Anda di halaman 1dari 24

BAB 3

UKUR KADASTER

3.0

UKUR KADASTER ( CADASTRAL )

Ukur kadaster adalah kerja yang berkaitan dengan projek pengukuran terabas kawalan. Kerja pengukuran ini tidak memerlukan kejituan kelas pertama tetapi ianya masih boleh menggunakan pengukuran kelas kedua dan ketiga. Contoh kerja ukur kadaster seperti kerja ukuran hakmilik, pecah bahagian, pecah sempadan, pengambilan jalan dan banyak lagi.

29

3.1

TUJUAN

Tujuan dijalankan kerja kerja ukur kadaster antaranya adalah untuk menyediakan maklumat yang lengkap dan tepat bagi tanah tanah yang hakmiliknya akan dikeluarkan oleh kerajaan setelah mendapat kelulusan. Selain itu ianya juga untuk menyedia, menyusun dan menyimpan segala rekod rekod tanah yang sudah diberimilik oleh kerajaan bagi melicinkan proses pentadbiran serta pengurusan tanah. Dengan kerja kerja ini juga penandaan batu batu sempadan dapat ditunjukkan berserta lokasinya, keluasan dan had sempadan. Ukur kadaster juga sebagai usaha untuk menyokong sistem pentadbirantermasuk pengenalan tanah. Tanpa kerja - kerja ini pemetan kadaster bagi perancangan dan pengambilan balik tanah tidak dapat digunapakai dalam undang undang dan peraturan tanah. Maklumat bagi keperluan spartial dan GIS juga bergantung kepada data data yang diperoleh dari kerja kerja ukur kadaster.

3.2

ALATAN YANG DIGUNAKAN

Topcon Pole Setaf Prisma Tukul Parang Pita ukur Cat merah

30

3.3 SKOP KERJA

Membuat Tinjauan Pemilihan Datum Membuat trabas kawalan Pengambilan butiran Penanaman piket Chineh Penanaman batu sempadan biasa Penanaman batu sempadan bernombor

3.3.1

Membuat Tinjauan

Sebelum memulakan kerja, kami akan membuat tinjauan kawasan kerja pengukuran. Ini bertujuan untuk mengenal pasti keadaan sekitar lot yang hendak di ukur. Di samping itu juga, ini membolehkan kami membuat perancangan kerja serta perbincangan sebelum pengukuran dijalankan.

3.3.2 Permilihan Datum

31

Datum adalah merupakan batu-batu sempadan lama untuk dijadikan panduan dalam memulakan kerja pengukuran. Batu sempadan diperlukan sebanyak 3 biji untuk semakan bearing dan jarak yang terdapat dalam Pelan Akui. Di antara ciri-ciri batu sempadan yang baik adalah : Batu yang tidak senget keterlaluan

Permukaan yang masih rata

Tidak terlalu tinggi dari aras tanah

Bearing dan jarak yang tidak berubah

Kedudukan batu yang tidak beralih Di dalam Kerja Ukur Kadaster, datum adalah bermaksud satu garisan

di mana bearing dan jaraknya diakui betul dan garisan akan menjadi garisan rujukan untuk memulakan sesuatu kerja ukur. Datum juga digunakan untuk mencari koordinat yang tetap dan kekal. Oleh itu pemilihan datum yang betul adalah sangat mustahak untuk memulakan kerja yang memuaskan seperti yang dikehendaki di mana kemungkinan terdapat ruang ataupun penindihan di antara lot-lot tanah yang diukur.

Oleh yang demikian setiap pengukuran diasaskan kepada datum yang memuaskan supaya setiap kerja pengukuran itu bersambung. Berikut adalah tiga cara yang diamalkan sewaktu pemilihan datum.

