Anda di halaman 1dari 9

Nama Nama Yang Dilarang Islam Nama adalah doa kepada seseorang, maka ibu bapa menjadi pemegang

amanah yang besar untuk menamakan cahaya mata mereka. Nama hendaknya memiliki makna yang bagus. Janganlah memberikan nama hanya mengikut perasaan, asalkan indah dan sedap didengar tanpa mengetahui makna yang tersirat atau maksud sebenarnya. Jika nama tersebut buruk dan memalukan, maka ibubapa boleh dikira berlaku zalim dan derhaka pada si anak. A. NAMA-NAMA LARANGAN 1. Pengabdian / Penghambaan Syarak menegah menamakan seseorang atau anak dengan nama yang dilarang seperti yang khusus bagi Allah atau sembahan-sembahan lain. Jauhilah dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-Uzza (Hamba Tuhan Uzza) dan sebagainya. 2. MALIKUL-AMLAK Diharamkan memberi nama dengan nama Malikul-Amlak yang bermaksud; Raja bagi segala raja. Sabda Rasulullah SAW:

Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak. (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.) Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda;

Lelaki yang paling dimukai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak (kerana hakikatnya) tiada raja melainkan Allah. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.) 3. NAMA MALAIKAT Menurut mazhab Syafiie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama memakruhkannya. Berkata Qadhi Iyadh; Telah memakruhkan sebahagian ulama memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama

dengan Jibril dan Ya-sin. 4. TENGOK NASIB DAN PENAFIAN Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Rasulullah SAW; : : .

. Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; Apakah ada di sana (Yasar, Rabah dan sebagainya itu)? Lalu ia menjawab; Tidak ada. (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.) Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda::

: Jangan namakan anakmu dengan nama senang, keuntungan dan kejayaan. Sebabnya adalah jika kamu bertanya adakah kuntungan ada? Jika tidak ada, orang akan menjawab Keuntungan tidak ada. (Hadis riwayat Muslim, Tirmizi r.a. dan Abu Daud r.a.) Menurut Imam Nawawi, dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) adalah kerana buruk dan rosaknya jawapan yang bakal diterima, juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian golongan ke dalam suatu bentuk perbuatan menenung untung/nasib. (Contohnya; apabila ditanya; Adakah di sana ada Rabah (untung)?, lalu dijawab; Ada. Apabila orang yang suka menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung). Menurut Syeikh Abdullah Nasih Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama. (Tarbiyatul-Aulad) 5. KEKUFURAN DAN KEJAHATAN Nama-nama yang memberikan maksud yang tidak baik dan melambangkan kekufuran dan yang terkenal dengan kejahatan, seperti Wisky, Ifrit, Firaun dan Syaitan adalah dilarang.

6. TIDAK MELAMBANGKAN ISLAM Hendaklah dijauhi juga dari memberi nama dengan nama-nama yang tidak beridentitikan Islam dan menggambarkan hilangnya jati-diri sebagai seorang muslim, seperti meniru-niru nama orang bukan Islam seperti Natasya, Susan, Suzuki, Mazda dan Ninja. Juga nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama Huyam (gila berahi), dan sebagainya. 7. MEMUJI DIRI SENDIRI Banyak nama yang menunjukkan memuji diri sendiri dalam masyarakat Melayu kini. Tidak kiralah namanya dengan nama Khairun Nisa (sebaik-baik wanita), nama mujahid pejuang, syahid, nama salafus soleh dan sebagainya. Setiap ibubapa hendaklah berhati-hati menamakan bayi mereka kerana ini dilarang dan termasuk dalam memuji diri anak itu sendiri. Rasulullah SAW melarang menggunakan nama yang memuji diri sendiri. Pernah terjadi pada suatu ketika, apabila Nabi SAW bertemu seorang wanita bernama Barrah (wanita yang sangat baik); Rasulullah SAW bersabda:

Janganlah kamu memuji diri kamu sendiri. Allah SWT lebih mengetahui siapakah yang lebih baik dikalangan kamu. Mereka bertanya: Apa yang kami hendak namakannya. Baginda menjawab: Zainab. (Hadis sahih riwayat Muslim r.a.) Daripada Umar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; , : . Aku menegah daripada menamakan dengan nama Rafi (ketinggian), Barakah (keberkatan) dan Yassar (senang). (Hadis riwayat Tirmizi r.a.). Imam Nawawi berkata: Ulama syafie berkata: Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama ini dan apa yang membawa kepada sebab larangan ini. Larangan ini adalah hanya makruh tidak haram. 8. GABUNGAN NAMA Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia

menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang. Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama zana, bunyinya sedap sekali tapi maknanya berzina atau pun nama wati yang bererti bersetubuh. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut. 9. NAMA BURUK Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, Murrah, Kalb, Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya.Sabda Rasulullah SAW; : : Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.) B. PERAWATAN ISLAM Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya; 1. Balqis ketua jin 2. Qistina/Kistina penghulu jin 3. Najwa bisikan 4. Zaqwan/Zaquan anak jin 5. Haikal/Haiqal tengkorak 6. Badrisha/Badlisha/Herisha Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit berat dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.

