Anda di halaman 1dari 34

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Pada pasaran hari ini, banyak peniaga berusaha untuk mencari strategi yang
dapat memberikan kelebihan berbanding pesaing-pesaing lain. Sebagai contoh, ramai
pengusaha cendawan yang sudah menceburi bidang perusahaan cendawan secara besar-
besaran mahupun kecil-kecilan. Ramai usahawan yang tertarik untuk melakukan
perusahaan ini kerana ia merupakan satu permulaan yang bagus untuk mereka
menceburi lebih dalam lagi dalam bidang ini. Hal ini demikian kerana, cendawan
merupakan organisma yang sangat cepat membiak dan cara penjagaannya adalah
mudah dan tidak leceh.

Cendawan ialah sejenis organisma hidup yang telah divariasikan dalam industri
asas tani sebagai bahan makanan dan perubatan seperti produk kesihatan, produk
penjagaan diri dan makanan ringan. Bukan itu sahaja, cendawan boleh dikaitkan dalam
industri bioteknologi kerana teknologi yang berkaitan dengan cendawan telah
diusahakan untuk mendapatkan produk yang lebih berkualiti, bernilai atau
mendatangkan kebaikan kepada pengguna.
2

Cendawan diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Kebanyakannya


cendawan tumbuh meliar dan dikutip oleh manusia sebagai makanan serta untuk
perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan
menambah insulin dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa
penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari
serangan kanser. Di samping itu, cendawan boleh digunakan secara segar seperti
dimakan sebagai sayu. Selain itu, pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah
dijadikan serbuk dalam bentuk kapsul. Hal ini untuk memudahkan para pengguna
kerana cendawan yang segar agak terhad di pasaran.

Cendawan didefinasikan sebagai organ pensporan kulit yang boleh dimakan. Ia


mengandungi banyak protein, vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium (K) dan
Posforus (P) yang penting untuk kesihatan badan dan juga mempunyai rasa yang sedap.
Selain tumbuhan semulajadi, ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan
dibiakkan. Cendawan yang hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa
tumbuhan atau bahagian yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.
Bentuk cendawan adalah pelbagai, tetapi kebiasaannya ia mempunyai batang atau
tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung.
3

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Melalui hasil idea yang dibincangkan, satu produk telah diinovasikan iaitu
mesin penggaul habuk kayu. Ia merupakan sebuah mesin yang mampu memudahkan
proses pembuatan cendawan yang berskala kecil. Tambahan pula, mesin ini
berkemampuan untuk menggaulkan kayu dan air dengan sebati.

Mesin ini merupakan cetusan idea daripada hasil perbincangan ahli kumpulan
yang melihat sesetengah industri kecil-kecilan yang menggunakan proses penggaul
habuk kayu untuk pembuatan cendawan. Hal yang demikian, satu projek dengan
penghasilan sebuah mesin penggaul habuk kayu. dicipta. Dengan penghasilan mesin
ini, ia serba sedikit dapat memudahkan kerja-kerja membiak cendawan lebih-lebih lagi
sektor industri makanan seperti industri kecil dan sederhana.

Selain itu, mesin ini juga bukan sahaja dapat membantu komuniti masyarakat
sekeliling, malahan ia juga dapat mempertingkatkan daya inovatif dan kreativiti
masyarakat terutamanya golongan muda. Selaras dengan pembangunan negara yang
serba moden ini, arus teknologi juga seharusnya berkembang dan meningkat naik
sejajar dengan transformasi negara kearah wawasan 2020. Dalam pada itu, penghasilan
mesin ini juga dapat menjimatkan masa dan tenaga kerja bagi para pengusaha untuk
menggaul habuk kayu ini kerana ia ditransformasikan kepada sistem saluran air
automatik.

Dengan itu, masa yang diperlukan dapat dijimatkan dan hasil juga dapat
dipertingkatkan. Hasil produk cendawan di negara ini mendorong untuk mesin ini
dihasilkan. Dengan ini, ia tidak merumitkan lagi komuniti masyarakat untuk
menghasilkan cendawan. Malahan, bagi menghasilkan cendawan ianya tidak lagi
menjadi satu masalah kepada masyarakat di industri kecil serta para peniaga kerana
dengan adanya mesin penggaul habuk kayu ini ia mampu menghasilkan cendawan
dengan lebih cepat. Tambahan pula, mesin ini senang dialihkan ke suatu tempat ke
tempat yang lain.
4

1.3 PENYATAAN MASALAH

Produk yang ingin dihasilkan ini iaitu sebuah mesin penggaul habuk kayu
adalah sebagai satu medium bagi memudahkan kerja-kerja pembuatan cendawan yang
berskala kecil dengan lebih efektif. Produk ini diharapkan dapat memberi manfaat dan
kebaikan kepada pengusaha kecil. Selain itu, ia diharapkan sedikit sebanyak dapat
membantu para peniaga kecil-kecilan yang berminat untuk menceburi dalam bidang
aktiviti perusahaan makanan dengan lebih baik lagi. Dengan kata yang lain, menerusi
idea inovasi ini, beberapa masalah dapat di atasi bagi kerja semasa proses pembuatan
cendawan.