3.3.2.11 Syarat-Syarat Datum

32

Dua tanda yang duduknya sebelah menyebelah dibuktikan dengan pengukuran atau dengan terabas dan hitungan dan dengan tilikan matahari bahawa kedua-duanya masih berada pada kedudukan asal maka boleh diterima sebagai datum. Tiga tanda di mana dua darinya duduk sebelah menyebelah dibuktikan dengan pengukuran sudut dan jarak atau dengan cara terabas dan hitungan masih berada pada kedudukan asal boleh diterima sebagai datum. Garisan-garisan panjang dari terabas piawai atau terabas kelas satu boleh diambil sebagai datum tetapi jaraknya mesti dibuktikan seperti (b) di atas bagi kerja ukur kelas satu. Jarak garisan datum mestilah tidak kurang dari 40m. Jika terdapat banyak halangan, jarak garisan tidak kurang dari 30m.Garisan bagi tilikan matahari hendaklah tidak kurang dari 30m dan jika tidak, maka ia perlu dipanjangkan.

Tanda-tanda yang diterima sebagai berada dalam kedudukan asal: Kes dua tanda yang duduknya sebelah menyebelah :

Perbezaan di antara jarak lama dengan jarak baru dibahagi dengan jarak lama mestilah tidak melebihi daripada : ukuran kelas satu 1 : 8000 ukuran kelas dua 1 : 4000 Biasanya syarat jarak agak sukar untuk dipenuhi. Oleh itu kelonggaran diberikan di sesetengah negeri jika perbezaan jarak lama dan jarak baru ialah :

33

kelas satu 0.03 meter kelas dua 0.06 meter Perbezaan bearing lama dan bearing baru dari set cerapan matahari adalah : Kelas satu 10 saat Kelas dua 30 saat Tiga tanda di mana dua darinya bersebelahan :

Perbezaan jarak adalah sama seperti kes di atas. Perbezaan sudut lama dan baru di antara kedua garisan itu mestilah tidak melebihi 30 saat.

3.3.3 Membuat Trabas Kawalan

34

Saya diarahkan untuk membuat trabas kawalan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja lain dibuat. Ini bertujuan untuk memastikan kerja yang dilaksanakan berdasarkan kelas ukuran pertama, kedua atau ketiga. Saya dimaklumkan berpandukan trabas kawalan yang dibuat akan dapat membantu dalam kerja penanaman piket Chineh dan pengambilan butiran. Paku atau piket Trabas kawalan dibuat hendaklah saling nampak di antara satu sama lain.

3.3.3.1 Cara Mendapatkan Sudut Mendatar

Menetapkan ( set ) bearing

Setelah alat siap didirikan atau melakukan penyelarasan sementara, bacaan bearing disetkan mengikut maklumat dalam Pelan Akui ( PA ).

Mencerap sasaran belakang penyilang kiri

Alat ditembak kepada prisma untuk mendapatkan jarak. kali.

Garisan

stadia hendaklah berada di tengah-tengah prisma. Jarak dibaca dua

Mencerap sasaran hadapan penyilang kiri

Alat dipusingkan mengikut arah jam kepada prisma hadapan bagi mendapatkan bearing dan jarak. Jarak juga dibaca dua kali.

Mencerap sasaran belakang penyilang kanan

35

Alat dipusingkan secara pugak ( transit ) supaya alat berkeadaan dalam penyilang kanan. Beza bearing hendaklah 180 . Jarak disemak sekali lagi.

Mencerap sasaran belakang penyilang kanan

Alat dipusingkan mengikut arah jam bagi membaca bearing penyilang kanan. Bagi menentukan trabas berada dalam kelas pertama, kedua atau ketiga beberapa syarat yang perlu diketahui bagi memudahkan kerja dilaksanakan. Di antaranya adalah : - Ukuran Kelas Satu Garisan yang kurang dari 40m. Bearing Jarak Garisan yang lebih 40m meter Perbezaan sudut dalam tiga tanda sempadan antara bearing lama dan baru adalah 10 saat. - Ukuran Kelas Dua Garisan yang kurang dari 40m. Bearing jarak Garisan yang lebih 40m. Bearing Jarak : : : : 02 minit 0.02 meter 01 minit 0.05 meter Bearing Jarak : : : 01 minit 0.015 meter 30 saat : 0.03

