Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI/2012 HBML1103SMP BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI NAMA NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN CENTRE NAMA TUTOR

: :

810214065665011 MOHAMAD ZAHARI BIN ABU BAKAR : 810214-06-5665

: :

012-7144542 zack81_great@yahoo.com : JOHOR BAHRU LEARNING

PUAN RUZIYAH BT. ZAINOL ABIDIN

ISI KANDUNGAN

ISI

MUKA SURAT

PENGHARGAAN ................................................................................................. i ISI KANDUNGAN ................................................................................................ iii BAB I. PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang tugasan.................................................................................. 1 BAB II. DEFINISI,KONSEP DAN CIRI-CIRI STRATEGI BERPUSATKAN MURID 2.1 Ciri-ciri berpusatkan murid mengikut pendapat tokoh..............................2 2.1 Konsep berpusatkan murid..........................................................................4 BAB III. DEFINISI, KONSEP DAN CIRI-CIRI BANTU PEMBELAJARAN. PEMILIHAN BAHAN

3.1 Definisi bahan bantu pembelajaran.............................................................5 3.2 Ciri-ciri pemilihan bahan bantu pembelajaran...........................................6 BAB IV.FAKTOR-FAKTOR DAN CARA SESUATU BAHAN BANTU PEMBELAJARAN DAPAT DISESUAIKAN DENGAN STRATEGI BERPUSATKAN MURID. 4.1 Faktor pembelajaran yang dapat disesuaikan dengan strategi berpusatkan murid..........................................................................................................................8 RUMUSAN.................................................................................................................9 CONTOH RANCANGAN MENGAJAR...............................................................12 RUJUKAN................................................................................................................15

PENGHARGAAN Bismillah hirrahmanirrahim..

capan apresiasi ini saya tujukan khas buat tutor yang banyak memberikan input berguna bukan sahaja untuk menyiapkan tugasan ini malah ia lebih bersifat berkongsi pengalaman dalam mendidik anak murid masa kini. Dalam ruang waktu perjumpaan yang terhad,saya merasakan masa diperuntukkan bersama tutor amat berharga kerana melalui pertemuan bersemuka,saya dapat mendengar dan meneliti sendiri isi kandungan dalam subjek HBIS1103 ini dengan baik. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekuliah yang banyak memberikan sokongan baik dari segi material ataupun sokongan moral. Sokongan ini amat bermakna bagi saya memandangkan betapa mencabarnya menjadi seorang pengajar dan juga pelajar dalam masa yang sama. Bukan setakat itu sahaja,tugas sebagai seorang bapa dan suami juga terpaksa digalas dengan penuh dedikasi. Dengan itu,saya juga ingin mengabadikan ucapan penghargaan kepada isteri tercinta dalam ruangan penghargaan ini.

Diharapkan tugasan yang dihantar dapat mencapai objektif serta rubrik yang diinginkan oleh pihak penanda. Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas segala jasa baik yang dicurahkan oleh individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam tempoh saya menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih

................................................... [MOHAMAD ZAHARI BIN ABU BAKAR] 810214065665011

Laporan analisis strategi berpusatkan murid ___________________________________________


PENDAHULUAN Alam persekolahan zaman kini merupakan satu zaman yang amat mencabar dan menguji tahap kompetensi guru untuk mendepani pelbagai masalah yang sungguh bervariasi. Memetik Falsafah Pendidikan Negara yang berbunyi Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara dapatlah saya memahami bahawa murid-murid mesti mengamalkan konsep JERI (jasmani,emosi rohani dan intelektual)dan seorang guru pula perlu mencari penyelesaian kepada setiap masalah yang ada terutamanya dalam mencari strategi pengajaran yang sesuai dengan murid. Tugasan yang diberikan ini amat berguna kepada saya bagi mengingat kembali apa yang saya telah pelajari di maktab perguruan (kini dikenali dengan institut perguruan-IPG) seterusnya untuk saya praktikkan dalam mencari pendekatan dan alternatif yang sesuai untuk mengajar murid-murid.

