Anda di halaman 1dari 1

Farez :

Eh, awak ingat lagi tak tentang bencana alam yang berlaku di Jepun tempoh hari?

Najwa :

Maksud awak Tsunami? Tentulah! Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang keadaan yang tersiar di dalam berita itu.

Farez :

Selepas kejadian itu tak putus-putus keluar berita tentang bantuan kemanusiaan yang di beri oleh negara kita. Apa pendapat awak tentang perkara ini Najwa?

Najwa :

Pada pendapat saya, bantuan yang diberikan oleh negara kita sangat mulia. Tapi saya kecewa dengan segelintir masyarakat yang tidak memberi perhatian terhadap perkara seperti ini.

Farez :

Benar kata awak Najwa. Usahlah kita terlalu sombong dengan apa yang kita sekarang.

Najwa:

Selain itu, jangan malu untuk memberi bantuan kepada mereka. Saya sangat sedih kerana tidak mampu memberi bantuan kepada mereka.

Farez :

Jangan begitu. Awak boleh menghulurkan bantuan kepada mereka dengan cara lain. Kumpullah pakaian dan buku-buku terpakai yang awak ada.

Najwa : Farez :

Bagus idea awak itu Farez. Datanglah ke rumah saya. Awak boleh tolong saya menjual surat khabar yang telah saya kumpul. Kita sama-sama dapat membantu mangsa bencana alam.

Najwa :

Terima kasih Farez. Saya rasa sebak. Saya sangat bangga dapat bekerjasama dengan awak!

Farez :

Tolong jangan menangis. Kerjasama itu asas kejayaan hidup

Anda mungkin juga menyukai