Melalui pemerhatian yang dijalankan terhadap pengusaha kecil-kecilan dan para


peniaga ini, mereka masih lagi mencampurkan air ke dalam habuk kayu dengan
menggunakan kaedah manual. Hal ini akan mengambil masa dan tenaga kerja yang
berlebihan . Selain itu, reka bentuk yang sedia ada juga sukar untuk dibersihkan dan ini
akan membuatkan terjadinya pertumbuhan kulat yang bahaya. Tambahan, kebanyakan
mesin yang sedia ada juga tidak dilengkapi dengan penutup. Oleh hal yang demikian,
satu idea inovasi dari gabungan idea ahli kumpulan dan penyelia projek dihasilkan bagi
menyelesaikan masalah masalah tersebut.

Proses kerja menggaul habuk kayu ini memerlukan tahap ketelitian yang tinggi
kerana ia memerlukan kadar kelembapan air yang sesuai dan habuk kayu perlu
digaulkan secara sekata. Oleh itu, satu produk bagi menyelesaikan masalah untuk proses
pembuatan cendawan telah dihasilkan iaitu ‘Mesin Penggaul Habuk Kayu ’ yang
mampu menggaul habuk kayu dengan sekata dan mampu menghindarkan pengguna
daripada risiko yang tidak diingini.
5

1.3.1 TEMUBUAL BERKENAAN PENYATAAN MASALAH

Berdasarkan temubual yang telah dijalankan bersama seorang bekas pekerja


perusahaan cendawan di Jengka, Pahang, terdapat beberapa masalah yang telah
dikenalpasti. Antara masalah yang dikesan ialah pekerja memasukkan air ke dalam
mesin secara manual iaitu dengan menggunakan baldi. Selain itu, para pengusaha juga
mempunyai masalah dengan pertumbuhan kulat yang berbahaya akibat daripada bekas
dan bilah penggaul yang sukar dibersihkan. Selain itu, hasil cendawan yang diperoleh
juga tidak sama kualitinya kerana kelembapan yang tidak sekata.

1.4 OBJEKTIF

Objektif kajian ini ialah:

I. Merekabentuk dan menghasilkan sebuah mesin yang dapat menampung


kapasiti habuk kayu 40 kg
II. Memfabrikasi mesin bersaiz 100cm x 57cm x 80cm bersama sistem
penyukat kemasukan air secara automatik
III. Menganalisis masa operasi yang dapat dijimatkan sekurang-kurangnya
30 %

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Menerusi keputusan yang telah dibincangkan, terdapat beberapa soalan yang


disoal daripada kajian ini:

I. Sejauh manakah mesin ini dapat memudahkan kerja?


II. Adakah penggunaan mesin yang sedia ada lebih mudah digunakan?
III. Bagaimanakah ia boleh menjimatkan masa operasi?
6

1.6 SKOP KAJIAN

Setiap produk yang direkabentuk atau dihasilkan haruslah mempunyai had dan
limitasi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan berlakunya skop yang berlebihan
daripada skop sebenar.

Skop kajian ini ialah:

I. Berat maksimum yang mampu digaul bagi mesin penggaul ini ialah 40
kg

II. Maksimum saiz mesin ini adalah 100cm x 57cm x 80 .

III. Mesin ini hanya digunakan untuk pengusaha cendawan.

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Projek ini telah dikenalpasti mempunyai kepentingan dan kebaikan dalam


membantu komuniti. Kepentingan kajian ini adalah untuk memudahkan kerja dalam
proses menggaul habuk kayu cendawan. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan masa
kerana mesin ini dapat mencampurkan air ke dalam habuk kayu secara automatik. Di
samping itu, mesin ini juga memastikan keselamatan pengguna daripada perkara-
perkara yang tidak diingini berlaku. Tambahan pula, ia dapat membantu masyarakat
kerana mesin ini merupakan mesin yang mesra pengguna.
7