36

Perbezaan sudut dalam tiga tanda sempadan antara bearing lama dan baru adalah 20 saat. - Ukuran Kelas Tiga Garisan yang kurang dari 40m. Bearing Jarak Garisan yang lebih 40m. Bearing Jarak 3.3.3.2 Menulis Nombor Stesen : : : : 03 minit 0.1 meter 02 minit 0.2 meter

Menggunakan abjad atau nombor-nombor yang tidak berkenaan adalah tidak dibenarkan. Stesen-stesen mestilah diberi nombor mengikut aturan kerja di mana yang dahulu hendaklah didahulukan. Sesuatu nombor itu tidak boleh digunakan lebih dari satu kali untuk satu kerja ukur. Perlu diingat bahawa nombor stesen merujuk kepada kedudukan stesen itu bukan untuk tujuan lain. Oleh itu jika satu tanda itu beralih ke tempat baru seperti dalam kes tanam pastian, mestilah diberikan nombor baru.

3.3.3.3

Pembukuan Kerja Luar

Cerapan perlu dicatatkan menggunakan dakwat hitam di dalam ruang yang ditetapkan sebaik sahaja cerapan dibuat. Pensil atau dakwat merah tidak boleh digunakan. Pen mata bola boleh digunakan.

37

Nilai yang dicerap di padang sahaja boleh dicatatkan dalam ruang cerapan. Kesilapan mengisi tidak boleh dipadam. Pengukuran yang dicatat tidak boleh diubah. Sebarang kesilapan

dalam bahagian sesuatu cerapan itu memerlukan seluruh bahagian berkenaan dipotong dan dibatalkan. Nilai pembetulan diisikan di bahagian bawah yang dibatalkan. Pembetulan dibuat sebelum berpindah ke stesen lain. Kemasukan cerapan pertama dan terakhir setiap hari hendaklah ditarikhkan dalam ruang suhu. Setiap muka surat hendaklah ditandatangani dan ditarikhkan oleh pengukur. Pengukur perlu melaraskan dan membuat kemasukan kepada 1 saat terhampir bagi ukuran piawai dan kelas satu, 10 saat terhampir bagi kelas dua dan 01 minit terhampir bagi ukuran kelas tiga.

3.3.3.4 Total Station

Alat Tiodolit / Total Station yang digunakan semasa kerjaluar. Alat digunakan untuk mengambil bacaan jarak dan bacaan bearing.

3.3.3.5 Prisma Pembalik Dan Tripot

Prisma pembalik. Ia digunakan untuk memantulkan cahaya infra red ke arah EDM bagi mendapatkan jarak. Alat ini sering digunakan untuk kerja-

38

kerja menanam batu ( title survey ) dan kerja-kerja kejuruteraan. mendirisiapkan alat ini adalah seperti mendirisiapkan EDM.

Cara

3.3.4

Pengambilan Butiran

Dalam kerja-kerja pengambilan butiran, pada kebiasannya

setiap

butiran yang diambil telah dinyatakan dalam fail kerjaluar yang diserahkan kepada jurukur. Tujuan butiran diambil di tapak projek adalah untuk ditunjukkan di dalam pelan. Antara butiran yang biasanya diambil ialah :- Bangunan kekal - Parit, Longkang, Pembetung - Tiang elektrik, Telefon - Pili bomba, Lurang - Pagar, Jalan - Sungai, Tebing dan lain-lain Untuk projek seperti pembesaran jalan, butiran yang paling penting ialah longkang, pembetung, lurang, aras permukaan tanah ( GL ) dan setiap simpang di jalan tersebut. Biasanya butiran diambil satu rantai ( 20m ) dari tepi jalan. Biasanya butiran diambil dengan mengunakan pole dan prisma.

3.3.4.1 Cara Kerja Pengambilan Butiran

I - Untuk aras permukaan tanah ( GL ) Bagi aras laras permukaan tanah ( GL ) biasanya pole diletakkan di titik yang sesuai di mana bearing dan jarak ketingian diambil dan dicatatkan.

