Anda di halaman 1dari 7

SK BANDAR TEKNOLOGI KAJANG

1.0 PENGENALAN

Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini. Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti. Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti. Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan. Sekiranya masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.

2.0 MATLAMAT

Melahirkan murid-murid yang seimbang daripada segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, dan Sosial (JERIS). Mengembangkan potensi dan bakat semulajadi murid dalam permainan Bola Sepak Mewujudkan semangat cinta akan sukan sesuai dengan konsep 1Murid 1Sukan yang diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran. Meningkatkan semangat kesukanan dalam diri murid-murid semasa permainan Bola Sepak. Memberi pendedahan awal kepada murid untuk membina karier dalam permainan Bola Sepak. Mencungkil bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan pada pertandingan yang akan datang.

3.0 OBJEKTIF Meningkatkan kemahiran asas permainan Bola Sepak kepada murid. Memperkenalkan undang-undang asas permainan Bola Sepak kepada muridmurid. Mengeratkan hubungan pemain-pemain hoki di antara sekolah-sekolah dalam peringkat zon Keramat.

4.0 NAMA KEJOHANAN Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 12 Tahun Anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Villa Impiana, Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Selangor.

5.0 TARIKH 27 Januari 2013

6.0 TEMPAT Padang Villa Impiana, Taman Pelangi Semenyih

7.0 SENARAI NAMA

GURU PEMBIMBING Encik Muhd.Hafiz Bin Ismail Encik Mohd. Shariff Bin Shahari Encik Mohammad Syafiq Bin Abdul Halim

PEMAIN BOLA SEPAK 7 SEBELAH Ahmad Irfan Iskandar Bin Azizul (6 Usaha) Aiman Wafiyuddin Bin Musa (6 Jaya) Amirul Ihsan Bin Khairul Salleh (6 Gigih) Arif Farhan Bin Fahruraazi (5 Gigih) Muhammad Aqil Bin Mohd Hazleen (6 Usaha) Muhd Akmal Bin Aslan (6 Tekun) Muhd Aminuddin Bin Asran (6 Maju) Muhd Irfan Imran Bin Kamaruzaman (6 Tekun) Muhd Razi Zulhilmi Bin Razali (6 Jaya) Nik Rifqy Bin Nik Mohamad Zaki (4 Cekal)

8.0 KEPUTUSAN PERLAWANAN

PASUKAN SKBTK (KUMPULAN) SKBTK (KUMPULAN) SKBTK (SEPARUH AKHIR) SKBTK (AKHIR)

VS

PASUKAN RUKUN TETANGGA PELANGI KELAB REKREASI TAMAN PELANGI SK BANDAR RINCHING

KEPUTUSAN

VS

3-0

VS

5-0

VS

0-0 (PENALTI 5-4)

VS

SK RINCHING HILIR

0-1

SK Bandar Teknologi Kajang layak ke pusingan akhir sehingga mendapat naib johan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah setelah tewas nipis kepada SK Rinching Hilir, 0-1.

9.0 PENUTUP Berdasarkan keputusan pertandingan, SK Bandar Teknologi Kajang dilihat mempunyai keupayaan untuk menandingi pasukan-pasukan yang lain. Namun yang membezakan kita ialah pengalaman yang kurang dan juga latihan yang tidak sempat dijalankan dengan intensif. Oleh itu, bagi kejohanan yang akan datang, SK Bandar Teknologi Kajang akan mempersiapkan pemainnya agar dapat menghasilkan kejayaan untuk sekolah dan seterusnya mengharumkan nama baik sekolah.

10.0

GALERI GAMBAR

Pasukan SKBTK sedang bersiap sedia untuk memulakan perlawanan

Pasukan SKBTK bergaya dengan pingat Naib Johan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah -

Anda mungkin juga menyukai