Anda di halaman 1dari 13

DIA ENTAH SIAPA

KKP N0.3 BMM 3110

SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM3110 TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK 3 Mengkategorikan jenis ayat majmuk dalam petikan rencana yang dipilih.

Panjang rencana atau petikan rencana yang dipilih haruslah dalam lingkungan 500 patah perkataan. Tajuk bagi rencana yang dipilih adalah bebas.

Pengenalan Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini. Antaranya definisi dari aspek makna dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti dengan dan tattein yang bererti menempatkan bersama sama.Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai menempatkan kata kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. Namun, kebanyakan ahli bahasa di Malaysia telah mendefinisikan sintaksis berdasarkan fungsi dan bidang tugasnya.Contohnya definisi yang telah dinyatakan oleh Abdullah Hassan 1980:164,sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa,atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.

RENCANA YANG DIPILIH


1|MK

DIA ENTAH SIAPA Isu Pengangguran Siswazah

KKP N0.3 BMM 3110

Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular 1 ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan . Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlaku? Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atau kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya . Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih .Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai 19 keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan 20 komputer. Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. 21 Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. 22 23 25
2|MK

mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi 24

DIA ENTAH SIAPA

KKP N0.3 BMM 3110

Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar. Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk

26 27 28 29 30 32 33

banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan 31

memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek Pembangunan 34 Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka mampu meninggikan 35 pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai. 36 37 38 39 40

Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang

mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi . Kewujudan 41 buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama 42 pelabur asing kelak. 43

Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya 44 kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk 45 mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan. 46 47 48 49 50 51

3|MK

DIA ENTAH SIAPA

KKP N0.3 BMM 3110

Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma 52 masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Hasil tulisan Mohd Nazri Majalah Siswa

53 54 55 56

Pendahuluan Ayat majmuk ialah ayat terdiri lebih daripada satu ayat tunggal. Ayat-ayat berkenaan majmuk dicantumkan berdasarkan dan peraturan-peraturan campuran. Ayat tertentu majmuk sehingga gabungan menjadikannya satu ayat baharu. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat gabungan, pancangan mengandungi lebih daripada satu jenis ayat yang terbina daripada gabungan ayat tunggal dengan ayat majmuk atau cantuman beberapa ayat majmuk oleh kata hubung seperti dan, atau, sambil, dan sebagainya. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.Namun begitu, ada satu lagi jenis ayat majmuk iaitu ayat majmuk pasi

HURAIAN AYAT MAJMUK GABUNGAN Ayat-ayat majmuk gabungan setara sifatnya, iaitu ayat-ayat sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab ayatayat tersebut disusun berturut-turut. Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan tanpa kata hubung, ayat yang digabungkan dengan cara ini dipisahkan oleh tanda baca koma (,).

4|MK

DIA ENTAH SIAPA

KKP N0.3 BMM 3110

Dalam rencana Isu Pengangguran Siswazah, terdapat banyak ayat majmuk gabungan . Ayat majmuk ini boleh terdiri dari sederetan ayat tunggal yang dicantumkan menjadi satu mengikut kaedah tertentu hingga menjadi ayat baharu . 2 ayat atau lebih yang digabungkan menjadi satu dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, tetapi, atau, lalu, sambil dan sebagainya . Ayat-ayat yang digabungkan mempunyai kesetaraan sifat, iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Selain itu, ayat-ayat ini mempunyai hubungan kerana ia disusun mengikut urutan dan mempunyai kata hubung. Ayat majmuk gabungan terbahagi kepada 2 berdasarkan kepada penggunaan kata hubung yang berbeza iaitu a) Gabungan yang susunan faktanya berurutan satu demi satu b) Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan A) Gabungan Yang Susunan Faktanya Berurutan Satu Demi Satu Kata hubung yang digunakan seperti dan, lalu, lagi, serta, sambil dan sebagainya. Contoh ayat yang terdapat dalam petikan di atas 1(baris 3) Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. 1a) Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan 1b) Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali konvokesyen sesebuah universiti dijalankan . 2(baris 23)
Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah

terlewat. 2a) Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak


5|MK

DIA ENTAH SIAPA

KKP N0.3 BMM 3110

2b) Mereka hanya bertindak apabila sudah terlewat. Ayat 1a) dan 1b) setara sifatnya,iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri..Ayat-ayat disambungkan dengan kata hubung atau.Unsur yang sama dan berulang digugurkan, Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma.Begitu juga dengan ayat 2a) dan 2b) 3(baris 15)
Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir , menganalisa

sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan kemahiran berinteraksi dengan masyarakat 3a) belia kita kekurangan kemahiran berfikir 3b) belia kita kekurangan menganalisa sesuatu 3c) belia kita kekurangan berbicara dalam pelbagai bahasa, 3d) belia kita kekurangan kemahiran berinteraksi dengan masyarakat 4(baris 8)
Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atau kilang terpaksa gulung

tikar dan membuang pekerjanya 4a) Situasi ini menyebabkan banyak syarikat terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya 4b) Situasi ini menyebabkan banyak kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya 4c) Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atau kilang terpaksa gulung tikar 4d) Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atau kilang terpaksa membuang pekerjanya 5(baris 22)
Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan

belia mengambil konsep tunggu dan lihat.

6|MK

DIA ENTAH SIAPA

KKP N0.3 BMM 3110

B) Gabungan Yang Susunannya Memberikan Maksud Pertentangan Fakta Dalam Ayat-Ayat Yang Digabungkan Kata hubung yang digunakan ialah tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal dan sebagainya, contohnya : 6(baris 9)
Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk

memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. 6a) mereka dibuang kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. 6b) mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. 7(baris 12)
Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi

negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih 7a) ekonomi dunia memberi kesan terhadap ekonomi negara 7b) mengambil masa yang lama untuk pulih HURAIAN AYAT MAJMUK PANCANGAN Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil. Atau dengan kata lainnya ayat majmuk pancangan mengandungi satu ayat utama (induk) dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan bersama untuk membentuk ayat yang baharu. Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubung seperti yang, untuk, bagi, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Dalam bahasa Malaysia, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.
7|MK

DIA ENTAH SIAPA

KKP N0.3 BMM 3110

a) Ayat Majmuk Pancangan Relatif Ayat relatif yang dipancangkan kepada ayat utama melalui penggunaan perkataan yang, contohnya 8(baris 7)
Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara

yang merudum. 8a) Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi 8b) ekonomi negara merudum. Apabila kedua-dua ayat itu dimajmukkan,ayat ekonomi negara merudum dipancangkan ke dalam ayat induk , Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi. Oleh sebab ungkapan ekonomi negara diulang,maka ekonomi negara yang kedua telah digugurkan dan diganti dengan kata relatif yang. 9(baris 13)
Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak

mempunyai kemahiran.

b) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen (ayat komplemen) Ayat yang dipancangkan kepada ayat utama sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut melalui penggunaan kata hubung komplemen bahawa dan untuk, contohnya : 10(baris 45)
Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan

pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan 10a) Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi

8|MK

DIA ENTAH SIAPA

KKP N0.3 BMM 3110

10b) membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecilkecilan


Ayat

10b) telah dipancangkan ke dalam ayat 10a)

untuk

melengkapkan kata kerja dalam ayat tersebut. Dalam ayat Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan, ayat induknya ialah ayat 10a), sementara ayat 10b) merupakan ayat komplemen. Pembentukan ayat-ayat majmuk komplemen di atas disertai dengan kata komplemen dalam bahasa Melayu iaitu untuk

c) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat. Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan : kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama. Ayat majmuk pancangan keterangan terbahagi kepada lapan jenis. (a) Keterangan akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Kata hubung keterangan adalah seperti hingga dan sehingga (b) Keterangan musabab ialah unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan.Kata hubung keterangan musabab adalah seperti kerana, lantaran dan oleh sebab (c) Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau.

9|MK

DIA ENTAH SIAPA

KKP N0.3 BMM 3110

(d) Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian.Kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak,semenjak, setelah, sewaktu, sementara, tatkala dan ketika (e) Keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun dan sedangkan. (f) Keterangan cara ialah unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan. 11(baris 2)
Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia

terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan 12(baris 14)


Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di

sekolah mahupun ketika di universiti. (g) Keterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian.Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti untuk, demi dan bagi. 13(baris 29)
Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan

telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia 14(baris 33)
Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk

memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. 15)baris 40)


Program ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang

mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi 16(baris 49)

10 | M K

DIA ENTAH SIAPA

KKP N0.3 BMM 3110

Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba

nasib mereka sebagai ahli perniagaan.

(h) Keterangan perbandingan ialah unsur yang menerangkan kejadian yang menjadi persamaan. Kata hubung keterangan perbandingan adalah seperti, bak, macam,seolah-olah, seakan-akan, ibarat dan bagaikan. 17(baris 26)
Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti

pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar 18(baris 37)
Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk

memahirkan golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. HURAIAN AYAT MAJMUK CAMPURAN Ayata majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat sedemikian biasanya panjang. 19(baris 47)
Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan

sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Ayat majmuk Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil mampu diwujudkan Ayat majmuk Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri sederhana mampu diwujudkan

11 | M K

DIA ENTAH SIAPA

KKP N0.3 BMM 3110

Ayat majmuk Langkah drastik ini menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini.

HURAIAN AYAT MAJMUK PASIF


Ayat jenis ini boleh dibina jika wujud bentuk yang mengandungi kata kerja transitif. 20(baris 13) Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak

mempunyai kemahiran.

Refleksi Secara konklusinya, kerja kursus yang diberikan memberi cabaran kepada saya dalam menyelesaikannya. Saya mempunyai pelbagai kekangan dalam menyiapkan kerja kursus ini lebih-lebih lagi kekangan masa, kekangan maklumat dan sebagainya. Saya terpaksa merujuk buku Dewan Tatabahasa. Buku ini adalah sangat bagus kerana kesemua informasi kerja kursus Bahasa Melayu terdapat di sini. Agak sukar menentukan kategori ayat majmuk. Namun begitu saya berusaha memahami dan menyiapkan tugasan yang diberikan.Kesimpulannya,saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang ayat-ayat dalam sesuatu petikan bahasa Melayu setelah menjalankan analisis petikan ini. Penganalisisan ini juga mendedahkan kepada kami agar lebih memahami serta menguasai bidang sintaksis dalam bahasa Melayu.

12 | M K

DIA ENTAH SIAPA

KKP N0.3 BMM 3110

Bibliografi: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj.Musa, Abdul Hamid Mahmood. 1987. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsudin. 2008. Bahasa Malaysia Kertas 1 dan 2. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar ACE AHEAD. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj.Musa, Abdul Hamid Mahmood. 2008. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Internet http://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/Sintaksis.htm

13 | M K

Anda mungkin juga menyukai