Anda di halaman 1dari 5

KEMAHIRAN PSIKOMOTOR

Kebolehan melakukan sesuatu perlakuan ddengan menggunakan otototot manusia. Pembelajaran ini memerlukan individu melakukan perlakuan atau aktiviti secara tepat dan betul dengan pergerakab otot. Sebagai contoh, kanak-kanak mula belajar, mereka perlu melibakan diri dalam kemahiran psikomotor seperti menulis huruf dengan pensel dan kertas., bermain pelbagai permainan, melompat atau berlari dan dll. Pelbagai kursus atau mata pelajaran yang mana pelajar menggunakan kemahiran psikomtor untuk melaksanakan aktiviti sepanjang pembelajaran di sekolah.

Indiviu dikatakan menguasai kemahiran psikomotor jika individu itu dapat menyusun atur pergerakan secara mwnyeluruh yang lancar dilaksanakan, serta tepat pada masanya Kelicinan dan ketepatan masa dalam perlakuan menunjukkan bahawa perlakuan ini mempunyai tahap yang tinggi dalam organisasi dalaman. Kemahiran psikomotor akan bertambah baik dari segi ketepatan masa dan kelancaran melalui latihan berterusan dalam satu jangka masa panjang.(Fitts Posner, 1967. Contohnya, memainkan sebuah lagu dengan betul menggunakan gitar dan piano.

SIKAP
Gagne, [1985] menyatakan sikap merujuk kepada keadaan dalaman yang mempengaruhi pilihan tindakan peribadi objek, orang perseorangan atau peristiwa. Penekanan ialah kesan sikap terhadap tingkah laku, iaitu pilihan tindakan yang dilakukan oleh individu. Hasil dari perlakuan atau tingkah laku seseornag individu merupakan rujukan tentang sikap individu. Untuk memupuk sikap yang diingini, guru perlu kaitkan kejayaan dengan sikap tertentu , kaitkan dengan juga sikap dengan model yang disanjungi ramai, serta sentiasa mengaturkan tindakan peribadi yang dikaitkan dengan sikap yang diingini.

Secara umumnya, tindakan setiap individu amat ipengaruhi oleh sikap. Sama ada seorang mendengar lagu klasik atau sentimental, atau seseorang mematuhi peraturan majlis dipengaruhi oleh sikap. Sikap boleh dipelajari aripada pelbagai cara dan dapat dikuasai melalui pengalaman yang berjaya, pemerhatian orang yang dihormati, dan orang yang berpengalaman. Secara kesimpulannya, setiap jenis pembelajaran memerlukan keadaankeadaan dalaman dan luaran yang berlainan. Contohnya : peluang untuk latihan membentuk penyelesaian baru kepada masalah masalahmasalah jika strategi kognitif hendak dipelajari. Manakala untuk mempelajari sikap, pelajar perlu diberikan pendedahan kepada rol model atau hujahan yang meyakinkan.

Anda mungkin juga menyukai