Anda di halaman 1dari 3

LUQATAH

Harta ataupun barang yang dihormati yang dijumpai di tempat yang bukan milik individu dan ianya tidak ada tandatanda di bawah jagaan sesiapa dan tidak diketahui siapakah yang berhak untuk barang tersebut.
Kepada guru-guru pelatih yang kehilangan barangan atas sebab terlupa, tersilap letak atau atas sebab-sebab lain, silalah memeriksa di dalam kotak Luqatah ini. Kepada guru-guru pelatih yang menjumpai barangan bukan milik mereka, silalah letakkan barangan tersebut ke dalam kota Luqatah ini kerana pemilik sebenarnya berkemungkinan sedang mencari barangan tersebut.. Jazakallah khairan. Insyaallah, kita permudahkan urusan orang lain, Allah S.W.T. akan permudahkan urusan kita. =)

LOST AND FOUND !

Rasulullah saw bersabda : Sesiapa yang merampas hak seorang Muslim dengan sumpahnya maka sesungguhnya Allah S.W.T telah memastikan neraka untuknya dan mengharamkan untuknya syurga. Seseorang bertanya baginda: Walaupun benda itu sedikit wahai Rasulullah? Jawab baginda: Walaupun sebatang kayu sugi. ( Imam Muslim) Hadis ini amat mengerikan kerana walaupun hanya mengambil sebatang kayu sugi yang tidak bernilai pun akan menghumbankan seseorang itu ke dalam neraka dan haram memasuki syurga..Nauzubillah. Oleh yang demikian, berhati-hatilah dan jangan sekalikali tidak mengambil seusuatu yang bukan hak kita kerana akibatnya akan dimasukkan ke dalam neraka walaupun benda yang diambil itu bukan sesuatu yang bernilai. Semoga Allah merahmati kita dan membuang sifat tamak dari hati kita semua.

Nabi S.A.W. bersabda apabila ditanya tentang barang yang tercicir: Hendaklah kamu mengenal pasti pengikat bungkusan barang tersebut dan bekas barang tersebut, kemudian hendaklah kamu wawarkan selama setahun. Sekiranya kamu tidak menjumpai tuan barang tersebut, dan hendaklah kamu simpan dan pelihara dalam jagaan kamu, dan apabila datang pemilik barang tersebut, pada bila-bila masa, hendaklah kamu menyerahkan barang itu kepadanya. Hadis riwayat bukhari (2295) dan Muslim (1722)

Anda mungkin juga menyukai