1.8 RUMUSAN BAB

Dalam bab ini, banyak perkara yang telah dibincangkan untuk mencapai objektif
dalam melaksanakan projek ini. Selain itu, skop kajian termasuk dalam penyataan
masalah. Tujuan penyataan masalah ini dibincangkan adalah untuk mengatasi masalah-
masalah yang telah dikenalpasti untuk memenuhi kehendak pengguna. Kepentingan
kajian menjelaskan tentang apa yang perlu ditekankan dalam melaksanakan projek ini.
Antara aspek yang paling penting ialah projek ini haruslah mempunyai ciri-ciri
keselamatan dan memenuhi keperluan pengguna.
8

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Perusahaan cendawan merangkumi perusahaan benih cendawan dan juga


tanaman cendawan. Biasanya perusahaan tanaman cendawan dan benih cendawan di
negara-negara maju seperti Jepun dan England dijalankan oleh pengusaha yang
berasingan. Perusahaan benih cendawan biasanya diusahakan oleh pihak swasta
ataupun persatuan peladang. Selain terlibat dengan pengeluaran benih, syarikat-syarikat
tersebut juga terlibat dalam program penyelidikan untuk menghasilkan jenis cendawan
yang baru. Syarikat tersebut juga menyediakan program-program latihan dan memberi
khidmat nasihat kepada petani-petani. Di Malaysia, perusahaan benih cendawan
diusahakan oleh pihak swasta.
9

2.1.1 STATUS PERUSAHAAN CENDAWAN

Cendawan ialah sejenis sayur-sayuran yang mengandungi zat makanan dan


vitamin yang tinggi berbanding dengan sayur-sayuran lain. Menurut ahli perubatan
tradisional cina, cendawan dipercayai dapat mengubati berbagai-bagai jenis penyakit
seperti anemia (kekurangan darah), kencing manis dan sengal-sengal sendi. Cendawan
jenis Ganoderma seperti G.applanatum, G.lucidum dan G.japonicum sering digunakan
dalam perubatan cina. Cendawan-cendawan tersebut juga dikenali sebagai ‘Ling
Zhi’ bagi orang cina.

Perusahaan cendawan berdaya maju dan tidak memerlukan kawasan yang luas,
tetapi memerlukan kemahiran teknik yang khusus. Bahan sampingan pertanian ataupun
industri yang terdapat dengan murahnya boleh dijadikan substrat penanaman.
Penggunaan bahan sampingan dapat menjimatkan kos pengeluaran penanaman
cendawan di samping mengurangkan masalah pencemaran. Selepas penanaman
cendawan, substrat tersebut boleh digunakan untuk membaiki struktur tanah dan boleh
dijadikan sebagai makanan haiwan.

Kini terdapat tujuh jenis cendawan yang sesuai dengan iklim di Malaysia iaitu
cendawan abalon (Pleurotus cystidiosus), jerami padi (valvariella), telinga kera
(Auricularia polytricha), tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju), tiram putih
(Pleurotus florida), tiram kemerah-merahan (Pleurotus flabellatus), dan shiitake
(Lentinusedones). Sejak kebelakangan ini, cendawan shiitake telah diusahakan di
CameronHighlands. Suatu masa dahulu, Penang Development Corporatiaon telah
mengusahakan cendawan butang (Agaricus bisporus) di dalam peti sejuk, tetapi projek
ini dihentikan kerana beberapa faktor.
10

2.2 KAJIAN TERDAHULU

Tanaman cendawan pada awal tahun 1960an diusahakan secara tidak serious
menggunakan batang-batang kayu, terutama untuk jenis shiitake dan telinga kera. Tidak
ramai pengusaha yang mempunyai kemahiran untuk pengeluaran cendawan di Malaysia
pada awal tahun 1960an. Pada tahun 1970an barulah penggunaan jerami padi digunakan
dan diikuti dengan bahan kapas pada tahun 1980an. Pada masa kini dengan adanya
bahan buangan habuk kayu getah dan campuran bahan-bahan media baru, perusahaan
cendawan menjadi satu industri baru pertanian yang mendapat pehatian ramai
usahawan. Cendawan jenis tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju) menjadi pilihan ramai
usahawan di kawasan tanah rendah.

Rajah 2.1: Cendawan Pada Batang Pokok


11

2.2.1 SEJARAH PENANAMAN CENDAWAN DI MALAYSIA

Sejak beratus tahun dahulu, cendawan telah dikenali sebagai makanan bagi
golongan bangsawan disebabkan oleh rasa, nilai nutrisi yang tinggi dan khasiat
perubatan. Cendawan dikenali sebagai “Makanan untuk Tuhan” pada zaman purba
Greek dan Rom, manakala China mengiktiraf cendawan sebagai makanan kesihatan dan
penawar kehidupan (Quimio et al., 1990; Chang & Buswell, 1996). Secara umumnya,
terdapat lebih kurang 12,000 spesis kulat (fungi) yang dikategorikan sebagai cendawan
telah dijumpai diseluruh dunia. Lebih kurang 2,000 spesis dikenalpasti tidak beracun
dan memudaratkan kesihatan manusia (Chang, 1999). Selanjutnya, terdapat 200 spesis
meliar telah dikumpul dan digunakan dalam pelbagai jenis perubatan tradisional
terutamanya bagi negara Timur Tengah. Sejak bertahun dahulu, terdapat 35 spesis telah
dikomersialkan namun hanya 20 spesis telah ditanam secara skala industri. Rajah 2.2
menunjukkan proses kitaran hidup bagi cendawan.

Rajah 2.2: Proses Kitaran Hidup Bagi Cendawan


12

Perkembangan industri penanaman cendawan secara komersial di Malaysia


telah berkembang maju sejajar dengan permintaan yang tinggi dari pengguna.
Berdasarkan kepada Jadual 2.1, mengikut perangkaan dari Jabatan Perangkaan
Malaysia terdapat peningkatan import terhadap produk cendawan berlaku bagi tahun
2001 sehingga 2007.

Jadual 2.1: Import Dan Eksport Produk Cendawan Ci Malaysia Tahun 2007

TAHUN IMPORT EKSPORT DEFISIT

1,810,151 kg 168,142 kg 1,642,009 kg


2001
(RM16.99 juta) (RM3.95 juta) (RM13.04 juta)

335,213 kg 25,258 kg 309,955 kg


2002
(RM2.79 juta) (RM1.07 juta) (RM1.72 juta)

2,529,045 kg 82,006 kg 2,447,039 kg


2003
(RM20.34 juta) (RM1.57 juta) (RM18.77 juta)

2,609,452 kg 170,755 kg 2,438,697 kg


2004
(RM25.74 juta) (RM1.48 juta) (RM24.26 juta)

3,033,683 kg 133,776 kg 2,899,907 kg


2005
(RM32.07 juta) (RM1.55 juta) (RM30.52 juta)

18,108,006.5 kg 3,741,847.4 kg 14,366,159.1 kg


2006
(RM53.2 juta) (RM22.8 juta) (RM30.4 juta)

16,242,781.3 kg 3,505,985.8 kg 12,736,795.5 kg


2007
(RM50.4 juta) (RM25.1 juta) (RM25.3 juta)
13

Peningkatan terhadap import cendawan pada tahun 2007 adalah sebanyak


16,242,781.30 kg berbanding 1,810,151 kg pada tahun 2001. Peningkatan ini berlaku
kerana kesedaran pengguna terhadap khasiat dan nilai perubatan cendawan.
Kebelakangan ini, terdapat pelbagai kajian saintifik yang telah dijalankan bagi
mengkaji kebaikan cendawan. Sebagai contohnya, Wermer dan Beelmen (2002) telah
membuat kajian tentang menambahbaikan cendawan dengan memperkayakan
cendawan dengan selenium. Selenium merupakan mikronutrien penting dalam
perubatan dan pemakanan (Beelman dan Royse, 2006). Selain itu, beberapa kajian
untuk nilai perubatan bagi cendawan iaitu kajian untuk darah tinggi dan buah pinggang
(Yip et al., 1987), immunomodulatory dan antitumor (Liu et al., 1995; Wang et al.,1996)
dan kesan perubatan Ganoderma lucidum (Chang dan Buswell,1999; Chang dan Miles,
2004).

Sebagai sumber pertumbuhan baru bagi sektor pertanian, industri penanaman


cendawan yang lebih berdaya saing dan produktif amat diperlukan supaya negara boleh
beranjak daripada kedudukan semasa iaitu pengimport kepada pengeksport cendawan.
Sejajar dengan itu, Kementerian Pertanian dan Asas Tani meletakkan cendawan di
bawah kategori tanaman industri supaya lebih banyak peluang dan insentif boleh
diberikan kepada usahawantani yang terlibat. Peluang dan insentif yang diberikan oleh
kerajaan dapat menggalakkan dan meningkatkan bilangan pengusaha cendawan
tempatan untuk terus maju dan berdaya saing.

