Anda di halaman 1dari 21

TAZKIRAH

TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN

RAMADHAN BULAN YANG BERKAT

Allah swt telah menjadikan Alam ini penuh dengan hikmahnya. Peredaran Bulan , Matahari
dan Bintang menjadikan kehidupan manusia mengikut aturan dan panduan. Setahun
jumlahnya 12 bulan bermula dari bulan Muharram dan berakhir dengan Zulhijjah
Setiap bulan yang Allah sediakan untuk manusia mempunyai kelebihan dan keistimewaan
yang tertentu.

Muharram dengan Peristiwa Hijratu Rasul,
Rabiul Awal dengan Maulidu Rasul,
Rejab dengan Peristiwa Isra dan Miraj,
Syaaban dengan Nisfu Syaaban dan Pertukaran Kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis
kepada Baitullah di Makkatul Mukarramah,
Ramadhan pula disediakan dengan Ibadat Puasa, Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar
Zulkaedah dengan Ibadat Haji sebagai kemuncaknya
Rasulullah saw telah membahagikan Ramadhan kepada tiga bahagian
1. Di awal Ramadhan (mulai 1 10 ) dipenuhi dengan Rahmat Allah
2. Di Pertengahan Ramadhan (mulai 11 20 ) dipenuhi denganKeampunan Allah
3. Di Akhir Ramadhan (mulai 21 30 ) akan dibebaskan dari Neraka









TAZKIRAH
TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN

KEWAJIPAN BERPUASA

E_GC^4C 4g~-.- W-ONL4`-47
=Ug-7 N:^OU4 N4O_- EE
=Ug-7 O>4N -g~-.- }g` :)Ul~
7+UE 4pO+->
183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana
Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Ibadat Puasa adalah ibadat yang hany terdapat didalam Bulan Ramadhan sahaja
tidak ada didalam bulan yang lain dari itu.

Puasa bererti : Menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang
membatalkannya bermula dari terbit Fajar hingga terbenam Matahari disertai dengan
Niat

Walaupun makan dan minum merupakan perkara yang dihalalkan untuk kita lakukan
bila-bila masa tetapi allah meletakan peraturan bahawa sepanjang Ramadhan tidak
debenarkan makan dan minumdi siang hari.

Mengapa Allah mengarahkan sedemikian rupa ?
Jawabnya ialah Allah hendak menguji manusia sejauh manakah ketaatan manusia
tehadapnya.

Hikmat diwajibkan berpuasa.
1. Menguji ketaatan manusia
2. Menjaga kesihatan manusia
3. Mendidik Jiwa manusia
4. Mengajar manusia bagaiman melawan Nafsu






TAZKIRAH
TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN

-O)4 7+1jONO lOE14) W-O1E
=}=O;O) .Ogu+g` u .E-1+O Ep)
-.- 4p~E _O>4N ]7 7/E* l1OEO
^gg
86. Dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu ucapan hormat (seperti
memberi salam), maka balaslah penghormatan itu Dengan Yang lebih baik daripadanya,
atau balaslah Dia (dengan cara Yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-
tiap sesuatu. An-Nisa
Huraian Ayat.
Demi untuk mewujudkan Hubungan Silatirahim dan mengukuhkan perpaduan Umat Islam,
maka islam telah mensyariatkan satu amalan yang mana ianya merupakan amalan yang
begitu banyak hikmatnya iaiatu Ucapan Salam.
Perkataan salam ertinya Selamat Sejahtera, untuk melengkapkan ucapan itu tidak memadai
dengan ucapan Selamat Sejahtera tetapi lebih manis dan elok disebut dengan sebutan yang
baik. Oleh iru Islam mengajar dengan ucapan yang lebih sempuna iaiatu :
Islam menyuruh umatnya melafazkan salam kepada orang yang dikenali ataupun tidak
dikenali dimana sahaja
Hukum memberi Salam
Memberi Salam Hukumnya Sunat manakala menjawab Salam Hukumnya Wajib

Hikmat Salam

1. Menghubung Silaturahim antara satu sama lain
2. Mengukuhkan perpaduan
3. Sebagai satu benteng keselamatan diri, keluarga, rumahtangga dan masyrakat
4. Membezakan antar cara kehidupan muslim dengan bukan muslim











TAZKIRAH
TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN

PENYAKIT JIWA DAN PENAWARNYA

Ep) =}=Oee"- 4-)U7= ~OUE- ^_
-O) +OOO4` GOO- 4N+OE_ ^g
-O)4 +OOO4` +OOC^- NONL4` ^g
) 4-j-=^- ^gg 4g~-.- -
_O>4N jgjE= 4pOj*.-E1 ^g@
-O--4 EO) g)4O^` -EO
OUuE` ^gj j*.OOUg
gNOE^-4 ^g) 4g~-.-4
4pO~g-=NC gO4O) g-- ^gg
4g~-.-4 - ;}g)` -EO4N jgj4O
4pOg;=G` ^g_ Ep) =-EO4N jgj4O
+OOEN pON`4` ^gg 4g~-.-4 N
)__NOg 4pOOgEO ^g_ ) -O>4N
)__4^e u 4` ;eU4`
g+EuC gE+) +OOEN 4-g`OU4`
^@ ^}E _/E4-- 47.-4O4 ElgO
Elj^q + 4p1E^- ^@
4g~-.-4 ] jgE44`
;eg-g;_4N4 4pONN4O ^@g 4g~-.-4
- jg@EOgE) 4pOj*.~ ^@@
4g~-.-4 ] _O>4N jgjE=
4pOOgO47 ^@j
19. Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -
20. Apabila ia ditimpa kesusahan, Dia sangat resah gelisah;
21. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
22. Kecuali orang-orang Yang mengerjakan sembahyang -
23. Iaitu mereka Yang tetap mengerjakan sembahyangnya;
24. Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak Yang termaklum -
25. Bagi orang miskin Yang meminta dan orang miskin Yang menahan diri (daripada meminta);
26. Dan mereka Yang percayakan hari Pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal Yang soleh
sebagai buktinya);
27. Dan mereka Yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, -
28. Kerana Sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman
terhadapnya;
29. Dan mereka Yang menjaga kehormatannya, -
30. Kecuali kepada isterinya atau kepada hambaNya, maka Sesungguhnya mereka tidak tercela;
31. Kemudian sesiapa Yang mengingini selain dari Yang demikian, maka merekalah orang-orang
Yang melampaui batas;
32. Dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya;
33. Dan mereka Yang memberikan keterangan Dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi
saksi);
34. Dan mereka Yang tetap memelihara sembahyangnya;

TAZKIRAH
TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN

Ep) =}=Oee"- 4-)U7= ~OUE- ^_
-O) +OOO4` GOO- 4N+OE_ ^g
-O)4 +OOO4` +OOC^- NONL4` ^g

19. Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -
20. Apabila ia ditimpa kesusahan, Dia sangat resah gelisah;
21. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;

Huraian Ayat.

Manusia adalah satu dari hasil ciptaan Allah yang dijadikan sebaik-naik kejadian. Manusia
dikiurniakan Persaan, Nafsu, akal fikiran serta Rohani. Dan lebih istimewa lagi manusia
dibekalkan dengan panduan, tunjuk ajar serta tunjuk arah untuk menjalani kehidupan di
dunia sebagi bekalan untuk ke akhirat.

Namun dalam menjalani kehidupan kadangkala manusia tidak dapat emncapai apa yang
diperlukan dengan sebab-sebab yang tertentu. Disinilah timbul kegelisahan didalam hati
bagaimana untu menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu. Berbagai-bagai cara yang
dilakukan untuk menenangkan hati yang duka dan luka itu hinggakan ada sesetengahnya
melalui cara yang salah.

Oleh itu untuk mengembalikan ketenangan jiwa maka manusia perlu kembali kepada yang
asal yang disediakan oleh Allah yang mencipta manusia.

Ubat untuk mengubati hati nurani bukannya seperti ubat untuk kesakitan fizikal.

Apakah ubat untuk menghilangkan krdukaan, kegelisahan dan kerunsinagn itu,?
















TAZKIRAH
TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN


NOgE+ 4p_4`4O -Og~-.- 4@O^q gO1g
Np-47O^- O1- +EE4Ug
eE4)O44 =}g)` OE_^-
p~O^-4 _
185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-
keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar
Dengan Yang salah.


Manusia tidak akan menjadi sempurna kehidupannya kalaulah dia tidak dipandu/ditunjuk
untuk melakukan sesuatu yang dihajatinya.

Oleh itu Allah yang bersifat Maha Mengetahui nsegala makhluk ciptaannya telah
menganugerahkan kepadan manusia Petunjuk dan hidayah supaya manusia sentiasa berada
didalam keadaan yang selamat samada didunia lebih-lebih lagi diakhirat

Ayat diatas allah menjelaskan tujuan al-Quran diturunkan iaitu :
1. Menjadi petunjuk kepada manusia
2. Menerang dan menjelaskan petunjuk
3. Menjelaskan perbezaan antara yang Benar dengan yang Salah

Manusia hanya boleh berusaha untuk mendapatkan sesuatu terutamanya dalam usaha
mencari kebenaran, dan kebenaran itu pula hanya yang datang dari Allah bukan hasil ciptaan
manusia

Sesiapa yang mahukan kebenaran maka dia perlu mendapat petunjuk dari allah. Usaha
manusia pula ialah menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam mencari sesuatu kebaikan.
Begitu juga untuk membezakan antara yang benar dengan yang salah, maka al-Quran
menjelaskan secara terbuka yang mana benar dengan yang salah.


Hidup tanpa panduan al-Quran ibarat orang buta yang berjalan tanpa tongkat.










TAZKIRAH
TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN


NOgE+ 4p_4`4O -Og~-.- 4@O^q gO1g
Np-47O^- O1- +EE4Ug
eE4)O44 =}g)` OE_^-
p~O^-4 _
185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-
keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar
Dengan Yang salah.


Ramadhan dating sebagai tetamu untuk kita semua. Kalaulah tetamu yang dating kerumah
kita maka kita layan dia dengan begitu baik dan selesa sekali lebioh-lebih lagi tetamu itu
orang yang beroangkat, berjawatan dan mempunyai kelebihan yang tertentu, maka sudah
tentu layanan yang diberikan lebih dari yang lain. Itulah Hukum agama dan hokum Adat
kemanusaian.

Maka Ramadhan yang dating kepada kita sebagai tetamu yang dihantar oleh Allah swt dan
bersamanya dibawa segala kelebihan yang tertentu.

Ramadhan membawa kepada kita Ibadat Puasa
Ramadhan membawa kepada kita al_Quran
Ramadhan membawa kepada kita Solat Tarawih
Ramadhan membawa kepada kita Lailatul Qadar
Ramadhan membawa kepada kita ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Amalan Sunat dibalas dengan ganjaran Amalan Wajib, Tidur orang yang berpuasa
berpahala, Bau mulut orang yang berpuasa dinilai baik oleh allah

Oleh itu hendaklah kita terima tetamu agong ini dengan penuh keikhlasan dan layanilah dia
sebaik munkin serta rebutlah buah tangan yang dibawanya yang sudah pasti akan
membuahkan keberkatan dan malahirkan manusia yang bertaqwa









TAZKIRAH
TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN


KELEBIHAN RAMADHAN


1. Ramadhan bulan menuju kerah ketaqwaan kepada Allah
Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa
sebagaimana diwajibkan atas kaum sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. (Al Baqarah: 183).

Ayat di atas menerangkan bahawa puasa adalah sebab yang boleh mengantarkan pelakunya
menuju ketaqwaan, kerana puasa mampu meredam syahwat. Ini sesuai dengan salah satu
penafsiran yang disebutkan Imam Al Qurthubi, yang berpadukan kepada hadits riwayat Imam
Ahmad yang menyebutkan bahawa puasa adalah perisai.

2. Ramadhan adalah bulan Mujahadah
Para ulama salaf adalah suri tauladan bagi umat, mujahadah mereka dalam mengisi bulan
Ramadhan amat perlu dicontoh. Seperti Imam Asyafii, dalam bulan Ramadhan beliau
menghatamkan Al-Quran dua kali dalam semalam, dan iti dikerjakan di dalam solat, sehingga
dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran enam puluh kali dalam sebulan.
Imam Abu Hanifah juga menghatamkan Al-Quran dua kali dalam sehari selama Ramadhan.


3. Melatih Sifat Amanah
Wahbah Zuhaili dalam bukunya Al Fiqh Al Islami berpendapat bahawa puasa mengajarkan
rasa amanat dan muraqabah di hadapan Allah Taala, baik dengan amalan yang nampak
mahupun yang tersembunyi. Maka tidak ada yang mengawasi seseorang yang berpuasa
agar menghindari hal-hal yang dilarang dalam berpuasa kecuali Allah Taala






TAZKIRAH
TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN




4. Melatih diri berdisiplin
Puasa juga melatih diri berdisiplin , Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa seorang yang
berpuasa harus makan dan minum dalam waktu yang terbatas. Bahkan dalam berbuka
puasa pun harus disegerakan.

5. Melahirkan persaudaraan sesama islam
Wahbah Zuhali juga menjelaskan bahawa puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidariti di
antara sesama muslim. Pada bulan ini semua umat Islam, dari timur hingga barat diwajibkan
untuk menjalankan puasa. Mereka berpuasa dan berbuka dalam waktu yang sama, kerana
mereka memiliki tuhan yang satu.

Seorang yang merasa lapar dan dahaga akhirnya juga boleh turut merasakan kesengsaraan
saudara-saudaranya yang kekurangan atau tertimpa bencana. Sehingga tumbuh perasaan
kasih sayang terhadap umat Islam yang lain.


6. Mengajar manusia besabar
Bulan Ramadhan adalah bulan puasa di mana pada siang hari kita diperintahkan
meninggalkan makanan yang asalnya halal, terlebih lagi yang haram. Begitu pula di saat ada
seseorang mengganggu kita. Rasulullah Saw. bersabda: Bila seseorang menghina atau
mencacinya, hendaknya ia berkata 'Sesungguhnya aku sedang puasa." (HR. Bukhari)







TAZKIRAH
TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN


7. Bulan kesihatan tubuh badan
Rasulullah bersabda: Berpuasalah, maka kamu akan sihat (HR. Ibnu Sunni), ada yang
menyatakan bahawa hadits ini dhoif, akan tetapi ada pula yang menyatakan bahawa darjat
hadits ini sampai dengan tingkat hasan (lihat, Fiqh Al Islami wa Adilatuh, hal 1619).

Tapi makna hadist masih boleh diterima, kerana puasa memang menyihatkan. Al Harits bin
Kaldah, tabib Arab yang pernah mengabdi kepada Rasulullah Saw. juga pernah
menyatakan:Perut adalah tempat tinggal penyakit dan sedikit makanan adalah ubatnya.


8. Bulan mencari Lailatul Qadar
Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwatha, dia telah mendengar dari seorang ahlul
ilmi tsiqah yang telah mengatakan: Sesungguhnya telah diperlihatkan usia-usia umat
sebelumnya kepada Rasulullah Saw., atau apa yang telah Allah kehendaki dari hal itu, dan
sepertinya usia umat beliau tidak mampu menyamai amalan yang telah dicapai oleh umat-
umat sebelumnya, maka Allah memberi beliau Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu
bulan. (HR. Malik).


9. Ramadhan bulan ampunan

Bulan Ramadhan adalah bulan ampunan, Rasulullah Saw. bersabda: Dan siapa yang
berpuasa Ramadhan dengan dasar keimanan dan pengharapan redha Allah,
diampunkan untuknya dosa yang telah lalu.(HR. Bukhari)





TAZKIRAH
TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN




10. Pahala syuhada bagi yang melakukan kewajiban dan menghidupkan Ramadhan

Datanglah seorang lelaki kepada Nabi Saw. Dan mengatakan: Wahai Rasulullah, tahukah
anda jika saya telah bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan sesungguhnya anda
adalah utusan Allah, aku juga telah melakukan solat lima waktu, juga telah menunaikan
zakat, serta aku telah berpuasa Ramadhan dan menghidupkannya, maka termasuk golongan
siapakah saya? Rasulullah Saw. Bersabda: Termasuk dari orang-orang yang sidiq dan
syuhada. (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

11. Pahala amalan bulan Ramadhan berlipat ganda

Dari Salman ra., bahawasannya Rasulullah Saw. berkhutbah di hari terakhir bulan Syaban:
Wahai manusia, telah datang kepada kamu bulan agung yang penuh berkat. Bulan yang
terdapat di dalamnya sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang Allah
jadikan puasa di dalamnya sebagai kewajiban, dan qiamul lail sebagai perkara yang
disunnahkan, barang siapa mendekatkan diri di dalamnya dengan perbuat kebajikan, maka
ia seperti mengerjakan kewajiban selainnya, dan barang siapa mengerjakan kewajiban di
dalamnya, maka ia seperti mengerjakan tujuh puluh kewajiban selainnya (HR. Ibnu
Huzaimah dalam Shahihnya)

12. Setiap hari dalam Ramadhan memiliki keutamaan

Rasulullah Saw. bersabda: Dia adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat,
pertengahannya adalah ampunan, serta paripurnanya adalah pembebasan dari neraka
(HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)




TAZKIRAH
TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN


13. Keutamaan memberi minum orang yang berpuasa

Allah akan memberi minum kelak di akhirat Rasulullah Saw. bersabda: Dan barang siapa
memberi minuman orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya dari telaga minuman
yang tidak menghauskan hingga ia masuk ke dalam syurga. (HR. Ibnu Huzaimah dalam
Shahihnya).

14. Doa mustajab di bulan Ramadhan

Diriwatkan dari Abu Umamah Ra, bahawa Rasulullah Saw. bersabda:...Dan untuk setiap
muslim di setiap hari dan petang (dalam bulan Ramadhan) doa yang mustajab (HR. Bazar).

Rasulullah juga bersabda:Tiga yang tidak tertolak doanya, orang yang berpuasa hingga
berbuka, imam adil, dan doa orang yang dizalimi. (HR. Tirmidzi)

15. Pahala umrah Ramadhan sama dengan haji

Rasulullah Saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar:Jika datang Ramadhan maka
lakukanlah umrah, kerana susungguhnya umrah dalam bulan itu setaraf dengan haji. (HR.
An Nasai).

16. Pahala itikaf di bulan Ramadhan sama dengan pahala 2 haji dan umrah

Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Husain Ra. menyatakan, bahawa Rasulullah Saw.
telah bersabda:Barang siapa menjalankan itikaf selama sepuluh hari di bulan Ramadhan
maka amalan itu seperti dua haji dan umrah (HR. Baihaqi)









TAZKIRAH
TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN




17. Kitab-kitab suci diturunkan pada bulan Ramadhan

Rasulullah Saw. bersabda:Shuhuf Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan
Ramadhan, dan Taurat turun pada hari ke enam bulan Ramadhan dan Injil pada hari ke tiga
belas dari Ramadhan (HR. Ahmad).

18. Rasulullah mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan

Ketika Rasululah Saw. mendekati umur 40 tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta
berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal
makanan dan minuman beliau menuju gua Hira yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai
tempat beruzlah, yang berjarak dua mil dari kota Mekah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun
sebelum masa kerasulan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah,
turun kepada beliau Malaikat Jibril mewahyukan surat Al Alaq yang merupakan surat
pertama yang diturunkan kepada Rasulullah Saw.

19. Perang Badar terjadi pada bulan Ramadhan

Perang Badar adalah pemisah antara yang haq dan yang batil, dan kaum muslimin sebagai
simbol tauhid dan kemuliaan, meraih kemenangan atas kaum musyrikin sebagai simbol
kekifiran dan kebodohan.

Peperangan terjadi pada hari Jumat, 27 Ramadhan, tahun kedua setelah hijrah. Allah Taala
berfirman: Dan benar-benar Allah telah menolong kamu di Badar sedangkan kalian dalam
keadaan terhina, maka takutlah kalian kepada Allah, semoga kalian bersyukur. (Ali Imran:
123).

Ibnu Abbas mengatakan:Saat itu hari Jumat, 27 Ramadhan, dan saat itu juga terbunuh
Firaun umat, Abu Jahal, musuh terbesar umat Islam.










TAZKIRAH
TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN



20. Di Bulan Ramadhan para malaikat meminta ampunan untuk umat ini

Rasulullah Saw. bersabda:Adapun yang ketiga, sesungguhnya para malaikat meminta
ampunan untuk mereka siang dan malam (HR. Baihaqi).

21. Di bulan Ramadhan syurga berbenah diri

Rasulullah Saw. bersabda:Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah Azza wa Jalla
memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman: Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu untuk para
hamba-Ku, sehingga mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju
negeri-Ku dan kemuliaan-Ku (HR. Baihaqi).

22. Di malam akhir Ramadhan Allah mengampuni umat ini

Rasulullah Saw. bersabda: Adapun yang kelima, sesungguhnya jika tiba malam terakhir
Ramadhan Allah memberi ampun kepada mereka semua. Lalu bertanyalah seorang lelaki
dari sebuah kaum: Apakah itu lailatul qadar? Ia bersabda: Bukan, apakah kau tidak
mengetahui
perihal orang-orang yang bekerja, jika mereka selesai melakukan pekerjaan maka
ganjarannya akan dipenuhi. (HR. Baihaqi)

23. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu

Rasulullah Saw. Bersabda: Jika Ramadhan tiba dibukalah pintu syurga dan ditutuplah pintu
neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (HR. Bukhari).

Dalam Syarah Shahih Muslim, Qadhi Iyadh menjelaskan bahawa makna hadits di atas boleh
bermakna haqiqi, iaitu pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu
secara haqiqi, sebagai tanda datangnya Ramadhan sekaligus pemuliaan terhadapnya. Tapi
boleh juga bermakna majaz yang mengisyaratkan besarnya pahala dan ampunan di bulan
itu, sehingga syaitan seperti terbelenggu.




TAZKIRAH
TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN

KELEBIHAN BERPUASA
Terdapat banyak kelebihan yang akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang berpuasa.
Abu Hurairah ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah SAW yang
bermaksud puasa itu perisai, maka janganlah kamu mencela dan berkata-kata kotor, jika
ada seseorang yang mahu mencelanya, katakanlah kepadanya : sesungguhnya aku ini
berpuasa - 2 kali -. Demi diriku yang berada di tanganNya, bahawasanya bau mulut orang
yang berpuasa itu adalah lebih wangi di sisi Allah daripada bauan kasturi, dia berpuasa
dengan meninggalkan makanan, minuman dan nafsu syahwatnya semata-mata keranaKu.
Ibadat puasa itu adalah untukKu dan Akulah yang akan memberi balasan pahala kepadanya,
dan setiap satu kebajikan itu akan dilipat gandakan dengan sepuluh kali ganda. ( Hadith
riwayat al-Bukhari ).

Berdasarkan hadith ini sahaja, beberapa kelebihan akan dikurniakan oleh Allah kepada
mereka yang berpuasa :
Pertama : Puasa itu adalah perisai. Perisai yang dimaksudkan di sini ialah perisai dari api
neraka. Barangsiapa yang mahu terdinding dirinya daripada api neraka, maka hendaklah ia
berpuasa.
Ada ulama menyebut bahawa puasa itu sebagai benteng atau penahan bagi orang yang
berpuasa daripada segala nafsu syahwat yang merosakkan puasanya. Maka apabila
seseorang itu berpuasa, ia akan dapat mengekang nafsu yang buruk bagi dialihkan perhatian
kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebajikan dan pahala.
Kedua : Adab seorang yang berpuasa ialah menjaga anggota pancaindera daripada
melalakukan dosa dan maksiat. Di dalam hadith ini disebut secara jelas larangan mencela
dan berkata kotor. Secara lebih umum, larangan ini merangkumi segala perbuatan buruk. Ini
adalah kerana falsafah daripada ibadat puasa itu sendiri adalah untuk menghalang
seseorang manusia daripada perlakuan negatif. Puasa bukan setakat tidak makan dan tidak
minum bahkan anggota zahir dan batin turut berpuasa. Anggota badan seperti mata mesti
dijaga daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan syarak. Mulut dan lidah pula
hendaklah dikawal agar tidak memperkatakan perkara-perkara cela dan keji, begitu juga
telinga, kaki, kemaluan dan seluruh anggota lain.
Seseorang yang berbohong atau berkata keji akan terhapus pahala puasanya, sepertimana
hadith nabi yang bermaksudsesiapa yang tidak dapat meninggalkan daripada berkata-kata
bohong, dan selalu beramal dengannya (berbohong), maka tiada dinilai oleh Allah akan
puasanya
Ini ditambah dengan hadith lain yang bermaksud ramai dari kalangan orang yang berpuasa
tetapi tiada baginya pahala melainkan hanya berlapar dan dahaga sahaja


TAZKIRAH
TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN


Ketiga : Kemestian menghiasi diri dengan sifat sabar. Di dalam hadith ini, nabi mengajar
orang-orang yang berpuasa agar bersabar apabila adanya cubaan untuk mencela dan
mengejeknya. Ini adalah untuk mengelakkan daripada perbuatan yang lebih buruk jika tiada
sifat sabar kerana berkemungkinan akan berlakunya pergeseran, pergaduhan dan
perbalahan sesama muslim. Sesungguhnya berlapar itu sendiri adalah latihan dan tarbiah
Allah kepada manusia agar sentiasa bersabar menangkis serangan-serangan yang boleh
menghilangkan pahala puasanya.
Keempat : Bau mulut orang yang berpuasa itu secara zahirnya agak kurang menyenangkan
apabila terhidu oleh orang lain, tetapi sebenarnya di sisi Allah ianya amat wangi dan harum
bahkan baunya adalah lebih wangi dari bauan kasturi. Ada ulama berpendapat bahawa
wangian kasturi tersebut akan dikurniakan oleh Allah di hari akhirat kelak tempat dinilai
segala amalan manusia.
Ada juga ulama yang berpendapat bahawa pahala yang sebenarnya akan dianugerahkan
oleh Allah itu adalah lebih wangi melebihi wangian kasturi. Semua ini adalah kiasan dan
perumpamaan daripada Allah sebagai dorongan kepada mereka yang berpuasa. Biasanya
seseorang itu akan malu dan segan jika bau mulutnya yang kurang enak itu akan
menyebabkan manusia lain menjauhkan diri daripadanya, tetapi apabila adanya jaminan
Allah akan keharuman di sisiNya, sekurang-kurangnya dapat memberi keinsafan bahawa
sebenarnya keredhaan Allah itu adalah lebih penting mengatasi keredhaan manusia.









TAZKIRAH
TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN

Kelima : Puasa itu amat besar pahalanya yang akan diberi oleh Allah. Pernyataan Allah di
dalam hadith melalui lisan nabiNyadan puasa itu bagiKu dan Akulah yang akan
membalasnya adalah satu bukti jelas betapa besarnya kelebihan dan banyaknya pahala
berpuasa. Ini adalah kerana Allah itu sendiri sifatnya Maha Pemurah, maka apabila hamba-
hambaNya diperintah supaya melakukan kebaikan dan kebajikan, Dia sendirilah yang akan
membalasi pahalanya, dengan sendirinya ini menunjukkan betapa besar kadar balasan dan
luas pemberiannya kepada manusia.
Para ulama ada menerangkan alasan kenapakah Allah SWT menyebut bahawa puasa itu
adalah bagiKu dan Akulah yang akan membalasnya. Ini adalah kerana puasa yang
dilaksanakan itu adalah ibadat yang jauh dari sifat riak dan tersembunyi keranasemua orang
diwajibkan berpuasa dan tiada peluang untuk orang lain berbangga dengan puasa yang
dilakukannya. Tidak sperti solat, zakat, haji, bersedekah dan ibadat-ibadat zahir yang lain,
perlakuan ibadat tersebut akan menjadi perhatian manusia lain dan berkemungkinan
perlaksanaannya akan menarik perhatian orang yang melihat dan ini akan melahirkan
perasaan riak kepada orang yang melakukannya.
Sebahagian ulama lain berpendapat bahawa hadith tersebut bermaksud hanya Allah SWT
yang mengetahui kadar pahalanya dan hanya Dia yang berhak menggandakan pahala
tersebut sebanyak-banyaknya daripada segala jenis ibadat lain.
Sebahagian ulama lain pula berpendapat kenyataan hadith tersebut adalah sebagai tanda
ketinggian ibadat puasa berbanding dengan ibadat-ibadat lain.
Pendapat yang lain ialah kerana orang yang berpuasa itu sabar dan sanggup menahan
syahwatnya dan meninggalkan makanan semata-mata kerana Allah, maka kesungguhan itu
pahalnya akan dikurniakan oleh Allah bergantung kepada sejauh mana keikhlasan dan
ketulusan hati mereka yang berpuasa
Keenam : Kebajikan dan pahala kurniaan Allah di dalam bulan puasa akan dilipatgandakan
olehNya dengan 10 kali ganda. Gandaan ini merangkumi segala amalan-amalan sunat dan
kebajikan lain seperti sedekah, bacaan al-Quran, zikir, iktikaf dan sebagainya. Ia adalah
sebagai galakan supaya ditingkatkan amal di sepanjang bulan Ramadhan dan bukan hanya
sekadar berpuasa semata-mata bahkan orang-orang Islam berpeluang untuk
mempelbagaikan amalan semata-mata untuk menuntut keredhaanNya.
Di bulan inilah peluang keemasan akan dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya
kerana akan dibuka segala pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai
sekelian syaitan-syaitan.


