Anda di halaman 1dari 19

ISU : KEJIRANAN

ISU 1 SEMANGAT KEJIRANAN


o Rakyat Malaysia keseluruhannya perlu mensyukuri, menghayati dan menghargai keamanan yang dinikmati di negara ini. Mereka perlu meningkatkan semangat kejiranan dan persaudaraan, kerana konsep kejiranan mampu membawa dan mengekalkan keamanan, keselamatan dan ketenteraman di negara ini. o Keselamatan dan keamanan yang terdapat di negara kita ini telah diusahakan oleh Kerajaan. Sistem pentadbiran kita itu menjadikan negara kita ini selamat, dan aman. Cara pemerintahan yang dilaksanakan kerajaan hari ini menjadikan negara kita aman,tenteram. Keamanan dan ketenteraman ini pula menjadikan negara kita lebih maju jika dibandingkan dengan sesetengah negara sedang membangun. o Keamanan dan ketenteraman inilah yang hendak kita pertahankan. Kalau kita tidak berusaha mempertahankan keamanan, negara akan menjadi kacau bilau dan huru hara. Keamanan tidak akan tercapai kalau kita tidak mempunyai suasana yang baik dan jika tidak wujud perpaduan. o Rakyat harus menghargai dan mensyukuri keamanan. Sekiranya negara menjadi huru-hara, pemulihan untuk menjadi aman semula bukan suatu perkara yang mudah

untuk dilaksanakan. Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 merupakan contoh ampuh untuk dijadikan o Konsep kejiranan serta konsep persaudaraan memang cukup menarik dan mesti dikekalkan. Konsep kejiranan dan persaudaraan ini adalah sebahagian daripada perkara yang dianjurkan oleh Islam. Suatu nilai yang paling utama dianjurkan oleh Islam ialah persaudaraan dan kejiranan ada hubung kaitnya dengan persaudaraan, atau ukhuwah. Melalui persaudaraan dan semangat kejiranan, dapat diwujudkan rasa kasih sayang, sayang menyayangi, bantu membantu, hingga timbul suatu kekuatan dalam kalangan rakyat untuk saling membantu, sehinggakan seseorang itu merasakan dirinya begitu lemah jika tanpa berjiran. o Melalui semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga akan dapat menghilangkan perasaan iri hati, berdengki, bermusuh-musuhan dan sifat-sifat negatif lain yang boleh membawa kepada perpecahan. Jika kita dapat benar-benar mengamalkan semangat kejiranan akan timbullah sifat bersih hati dalam kalangan masyarakat. o Jiran ialah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Kerana itu, jiran ialah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. o Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang akan menambahkan pengetahuan dan memberi manfaat kepada

kita. Sebagai contoh mendapat tunjuk ajar jika berjirankan seorang guru o Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada ancaman kecurian, samseng dan sebagainya. Ini dapat dilakukan sama ada melalui Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Keselamatan Kawasan. Gejala-gejala sosial seperti bersekedudukan, berkhalwat dan sumbang mahram dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlaku perkara- perkara yang meragukan. o Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Kita hendaklah membiasakan diri bertanya khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat menjadi penghubung kepada amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesama jiran apabila ditimpa masalah atau kesulitan yang akhirnya memberi jalan penyelesaian kepada kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. o Luangkanlah masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan semangat hidup berjiran. Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung atau menziarahinya. Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila sanggup mengetepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran pada masa diperlukan. Aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung dan sebagainya

sememangnya dapat memupuk dan menyemai hubungan baik dan semangat kejiranan. o Jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu. Walau sebesar mana sekalipun gelombang perubahan yang melanda masyarakat kita namun semangat kejiranan tetap menjadi keutamaan. Kekuatan hubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni mengukuhkan ikatan kasih sayang yang kadangkala melebihi daripada keluarga sendiri. Kehidupan yang mendapat keberkatan adalah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan.

u 2. Skim Pengawasan Kejiranan


PENDAHULUAN Suatu strategi yang bergantung kepada keyakinan dan kerjasama masyarakat untuk membantu mencegah jenayah serta mewujudkan suasana yang lebih selamat kepada masyarakat setempat.

