Anda di halaman 1dari 1

Prakata |i

PRAKATA
Modul ini telah ditulis dan disusun secara khusus bagi membantu para pelajar yang mengikuti kursus Matematik Asas di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) agar dapat mengenali dan memahami konsep Matematik Asas. Modul ini diterbitkan untuk membantu pelajar untuk memperkayakan lagi pemahaman dan konsep asas mereka dan khasnya agar mereka dapat menghayati dan melihat matematik dari sudut yang berbeza. Seramai dua orang pensyarah daripada Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik, UPSI telah terlibat dalam penghasilan modul ini. Mereka adalah terdiri daripada pensyarah yang berpengalaman dan berketrampilan dalam pelbagai bidang Pendidikan Matematik. Perkongsian pengalaman dan kepakaran mereka ini akhirnya telah menghasilkan Modul Matematik Asas bagi kegunaan para pelajar dalam bidang ini. Modul ini mengandungi 10 unit. Tajuk-tajuk ini merangkumi kemahiran asas matematik iaitu; Set, Sistem Nombor, Logaritma dan Surd, Geometri Koordinat, Trigonometri, Vektor dan Nombor Kompleks . Setiap tajuk dalam modul ini disusun mengikut struktur format yang mudah diikuti dan difahami. Unit-unit dimulakan dengan memberikan gambaran awal tentang hasil pembelajaran yang akan diperoleh, diikuti dengan contoh-contoh yang sesuai, latihan formatif, kata kunci dan latihan sumatif serta jawapan bagi setiap latihan formatif dan sumatif. Di samping itu, soalan-soalan perbincangan berasaskan setiap unit juga disediakan supaya pelajar dapat membuat aplikasi dan penilaian terhadap pemahaman konsep dan aplikasi matematik asas dalam kehidupan seharian. Soalan-soalan juga dibekalkan bertujuan untuk penilaian kendiri bagi menguji dan meningkatkan lagi kefahaman pelajar pada setiap unit yang dipelajari. Di akhir setiap unit, jawapan disediakan sebagai panduan dan semakan bagi setiap soalan yang dikemukakan. Penggunaan ayat dan laras bahasa yang mudah telah memberikan kelebihan dalam penggunaan modul ini. Justeru, penghasilan modul ini diharap dapat membantu pelajar UPSI khususnya dan pelajar-pelajar lain di Institut Pengajian Tinggi secara amnya. Akhir sekali, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan pendapat, kritikan, sokongan dan apa juga dorongan secara langsung mahupun tidak sehingga terhasilnya modul ini. Penulis

Prof. Dr. Marzita Puteh Dr. Mazlini Adnan

Anda mungkin juga menyukai