1. APAKAH MAKSUD PENGAJARAN Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

2. APAKAH MAKSUD PEMBELAJARAN Sebelum tugasan ini dibaca dengan lebih lanjut, adalah lebih baik sekiranya diterangkan terlebih dahulu tentang apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran. Ini keana pembelajaran perlu difahami maksudnya memandangkan ia adalah perkara pokok yang perlu diketahui oleh setiapa orang guru. Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Ini bermaksud seorang guru yang melakukan proses pembelajaran perlulah di akhir prosesnya nanti akan mengakibatkan proses perubahan tingkah laku. Contohnya jika guru Bahasa Melayu mengajar tentang kata arah. Di

Laporan analisis strategi berpusatkan murid ___________________________________________


akhir pembelajarannya nanti murid sudah dapat menggunakan kata arah mengikut situasi yang sesuai. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

3.DASAR PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID (Student centered learning) Dalam tugasan ini, telah diberikan arahan untuk menganalisis strategi pembelajaran berpusatkan murid. Sebagai seorang pendidik,strategi pembelajaran yang hendak dilaksanakan perlulah sesuai dengan kebolehan dan kemahiran yang hendak dicapai. Adalah penting juga untuk diketahui bahawa strategi pembelajaran bukan hanya berpusatkan murid kerana strategi pembelajaran terbahagi kepada 3 iaitu: a. Strategi berpusatkan murid b. Strategi berpusatkan guru c. Strategi berpusatkan bahan Dalam penerangan yang seterusnya,fokus utama adalah tentang strategi berpusatkan murid. Melalui tugasan ini juga,seorang guru akan dapat mengetahui kaedah dan juga teknik yang sesuai dijalankan dalam subjek Bahasa Malaysia. Ini kerana dalam pembelajaran Bahasa Malaysia,terdapat pelbagai perkara yang perlu disentuh termasuklah dalam sistem bahasa, kosakata,nilai dan lain-lain. Semua elemen ini perlu digabungkan dalam satu sesi pembelajaran dan ini memerlukan strategi yang sesuai bagi melicinkan sesi pengajaran dan pembelajaran.

4. DEFINISI PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID Pembelajaran berpusatkan pelajar atau pengajaran berpusatkan pelajar adalah satu pendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian berfokuskan kepada pelajar. Pelajar merupakan tumpuan utama dalam model pembelajaran berpusatkan pelajar. Bagi model pembelajaran berpusatkan pelajar, fungsi kurikulum bukan hanya membentuk asas yang kukuh dalam disiplin tetapi juga mengembangkan kemahiran belajar dan self-awareness. Peranan pensyarah pula berubah daripada berperanan memberi kepada menjadi fasilitator. Tanggungjawab untuk belajar pula berpindah daripada pensyarah kepada pelajar. Proses dan tujuan penilaian bukan hanya memberi gred tetapi termasuk memberi maklum balas untuk penambahbaikan sepanjang proses pembelajaran.

Laporan analisis strategi berpusatkan murid ___________________________________________


Menurut Thornburg, 1995 Interaction of a team of students that experience creative learning to be used in the real world.Students are essential to the classroom, just like a team member is essential to a game . Ini menjelaskan bahawa pembelajaran berpusatkan pelajar perlu melalui satu interaksi yang lebih terarah kepada ahli pasukan iaitu rakan-rakan. Interaksi yang ada ini akan meningkatkan daya kreativiti murid-murid dan ini selanjutnya akan meningkatkan daya tumpuan mereka dalam pembelajaran. Pendapat Thornburg ini dijelaskan lagi oleh Harmon dan Hirumi 1996 , matlamat sistem (sekolah) memenuhi matlamat pelajar.Pelajar mempunyai beberapa kawalan dalam jenis arahan yang diberikan. Kawalan yang dimaksudkan ialah kawalan minimum yang diberikan oleh guru sebagai satu arahan awal dan seterusnya segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan di lakukan oleh murid.