Wujudnya suasana seperti ini, maka setiap penduduk di dalam sesebuah masyarakat itu dapat bekerjasama dalam kalangan mereka dalam usaha membantu Polis membanteras dan mengurangkan jenayah. Justeru "Kepolisan Masyarakat" merupakan satu usaha membebaskan sesuatu kawasan dari kejadian jenayah secara muhibah.

2. KONSEP "Kepolisan Masyarakat" membawa konsep di mana menjadikan sebahagian petugasan kepolisan sebagai suatu tanggungjawab bersama masyarakat dengan membabitkan diri dalam usaha membanteras dan mengurangkan jenayah bagi sesuatu tempat dalam usaha memperkembangkan konsep ini, tiap-tiap daerah atau kawasan tertentu, adalah penting untuk menubuhkan Ahli Jawatankuasa masing-masing, bagi melicinkan perjalanan sesutu kegiatan atau projek yang hendak dilaksanakan. 3. TUJUAN AHLI JAWATANKUASA Secara keseluruhannya, penubuhan Ahli Jawatan kuasa ini adalah bertujuan seperti: Mewujudkan dan mempertingkatkan semangat kejiranan yang baik di kalangan masyarakat setempat supaya mereka mengenali antara satu sama lain.

merancang dan mengadakan program kemasyarakatan untuk penduduk-penduduk setempat supaya masing-masing mempunyai perasaan yang lebih mesra. Merancang dan melaksanakan program yang bertujuan untuk mewujudkan dan memperingkatan semangat kejiranan di kalangan masyarakat. Merancang dan menganjurkan program-program pendidikan pencegahan jenayah di kalangan masyarakat. Mewujudkan suatu suasana masyarakat yang bermaklumat mengenai kedudukan jenayah setempat dan kaedah-kaedah pencegahannya dengan mengadakan "Pusat Penerangan " di kawasankawasan perumahan dan institusi-institusi perniagaan. Mewujudkan dan mempertingkatkan perhubungan dengan pihak media supaya dapat memberikan kefahaman kepada masyarakat untuk membantu mencegah serta membenci jenayah.

4. BENTUK-BENTUK PROGRAM Antara bentuk-bentuk program yang boleh diadakan ialah:1. Skim Pengawasan Kejiranan 2. Pengawasan Kenderaan 3. Pengawasan Kilang/Institusi Perniagaan 4. Pengawasan sekolah/Institusi Pendidikan

5. Program Menandakan Harta Benda dan lain-lain 5. PENGAWASAN KEJIRANAN Antara program yang mendapat perhatian secara keseluruhan oleh masyarakat ialah Pengawasan Kejiranan 6. PENGERTIAN "PENGAWASAN KEJIRANAN" 1. Pengawasan Kejiranan adalah satu program yang mana masyarakat setempat membabitkan diri mereka mengawasi keselamatan jiran-jiran dan harta benda mereka, serta melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan kepada Polis. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu perkongsian tanggungjawab untuk menjadikan kawasan tempat tinggal mereka lebih selamat. Hal ini bukanlah bermakna masyarakat mengambil alih tugas-tugas Polis, tetapi menggunakan sumber-sumber Polis yang bernilai itu lebih berkesan. 2. Program ini memberikan penekanan kepada masyarakat untuk mengambil sebarang tindakan pencegahan jenayah secara bersepadu dan berpasukan. Ini jelas memperlihatkan bahawa program pencegahan jenayah yang berjaya satu pendekatan yang terancang amat diperlukan. 7. CARA SKIM DILAKSANAKAN SECARA AM 1. Para Penubuhan:-

Sebelum "Skim Pengawasan Kejiranan" ditubuhkan, penduduk-penduduk setempat hendaklah menubuhkan kumpulan-kumpulan kecil yang dinamakan "Kumpulan-kumpulan Pengawasan Kejiranan". Setiap kumpulan ini mengandungi antara 10 hingga 20 jiran atau bilangan yang difikirkan wajar kepada satu-satu kawasan kecil, seperti dalam sederetan sesebuah jalan atau lorong.
2.

Pertugasan Secara Am: Ahli-ahli dalam kumpulan ini tidak dikehendaki menjalankan tugas-tugas rondaan, tetapi berperanan untuk mengawasi supaya keadaan kawasan itu selamat dan bebas dari jenayah. Bagaimanapun , mereka mempunyai kuasa menangkap oleh orang-orang awam seperti dibekalkan dalam Kanun Acara Jenayah Penyelaras Kumpulan:Setiap kumpulan mempunyai seorang wakil yang dipanggil "penyelaras Kumpulan ". Beliau bekerja rapat dengan ahli-ahli masyarakatnya dengan Polis. Pemilihan penyelaras dilihat atas persetujuan semua ahli-ahli. Beliau bertanggungjawab untuk mengadakan mesyuarat.

3.

Kawasan atau taman perumahan, ianya mungkin mempunyai 10 hingga 20 kumpulan "Pengawasan Kejiranan". Sehubungan dengan ini, maka setiap kawasan itu pula hendaklah dipilih seorang wakil yang dipanggil "Penyelaras Kawasan". 8. CARA MENUBUHKAN SKIM/KUMPULAN PENGAWASAN KEJIRANAN 1. Panduan Dari Polis Penubuhan skim ini boleh didayausahakan oleh sesiapa sahaja. Namun, adalah lebih baik individu terbabit hendak mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Daerah atau Pengawai Penyelaras Daerah setempat untuk mendapatkan panduan dan nasihat. 2. Pengukuran Minat: Minat masyarakat setempat untuk menubuhkan skim ini hendaklah diukur. Antara ccaranya ialah mengadakan kunjungan muhibah ke rumah-rumah jiran. Namun demikian cara terbaiknya ialah mengadakan tinjuan melalui penulisan. (Contoh soalan-soalan tinjuan seperti "Dimanakah kedudukan kepekaan anda tentang jenayah?" 3. Mesyuarat Pertama

Perjumpaan pertama amat penting diadakan untuk menggambar dan menjelaskan tinjuan dan cara skim ini dilaksanakan. Kehadiran Ketua Polis Daerah atau wakilnya memainkan peranan utama. Perjumpaan sedemikian boleh diadakan di mana-mana tempat yang wajar. Untuk mendapatkan suasana kemesraan dan muhibbah, adalah disarankan supaya ianya diadakan di rumah. Antara maklumat yang perlu dikumpul semasa mesyuarat ialah; 4. Perkhidmatan-perkhidmatan Oleh Skim Pengawasan Kejiranan

Tanda Pengenalan kepada Harta benda, Pemilik digalakkan menanda harta benda agar mudah dikesan dan mendapatkannya kembali sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian (contoh; ukiran, tanda nama, warna, ambil foto atau video dan senarai(listing) Memperkukuh Keselamatan Diri dan Harta Benda; Setiap ahli masyarakat digalakkan supaya memperkukuhkan keselamatan harta benda mereka seperti rumah, kenderaan dan diri masing-masing. Panduan dan nasihatkan boleh didapatkan dari Balai Polis berhampiran.

Perkara-perkara Yang Perlu diperhatikan; Setiap ahli masyarakat digalakkan supaya dapat mengawasi keadaan-keadaaan yang mencurigakan dan jika mempunyai alasan, mereka bolehlah bertindak seperti; 1) 2) Hubungi Balai Polis berhampiran Beritahu jiran

3) Jiran-jiran hendaklah menggunakan kebijaksanaan untuk memberitahu kepada orangorang yang tidak dikenali dan mencurigakan yang berkunjung ke rumah-rumah jiran.

Kegiatan-kegiatan lain; Ahli-ahli "Skim Pengawasan Kejiranan" adalah disarankan supaya mengadakan kegiatan-kegiatan lain seperti; 1) Menerbitkan media cetak seperti "Surat Berita (News Letter) dan seumpamanya. 2) Mengadakan "Papan Kenyataan dan 3) Lain-lain.

1. KESIMPULAN

Jika masyarakat digalakkan mengambil daya usaha menubuhkan "Kepolisan Masyarakat" maka jenayah dapat dikawal dan dikurangkan dari semasa ke semasa. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAWASI OLEH AHLI-AHLI KUMPULANKUMPULAN ? Keadaan-keadaan yang mencurigai: 1. Jurujual dan orang-orang yang membawa beg atau alat-alat pertukangan. 2. Orang-orang yang tidak dikenali mengetuk pintu atau menjenguk pintu rumah jiran anda. 3. Orang-orang yang merayau-rayau di beranda, di tangga dan di tempat letak kereta tanpa arah dan tujuan. 4. Orang-orang yang mengumpil pintu atau tingkap rumah jiran anda. 5. Orang-orang yang memindahkan harta benda dari rumah jiran anda semasa ketiadaannya (jiran-jiran hendaklah memberitahu satu sama lain jika telah diuruskan terlebih dahulu). 6. Orang-orang yang membelek-belek kereta-kereta, motosikal atau skuter yang terletak di kawasan perumahan anda. APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN OLEH AHLI-AHLI KUMPULAN ?