Jadual 2.2 menunjukkan bilangan pengusaha cendawan di Malaysia pada tahun


2010 adalah sebanyak 466 pengusaha dan pengeluran hasil adalah sebanyak 28,166.40
kg/hari. Bagi menambahkan pendapatan pengusaha cendawan, galakan untuk
menggunakan teknologi yang telah dikenalpasti mampu meningkatkan kualiti hasil
cendawan. Namun pada masa kini, kaedah yang digunakan oleh pengusaha untuk
mengawal keadaan dan aktiviti di dalam rumah cendawan dilakukan secara manual.
14

Jadual 2.2: Bilangan Pengusaha Cendawan Dan Pengeluaran Hasil Di Malaysia

Tahun 2010.

Bil. Harga Pengeluar Permintaa

Bil. Negeri jualan an n dijangka


Pengusaha
cendawan (RM/kg) (kg/hari) (kg / hari)

1 Perlis 5 3.5 220.00 900.00

2 Kedah 15 3.50-10.00 956.00 1,253.00

3 P.Pinang 18 7.00 – 518.00 1,258.00


11.00

4 Perak 44 7.00 – 1,854.00 2,336.00


10.00

5 Selangor 69 6.00 – 10,018.60 13,420.00


12.00

6 N.Sembilan 32 6.00 – 1,070.00 2,262.00


10.00

7 Melaka 17 5.00 – 359.00 715.00


10.00

8 Johor 91 5.00 – 8,989.60 42,709.00


10.00

9 Pahang 57 8.00 – 873.00 2,185.00


15.00

10 Terengganu 30 8.00 – 272.00 945.00


12.00

11 Kelantan 64 4.00 – 7.00 2,378.20 3,486.10


15

12 Sabah 15 7.00 – 507.00 815.00


12.50

13 Sarawak 9 10.00 – 151.00 255.00


20.00

Jumlah 466 3.50 – 28,166.40 72,539.10


20.00

Menurut Puan Normah binti Ibrahim dari Jabatan Pertanian Malaysia, keperluan
asas bagi penanaman cendawan adalah mengikut suhu persekitaran, kelembapan relatif
(80 % - 98%), cahaya, karbon dioksida (CO2) dan aliran udara dalam rumah cendawan
seperti yang ditunjukkan di Rajah 2.3

Rajah 2.3: Keperluan Asas Bagi Penanaman Cendawan

Bagi penanaman cendawan tiram kelabu (Pleurotus ostreatus), Jadual 2.3


menunjukkan parameter bagi penanaman cendawan tiram kelabu di dalam keadaan
persekitaran yang terkawal. Bagi pembentukan primordial cendawan suhu yang
diperlukan adalah 100C – 15.60C (Paul Stamets, 1993). Namun bagi memastikan
keadaan persekitaran dalam rumah cendawan sentiasa terkawal, teknologi seperti
kawalan berkomputer akan digunakan. Bagi pengusaha tempatan, satu alternatif bagi
mendapatkan suhu yang sesuai bagi penanaman cendawan tiram kelabu (Pleurotus
16

ostreatus) adalah menanam di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highlands. Ini
kerana keperluan suhu bagi penanaman cendawan ini di kawasan tanah tinggi adalah
140C – 220C.

Bagi penanaman cendawan tiram kelabu (Pleurotus ostreatus), Jadual 2.3


menunjukkan parameter bagi penanaman cendawan tiram kelabu di dalam keadaan
persekitaran yang terkawal. Bagi pembentukan primordial cendawan suhu yang
diperlukan adalah 100C – 15.60C (Paul Stamets, 1993). Namun bagi memastikan
keadaan persekitaran dalam rumah cendawan sentiasa terkawal, teknologi seperti
kawalan berkomputer akan digunakan. Bagi pengusaha tempatan, satu alternatif bagi
mendapatkan suhu yang sesuai bagi penanaman cendawan tiram kelabu (Pleurotus
ostreatus) adalah menanam di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highlands. Ini
kerana keperluan suhu bagi penanaman cendawan ini di kawasan tanah tinggi adalah
140C – 220C.

Jadual 2.3: Parameter Suhu Bagi Penanaman Cendawan Tiram Kelabu

Spesis Suhu (0C) Kelembapan CO2 Cahaya Tempoh


Relatif (%) (ppm) (lux) (hari)

Perkembangan 24 85- 95 500- - 12-21


miselium
Pleurotus (750F) 20,000
ostreatus Pembentukan 10-15.6 95-100 < 1000 100- 3-5
Cendawan primordial 0 1500
(50-60 F)
Tiram
Kelabu Perkembangan 10-21 85-90 < 1000 1000- 4-7
buah 0 1500
(60-70 )