5.CIRI-CIRI PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID Berbanding dengan pembelajaran berpusatkan guru dan berpusatkan bahan,pembelajaran berpusatkan murid terdapat beberapa ciri unik dan ciri-ciri ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam butiran di bawah. Murid bertanggungjawab atas pembelajarannya. Melibatkan murid secara terus dan dalam menemui pengetahuan. Ini bermaksud bahawa kuasa seorang guru dalam pembelajaran berpusatkan murid adalah paling minimum kerana kuasa untuk mengawal sesi pengajaran dan pembelajaran diberikan kepada murid. Ini bukan bermakna bahawa guru tidak boleh masuk campur dalam sesi pembelajaran. Jika guru mendapati bahawa terdapat beberapa perkara yang difikirkan tidak sesuai,guru akan memberikan idea atau pandangan. Apabila murid bertanggungjawan dalam pembelajarannya, objektif pembelajaran pada hari itu haruslah lebih umum. Murid yang terlibat dalam strategi berpusatkan murid ini akan mendapati bahawa penglibatan maksimum terhadap pembelajaran ini akan memberikan mereka satu perasaan percaya diri bahawa mereka boleh memperolehi ilmu pengetahuan dengan berkomunikasi dengan rakan mereka. Selain itu ciri pembelajaran berpusatkan murid juga ialah ciri ini menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam. Ia dapat dijelaskan dengan guru perlu menyediakan satu bahan bantu mengajar yang boleh menguji minda murid dan pengetahuan sedia ada murid. Bahan yang diberikan oleh guru itu akan memberikan reaksi yang pelbagai kepada murid dan reaksi ini seterusnya akan mewujudkan komunikasi positif. Komunikasi postitif tadi akan membawa kepada objektif yang hendak dicapai.

Laporan analisis strategi berpusatkan murid ___________________________________________


Apabila kita melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid ini,ia akan melibatkan interaksi. Pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial ini membawa maksud bahawa komunikasi diperlukan untuk menjayakan pembelajaran. Komunikasi sesama rakan ini memberikan mereka peluang untuk mendapat dan menerima idea sesama mereka. Komunikasi ini juga akan menjana idea murid untuk melaksanakan aktiviti yang disediakan oleh guru. Oleh itu pendekatan ataupun bahan yang disediakan oleh guru harus dirancang dengan teliti untuk memastikan bahawa murid akan memberikan respon kepada bahan tersebut dan seterusnya akan membawa murid kepada perbincangan yang lebih lanjut. Hal yang demikian akan menggalakkan murid mencetuskan idea sesama mereka dan ini akan menggalakkan hubungan sosial yang positif. Menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran. Menggunakan idea untuk belajar di luar kelas merupakan salah satu daripada ciri pembelajaran berpusatkan murid. Ia bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang bervariasi di mana pembelajaran luar bilik darjah diberi penekanan. Cara ini akan membuatkan murid menjadi lebih tertarik dan cara lari daripada kebiasaan ini mewujudkan pembelajaran yang berbeza. Secara amnya, cara untuk menggunakan Bahan Bantu Mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta Bahasa Melayu dalam ingatan mereka (Musa Daia, 1992, m.s 72). Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisan oleh guru, penggunaan Bahan Bantu Mengajar sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran (Mok Soon Sang, 1996, m.s.162). Senarai Bahan Bantu Mengajar yang dapat digunakan oleh guru Bahasa Melayu tidak terbatas. Ia hanya terhad oleh inisiatif dan kreativiti guru itu sendiri.

Laporan analisis strategi berpusatkan murid ___________________________________________


DEFINISI BAHAN BANTU MENGAJAR Abd. Rahman (1995), sebarang bentuk benda, bahan, alat, perkakas sama ada konkrit atau abstrak (alat audio, APD) yang dapat digunakan atau dieksploitasikan oleh seseorang secara sistematik untuk membantu dalam proses menyampaikan pengajaran. Ia melibatkan sebarang alat atau bahan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang melibatkan bahan bercetak dan bukan bercetak yang boleh mendatangkan pengajaran dan membantu guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Menurut Kamarudin (1990), alat batu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru-guru untuk membantu dalam menyampaikan sesuatu pelajaran dalam bilik darjah. ABM juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang boleh dilihat, didengar, dipandang, dirasa, dihidu, dibaca, dikisah dan digunakan. ABM merupakan bahan yang digunakan oleh guru semasa mengajar. Bahan-bahan ini terdiri daripada kapur dan papan tulis, carta, radas, spesimen, benda maujud, gambar, peta dan glob, rakaman kaset dan video, transperansi dan projektor (Mok Soon Sang, 2001). Alat bantu mengajar memudahkan pengajaran guru kerana tidak memerlukan penerangan yang panjang tentang pengajaran yang diajar di samping menjimatkan masa guru serta dapat merangsang minat pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

CIRI-CIRI PEMILIHAN BAHAN BANTU PEMBELAJARAN Menjadi guru yang berkesan memerlukan beberapa komponen yang perlu diberikan perhatian. Salah satu daripada cara menjadi guru yang berkesan ialah dengan menggunakan bahan bantu mengajar. Antara perkara penting yang harus diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan BantuMengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannyadalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145). Bahan Bantu Mengajar itu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: Peralatan elektronik seperti komputer, televisyen, radio dan pelbagai alat audio video. Peralatan bukan elektronik seperti peta, carta, surat khabar, bahan manipulatif, tangram,papan paku, bongkah kayu dan sebagainya.

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat mengatasi pelbagai masalah seperti masalah disiplin pelajar, kekurangan masa, kawalan bilik darjah, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru. Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai Bahan Bantu

Laporan analisis strategi berpusatkan murid ___________________________________________


Mengajar digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan (Yusup Hashim, 1997, m.s 16). Mok Soon Sang (1996, m.s 58), pula mengatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Bahan Bantu Mengajar yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajar. FAKTOR-FAKTOR DAN CARA SESUATU BAHAN BANTU PEMBELAJARAN DAPAT DISESUAIKAN DENGAN STRATEGI BERPUSATKAN MURID. a) Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran para pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan program pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran haruslah menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya.Mengambil contoh dalam Rancangan Pengajaran Harian yang dilampirkan sekali,objektif yang ditetapkan adalah m engelaskan kata kerja mengikut jenisnya sekurang-kurangnya lima jawapan betul. Oleh itu, bahan bantu pelajaran perlulah disesuaikan dengan objektif pelajaran pada hari tersebut. b) Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang dipercayai Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu. c) Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran yang boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif. Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap orang pelajar, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah tamat belajar. Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Sesungguhnya amat merugikan jikalau pelajaran yang dipelajari itu hanya tinggal dibangku sekolah sahaja dan tidak ada pertaliannya dengan kehidupan seharian.

Laporan analisis strategi berpusatkan murid ___________________________________________


Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah perbezaan di antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main peranandi satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang sebenar Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi. Pada akhir pembelajaran nanti, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana Bahasa Malaysia boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa untuk berkomunikasi. Oleh itu, pelajar-pelajar harus diperkenalkan dengan aspek sintaksis dan semantik dalam situasi untuk membolehkan mereka faham akan penggunaannya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat latihan yang cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang sebenar. Dalam latihan ini, pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat sendiri. d) Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para pelajar. Keperluan belajar pelajar-pelajar di sini bukanlah bermaksud bahasa itu dipelajari sebagaimana ia dipilih, digred dan dipersembahkan serta diamalkan, tetapi ianya disampaikan dalam bentuk supaya para pelajar dapat menambah pengetahuannya dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan dan licin, para pelajar mestilah diperkenalkan dengan unit-unit pembelajaran. Unit-unit pembelajaran ini walaupun sedikit, tetapi harus mengandungi benda-benda baru. Selain daripada itu, unit-unit pembelajaran tadi mestilah berkaitan antara satu sama lain. Pelajar-pelajar boleh mengembangkan pengetahuan mereka dengan mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan pengalaman atau pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaran-pelajaran yang lalu. Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan terhadap bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek dan emosi. Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar memerlukan galakan, motivasi dan pelbagai rangsangan yang lain. Ini sebahagian besarnya adalah tugas guru, tetapi bahan-bahan pengajaran boleh membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang dirangsang secara intelektual. Satu lagi perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah bahan-bahan mestilah boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu. Ini adalah kerana, pelajar-pelajar juga harus dilayan secara individu dan sebagai ahli kumpulan bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah jenis latihan yang mereka jalankan, kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran yang diperuntukkan kepadanya. e) Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajar. Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran tidak sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan penggunaannya tetapi harus juga mengambil kira tentang perkembangan pelajar. Namun begitu patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang terbaik dan biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap menukar strategi dari semasa ke semasa. Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusatkan individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan tidak menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang pembelajaran. Namun begitu, proses

Laporan analisis strategi berpusatkan murid ___________________________________________


pembelajaran, walaupun menarik tidak dapat membantu pelajar melainkan jika diamalkan dengan cara yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan janganlah hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira, tetapi harus mengambil kira nilainya sebagai latihan-latihan pembelajaran bahasa. Memanglah perkara-perkara yang dilakukan oleh pelajarpelajar kita di dalam kelas itu menarik dan menyeronokkan(enjoyable) tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi potensi pengajaran bahasa mereka. f) Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan pembelajaran mereka. Pelajar yang mempunyai enggerak untuk mempelajarai sesuatu akan dapat mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu yang tidak diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang ditunjukkan oleh minat murid. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi keperluan hidup tetapi minat terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan dengan mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya. Oleh sebab itu, guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara yang telah diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara yang lebih mendalam yang menguatkan minat dan keperluan sedia ada.

Laporan analisis strategi berpusatkan murid ___________________________________________


RUMUSAN Sebagai kesimpulan dalam tugasan ini saya mendapati bahawa strategi berpusatkan murid adalah amat sesuai digunapakai dalam kelas. Namun terdapat beberapa perkara yang guru perlu titikberatkan supaya pengajaran dan pembelajaran berjaya. Dalam beberapa keadaan juga,strategi berpusatkan murid tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat strategi berpusakan guru dan strategi berpusatkan bahan yang lebih dominan.Selain itu juga,guru haruslah kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah adalah amat penting. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telah menyatakan bahawa; kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya. Berdasarkan pernyataan itu, ternyatalah betapa pentingnya bagi guru-guru Bahasa Melayu untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kreatif serta sesi pengajaran yang menarik serta menyeronokkan. Ini akan lebih menarik minat pelajar untuk terus belajar dengan penuh keyakinan tanpa rasa bosan.Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar untuk memahami isi pengajaran.

Laporan analisis strategi berpusatkan murid ___________________________________________


CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN
Tarikh Hari Masa Tahun Bilangan murid Matapelajaran Tema Tajuk : 25.02.2011 :Jumaat :0900-1000 pagi :6A2 :39/40 murid :Bahasa Melayu :Tatabahasa :Kata kerja

Fokus utama 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2(i) membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. Fokus sampingan 8.1 Membina dan menulis perkataan,ayat tunggal dan ayat majmuk. Aras 1 (i) menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat. Objektif Pada akhir pengajaran ini dan pembelajaran ini murid dapat: 1. Mengelaskan kata kerja mengikut jenisnya sekurang-kurangnya lima jawapan betul. 2. Mengenalpasti kata kerja transitif dan objeknya sekurang-kurangnya enam jawapan yang betul. 3. Membina ayat menggunakan kata kerja dengan betul. System bahasa Kata kerja [kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif] Pengisian kurikulum 1. Ilmu Muzik 2. Nilai-bersungguh-sungguh 3. Kemahiran bertambah nilai i. Kemahiran berfikir-menjana idea ii. Kemahiran pelbagai-kinestetik iii. Kemahiran belajar cara belajar (BCB),membaca menulis dan mendengar. Pengetahuan sedia ada Murid telah mengetahui kata kerja.

