Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Gaya hidup sihat menjadi isu perbincangan hangat sama ada di media massa , eletronik , atau dalam perbualan harian masyarakat pada masa kini. Peningkatan jumlah masyarakat Malaysia yang menghidap penyakit obesiti dan penyakit-penyakit kronik semakin meningkat setahun demi setahun. Ini membuktikan betapa kurangnya pendidikan kesihatan yang diterapkan dalam masyarakat Malaysia tentang amalan Gaya Hidup Sihat. Kajian daripada saintis dan profesional , dengan melakukan aktiviti fizikal dapat menjaga kesihatan dan langkah yang baik mencegah daripada penyakit kronik.

Dalam perspektif ini, punca sebenar mengapa masyarakat kita tidak mengamalkan amalan Gaya Hidup Sihat seperti yang dianjurkan pihak kerajaan perlu dikaji semula bagi mengetahui halangan-halangan yang menimpa masyarakat di Malaysia.

Justeru, kami menjalankan kajian ke atas keberkesanan program Gaya Hidup Sihat yang dianjurkan pihak kerajaan dalam kalangan masyarakat di Melaka supaya masalah ketidakberkesanan amalan Gaya Hidup Sihat dapat diselesaikan.

Anda mungkin juga menyukai