ANDA TIDAK DI BENARKAN MASUK. SILA KE CAWANGAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI YANG BERDEKATAN. Kata laluan anda telah di sekat Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-800-88-5436 (LHDN) dan nyatakan butir-butir diri seperti no pengenalan dan jenis borang yang hendak di hantar untuk membolehkan kata laluan anda di reset. Sistem memaparkan mesej No. Rujukan ATAU KATA LALUAN TIDAK TEPAT. Sila pastikan kata laluan anda di isi dengan betul dan semak sama ada anda mengunakan huruf kecil atau besar ketika mengisi kata laluan tersebut. Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-800-88-5436 (LHDN) dan nyatakan butir-butir diri seperti no pengenalan dan jenis borang yang hendak di hantar. RALAT SEMASA MEMBUAT SEMAKAN PENGESAHAN Sistem memaparkan mesej TIADA REKOD PENERIMAAN MELALUI e-FILING. Mesej ini di paparkan oleh sistem kerana pembayar cukai tidak menghantar borang cukai atau pembayar cukai tidak mengemaskini No. Pengenalan Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-800-88-5436 (LHDN) dan nyatakan butir-butir diri seperti no pengenalan dan jenis borang yang hendak di hantar. RALAT SEMASA MENUKAR KATA LALUAN Sistem memaparkan mesej MAAF PERMOHONAN ANDA TIDAK BERJAYA. SILA CUBA SEBENTAR LAGI. Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-800-88-5436 (LHDN) dan nyatakan butir-butir diri seperti no pengenalan dan jenis borang yang hendak di hantar. Sistem memaparkan mesej KATA LALUAN ANDA TIDAK DAPAT DITUKAR BUAT SEMENTARA WAKTU. SILA CUBA SEKALI LAGI. Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-800-88-5436 (LHDN) dan nyatakan butir-butir diri seperti no pengenalan dan jenis borang yang hendak di hantar. Sistem memaparkan mesej TERDAPAT MASALAH SEMASA MELAKUKAN PROSES INI. SILA HUBUNGI PUSAT KHIDMAT PELANGGAN ATAU CAWANGAN LHDNM YANG BERDEKATAN. Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-800-88-5436 (LHDN) dan nyatakan butir-butir diri seperti no pengenalan dan jenis borang yang hendak di hantar. RALAT MyKAD Bagaimana saya boleh tahu berapa kali saya telah memasukki PIN/kata laluan yang salah? Sila ke Start -> All Programs -> LHDNM -> MyKad Client Kit -> Periksa MyKad. Sijil Digital saya tidak dipaparkan apabila saya ingin menandatangani Borang. Sila keluarkan MyKad anda dari pembaca kad dan masukkan sekali lagi. Pastikan icon kekunci di system tray berkelip-kelip apabila anda memasukkan MyKad. Pastikan sijil digital terdapat di Internet Explorer melalui Tools>Internet Options->Content->Certificates sebelum menandatangani Borang

5 of 8

08/04/2013 11:45 AM

e-Filing : Roaming PKI

https://spsd.hasil.gov.my/Pki/faq20091.htm#anchor1

RALAT SEMASA MENGISI BORANG Sesi anda tidak dapat diteruskan 1) Buka IE -> klik pada Tools -> Internet Options

2) Klik pada tab Security -> pilih internet -> custom level

3) Pilih setting Medium -> Klik OK

6 of 8

08/04/2013 11:45 AM

e-Filing : Roaming PKI

https://spsd.hasil.gov.my/Pki/faq20091.htm#anchor1

Sesi tamat tempoh Masa pengisian setiap muka diperuntukkan selama 10 minit. Skrin peringatan seperti dibawah akan dipaparkan 20 saat sebelum masa tersebut tamat. Klik OK untuk teruskan pengisian borang. Sekiranya tidak masa akan tamat secara automatik. Sekiranya tidak ada sebarang aktiviti ke server selama 10 minit dan skrin peringatan tidak dipaparkan, sila ikuti langkah berikut :1) Buka browser 2) Klik pada Tools -> Pop-up Blocker ->Turn Off Pop-up Blocker

Apabila setting pop-up Blocker telah ditukar setting Pop-up Blocker akan menjadi seperti berikut :-

7 of 8

08/04/2013 11:45 AM

e-Filing : Roaming PKI

https://spsd.hasil.gov.my/Pki/faq20091.htm#anchor1

e-Borang mengalami masalah teknikal Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan : 1-800-88-5436 (LHDN) Nyatakan perkara berikut :i) No. Rujukan ii) Jenis Borang iii) Proses yang sedang dibuat sebelum ralat tersebut dipaparkan

8 of 8

08/04/2013 11:45 AM

Anda mungkin juga menyukai