Kitar hidup 45-55 hari; 3@4 pusingan; 7-14 hari


17

2.2.2 PENGELUARAN CENDAWAN DUNIA

Pada peringkat dunia, hanya 25 daripada 2000 spesis cendawan telah


dikenalpasti selamat dimakan. Tiga jenis cendawan utama yang diusahakan pada
peringkat dunia ialah cendawan butang, shiitake dan jerami padi. Lebih 50% daripada
cendawan butang dujial dalam betuk segar. Sebahagian besar cendawan shiitake
dikeringkan manakala sebahagian besar cendawan jerami padi ditinkan. Cendawan
butang mula di tanam pada tahun 1600. rekod pertama menunjukkan cendawan tersebut
di tanam di Paris pada tahun 1650 dan merebak ke England pada pertengahan abad ke-
18. Dari England, penanaman cendawan butang merebak ke Amerika Syarikat pada
tahun 1965. Pada tahun 1890, perusahaan cendawan telah menjadi satu industri di
Amerika Syarikat. Kejayaan ahli sains J.N.Constatin dan L.Matruchot dalam
penyediaan benih cendawan yang ‘sterile’ (sterile mushroom spawn) pada tahun 1894
merupakan detik-detik yang penting dalam pembangunan perusahaan cendawan (Van
Griensven 1987). Cendawan shiitake pula buat pertama kalinya ditanam pada tahun
1000-1100 manakala cendawan jerami padi pada tahun 1700 (Chang dan Miles 1987).

Jadual 2.4: Khasiat Pemakanan Cendawan (100gm)


Pecahan Zat Makanan Kandungan
Tenaga 37 kcal
Air 89.2 gm
Protin 3.6 gm
Lemak 0.7 gm
Karbohidrat 4.1 gm
Serat 1.8 gm
Kalsium 2 mg
Fosforus 88 mg
Zat Besi 1 mg
Natrium 6 mg
Kalium 195 mg
Vitamin B1 0.03 mg
Vitamin B2 0.45 mg
Niasin 1.9 mg
Vitamin C 9.4 mg
18

2.2.3 KAEDAH PENANAMAN CENDAWAN

Kaedah penanaman cendawan tiram kelabu secara komersial melibatkan


beberapa prosedur yang memerlukan ketepatan dan komplek. Setiap fasa perlu
dilakukan dengan berhati-hati bagi mengurangkan kerosakan akibat jangkitan penyakit.
Prosedur asas yang utama adalah (1) penyediaan substrat beg media, (2) pengukusan
beg media, (3) pembenihan beg media, (4) pemeraman iaitu proses untuk miselium
bergerak, (5) pengurusan rumah cendawan, (6) pengurusan lepas tuai. Sekiranya
prosedur ini diabaikan ia akan mendatangkan masalah kepada pengusaha kerana kualiti
dan kuantiti hasil akan berkurangan dan ia akan mengurangkan nilai pasaran.

Rajah 2.4: Cendawan Tiram Kelabu Segar

Pengurusan rumah cendawan merupakan prosedur penting dalam proses


penanaman cendawan. Berdasarkan pemerhatian dan analisa yang dilakukan di Vita
Agro Sdn Bhd (www.ganofarm.com), sistem pengurusan rumah cendawan dilakukan
secara manual. Secara amnya, keperluan asas bagi pertumbuhan cendawan adalah suhu
persekitaran, kelembapan relatif, cahaya, karbon dioksida (CO2) dan aliran udara di
dalam rumah cendawan. Cir-ciri asas rumah cendawan di Malaysia adalah
menggunakan dinding netting dan lantai bersimen seperti di Rajah 2.5. Tujuan
menggunakan netting hitam adalah bertujuan untuk pengudaraan yang baik selain dari
kalis serangga dan penyakit.
19

Pengurusan rumah cendawan yang baik dapat memastikan setiap cendawan


yang dihasilkan berkualiti. Namun terdapat pelbagai masalah dalam menguruskan
rumah cendawan yang berskala besar dan komersial. Antara masalah yang dihadapi
oleh pengusaha adalah memastikan suhu dan kelembapan relatif yang optimal dan
sesuai mengikut fasa pembesaran di dalam rumah cendawan.

