Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PENCATAT SESI

PEMBENTANGAN
SEMINAR PENDIDIKAN SERANTAU KE-4

TAJUK KEPERCAYAAN GURU-


PEMBENTANGAN GURU SAINS BERAGAMA
ISLAM TENTANG
EPISTEMOLOGI DAN
FALSAFAH SAINS: SATU
TIPOLOGI
NAMA RABIATUL-ADAWIAH AHM
PEMBENTANG AD RASHID
SESI SELARI/ 4D4
POSTER
TEMA -
TARIKH/ HARI 20 MEI 2009
MASA 3.00-3.20 PM
BILIK/TEMPAT SRI MAHANG
PENGERUSI MOHD KHALED BIN
MOHAMED NASIR
PENCATAT SITI RAFEQAH BINTI
SAMSUNANWAR
INTISARI PEMBENTANGAN:

1. Secara umum kajian ini bertujuan meneliti dan


mengenal pasti aliran kepercayaan di kalangan guru-
guru Sains Muslim tentang epistemologi dan falsafah
sains.

2. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kuantitatif


berbentuk tinjauan iaitu menggunakan set Soal
Selidik Kepercayaan Guru dalam proses
pengumpulan data. Sampel terdiri daripada 372 orang
guru dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
yang mengajar mata pelajaran Sains, iaitu Fizik,
Kimia, Biologi, Sains KBSM, Matematik dan
Kejuruteraan.

3. Hasil kajian dikategorikan kepada 4 aliran


kepercayaan, iaitu 52.4% merupakan responden yang
tinggi kepercayaan terhadap epistemologi Islam dan
falsafah sains Islam serta tinggi kepercayaan terhadap
epistemologi Barat dan falsafah sains moden, 22.3%
rendah kepercayaan terhadap epistemologi Islam dan
falsafah sains Islam serta rendah kepercayaan
terhadap epistemologi Barat dan falsafah sains
moden, 16.1% tinggi kepercayaan terhadap
epistemologi Islam dan falsafah sains Islam tetapi
rendah kepercayaan terhadap epistemologi Barat dan
falsafah sains moden dan akhir sekali 9.1% rendah
kepercayaan terhadap epistemologi Islam dan
falsafah sains Islam tetapi tinggi kepercayaan
terhadap epistemologi Barat dan falsafah sains
moden.

INTISARI PERBINCANGAN (SOAL-JAWAB)

1. Soalan (oleh Rosli Sahat, IPGM Kampus Ipoh,


Hulu Kinta, Perak)
Apakah wujud perbezaan persekitaran antara guru
SBP dan guru SMKA?
Jawapan: Ya, terdapat perbezaan dari segi
persekitaran antara guru SBP dan guru SMKA. Guru
SMKA mengajar dalam persekitaran yang
menekankan budaya hidup dan amalan seharian
Islam manakala guru SBP sebaliknya. Tahap
pembelajaran dan pemikiran murid turut
menyumbang kepad tahap pengajaran dan pemikiran
guru, secara tidak langsung.
2. Soalan (oleh Mohd Khaled Mohamed Nasir, Tuan
Pengerusi)
Apakah kepentingan falsafah dalam kehidupan
manusia?
Jawapan: Falsafah sangat penting dalam kehidupan
manusia. Dengan berpegang kepada falsafah, kita
boleh merancang tujuan dan matlamat hidup,
seterusnya menentukan tahap pencapaian dalam
kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai