Anda di halaman 1dari 12

Nama : _____________________________________

Kelas : ______________

SULIT 011 Bahasa Melayu Mei 2006 50 minit

011

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN TAHUN LIMA : 2006

011 BAHASA MELAYU


Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. 2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. 3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

SULIT

011

011 Pengesanan Pertengahan Tahun 2006

SULIT

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 19 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Murid-murid beratur ketika membeli makanan dan minuman di __________ sekolah. A B C kantin warung restoran

Gambar 1

Soalan 2 berdasarkan Gambar 2

Bas itu akan berhenti di __________ pondok menunggu bas yang telah ditetapkan. A B C D bila-bila apa-apa siapa-siapa mana-mana

Gambar 2

Penduduk Desa Tanjung Bayan dinasihatkan supaya berpindah _________ air Sungai Perak semakin naik. A B C D lalu kerana supaya walaupun

Soalan 4 berdasarkan Gambar 3

Beberapa ekor lalat berterbangan di __________ kuih-muih yang terdedah itu. A B C D atas dalam bawah samping SULIT

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN 2006


KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

SULIT

011

Gambar 3

Soalan 5 berdasarkan Gambar 4

Banyak pekebun kecil kelapa di Bagan Datoh, Perak mula __________ kelapa sawit. A B C peladang berladang peladangan

Gambar 4

Walaupun Hanafi tinggal jauh di kawasan __________, namun dia tetap tekun dan gigih menuntut ilmu. A B C D dalaman kedalaman pedalaman pendalaman

Cikgu Abdul Rahim telah memanggil __________ orang murid yang bergaduh itu untuk berjumpa Guru Besar. A B C D kedua berdua kedua-dua berdua-dua

Soalan 8 berdasarkan Gambar 5

Pak Din pulang dari kebunnya, dia membawa __________ pisang emas. A B C D sesisir sesikat setandan serumpun

Gambar 5

Perempuan tua itu sering kali membawa se __________ payung dan se __________ beg mengkuang ke mana-mana sahaja dia pergi. A B C D kaki ... buah rawan ... helai buah ... keping pasang ... buah SULIT

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN 2006


KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

SULIT

011

Soalan 10 berdasarkan Gambar 6

10

Petani itu masih menggunakan __________ bagi membajak tanah sawahnya. A B C D lanca pedati perisai tenggala

Gambar 6

11

Badannya kelihatan kurus __________ setelah terlantar di hospital hampir tiga bulan. A B C D agak sekali paling terlalu

Soalan 12 berdasarkan Gambar 7

12

Tarian yang __________ itu menarik ramai pelancong yang menyaksikan pertunjukan tersebut. A B C D liang-liuk lemak-merdu lemah-longlai lemah-gemalai

Gambar 7

13

Berbagai-bagai jenis kenderaan __________ di jalan raya itu menyebabkan keadaan di situ sentiasa bising dan sibuk. A B C D kelam-kabut mundar-mandir kontang-kanting umbang-ambing

Soalan 14 berdasarkan Gambar 8

14

Suasana di kawasan sawah padi itu sungguh __________ dan tenang. A B C cermat serabut nyaman

Gambar 8

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN 2006


KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

SULIT

SULIT

011

15

Nurul Hidayah berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sekelasnya. A B C D pilu sepi gusar geram

Soalan 16 berdasarkan Gambar 9

16

Minat membaca mestilah __________ ketika anak-anak masih kecil. A B C D disemai dilentur dipimpin dibimbing

Gambar 9

17

Kedua-dua orang tuanya mengingatkan Shahrul Yuzi supaya pandai-pandai __________ diri apabila berada di rantau orang. A B C D membela mengatur membawa merancang

Soalan 18 dan Soalan 19 berdasarkan Gambar 10

18

Mereka __________ leher untuk menegakkan pendapat dan pendirian masing-masing. A B C D bergalas berpatah bertegak bertegang

Gambar 10

19

Perkataan berlawan atau antonim yang paling sesuai bagi situasi yang sedang berlaku itu ialah __________. A B C D berdamai berkawan bermusuhan bermesyuarat

Soalan 20
PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN 2006
KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

SULIT

SULIT

011

Pilih perkataan sama erti bagi perkataan bergaris. 20 Hukuman yang dikenakan terhadap penjenayah itu adalah suatu yang wajar. A B C D wajib zalim patut mesti

Soalan 21 berdasarkan Gambar 11

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan. 21 Apakah yang sedang dilakukan oleh dua orang penternak ikan air tawar itu? A B C D
Gambar 11

Mereka membuang anak ikan ke dalam kolam itu. Mereka menuangkan air yang ke dalam kolam itu. Mereka melepaskan anak ikan ke dalam kolam itu. Mereka membubuh umpan ikan ke dalam kolam itu.

Soalan 22 Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan. 22 Rakyat Malaysia mestilah bekerja keras untuk meningkatkan produktiviti. A B C D Bagaimanakah produktiviti boleh mengalakkan rakyat Malaysia bekerja keras? Mengapakah produktiviti rakyat Malaysia mesti ditingkatkan dengan bekerja keras? Siapakah yang bekerja keras untuk rakyat Malaysia bagi meningkatkan produktiviti? Apakah yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk meningkatkan produktiviti?

