Anda di halaman 1dari 2

Penanda Wacana 3 jenis penanda wacana: i. Menunjukkan pertautan dari segi kronologi ii. Memperjitu organisasi penulisan. iii.

Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea lain. Menunjukkan pertautan dari segi kronologi Beri pengertian kepada persoalan berkaitan waktu. Contoh: Lepas itu, lantas, semenjak itu, kini, mula-mula, kemudian, sebelum, pada zaman dahulu, pada hari esoknya, dsbnya. Tidak ada tanda koma (,) selepas contoh-contoh di atas. Memperjitu orgonisasi Penulisan Berfungsi untuk mempertautkan hubungan bahagian wacana dengan bahagian yang lain. Beritahu pembaca apa-apa yang dibuat/didedahkan kepada bahagian tertentu. Contoh: Sebagai kesimpulan, untuk merumuskan, contohnya, tegasnya, dapat dinyatakan bahawa pertama, ahkir sekali, dengan kata lain, dalam hal ini, dalam hubungan ini untuk menjelaskan lagi Nota: Setiap frasa yang diikuti koma (,) seperti contoh di atas diwajibkan meletakkan koma dalam penulisan. Menghubungkan fakta dengan fakta atau ide dengan ide yang lain Halliday (1976) membahagikannya kepada 3 bahagian, iaitu: a. Menambah atau memperluas ide Contoh: dan

selanjutnya, di samping itu, selain itu, lebih-lebih lagi tambahan pula, begitu juga, seterusnya, satu lagi dsbnya. b. Menunjukkan pertentangan ide Contoh: tetapi Sebaliknya, pada masa yang sama walaupun walau bagaimanapun, walaupun demikian sama ada sebenarnya, dan sebagainya. c. Menunjukkan hubungan antara sebab-akibat, tujuan-syarat. Contoh: jadi, Oleh sebab itu, disebabkan oleh yang demikian, untuk tujuan itu, maka (kata pangkal ayat) Berikutan itu, Dengan demikian, kecuali dengan syarat justeru

Anda mungkin juga menyukai