Rajah 2.5: Contoh Rumah Cendawan

Kaedah yang selalu digunakan bagi memastikan suhu persekitan dan


kelembapan relatif di dalam rumah cendawan berada dalam keadaan optima adalah
dengan melakukan penyiraman ke atas lantai, dinding dan juga beg media. Kaedah ini
dilakukan secara manual. Namun begitu, terdapat banyak risiko yang terpaksa dihadapi
oleh pengusaha. Antaranya adalah penyiraman yang berlebihan akan menyebabkan
lebihan air di dalam rumah cendawan. Rumah cendawan yang berkeadaan lembap akan
mengggalakan penyakit dan serangga perosak. Antara penyakit-penyakit yang sering
menyerang cendawan adalah kulat hijau disebabkan oleh Trichoderma spp seperti di
Rajah 2.6 dan juga kulat jingga disebabkan oleh Neuspora spp (Rajah 2.7).
20

Rajah 2.6: Penyakit Kulat Hijau Disebabkan Oleh Trichoderma Spp

Rajah 2.7: Penyakit Kulat Jingga Disebabkan Oleh Neuspora Spp

Selain itu, pemantauan secara berkala bagi setiap rumah hendaklah sentiasa
dilakukan bagi memastikan suhu dan kelembapan optimal. Ini akan meningkatkan kos
operasi bagi pengurusan rumah cendawan kerana melibatkan masa dan tenaga buruh
yang ramai. Keadaan cuaca dan iklim yang berubah-ubah juga amat mempengaruhi
hasil pengeluaran cendawan. Cendawan yang dihasilkan tidak berkualiti tinggi, bersaiz
kecil dan berat cendawan menjadi ringan (Rajah 2.8). Secara tidak langsung, ia akan
mempengaruhi pendapatan pengusaha cendawan.
21

Rajah 2.8: Cendawan Tiram Kelabu Yang Abnormal Dan Kering

Peringkat pertumbuhan cendawan yang berbeza-beza bagi setiap rumah


cendawan juga merupakan masalah yang dihadapi oleh pengusaha. Ini kerana setiap
rekod peringkat pertumbuhan dilakukan secara manual (Rajah 2.9). Kesilapan
pengusaha dalam merekodkan fasa pertumbuhan akan mengakibatkan kerugian besar.
Kelewatan dalam memungut hasil akan mengakibatkan cendawan menjadi terlalu besar,
matang dan mudah busuk.

Rajah 2.9: Rekod Aktiviti Ladang Secara Manual


22

2.3 KAJIAN SPESIFIKASI REKA BENTUK DI PASARAN

Dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini, ramai orang tergesa-gesa ingin
melabur dalam bidang cendawan, tetapi masih ramai pengusaha-pengusaha yang telah
mengalami kerugian dan pelbagai masalah terutama kepada meraka yang tidak
menghasilkan bernih dan bongkah cendawan sendiri. Hal ini kerana, mereka tidak
mampu untuk membeli sebuah mesin kepunyaan sendiri kerana harga mesin di pasaran
agak tinggi disebabkan saiznya yang berskala besar. Mereka juga terpaksa membeli
mesin pembancuh simen untuk proses menggaul habuk kayu.

2.3.1 MESIN YANG TERDAPAT DI PASARAN

Rajah 2.10: Mesin Penggaul Habuk Kayu Berskala Besar

Jadual di bawah menunjukkan spesifikasi mesin penggaul habuk kayu yang terdapat di
pasaran:

Jadual 2.5: Spesifikasi Mesin Di Pasaran


Jenis Spesifikasi
Motor 2.0 HP
Kapasiti habuk kayu 70 kg
Berat 300 kg
Harga RM 7200
23

Rajah 2.11: Mesin Pembancuh Simen

Jadual 2.6: Spesifikasi Mesin Pembancuh Simen

Jenis Spesifikasi
Enjin 7 HP
Kapasiti penggaul 60 liter
Berat 86 kg
Harga RM 3000
24

2.4 KAJIAN KOMPONEN YANG AKAN DIGUNAKAN

Terdapat beberapa bahan yang digunakan untuk menghasilkan mesin penggaul


habuk kayu ini. Bahan-bahan ini telah dipilih berdasarkan ciri-ciri dan kesesuaian bahan
untuk reka bentuk ini.

2.4.1 MOTOR DC (DIRECT CURRENT)

Motor DC adalah sebuah peranti yang menukar tenaga elektrik menjadi tenaga
kinetik atau gerakan. Motor DC ini digunakan untuk menggerakkan bilah penggaul
habuk kayu.

Rajah 2.12: Motor DC


25

Jadual 2.7: Perbandingan antara Motor DC dan AC


Motor DC Motor AC
Arus terus bergerak dalam satu arah sahaja Arus ulang-alik bergerak dalam dua arah
bertentangan secara berulang
Sumber tenaga motor DC ialah bateri Sumber tenaga motor AC ialah sesalur
bekalan
Tidak boleh melalui kapasitor Boleh melalui kapasitor
Digunakan bagi alatan elektrik berkuasa Digunakan bagi alatan elektrik berkuasa
rendah tinggi
Voltan tidak boleh diubah melalui Voltan boleh diubah melalui transformer
transformer
Kesan magnet adalah tetap Kesan magnet adalah berubah
Tidak boleh direaktifikasikan dengan diod Boleh direaktifikasikan dengan diod
Diukur berdasarkan nilai mantapnya Diukur berdasarkan nilai p.m.k.d
(punca min kuasa dua)

2.4.2 PENUKAR TORK

Penukar tork ini berfungsi dengan memperlahankan halaju putaran dan


menambahkan kuasa tork. Penukar tork ini disambungkan antara bilah dan motor

Rajah 2.13: Penukar Tork


26

2.4.3 PEMERCIK AIR (SPRINKLER)

Tujuan: Digunakan untuk memancutkan air sama rata di dalam tangki

Rajah 2.14: Pemercik Air

Kelebihan: Memancutkan air sama rata dan menjimatkan air


27

2.4.4 BESI HOLLOW

Besi hollow adalah besi yang berbentuk kotak. Besi hollow biasanya diperbuat
daripada besi galvaniz, stainless atau besi baja. Biasa digunakan dalam struktur
bangunan, terutama dalam strukturi seperti pagar, railling, atap kanopi dan pintu
gerbang. Besi hollow juga dapat digunakan untuk menyokong pada pemasangan plafon.

Tujuan: Digunakan untuk rangka mesin.

Rajah 2.15: Besi Hollow


28

2.4.5 PLAT BESI

Plat besi adalah aloi besi dan karbon serta unsur-unsur lain. Ia merupakan
komponen utama yang digunakan dalam bangunan, alat infrastruktur, kapal, kereta,
mesin, peralatan dan senjata kerana kekuatan tegangannya yang tinggi serta kos yang
rendah.

Tujuan: Digunakan untuk membuat penghadang antara ruang motor dan ruang penggaul

Rajah 2.16: Plat Besi

2.4.6 BOLT DAN NUT

Tujuan: Untuk dijadikan alat pengikat antara shaft dan bilah. Selain itu, ia digunakan
untuk mengikat motor dan penukar tork.

Rajah 2.17: Bolt dan Nut


29

2.4.7 PEMASA AIR

Tujuan: Untuk menyukat air yang akan mengalir ke tempat penggaulan

Rajah 2.18: Pemasa Air

2.4.8 TONG DRUM

Tujuan: Badan untuk meletakkan ruang motor dan ruang menggaul habuk kayu

Rajah 2.19: Tong Drum


30

2.4.9 BEARING

Bearing adalah elemen mesin yang mengehadkan gerakan relatif kepada


gerakan yang dikehendaki, dan mengurangkan geseran antara bahagian yang bergerak.
Ia memegang komponen berputar seperti gandar dalam sistem mekanikal, dan
memindahkan beban paksi dari sumber beban kepada struktur yang menyokongnya

Tujuan: Untuk memusingkan bilah

Rajah 2.20: Bearing

2.4.10 BESI SUDUT

Besi sudut sesuai digunakan kerana sifatnya yang kukuh ia amat kuat dan ringan.
Ia bertujuan untuk membuat kaki dan tapak untuk mesin ini.

Rajah 2.21: Besi Sudut


31

2.4.11 PERSPEK

Perpek ialah kepingan plastik yang keras. Kelebihannya mempunyai permukaan


licin, berkilat, dan terdapat pelbagai warna yang menarik.

Tujuan: Untuk diletakkan pada penutup tong supaya dapat melihat proses penggaulan
habuk kayu.

Rajah 2.22: Perspek

2.4.12 ENGSEL

Tujuan: Digunakan untuk menyambungkan bahagian penutup dan bekas untuk


menggaul habuk kayu. Juga digunakan untuk membuat pintu untuk mengeluarkan
habuk kayu.

Rajah 2.23: Engsel


32

2.5 RUMUSAN BAB

Setelah menjalankan kajian ke atas latar belakang mesin penggaul habuk kayu,
didapati projek ini dapat memudahkan proses penggaulan habuk kayu bagi pengusaha
kecil-kecilan. Projek ini dihasilkan bagi menjimatkan masa dan tenaga kerja yang
digunakan untuk menggaul habuk kayu. Diharapkan dengan penghasilan projek ini,
para pengguna akan memperoleh faedah untuk masa yang akan datang.
33

MULA

PENYATAAN MASALAH

MENJANA IDEA

PEMILIHAN IDEA

PEMILIHAN BAHAN

MENGHASILKAN REKA BENTUK

MEMBINA
GAGAL

PEMASANGAN

PENGUJIAN

BERJAYA

TAMAT

Rajah 3.1: Carta Alir


34

Anda mungkin juga menyukai