Soalan 23 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 23 A B C D Beberapa ekor sibur-sibur hinggap pada tali penyidai baju itu. Tukang rumah itu memasang onde-onde pada bumbung rumahnya. Dekak-dekak yang dijual di warung Mak Uteh itu sungguh enak rasanya. Emak memasukkan ampai-ampai itu ke dalam peti sejuk supaya cepat beku.

Soalan 24 dan Soalan 25

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN 2006


KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

SULIT

SULIT

011

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 24 I II III IV A B C D 25 I II III IV A B C D Warna kain itu akan turun sekiranya direndam terlalu lama. Nelayan itu berhati-hati ketika hendak turun pukat dari botnya. Dia berasal dari turun pahlawan Majapahit yang dibuang negeri ketika itu. Kemarahannya belum turun lagi walaupun telah dipujuk dan ditenangkan. I dan II sahaja I dan IV sahaja I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja Pak Lah hantaran seikat pulasan ke rumah jirannya. Hantaran bola pemain sayap kanan itu terkena palang gol. Liza menyimpan wang hantaran perkahwinannya di dalam bank. Surat berdaftar itu adalah hantaran daripada suaminya di seberang laut. I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

Soalan 26 dan Soalan 27 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 26 Kelab Rebana kampung saya telah dirasmikan penubuhannya oleh penghulu mukim. A B C D Penghulu mukim telah merasmikan penubuhan Rebana Kelab kampung saya. Penghulu mukim akan merasmikan penubuhan Kelab Rebana kampung saya. Penghulu mukim telah merasmikan penubuhan Kelab Rebana kampung saya. Penghulu mukim menubuhkan dan merasmikan Kelab Rebana kampung saya.

Soalan 27 berdasarkan Gambar 12

27

Perlawanan bola sepak tujuh sebelah akan diadakan bertempat di Stadium Mini Sabak Bernam. A B C Bertempat di Stadium Mini Sabak Bernam akan berlangsung perlawanan tujuh bola sebelah. Bertempat di Stadium Mini Sabak Bernam telah diadakan perlawanan bola sepak tujuh sebelah. Bertempat di Stadium Mini Sabak Bernam akan diadakan perlawanan bola sepak tujuh sebelah. Bertempat di Stadium Mini Sabak Bernam sedang berlangsung perlawanan bola tujuh sepak sebelah.

Gambar 12

Soalan 28 dan Soalan 29 Pilih ayat yang betul.


PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN 2006
KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

SULIT

SULIT

011

28

A B C D

Kami sampai di majlis kenduri kahwin itu lebih awal dari mereka. Pemandu muda itu menafikan dia memotong garisan berkembar. Ibu-ibu dan anak-anak kecil masuk padang untuk memulakan acara sukan. Siapatah yang suka membuang sampah sarap di kawasan yang lapang ini.

29

A B C D

Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. Di antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih di atas pandangan guru-gurunya. Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh dengan madu lebah.

Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang betul. 30 I II III IV A B C D Emak mengkhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. Satu rampasan terbesar beras telah dilakukan oleh pasukan kastam pagi tadi. Perkara-perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat bulanan PIBG kali ini. Pertandingan mencari harta karun itu hanya terbuka kepada ahli kelab itu sahaja. I dan III sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja I, II dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN 2006


KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

SULIT

SULIT

011

CUTI-CUTI MALAYSIA
Keindahanmu Mempesona PAKEJ ISTIMEWA 2 Hari Di Tasik Banding 2 Hari Di Pulau Redang 2 Hari Di Pulau Perhentian 2 Hari Di Taman Negara 3 Hari Di Kota Kinabalu RM300.00 RM450.00 RM450.00 RM230.00 RM900.00

Pakej istimewa ini hanya ditawarkan untuk tempoh sebulan dari tarikh iklan ini. Kadar yang berbeza akan dikenakan selepas tamat tarikh promosi. Kami menawarkan pakej percutian dan pakej pelancongan yang mudah, murah, dan meriah. Pilihlah destinasi yang menawan hati anda. Destinasi yang mengembalikan keceriaan hidup anda! Pihak kami akan menguruskan tentang pengangkutan, penginapan dan makanan. Habiskan percutian anda dan keluarga anda bersama-sama kami. Buatlah tempahan anda sekarang. (Tempahan boleh dibuat mulai 7 November 2005). Hubungi kami di alamat berikut: Syarikat Kembara Sdn. Bhd. No. 240, Lorong Tengah, Taman Tun Dr. Ismail, 54000 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-28222468/019-5432775

Pejabat cawangan kami: Negeri Sembilan Pulau Pinang Johor Bahru Kuala Terengganu 06-4573439 04-7245688 07-2229770 09-5654422

(cuti-cuti Malaysia Keindahan Mempersona)

31

Kos percutian di Kota Kinabalu tiga kali ganda daripada kos percutian di Tasik Banding A B C D kerana jumlah hari percutian yang berbeza. kerana jarak serta tempoh bercuti yang berbeza. kerana terdapat pelbagai kemudahan di Kota Kinabalu. kerana tambang pesawat untuk ke Kota Kinabalu mahal.