39

Titik yang sesuai yang dimaksudkan ini ialah setiap perubahan yang ketara pada permukaan tanah. Satu titik diletakkan di permukaan terendah dan satu titik lagi diletakkan pada permukaan yang tinggi. Namun jarak antara titik tersebut adalah bergantung kepada permintaan ukur yang terdapat di dalam fail arahan ukur kerjaluar. II - Untuk Butiran Bagunan Kekal Kebanyakan projek atau kerja pengukuran yang kami lakukan, banyak yang melibatkan bangunan yang kekal.ontohnya seperti rumah kediaman, masjid, balai raya, kedai makan dan banyak lagi. Untuk bangunan yang kekal seperti rumah, balai raya, jurukur mengarahkan mengambil tiga titik sudut bangunan sudah memadai, untuk plotan jika tidak ada cucur atap. Jika ada cucur atap seperti kedai makan, jurukur akan mengambil empat sudut bangunan, tetapi berpandukan cucur atap. Bacaan bearing dan jarak perlu catat pada buku kerja luar, jika mengunakan alat Total Station bacaan bearing dan jaraknya secara automatik direkodkan dalam alat tersebut. Untuk bangunan yang tidak berbentuk empat segi, sudut bangunan tersebut diambil seberapa banyak yang boleh. III - Tiang Lampu, Tiang Telefon, Pili Bomba Pengambilan butiran yang melibatkan tiang telefon, tiang lampu dan pili bomba bacaan diambil di tengah-tengah tiang tersebut. Bacaan bearing dan jaraknya dicatat atau direkodkan di dalam alat. IV - Pagar Untuk butiran pagar pula, ianya haruslah diambil mengikut bentuk pagar. Di bahagian pintu pagar, pada kebiasaannya jurukur akan mengambil

40

tengah-tengah pitu pagar tersebut dan kemudian ukur panjang pintu pagar itu. VI - Parit tanah, parit konkrit dan longkang Semua projek yang dijalankan dikebanyakan tempat melibatkan longkang dan parit tanah dan parit konkrit. Kerja ambil butiran ( detail ) bagi longkang dan parit dalam projek ini sangat penting kerana projek yang dijalankan ini adalah projek pembesaran jalan. Jadi untuk membesarkan jalan, perancangan perlu dibuat dengan rapi, supaya tidak belaku kejadian seperti longkang tersumbat dan lain-lain lagi. Parit tanah dan parit konkrit diambil dengan cara berikut. Sekiranya parit tanah atau parit konkrit itu hanya lebarnya 1 meter jurukur mengarahkan untuk mengambil tiga penjuru, seperti atas tebing, dalam parit ( IL ) dan atas tebing. Jika parit itu lebar lebih dari satu meter, jurukur akan mengarahkan saya mengambil lima penjuru seperti atas tebing, bawah tebing kiri dan kanan, dan satu penjuru untuk tengah parit ( IL ). Bagi longkang, penjurunya diambil mengikut keadaan longkang tersebut, pada kebiasaannya diambil satu penjuru sahaja iaitu di tengahtengah longkang ( IL). Manakala lebar dan kedalamannya diukur dengan pita ukur kemudian dicatatkan. VII - Tebing Dalam mengambil butiran bagi tebing, pada kebiasaannya dua penjur (titik) saja diambil iaitu atas tebing dan bawah tebing. Butiran untuk tebing mestilah mempunyai permulaan tebing dan tamat tebing, ini untuk memudahkan dalam penyambungan data-data dalam komputer. VIII - Pembetung

41

Dalam projek pembesaran jalan ini, setiap butiran pembetung perlu diambil dengan teliti. Ini kerana setiap butiran pembetung perlu ditunjukkan di dalam pelan keratan memanjang ( long section ) seperti dalam lampiran A muka surat nombor. Satu penjuru sudah memadai untuk semua butiran pembetung. Setiap ukuran pada pembetung termasuk diameter perlu dicatatkan dandilukis bentuknya.

