Anda di halaman 1dari 2

NAMA: NORHIJRAH BINTI MD RAIS

ARTIKEL MINGGU KE-8

TEKNOLOGI DAN PERNIAGAAN (DDG2273)

TEKNOLOGI MESIN MEGUPAS KULIT BAWANG.

Pada kebiasaanya cara untuk mengupas bawang dan kentang akan menggunakan cara manual seperti kebiasaan iaitu menggunakan pisau atau pemarut kulit. Tetapi pada masa kini ramai usahawan-usahawan inovasi telah menghasilkan teknologi dan mesin khas untuk mengupas bawang antara inisiatif baru ialah teknologi mesin mengupas bawang ini.

Teknologi mengupas bawang ini telah dihasilkan sendiri oleh pemilik Syarikat Zull Design Autotronic iaitu Zulkifli Haron. Beliau menerangkan teknologi ini dihasilkan kerana untuk memudahkan proses pengupasan bawang dalam kuantiti yang banyak terutamanya bagi peruncit-peruncit serta ia dapat menjimatkan masa berbanding cara manual yang agak lambat dan mengambil masa.

Menurut beliau lagi mesin tersebut menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya dan beroperasi secara automatik. Mesin tersebut tidak hanya terumpu untuk mengupas bawang sahaja malah ia boleh juga digunakan untuk mengupas kentang.

Bukan itu sahaja, kelebihan teknologi ini ialah dapat memendekkan tempoh masa proses kerja berbanding proses secara manual, ia mudah dikendalikan dan juga alat gantian yang mudah didapati.

Bagi tujuan peniagaan pula,teknologi ini ia sedikit sebanyak akan meningkatkan tahap kepakaran dalam bidang teknologi. Ia juga mampu mempromosikan dan meningkatkan permintaan mesin ke peringkat antarabangsa. Secara keseluruhannya, teknologi seperti ini sangat bagus kerana ia bukan sahaja memudahkan sesuatu proses,tetapi ia juga mampu memberikan kita mengunakan teknologi moden yang ada pada masa kini.

Anda mungkin juga menyukai