1. Telefon Polis dengan segera dan laporkan perkara yang mencurigakan itu. 2. Beri amaran kepada ahli-ahli kumpulan, telefon mereka atau tiup wisel jika keadaan mendesak. 3. Sekiranya ada pelawat datang ke rumah jiran semasa ketiadaannya tanya siapa mereka dan tujuannya. 4. Jika orang-orang yang tidak dikenali datang ke rumah anda, pastikan siapakah mereka sebenarnya. Minta mereka tunjukkan Kad Pengenalan atau Kad Kebenaran. 5. Sentiasa ingatkan anak-anak supaya "Jangan Ikut" orang-orang yang tidak dikenali dan nasihatkan bahayanya jika berbuat demikian. 6. Beri amaran tentang bahaya merayau-rayau di tempat sunyi.

APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGELAK

DARIPADA ANAK-ANAK ANDA LARI DARI RUMAH ? 1. Ibu bapa/ penjaga perlu mengambil tahu pergerakan anak-anak dan memahami tentang masalah serta kesulitan yang mereka hadapi dan berusaha secara serius dengan kasih sayang dan kemesraan bagi meringankan atau mengatasi masalah mereka. 2. Ibu bapa/penjaga bertanggungjawab memastikan rumah tangga mereka sentiasa harmoni dan aman damai serta mengelakkan pergaduhan dan pertengkaran di hadapan anak-anak. 3. Anak-anak perlu diberikan pendidikan yang seimbang dan digalakkan menyertai aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat dari segi rohani dan jasmani. 4. Perlu mewujudkan kasih-sayang dan hormatmenghormati di antara ibu bapa dengan anak-anak dan suami dengan isteri. 5. Ketegasan dalam memberi tunjuk-ajar hendaklah kena pada tempatnya dan elakkan sifat membahagibahagikan kasih-sayang antara anak-anak. 6. Seboleh-bolehnya luangkan masa bersama-sama anak-anak di rumah atau di tempat yang difikirkan

tenang bagi membolehkan menyelami isi hati anakanak. 7. Tunjukkan sikap/contoh teladan yang baik boleh dicontohi oleh anak-anak. APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH IBU BAPA ? 1. Mencarinya di rumah saudara mara yang selalu dilawati atau bertanya dengan teman-teman yang rapat dengannya. 2. Membuat laporan segera ke Balai Polis yang berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen pengenalan diri atau gambar orang-orang hilang, butir-butir/alamat kenalan rapat atau saudara maranya, untuk membantu penyiasatan Polis mencari dan mengesan secepat mungkin sama ada kehilangan ini ada kaitan dengan jenayah atau sebaliknya. 3. Perkara ini akan memudahkan Polis menghubungi media massa dan menghubung kontinjen/daerah yang lain untuk mengesan kehilangannya. Pengadu juga perlu menghubungi Polis dari masa ke semasa selepas laporan dibuat.

4. Sekiranya orang yang dilaporkan hilang itu, dijumpai semula, pihak Polis hendaklah dimaklumkan supaya siasatan Polis dan rekod dikemaskinikan. "

Manusia kini tidak mementingkan semangat kejiranan, mereka bersifat bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Peribahasa bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing sesuai menggambarkan sikap masyarakat kita pada masa ini. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakt kita, terutamanya warga kota, disifatkan sebagai enau dalam pepatah tersebut kerana hanya mementingkan diri sendiri dan bersikap individualistik. Natijahnya, kita lebih suka hidup menyendiri dan semangat kejiranan yang dulunya menjadi teras masyarakat kita, sudah kian pudar dan luntur. Hakikat ini amat membimbangkan kerana semangat kejiranan, yakni semnagat yang dipunyai oleh ahli-ahli masyarakat untuk menjaga kebajikan dan kepentingan anggota masyarakat yang lain, sangat diperlukan untuk menjamin perpaduan masyarakat. Oleh hal demikian, kita perlu meneliti faktor-faktor yang telah menyebabkan perubahan sikap masyarakat kita. Dalam pada itu, pendidikan memainkan peranan yang penting. Peluang pendidikan yang semakin meluas telah pun berjaya menghapuskan buta huruf dan meningkatkan daya pemikirana serta pengetahuan masyarakat kita. Namun demikian, pada masa yang sama, pendidikan juga telah mengakibatkan masyarakat mula berubah perspektif terhadap kehidupan, terutamanya generasi muda. Contohnya, melalui pendidikan,

golongan belia mula memperoleh jawatan tinggi dan berpendapatan tinggi. Oleh itu, mereka berasa mereka dapat berdikari dan tidak lagi memerlukan orang lain. Mereka pula hanya mementingkan kebahagiaan dan kepentingan sendiri. Maka, mereka menumpukan semua masa mereka untuk mencari kepuasan diri dan melupakan tanggungjawab sosial mereka terhadap kebajikan masyarakat secara keseluruhan. Selain itu, perkembangan masyarakat kota melalui penghijrahan kampung dan proses urbanisasi juga merupakan satu faktor yang lain. Kehidupan di kota amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan di kampung. Masyarakat desa yang mementingkan semnagat kejiranan dan kerjasama mula pupus dengan perkembangan bandar-bandar yang mempunyau pelbagai kemudahan dan peluang pekerjaan. Sebagai contoh, kita seringkali melihat penduudk kampung bergotong-royong unuk membina jambatan, membersihkan kawasan sekeliling dan sebagainya. Sikap sebegini tidak langsung wujud di kalangan warga kota kerana mereka terlalu sibuk dan hidup dalam suasana persaingan yang amat sengit. erbezaan sikap masyarakat juga telah disebabkan oleh pengaruh norma-norma kebaratan. Kita sedia maklum bahawa pengaruh barat meresap ke dalam kehidupan dan kebudayaan kita melalui perkembangan media massa. Kebudayaan dan cara hidup Barat yang mengagung-agungkan kebebasan individu, sikap materialistik dan mementingkan hak peribadi sebelum masyarakat sentiasa dipaparkan dalam rancangan televisyen dan radio. Masyarakat tempatan pula terlalu ingin mengikuti cara hidup barat yang liberal supaya dipandang sama taraf dari segi kemajuan sosial. Malangnya, ini telah menyebabkan kita

menggadaikan nilai-nilai tradisional yang menyeru supaya kita mempertimbangkan kepentingan masyarakt dalam melakukan sesuatu perkara. Teknologi juga telah menjadi satu lagi faktor yang menyebabkan kita kurang menghiraukan semnagat kejiranan. Ini keran, dengan perkembangan teknologi yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara langsung dengan ahli-ahli masyarakat yang lain. Melalui penggunaan telefon, faksmili dan Internet, kita tidak lagi perlu bertemu secara berseorangan untuk berhubungan. Ekoran daripada itu, kita hilang kemahiran untuk berkomunikasi dan sikap ramah-tamah. Sebaliknya, kita menjadi kera sumbang dan hanya mampu berkomunikasi engan orang lain dengan bantuan teknologi. Jelas bahawa semangat kejiranan akan pudar kerana semangat ini tidak dapat dipupuk jika ahli-ahli masyarakat tidak boleh berhubung antara satu sama lain dengan baik. Struktur perumahan moden juga menyukarkan penanaman semangat kejiranan di kalangan masyarakat kita. Kebayakan rumah dan pangsapuri moden dibina dengan tembok yang tinggi dan pagar-pagar. Hal ini jauh berbeza dengan rumahrumah di kampung yang tidak mempunyai sempadan untuk membezakan rumah satu jiran daripada rumah jiran yang lain. Kesimpulannya, kita tidak dapat menafikan bahawa semngat kejiranan semakin pudar dan luntur di kalangan masyarakat kerana pelbagai faktor. Dengan itu, kita harus menyedari hakikat ini dan menggembleng tenaga untuk mencari penyelesaian bagi masalah ini kerana smenagat kejiranan menjadi teras perpaduan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai