Anda di halaman 1dari 9

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR

1.0 PENGENALAN Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat . Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu ( mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran -kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara. 2.0 KONSEP

Membangun Penyayang.

Sahsiah

Diri

Murid

Melalui

Budaya

Amalan

3.0

RASIONAL 3.1 Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan mentor. 3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, mereka panduan menikmati dan perhatian dengan bagi lebih membolehkan kehidupan

optimis dan menyeronokkan. 1

4.0

OBJEKTIF Melalui program ini, murid diharapkan dapat; 4.1 4.2 4.3 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka antara satu sama lain.

5.0

PELAKSANAAN 5.1 Program dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah

dan menengah 5.2 Melaksanakan program mentor mentee sebagai aktiviti rasmi sekolah mengikut kesesuaian masa seperti: a. b. c. Waktu perhimpunan rasmi . Waktu kokurikulum. Selepas waktu persekolahan.

5.2 Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun . Jangka masa perjumpaan adalah antara 30 hingga 40 minit dan 1 kali dalam sebulan. 5.3 Perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan Mentor Mentee yang mengandungi pengisian dari aspek; a. Pembangunan Sahsiah Diri Murid 2

b. c. d. 6

Peningkatan Disiplin Murid Psikososial dan Kesejahteraan Mental dan Perkembangan Kerjaya

STRATEGI PELAKSANAAN 6.1 Mengadakan taklimat penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan perlaksanaan kepada murid dan guru. 6.2 6.3 Mengadakan majlis penyerahan mentee kepada mentor. Perjumpaan diadakan di dalam kelas atau mengikut

kesesuaian sekolah. 6.4 Pelantikan mentor a. Semua guru dilantik menjadi mentor. b. Pelantikan mentor dibuat secara rasmi( bertulis). c. Setiap mentor diberikan senarai tugas, peranan,modul dan senarai mentee. 6.5 Pengagihan mentee. a. Mentee adalah terdiri daripada murid di dalam kelas. b. Setiap kelas mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang mentor. 6.6 Tugas Mentor a. Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas. b. Melaksanakan disediakan. c. Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee. 3 aktiviti mengikut modul yang telah

d. Membantu mentee yang memerlukan perhatian. e. Mengambil kehadiran mentee. f. Mengisi borang pertemuan mentor mentee.

7.0

PENUTUP Program ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, di samping dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan murid.

JAWATANKUASA MENTOR MENTEE Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Naib Pengerusi 4 Setiausaha Penolong setiausaha AJK : Pengetua/ Guru Besar. : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Guru Penolong Kanan Akademik. : Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum : Guru Penolong Kanan Petang. : Guru Penolong Kanan Tingkatan 6. : Guru Bimbingan dan Kaunseling 1. : Guru Bimbingan dan Kaunseling 2. : Guru Kanan Matapelajaran / ketua panitia. Penyelaras tingkatan/tahun/ guru tingkatan. Guru Bimbingan dan Kaunseling

CARTA ALIRAN PROSES PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE

Mul a Menyediakan kertas cadangan

Membentangkan kertas cadangan dalam mesyuarat pengurusan

Menentukan pemilihan mentor dan mentee Taklimat pelaksanaan

Penyerahan mentor kepada mentee

Pelaksanaan program

Laporan

Tam at

CONTOH MODUL MENTOR MENTEE TAHUN ENAM Tajuk Objektif : : Potensi Diri Aku Boleh! Pada akhir aktiviti, mentee dapat : 1. Menyenaraikan kebolehan dan kelemahan diri. 2. Mengetahui cara-cara untuk meningkatkan kebolehan diri serta membaiki kelemahan diri. Masa Sasaran Bahan Langkahlangkah : : : : 30 minit Tahun 6 Tiada 1. Mentee diberi masa oleh mentor untuk berfikir tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri. 2. Mentee yang sukarela menyatakan kelebihan dan kelemahan diri sendiri. 3. Soal jawab dan sumbang saran tentang bagaimana untuk meningkatkan kebolehan diri dan membaiki kelemahan diri. 4. Mentor membuat rumusan . Falsafah : 1. Setiap individu mempunyai kebolehan dan kelemahan masingmasing. 2. Anggaplah kebolehan sebagai batu loncatan mencapai kejayaan dan kelemahan sebagai peluang untuk membaiki diri. 3. Setiap orang tidak seharusnya merasa rendah diri terhadap kelemahan yang ada.

CONTOH MODUL MENTOR MENTEE TAHUN ENAM Tajuk Objektif : : Kawal Diri Pada akhir aktiviti, mentee dapat : 1. Menyatakan apa yang menyebabkan emosinya terganggu. 2. Mengetahui bagaimana untuk mengawal emosi berdepan dengan situasi yang menganggu emosinya. apabila

Masa Sasaran Bahan Langkahlangkah

: : : :

30 minit Tahun 6 Tiada 1. Mentee membuat mimik muka gembira, marah dan sedih untuk menggambarkan situasi emosi yang dialami. 2. Mentee bersoal jawab tentang aktiviti 1. 3. Mentee menyatakan emosi yang dialami dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berada dalam situasi tersebut. 4. Mentor membuat rumusan.

Falsafah

: 1. Kita mestilah bijak bertindakbalas terhadap emosi yang dialami. 2. Segala emosi yang dihadapi akan mematangkan diri kita jika kita berjaya menanganinya secara positif.

CONTOH MODUL MENTOR MENTEE TINGKATAN EMPAT Modul 3 Objektif : : Harga Diri Ku Pada akhir aktiviti, mentee dapat: I. II. Langkahlangkah : I. II. III. IV. V. Menghargai kelebihan diri. Memanfaatkan potensi atau fitrah diri secara sihat. Mentor bertanya makna dan kelebihan nama setiap mentee. Mentor menunjukkan contoh dan menyatakan setiap abjad pada nama mempunyai nilai positif. Mentor meminta setiap mentee menulis nilai positif mengikut abjad nama. Mentor meminta beberapa mentee secara sukarela menjelaskan nilai positif diri berdasarkan abjad nama. Mentor membuat rumusan.

Falsafah

Setiap individu unik dan keunikan dirinya membentuk diri yang cemerlang. Contoh; AHMAD A = Amanah A = Akhlak H = Hormat D = Dedikasi M = Mulia

Anda mungkin juga menyukai