3.3.4.2

Masalah Masalah Yang Dihadapi

Semasa kerja pengukuran dilakukan, kami menghadapi beberapa masalah. Masalah yang timbul akibat daripada halangan yang tidak dapat dielakkan. Di antaranya ialah : - Tanda sempadan tidak saling nampak disebabkan oleh ; * Halangan oleh pokok-pokok dan semak samun. * Halangan oleh bangunan bangunan kekal.

3.3.4.3

Cara Cara Menyelesaikan Masalah

Halangan oleh pokok-pokok dan semak samun . Untuk halangan pokok-pokok kecil dan semak samun, ianya perlu dirintis dengan mengunakan parang.

42

Halangan yang melibatkan pokok besar dan bangunan kekal Untuk halangan yang melibatkan pokok besar dan bangunan kekal, ianya dapat dielakkan dengan membuat trabas. menggunakan latit dipat. Dengan ada trabas, kita akan mendapatkan bearing secara langsung ( direct bearing ) melalui pengiraan

3.3.4.4 Semakan Harian

Pada tiap-tiap hari sebelum kerja pengukuran yang sama dijalankan, Pegawai Ukur hendaklah mengukur semula garisan terakhir sebelumnya. Pengukuran ini sebagai ujian alat sahaja. pada hari Jika perbezaan

melebihi had +/- 10mm, yang ditetapkan oleh pekeliling Jabatan Ukur maka, pegawai ukur hendaklah menjalankan ujian Different Field Test. Jika gagal, penggunaan alat tersebut hendaklah dihentikan. 3.3.4.5 POLE Pole ini digunakan untuk mengambil butiran atau detail dalam lot yang dikehendaki. Pole juga disambungkan terus pada alat prizam. Pada pole ini juga terdapat warna, iaitu warna merah dan putih dimana setiap warna panjangnya adalah 0.2 meter atau 20 sentimeter (cm). Warna ini juga adalah untuk memudahkan pengukur melihat kedudukan tempat jika pengambilan butiran di tempat yang kurang terang.

3.3.5 Chainage ( CH )

43

Chainage ( rantaian ) ialah stesen dalam trabas untuk mendapatkan tinggi titik-titik keratan, di mana jaraknya telah ditetapkan. Ia juga merujuk kepada kerja yang dilakukan. Biasanya CH ini dibuat dengan mengunakan paku payung dan ia dibulatkan dengan warna terang ( merah ). Bertujuan untuk memudahkan penglihatan apabila stesen CH itu perlu digunakan lagi untuk masa hadapan. Setiap CH perlu ditulis dari mula kerja hingga kerja berakhir. ( CH00 CH200 ). Biasanya CH00 dibuat ditengah-tengah jalan ( center line of road ), ada juga CH00 bermula di tepi jalan. Pada amnya ia tidak tertakluk pada mana-mana peraturan ukur yang ditetapkan oleh Jabatan Ukur. Tetapi ia dibuat atas permintaan syarikat. CH biasanya digunakan bagi projek-projek untuk cadagan membuat jalan, sungai, cadangan membesar jalan, sungai dan projek berkaitan dengannya. Jarak yang biasa digunakan dalam membuat CH ialah 25m bagi setiap CH. Tujuan CH dibuat adalah untuk mengambil butiran kiri dan kanan CH tersebut. Biasanya butiran diambil satu rantai ( 20m ) dari garisan tengah CH ( center line CH ).

3.3.5.1

Cara Membuat Chainage ( CH )

Langkah yang pertama, kita perlu pastikan projek tersebut.

Jika

projek tersebut perlukan setting out, ini bermakna CH00 bermula di tengahtengah jalan. Dengan kata lain di tengah-tengah garisan putih jalan raya. Bilangan CH berdasarkan jumlah jarak kerja tersebut. Setiap CH perlulah ditanda dan ditulis dengan warna terang ( cat merah ).