Laporan analisis strategi berpusatkan murid ___________________________________________

Langkah/masa Set induksi (5 min)

Isi pelajaran Menyanyi dan beraksi lagu: kalau rasa gembira Soalan: 1. Apakah yang telah kamu lakukan sebentar tadi? 2. Kamu menari melibatkan pergerakan apa?

Langkah 1 (20 min)

Kata kerja 1. Definisi 2. Jenis i. Kata kerja transitif ii. Kata kerja tak transitif (tayangan slaid) Bacaan teks (lampiran 1)

Langkah 2 (15 min)

Latihan :lembaran - Mengenalpasti kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif serta objeknya.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran 1. Guru menayangkan klip video lagu kepada murid. 2. Murid-murid diminta untuk menyanyikan lagu tersebut dan beraksi mengikut aksi dalam klip video tersebut. 3. Guru menanya murid soalan. 4. Guru mengaitkan lagu tersebut dengan tajuk pengajaran pada hari ini. 1. Guru menerangkan tentang kata kerja dengan menggunakan tayangan slaid powerpoint. 2. Guru mengedarkan teks kepada murid untuk dibaca secara beramairamai. 3. Murid disuruh menggariskan kata kerja yang terdapat di dalam teks tersebut. 4. Murid diarah untuk mengelaskan kata kerja tersebut mengikut jenisnya. 5. Guru memanggil nama beberapa orang murid untuk menulis jawapan di papan putih. 6. Guru membincangkan jawapan dengan murid. 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada kumpulan yang telah diagihkan. 2. Setiap anggota kumpulan dikehendaki

Catatan -LCD Projektor - Laptop -Speaker KP -Kinestetik BBM -Video

KBT -Menjana idea KP Verbal-

Laporan analisis strategi berpusatkan murid ___________________________________________


Jawapan - Tayangan slaid. untuk mengenalpasti kata kerja transitif serta objeknya dalam ayatayat yang diberi. 3. Ahli kumpulan akan berbincang sambil dibantu oleh guru 1. Guru menayangkan lima pasangan perkataan kata kerja di slaid powerpoint dan menyuruh murid membina ayat menggunakan perkataan tersebut di dalam komputer masingmasing. 2. Murid diminta untuk menghantar latihan tersebut (dicetak)untuk disemak oleh guru. linguistik

Langkah 3 (15 min)

Membina ayat (membuat jawapan di komputer masing masing)

BCB -Kemahiran menulis BBM -Slaid powerpoint

Penutup (15 min)

1. Guru bersama dengan murid merumuskan pembelajaran pada hari ini. 2. Guru menerapkan nilainilai murni.

Nilai Bersungguhsungguh.

Laporan analisis strategi berpusatkan murid ___________________________________________


RUJUKAN Aini Hassan (1993). Pendidikan Untuk Kreativiti: Sejauh manakah kita memahaminya? Jurnal Guru.Mei (5) m.s. 11 15. Dale, E. (1969). Audio Visual Method in Teaching. New York : Holt Rinehart and Winston. Dayang Tiawa Awang Hamid (1996). Satu Tinjauan Untuk Melihat Keberkesanan Penggunaan Video / FatimahAli. (1980). Kaedah Pengajaran: Pemilihan dan penggunaan. Mohd Nawi Abd Rahman (1998). Kaedah Pendidik Dalam Pembelajaran. Universiti Putra Malaysia. Habibah Alias dan Rahil Hj. Mahyuddin, (1990). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai