Anda di halaman 1dari 48

Tamadun China

terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China.


Perluasan kawasan ini bermula dengan

kemunculan Dinasti Chin Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M. Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin

Latar Belakang Tamadun


dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 sebelum Masihi (SM) dan merupakan salah satu tamadun yang tertua di muka bumi.

berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara kebudayaan-kebudayaan Neolitik ( Zaman batu baru) di Yangshoa di provinsi Shaanxi menunjukkan, Kebudayaan Yangshao telah wujud pada milenium ke-5.
Tapak tradisi kebudayaan Yangshoa ini dijumpai

di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow River)

Latar Belakang Tamadun

Kegiatan awal bangsa Yangshoa ialah pertanian, penternakan babi dan mengukir tembikar (painted pottery). Perkembangan peradaban bangsa Yangshoa di bahagian tengah dan utara negara Cina menelan masa kira-kira 6 milenium iaitu lebih kurang 5000 tahun sebelum diambil alih oleh kebudayaan Longshan. Kebudayaan Longshan bermula sejak pertengahan kurun ke-2 dan zaman Gangsa Awal (Bronze Age) lewat milenium ke-2 atau milenium pertama.

Latar Belakang Tamadun Pertemuan arkeologi menunjukkan peradaban ini


terletak di Lembah Sungai Yangzi di provinsi Jiangxi dan juga di Sanxingdui,di provinsi Suchuan. Dalam tahun 1766SM 1122SM, gangsa dinilai sebagai simbol elit oleh Dinasti Shang dan tukangtukang gangsa dihormati sebagai ahli masyarakat yang penting semasa pemerintahannya. Peradaban Shang berpusat di bahagian utara Henan di mana dua tapak arkeologi di Zhengzhou dan Anyang menunjukkan sejarah ketamadunan Dinasti Shang.

Perkembangan Tamadun 1. Dinasti Xia


Pemerihalan Sima Qian dan Catatan Tahunan Buluh menetapkan tarikh pengasasan Dinasti Xia pada 4,200 tahun dahulu, tetapi tarikh ini masih tidak dapat disahkan. Terdapat 17 orang raja dalam Dinasti Xia yang terdiri daripada 14 generasi, bermula dengan Yu Agung sehingga Jie dari Xia Tempoh Dinasti Xia yang tepat masih susah untuk ditetapkan, tetapi kini terhad kepada dua pilihan, iaitu 431 tahun atau 471 tahun.

Perkembangan Tamadun 2. Dinasti Shang


bukti terhadap kewujudan Dinasti Shang antara sekitar 1600 SM1046 SM dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama dari zaman Shang yang lebih awal (k.k. 16001300 SM) berasal daripada sumber-sumber di Erligang, Zhengzhou, dan Shangcheng. Kumpulan kedua dari zaman Shang atau Yin yang kemudian terdiri sebahagian besarnya daripada sekumpulan tulisan tulang orakel yang besar.

Perkembangan Tamadun
2. Dinasti Shang

Anyang di Henan masa kini telah disahkan sebagai ibu kota terakhir antara sembilan buah ibu kota Shang (k.k. 13001046 SM). Adanya 31 orang raja dalam Dinasti Shang, bermula dengan Raja Tang hingga Raja Zhou Catatan Ahli Sejarah Agung menyatakan bahawa Dinasti Shang memindahkan ibu kotanya

sebanyak enam kali. Pemindahan terakhir dan terpenting ke Yin pada 1350 SM menghasilkan zaman kegemilangan dinasti ini.

Perkembangan Tamadun 3. Dinasti Zhou


Menjelang akhir milenium ke-2 SM, Dinasti Zhou mula bangkit di lembah Sungai Kuning dan menakluki dinasti Shang. Raja Wu, pemerintah Zhou, dengan bantuan Duke Zhou, bapa saudaranya yang merupakan pemangku raja, dapat menewaskan Shang dalam Pertempuran Muye. Raja Zhou ketika itu mempergunakan konsep Mandat Syurga untuk mewajarkan pemerintahannya

. Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh Perkembangan Tamadun


4

Pada abad ke-8 SM, kuasa Dinasti Zhou terpencar semasa Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh Dalam zaman ini, ketua-ketua tentera tempatan yang dilantik oleh Dinasti Zhou mula mempergunakan kuasa mereka untuk memperoleh hegemoni. Keadaan ini diburukkan oleh serangan-serangan daripada orang-orang di barat laut seperti Qin, dan memaksa Dinasti Zhou untuk memindahkan ibu kotanya ke timur Louyang. Ini menandakan fasa kedua Dinasti Zhou yang besar: Zhou Timur.

Perkembangan Tamadun
4. Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh

Seratus Aliran Fikiran falsafah Cina berbunga semasa zaman ini, termasuk gerakan-gerakan intelektual yang terpengaruh

seperti Konfusianisme, Taoisme, Ultrakeundanga n, dan Mohisme yang diasaskan sebahagian sebagai gerak balas terhadap dunia politik yang berubah-ubah. Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh ditandakan dengan perpecahan kuasa pusat Zhou

Perkembangan Tamadun 5. Zaman Negeri-negeri Berperang


Selepas pengukuhan politik yang lanjut, tujuh buah

negeri yang terutama tertinggal pada akhir abad ke5 SM, dengan tahun-tahun yang negeri-negeri ini bertempur satu sama lain dikenali sebagaiZaman Negeri-negeri Berperang. Peluasan terakhir zaman ini bermula dengan pemerintahan Ying Zheng, raja Qin. Penyatuannya terhadap enam buah kuasa yang lain serta pengilhakan-pengilhakan lanjut di kawasankawasan Zhejiang, Fujian, Guangdong, dan Guangxi masa kini pada tahun 214 SM membolehkannya mengisytiharkan diri sebagai Maharaja Pertama (Qin Shi Huangdi).

Perkembangan Tamadun
6. Dinasti

Qin: Permulaan Empayar China pemerintahan Maharaja Qin hanya berlangsung selama dua belas tahun Doktrin ultrakeundangan yang memandu pemerintahan Qin menegaskan pematuhan yang tegas kepada sebuah kod undang-undang serta kuasa mutlak maharaja Dinasti Qin amat dikenali untuk memulakan Tembok Besar China yang kemudian dilanjutkan oleh Dinasti Ming. Sumbangansumbangan utama Qin yang lain termasuk penyatuan kod undang-undang, bahasa tulisan dan mata wang China

Perkembangan Tamadun
7. Dinasti Han: Zaman kemakmuran muncul pada tahun 202 SM dan merupakan dinasti pertama untuk memeluk falsafah Konfusianisme yang kemudian menjadi asas ideologi kepada semua rejim sehingga keakhiran empayar China. pembukaan buat pertama kali hubungan-hubungan perdagangan antara China dengan Dunia Barat melalui Laluan Sutera. Pada tahun 9 Masihi, perampas Wang Mang mengasaskan Dinasti Xin yang tidak dapat kekal lama dan memulakan rancangan-rancangan reformasi tanah yang meluas serta pembaharuan-pembaharuan eknonomi yang lain tetapi rancangan ini tidak disokong oleh semua orang.

Perkembangan Tamadun
7. Dinasti Han: Zaman kemakmuran

Maharaja Guangwu kemudian memulihkan Dinasti Han di Luoyang yang terletak di timur Xi'an Zaman baru itu diistilahkan sebagaiDinasti Han Timur. Pemberontakan Serban Kuningtercetus pada tahun 184 dan memulakan zaman hulubalang. Dalam kerusuhan yang menyusul, tiga buah negeri cuba mencapai kekuasaan dalam apa yang dipanggil zaman Tiga Kemaharajaan

Perkembangan Tamadun
8. Zaman

Jin Walaupun ketiga-tiga kumpulan disatukan buat sementara pada tahun 278 oleh Dinasti Jin, kelompok-kelompok etnik bukan bangsa Han (Wu Hu) mengawal kebanyakan kawasan negara pada awal abad ke-4 dan menimbulkan penghijrahan orang-orang Han secara besar-besaran ke selatan Sungai Yangtze. Pada tahun 303, kelompok etnik Di memberontak dan kemudian menawan Chengdu serta menubuhkan negeri Cheng Han. Di bawah Liu Yuan, puak Xiongnu memberontak berdekatan Kaunti Linfen masa kini dan menubuhkan negeri Han Zhao. Liu Cong, pewarisnya, menangkap dan menghukum mati dua orang maharaja Jin Barat yang terakhir.

Perkembangan Tamadun
9. Dinasti-dinasti Selatan dan Utara Zaman ini merupakan tempoh perpecahan besar dan perang-perang tidak henti-henti.

Perkembangan Tamadun
10. Dinasti Sui: Penyatuan semula Dinasti Sui menyatukan negara China pada tahun 589 selepas hampir empat abad perpecahan politik.

Perkembangan Tamadun 11. Dinasti Tang: Pemulihan kemakmuran


Pada 18 Jun 618, Gaozu naik takhta dan Dinasti Tang yang diasaskan memulakan zaman kemakmuran yang baru serta inovasi-inovasi dalam bidang seni dan teknologi. Agama Buddha yang beransur-ansur bertapak di China sejak dari abad ke1 menjadi agama utama dan dianuti oleh keluarga diraja serta banyak orang biasa. Chang'an (Xi'an masa kini), ibu negaranya, dipercayai merupakan ibu kota yang terbesar di dunia ketika itu.

11. Dinasti Tang: PemulihanTamadun kemakmuran Perkembangan

Sejak dari sekitar tahun 860, Dinasti Tang mula

merosot, akibat satu siri pemberontakan di dalam China sendiri, serta di Kemaharajaan Nanzhaoyang dahulu ditaklukkan di selatan. Huang Chao, salah seorang hulubalang, menawan Guangzhou pada tahun 879 dan membunuh kebanyakan daripada 200,000 penghuninya serta sebahagian besar koloni keluarga pedagang asing yang besar di sana. Pada lewat tahun 880, Luoyang menyerah kalah dan pada 5 Januari 881, Huang Chao menaklukkan Changan. Maharaja Xizong melarikan diri ke Chengdu, dan Huang mengasaskan sebuah rejim baru yang tidak lama kemudian dimusnahkan oleh tentera Tang.

Perkembangan Tamadun
12.

Lima Dinasti dan Sepuluh Kerajaan Tempoh perpecahan politik antara Dinasti Tang dengan Dinasti Song yang dikenali sebagai Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Kemaharajaan berlangsung selama sedikit melebihi setengah abad dari tahun 907 sehingga tahun 960. lima buah rejim berturut-turut menguasai kawasan tengah empayar lama di China utara dengan cepat sepuluh buah rejim yang lebih stabil menduduki bahagian-bahagian China di selatan dan barat dan oleh itu, zaman itu juga dirujuk sebagai "Zaman Sepuluh Kemaharajaan".

Perkembangan Tamadun
13. Pembahagian politik: Liao, Song, Xia Barat, Jin,

Mongol Pada tahun 960, Dinasti Song (960-1279) bangkit untuk berkuasa di kebanyakan bahagian China dengan ibu kotanya di Kaifeng DinastiLiao Khitan memerintah Manchuria dan M ongolia timur.

Perkembangan Tamadun
13. Pembahagian politik: Liao, Song, Xia Barat, Jin,

Mongol Pada tahun 1115, Dinasti Jin (11151234) Jurchen bangkit dan memusnahkan Dinasti Liao dalam tempoh sepuluh tahun, dan hampir mengambil alih China utara dan Kaifeng daripada Dinasti Song yang memindahkan ibu kotanya ke Hangzhou Pada tahun-tahun yang menyusul, China dibahagikan antara Dinasti Song, Dinasti Jin, dan Xia Barat Tangut.

Perkembangan Tamadun
14. Mongol

dan Dinasti Yuan Empayar Jin ditewaskan oleh tentera Mongol yang kemudian mara untuk menewaskan Song selatan Pada tahun-tahun selepas peperangan tersebut yang kemudian dikenali sebagai Pax Mongolica Kublai Khan, cucu Genghis Khan, hendak mengamalkan adat resam bangsa Han dan mengasaskan Dinasti Yuan. Dinastinya merupakan dinasti pertama yang memerintah seluruh China dari Beijing sebagai ibu kotanya. Beijing telah diserahkan kepada Dinasti Liao pada tahun 938, bersama-sama 16 buah prefektur Yan Yun.

Perkembangan Tamadun
15.

Dinasti Ming: Kebangkitan semula pemerintahan bangsa Han Orang-orang Mongol diundurkan ke steppe dan digantikan dengan Dinasti Ming pada tahun 1368. Zhu Yuanzhang atau (Hong-wu), pengasas Dinasti Ming, menyediakan asas untuk sebuah negara yang kurang minat akan perdagangan tetapi lebih berminat untuk memungut hasil daripada sector pertanian. Mungkin kerana latar belakang maharaja ini yang merupakan seorang petani, sistem ekonomi Dinasti Ming menekankan pertanian, bertentangan dengan Dinasti Song dan Dinasti Mongol yang bergantung kepada pedagang-pedagang untuk hasilnya.

Perkembangan Tamadun
15. Dinasti Ming: Kebangkitan semula pemerintahan bangsa Han Dinasti Ming juga merupakan dinasti terakhir yang mengerjakan Tembok Besar China.

Perkembangan Tamadun
16. Dinasti

Qing Dinasti Qing (16441911) diasaskan selepas penewasan Dinasti Ming, dinasti bangsa Han yang terakhir, oleh tentera Manchu. Kaum Manchu yang dahulunya dikenali sebagai Jurchen menyerang dari utara pada lewat abad ke-17. Dinasti Manchu menguatkuasakan 'perintah tocang' yang memaksa semua orang Han untuk mengamalkan tocang Manchu serta memakai pakaian gaya mereka. Hukuman ke atas sesiapa yang tidak mematuhi undang-undang itu ialah hukuman mati.

Perkembangan Tamadun
16. Dinasti Qing Pada separuh abad yang kemudian, kaum Manchu mengukuhkan kuasanya di sebilangan kawasan yang pada asalnya dikuasai oleh Dinasti Ming, termasuk Yunnan. Mereka juga memperluas lingkungan pengaruhnya ke atas Xinjiang, Tibet, dan Mongolia. Semasa abad ke-19, kuasa Qing merosot.

Perkembangan Tamadun
16. Dinasti Qing Keinginan Britain untuk meneruskan perdagangan candu dengan China menyebabkan Perang Candu Pertama tercetus pada tahun 1840. Hong Kong diserahkan kepada Britain pada tahun 1842 di bawah Perjanjian Nanking. Pemberontakan Taiping (18511864) dan Pemberontakan Petinju berlaku pada abad itu.

Perkembangan Tamadun
17. Zaman Moden Perbendaharaan empayar Qing dua kali diisytiharkan muflis, akibat pembayaran ganti rugi yang dikenakan kerana perang-perang candu, serta aliran keluar logam perak yang banyak, akibat perdagangan candu (pada tahap berpuluhpuluh bilion auns). China mengalami dua kebuluran yang paling teruk tepat dua puluh tahun selepas setiap perang candu pada dekad 1860-an dan dekad 1880-an

Perkembangan Tamadun
17. Zaman Moden Pemberontakan Taiping, sebuah pemberontakan yang besar, membabitkan sekitar satu pertiga kawasan China yang dikuasai oleh Taiping Tianguo, gerakan agama kuasi-Kristian yang diketuai oleh Hong Xiuquan, "Raja dari Syurga". Hanya selepas empat belas tahun bahawa pemberontakan Taiping akhirnya dihancurkan ketika angkatan tentera Taiping dimusnahkan dalam Pertempuran Ketiga Nanking pada tahun 1864. Menjelang dekad 1980-an, Dinasti Qing berjaya mematahkan pemberontakan Taiping pada kos dan pengorbanan nyawa yang amat tinggi.

Perkembangan Tamadun
17. Zaman Moden

Dinasti Qing di bawah Maharaja Guangxu bermula untuk menangani masalah

kemodenan melalui Gerakan Pengukuhan Diri. Bagaimanapun, antara tahun 1898 dan tahun 1908, Maharani Balu Cixi mempenjarakan reformis Guangxu atas tuduhan 'ketakupayaan mental'.

Perkembangan Tamadun
17. Zaman

Moden Pada permulaan abad ke-20, Pemberontak Petinju mengancam China utara. Maharani Balu yang mungkin cuba memastikan pemegangan kuasanya, menyebelahi pihak petinju ketika mereka mara ke Beijing. Sebagai gerak balas, Perikatan Lapan Negara menyerang China. Perikatan itu yang terdiri daripada tentera British, Jepun, Rusia, Itali, Jerman, Peran cis, Amerika Syarikat dan Austria, menewaskan petinju-petinju dan menuntut lebih banyak konsesi daripada kerajaan Qing.

Konfucianism e

Legalisme

Ajaran diperoleh daripada dua buku iaitu, Klasik Confucius dan Analekta.

Membuat pemerhatian tentang kelemahan yang wujud dalam masyarakat, terutamanya dalam pentadbiran.

Konfucianisme Hubungan ini menitikberatkan kejujuran dan kebaikan serta sekiranya keadaan ini tidak dipatuhi, akan berlaku pecah belah dan huru-hara.

Membahagikan lima bentuk hubungan dalam masyarakat.

Shang

Pada zaman Shang, di peringkat awal masyarakat

mengamalkan pemujaan alam semula jadi seperti angin,

bumi dan sungai.


Upacara dilakukan oleh pawang. Manusia dan binatang dikorbankan semasa pemujaan

dilakukan.
Dalam upacara tersebut, pawang akan mendapat tulang

dawat(oracle bone).

Ia merupakan lambang yang diukir di atas tulang kerbau

dan kulit kura-kura.


Pada zaman Chou, penyembahan bulan, sungai, binatang

dilakukan.
Mereka percaya bahawa roh-roh tersebut akan memberi

kemakmuran.
Perkembangan dalam bidang kerohanian menyebabkan

mereka mula menyembah Tuhan yang dipanggil Tien atau syurga serta menganggap raja sebagai anak Tuhan (son of heaven) yang mendapat mandat untuk memerintah.

Pada zaman Han, amalan penyembahan tokoh-tokoh

agung diperkenalkan oleh Hu Ti.


Beliau mengarahkan supaya tokong dibina untuk Han

Kao Tsu (ibu bapanya) di seluruh negara.


Pada zaman Han dan Tang, menyaksikan perkembangan

orang Buddha yang dibawa dari India.

Perkembangan agama Buddha di negara China

berlaku semasa pemerintahan Dinasti Han (Zaman

Han Timur).
Perkembangan ini merupakan kemuncak daripada

interaksi antara tamadun China dengan India.

Buddhisme banyak dipengaruhi oleh agama Hindu dan

aspek-aspek budaya India seperti kesusasteraan,


kesenian, muzik dan sebagainya.
Penduduk negara China dapat menyesuaikan diri

dengan agama Buddha dan agama ini sedikit demi sedikit diserap ke dalam budaya Cina.
Maharaja Han Ming Ti merupakan salah seorang

penganut ajaran Buddhisme.

Agama Buddha mendapat sambutan yang luas semasa

zaman Dinasti Wei Utara (386-564 M).


Perkembangan yang meluas disebabkan pengaruh

cendekiawan Konfucianisme yang menjadi penentang kuat kepada ajaran Buddha tidak lagi berpengaruh dalam pentadbiran.

Ajaran-ajaran Buddha tentang penderitaan manusia

serta cara untuk mengatasinya sehingga melepasi

penderitaan tersebut, iaitu mencapai nirvana telah


berperanan sebagai ubat pada rakyat negara China yang pada ketika itu mengalami keadaan huru-hara.

Ramai mubaligh Buddha dari negara China pergi ke

India untuk mendalami ajaran Buddha yang kebanyakannya ditulis dalam bahasa Sanskrit.
Tokoh-tokoh agama buddha yang keturunan Cina ialah

Fa Hsien, Hsuan Tsang dan I-Tsing.


Dalam usaha mengembangkan ajaran Buddha,

penterjemahan kitab-kitab meliputi kitab Mahayana dan Hinayana dilakukan dan dinamakan Tripitaka.

Dalam kajian sejarah sosiologi, wanita telah digolongkan

di bawah beberapa aspek umum, iaitu pengajian dalam

keluarga, jantina den genus.


Bidang kerja biasanya ditumpukan kepada kaum lelaki

dan kehidupan lelaki.


Dalam erti kata lain, status kedudukan wanita hanyalah

di rumah.

Wanita di Negara China


Dalam ajaran Confucian ada mengatakan bahawa

wanita adalah kaum yang lemah, mempunyai kedudukan


yang rendah dalam masyarakat dan wanita merupakan golongan yang menurut perintah.
Wanita hanya berlatih untuk menjadi seorang isteri

yang baik, iaitu tahu memasak, membuat kerja rumah dan menjaga anak.

Perkahwinan dan Keluarga Perkahwinan seseorang ditentukan oleh ibu

bapanya.
Bridewealth diberikan olah pihak lelaki kepada

ibu bapa perempuan untuk mengahwinkan


anaknya.

Selepas perkahwinan, wanita akan


meninggalkan rumahnya sendiri dan

berpindah ke rumah suaminya.

Perkahwinan merupakan adat sosial utama yang

menggambarkan status kedudukan wanita yang rendah di negara China dan adat resam serta kostum Cina.
Ketidakseimbangan jantina yang berlaku pada masa

itu, mendorong kaum lelaki mempunyai lebih daripada seorang isteri.

Anda mungkin juga menyukai