3.4

KAEDAH KERJA UKUR KADASTER

3.4.1

Peninjauan

44

Pada mulanya sebelum kerja kerja ukur dijalankan tinjauan kawasan perlu dilakukan bagi mendapatkan sedikit maklumat serta gambaran jelas sama ditunjukkan dalam surihan kerjaluar. Dalam tinjauan yang dibuat semua objek objek kekal serta butiran yang terdapat disekeliling diambil kira.Tinjauan pentina bagi melicinkan setiap kerja yang akan dijalankan.

3.4.2 Datum

Datum bagi permulaan Kerja mengikut perenggan 69 Peraturan Ukur adalah seperti berikut : a) Dua tanda sempadan yang dibuktikan dengan ukuran jarak dan cerapan matahari berada dalam kedudukan asal. b) Tiga tanda senpadan yang dua daripadanya bersebelan dan dibuktikan dengan cerapan sudut serta jarak atau menerusi trabas dan cerapan. c) Sekiranya trabas piawai atau kelas pertama diguna pakai untuk datum, semakan jarak hanya perlu dibuat bagi ukuran kelas pertama. d) Setelah datum yang sesuai dijumpai barulah kerja pengukuran dapat dijalankan.

3.4.3

Pelarasan Alat

45

Sebelum menjalankan kerja, alat EDM yang digunakan mestilah benar benar dalam keadaan baik dan ianya mestilah dijalankan ujian setiap 3 bulan sekali bagi memastikan kejituannya. Ianya mestilah dilaraskan setelah alat hendak didirisiapkan atau sebelum kerja kerja pencerapan sudut hendak dibuat. Ianya dikelaskan 3 peringkat : 1) Mendirisiapkan alat dan memusatkan alat Bertujuan bagi memastikan bahawa paksi alat tepat berada tegak diatas stesen yang diduduki Langkah langkahnya : i. Dirisiapkan kakitiga alat diatas stesen dalam keadaan mendatar pada ketinggian yang sesuai. ii. Setelah itu alat EDM dipasang pada kakitiga dengan mengetatkan tribak kepada kepala kakitiga dan dipusatkan dengan menggunakan plumet optik dan digerakkan kakitiga ke kiri atau kanan . iii. Pastikan kakitiga ditekankan di dalam tanah sehingga stabil, putarkan tiga skru pelaras alat untuk memusatka titik stesen dengan titik pusat rerambut plumet optik. 2) Memusatkan alat i. Tujuannya bagi memastikan agar paksi ufuk alat berada dalam keadaan aras pada satah mendatar dan paksi pugak benar benar pugak apabila pengaras plat memusat gelembungnya. Paksi pugak ini boleh dijongkitkan dengan menggunakan skru tapak. Langkah langkahnya :

46

Pusingkan alat sehingga gelembung udara berada selari dngan skru kaki pelaras A dan B. Pusingkan skru A dan B pada arah yang bertentangan sehingga gelembung udara berada pada tengah tengah tiubnya.

Pusingkan alat sehingga tiub udara berada 90 darjah dari kedudukan sebelumnya . Putarkan skru C sehingga gelembung udara barada pada tengah tangah tiub. Ulangi langkah kedua dua tadi sehingga gelembung udara sentiasa

berada pada tengah tengah tiubnya. 3) Menghilangkan kesan bezalihat Tujuannya ialah untuk menghilangkan kesan bezalihat supaya garis stadia dan sasaran kelihatan berada dalam keadaan jelas. Langkah langkahnya : i. Halakan teleskop ke latar belakang yang terang dan putarkan gelang mata sehingga garis stadia kelihatan jelas dan terang.

47

ii. Halakan teleskop ke arah target dan fokuskan menggunakan skru pemfokus. Bezalihat akan terhapus apabila imej target terbentuk di satah yang sama dengan garis stadia.