32

Perkhidmatan yang disediakan oleh agensi pelancongan itu ialah A B C D Makanan, penginapan, dan perhubungan. Pengangkutan, penginapan, dan makanan. Pengangkutan, tempat tinggal, dan hiburan. Tempat tinggal, makanan, dan penginapan.

33

Perkataan keceriaan dalam petikan bermaksud A B keriangan. kecantikan. SULIT

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN 2006


KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

SULIT

10

011

C D

kebersihan. ketenangan.

34

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas. A B C D Pelancong dijangka akan ramai kerana tawaran yang diberikan amat istimewa. Kebanyakan tempat pelancongan terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Tempahan ke tempat pelancongan itu juga boleh dibuat melalui pejabat cawangan. Pelancong bebas memilih destinasi yang diminati serta tawaran pakej yang menarik.

35

Bagi penduduk di negeri Pahang, tempahan boleh dibuat dengan menghubungi A B C D 03-28222468 atau 06-4573439. 03-28222468 atau 04-7245688. 03-28222468 atau 07-2229770. 03-28222468 atau 09-5654422.

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kita menggunakan lampu elektrik untuk menerangi kegelapan. Pada zaman dahulu,
PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN 2006
KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

SULIT

SULIT

11

011

lampu elektrik tidak ada. Manusia pada zaman kuno hanya menggunakan unggun api pada waktu malam. Setelah beberapa lama, barulah manusia tahu tentang kegunaan elektrik. Tahukah kamu apakah punca-punca elektrik? Elektrik boleh dihasilkan oleh haba, cahaya, geseran, tekanan, kemagnetan dan juga tindakan kimia. Tenaga elektrik daripada haba paling senang diperoleh. Apabila dua batang logam dipanaskan, tenaga elektrik akan terhasil. Tenaga elektrik juga akan terhasil apabila bahan-bahan seperti nilon, getah, sutera atau kaca digeserkan. Jika kuartza dan garam rochelle ditekan, tenaga elektrik juga akan terhasil. Cahaya matahari juga dapat menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh matahari dikenali sebagai tenaga solar. Tenaga solar ini mempunyai potensi yang sangat baik untuk dimajukan kerana tenaga daripada unsur ini lebih mesra alam. Tindakan kimia di dalam sel basah dan sel kering juga menghasilkan tenaga elektrik. Contoh sel basah ialah bateri kenderaan seperti bateri kereta, lori, bas, van dan lain-lain lagi. Manakala bateri lampu picit, bateri radio dan bateri jam ialah contoh sel kering. Sel basah dan sel kering digunakan secara meluas sebagai sumber tenaga elektrik masa kini. Walaupun tenaga elektrik amat berguna kepada kehidupan manusia, tenaga elektrik juga boleh membahayakan nyawa kita. Contohnya apabila berlaku litar pintas, menyebabkan berlakunya kebakaran dan kemusnahan harta benda. Oleh itu, kita semestinya tahu dan bijak memanfaatkan penggunaan tenaga elektrik.

36

Perkataan zaman kuno dalam petikan bermaksud A B C D zaman lepas. zaman dahulu. zaman moden. zaman sekarang.

37

Apakah yang akan terjadi apabila dua batang logam dipanaskan? A B C D Logam-logam itu akan cair. Tenaga elektrik akan terhasil. Tenaga elektrik akan berubah. Logam-logam itu akan terbakar.

38

Apakah yang digunakan untuk menghidupkan enjin kereta dan menyalakan lampunya? A B C Tenaga elektrik daripada haba. Tenaga elektrik daripada geseran. Tenaga elektrik daripada sel kering. SULIT

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN 2006


KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

SULIT

12

011

Tenaga elektrik daripada sel basah.

39

Pernyataan berikut adalah tentang tenaga elektrik yang dihasilkan oleh matahari, kecuali A B C D cahaya matahari sangat penting untuk menghasilkan tenaga elektrik. cahaya matahari adalah satu daripada sumber tenaga elektrik semula jadi. tenaga elektrik yang dihasilkan oleh matahari dikenali sebagai tenaga solar. tenaga elektrik yang dihasilkan oleh matahari tidak mencemarkan alam sekitar.

40

Sel kering mempunyai kelebihan daripada segi penggunaan tenaganya kerana A B C D sel kering lebih ringan dan tenaganya setanding dengan sel basah. sel kering lebih murah dan mudah untuk dibawa kerana saiznya yang kecil. sel kering lebih murah dan boleh dicas semula apabila kuasanya berkurangan. sel kering mempunyai kuasa yang cukup kuat dan boleh menyebabkan kematian.

- KERTAS SOALAN TAMAT -

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN 2006


KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

SULIT

Anda mungkin juga menyukai