TAZKIRAH
TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN

) 4-j-=^- ^gg 4g~-.- -
_O>4N jgjE= 4pOj*.-E1 ^g@
22. Kecuali orang-orang Yang mengerjakan sembahyang -
23. Iaitu mereka Yang tetap mengerjakan sembahyangnya;

Huraian Ayat
Ubat yang pertama dan paling Utama untuk mengubati penyakit jiwa (hati ) ialah Solat. Solat
yang dikerjaka dengan penuh Khusyuk serta tetap melakukannya walau dalam apa jua
Kedudukan Solat dalam Islam. kradaan bukannya secara berkala.


Hukum Solat
Hukumnya adalah Wajib keatas setiap Mukallaf. Orang yang meninggalkan secara sengaja
berdosa besar manakala yang mengengkarinya pula menjadi Kafir


1. Solat merupakan tiang agama. Segala amalan/pekerjaan agama akan diambil
kira(diberi pahala sekiranya seseorang itu mengerjakan Solat)
2. Solat diibaratkan sebagai sebatang sungai yang mempunyai air, sesiapa yang mandi
didalam sungai itu mereka akan bersih tubuh badan. Begitulah juga sesiapa yang
Solat jiwa mereka akan bersih
3. Solat sebagai dinding/benteng untuk menahan/memagar seseorang dari melakukan
sebarang kejahatan
4. Solat merupakan titik perbezaan ( secara lahir) diantara seseorang muslim atau pun
sebaliknya














TAZKIRAH
TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN


BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Saidina Anas RA memberitahu bahawa Nabi SAW ditanya mengenai maksud kalimah al-
Falak pada ayat Qul Auu Zubira-bil-Falak, Nabi menjawab :Al-Falak ialah sebuah telaga
didalam api neraka Jahannam. Sekiranya burung terbang dalam masa seratus tahun
lamanya, belum lagi dapat sampai keseberang sana (nisbah luasnya). Sahabat bertanya,
untuk siapa tempat itu. Nabi menjawab : untuk mereka yang meninggalkan sembahyang
pada hal tubuh badannya masih sihat.

15 Balasan bagi orang yang meninggalkan Sembahyang

6 Pembalasan di Dunia

1. Kurang berkat umurnya 4. Doanya tidak diterima allah
2. Tiada pahala kepada amalan yang dilakukannya 5. Semua makhluk benci
3. Allah menghapuskan tanda soleh di mukanya 6. Tidak mendapat bahagian
dari doa orang soleh


3 Pembalasan di waktu matinya

1. Mati dalam kehinaan
2. Mati dalam kelaparan
3. Mati dalam kehausan

3 Pembalasan di dalam kubur

1. Di sempitkan kuburnya
2. Dinyalakan api diatas kuburnya
3. Disiksa dengan seekor ular memetuknya siang dan malam

3 Pembalasan di akhirat

1. Allah menariknya ke dalam neraka
2. Allah memendang denag pandangan kehinaan
3. Di hisab (di kira) amalan dengan kiraan yang paling lama

Oleh itu jagalah solat terutama solat berjamaah




TAZKIRAH
TAZKIAH AN-NAFSI
SEK KEB BATU JONG
KUALA KRAI KELANTAN

-O--4 EO) g)4O^` -EO
OUuE` ^gj

24. Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak Yang
termaklum


Harta adalah salah satu dari keperluan hidup, manusia sanggup bergadai nyawa untuk
mendapatkan harta. Apabila kita memperolehi harta, maka bukan semuanya menjadi milik
kita secara mutlak.
Didalam harta yang kita miliki itu terdapat bahagian kepunyaan orang lain, samada orang
datang meminta atau pun tidak

Untuk membentuk satu masyarakat yang harmoni, penyayang dan sejahtera, maka islam
telah menggariskan panduan dalam mendapatkan harta dan bagaiman hendak menguruskan
harta tersebut.

Demi keadilan, maka islam menentukan orang/golongan yang patut diberi bantuan.Mereka
ialah :
1. Orang fakir
2. Orang Miskin
3. Amil (pemungut zakat
4. Orang Mualaf
5. Hamba yang hendak membebaskan diri
6. Orang yang berjuang pada jalan allah
7. Orang yang berhutang
8. Musafir yang terkandas

Oleh itu hendaklah kita mencari harta melalui cara yang halal dan membelanjakannya
mengikut cara yang dikehendaki oleh islam

Anda mungkin juga menyukai