3.5 KERJA PENGUKURAN DI PADANG.

48

Sebelum menjalankan kerja pengukuran, stesen belakang ditandakan sebagai stesen nombor 2 manakala nombor 1 mestilah berada pada stesen hadapan atau stesen cerapan matahari (jika cerapan dibuat). Nombor yang diberikan hendaklah mengikut urutan dan tidak boleh sama. Semasa alat EDM dihalakan ke stesen belakang bering yang diset mesti sama dengan yang terdapat pada Pelan Akui atau bering cerapan. Kerja kerja yang biasa dibuat biasanya meliputi ukuran kelas satu dan dua sahaja manakala ukuran untuk kelas tidak lagi diguna pakai buat masa sekarang. Bagi ukuran kelas satu tikaian sudut mestilah 10 saat untuk setiap stesen dan perbedaan maksimum bering 01 minit 15 saat apabila ditutup manakala tikaian lurusnya pula tidak kurang dari 1: 8000 selepas trabas ditutup. Bering tutup bagi ukuran kelas dua pula mestilah tidak lebih 2 minit 30 saat manakala tikaian lurusnya tidak kurang dari 1 : 4000. Kerja yang dilakukan mengikut pusingan jam dan bacaan penyilang kiri dan kanan digunakan untuk tujuan semakan. Dengan kaedah masa kini gambarajah kerja tidak perlu lagi dilukis kerana ianya akan terbentuk secara automatik pada skrin palmtop kerana sistemnya telah diprogramkan mengikut aturan kerja. Setiap langkah atau peralihan stesen mestilah mengikut arahan yang tertera pada palmtop tersebut, dengan ini setiap kerja yang dilakukan lebih cepat dan menjimatkan masa. Sekiranya stesen yang diduduki adalah piket, semakan dua kali atau double check mestilah dibuat untuk pengesahan. Setelah semua kerja pengukuran selesai dan trabas ditutup kiraan bagi menentukan kerja yang dilakukan close atau tidak dikira serta merta dan ianya tidak perlu lagi dibuat pengiraan secara manual. Segala data dan rekod rekod pengukuran tersebut akan disimpan diproses balik menggunakan komputer di pejabat.

3.6 TANAM SIKAN

49

Tanam sikan dilakukan adalah bertujuan mendapatkan suatu garisan yang selari apabila terdapat suatu selekoh seperti membuat simpanan jalan , terusan dan sebagainya. Cara mananam sikan : A C

Dirikan alat di stesen A Prizam didirikan di stesen B sebagai pandangan belakang Dirikan satu lagi prizam di stesen C sebagai pandangan hadapan Tolakkan bering hadapan dengan bering belakangdan catatkan selisihnya Bahagi dua selisih bering tersebut Untuk bering yang dikehendaki , campurkan bering hadapan dengan selisih bering yang dibahagi dua tadi Jarak dikehendaki sama dengan jarak yang telah ditetapkan. Kemudian ianya dibahagi dua dengan sin selisih bering yang telah dibahagi dua AD merupakan jarak sikan yang diperolehi

3.7

SEMAKAN DUA KALI

50

Semakan Dua Kali seringkali dilakukan dalam kerja kerja pengukuran lot yang telah dibuat. Ini kerana mengikut peraturan ukur setiap tanda sempadan hendaklah berada dalam trabas tertutup dan jika tidak kedudukannya perlu ditentukan dengan kaedah Semakan Dua Kali. Dalam kaedah ini bering dan jarak perlu diukur serta semakan perlu dibuat. Semakan Dua Kali ini seringkali dilakukan untuk kerja tanam pastian , tanam sikan dan jika tanda sempadan itu tidak boleh diduduk. Sekiranya Lot 5159 hendak diukur dengan keenam enam tanda dijumpai. Ketika membuat pengukuran didapati stesen 5 tidak boleh diduduki oleh alat kerana terdapat halangan contonya pokok. Untuk mengatasi masalah ini piket ditanam di stesen 7. Bering dan jarak 7 5 hendaklah dibuat semakan dua kali.

51

3.8 BORANG BUKU KERJA LUAR / FIELD BOOK

Contoh :--

52

Anda mungkin juga menyukai