C. NAMA-NAMA YANG DILARANG DALAM ISLAM Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda: A Abiqah Hamba yang lari dari tuannya Abkam Tidak celik, buta Afinah Yang bodoh Amah Hamba suruhan perempuan Asiah Wanita yang derhaka Asyar Paling jahat Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat Aznie Aku berzina B Baghiah Yang zalim, jahat Bahimah Binatang Bakiah Yang menangis, merengek Balidah Yang bodoh, bebal Baqarah Lembu Betina Batilah Yang batil, tidak benar D Dabbah Binatang Dahisyah Goncang, stress Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya Damiah Yang mengalir air matanya Daniyah Yang lemah dan hina Darakah Kedudukan yang rendah F Fajiah Kecelakaan Fajirah Yang jahat, yang berdosa Fasidah Yang rosak, yang binasa Fasiqah Yang jahat, si fasik Fasyilah Gagal, kalah G Ghafilah Yang lalai, yang leka Ghaibah Hilang Ghailah Kecelakaan, bencana Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat

Ghasibah Perampas, perompak Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu H Haqidah Yang dengki Hasidah Yang hasad Hazinah Yang sedih Huzn Kesedihan J Jafiah Yang tidak suka berkawan Jariah Hamba suruhan perempuan K Kafirah Yang kafir, yang ingkar Kaibah Yang sedih Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka Kazibah Pendusta, pembohong Khabithah Yang jahat, yang keji Khaliah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu Khamrah Arak Khasirah Yang rugi Khatiah Yang bersalah, yang berdosa L Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah Lahab Bara api Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi Laimah Yang tercela Lainah Yang terkutuk M Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu Majusiah Agama menyembah api atau matahari Maridah Yang menderhaka Munafikah Yang munafik Musibah Celaka, bencana, kemalangan N Najisah Yang najis dan kotor Nariah Api Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami Q Qabihah Yang buruk, hodoh Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran

Qatilah Pembunuh Qazurah Kejahatan, perzinaan R Rajimah Yang direjam, yang dilaknat Razani Kepala zakar lelaki Raziah Kecelakaan, musibah Razilah Yang keji dan hina S Safih Insan Manusia bodoh Safilah Yang rendah dan hina Sahiah Yang pelupa Sharrul / Sharru Jahat Sakirah Pemabuk Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat Syafihah Yang bodoh Syaniah Yang buruk Syaqiyah Yang menderita Syaridah Yang diusir Syariqah Pencuri Syarisah Yang buruk akhlak Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia Syatimah Maki hamun T Tafihah Karut Talifah Yang rosak, yang binasa Talihah Yang tidak baik Tarbiyah Yang papa kedana Tarikah Anak dara tua W Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk Wahimah Yang lemah Wahinah Penakut Wailah Bencana, keburukan Wajilah Penakut Waqiah Pertempuran dalam peperangan, umpatan Waqihah Yang kurang sopan dan malu Wasikhah Yang kotor Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna

Wathy / Wathi Bersetubuh Y Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya Yaisah Yang berputus asa Z Zalijah Kebinasaan Zalilah Yang hina Zalimah Yang zalim Zaniyah Penzina, pelacur Zufafah Racun pembunuh D. RENDAH DIRI Nama-nama yang buruk, berbunyi pelik dan ganjil mungkin membuatkan yang empunya diri berasa agak terasing. Tidak mustahil juga nama itu menjadi bahan ejekan dan tidak begitu disenangi anak-anak kerana tekanan yang dihadapi di sekolah atau di alam pekerjaan. Kesan daripadanya, nama ini menimbulkan rasa malu kepada mereka yang akhirnya menyebabkan rasa marah, membangkitkan pergaduhan, malah juga boleh membina perasaan rendah diri dan berkemungkinan ia boleh menjejaskan perkembangan penghargaan kendiri seseorang itu. Sabda Rasulullah SAW : Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu. (Hadis riwayat Abu Daud r.a.). E. PANGGILAN PENDEK Orang Melayu suka menggunakan nama panggilan/timangan atau memendekkan nama, seperti nama Muhamad/Muhammad akan jadi Mohd (jom) atau Mat (mati) dan jika nama Abdullah, jadi Dolah saja. Amalan ini haruslah ditinggalkan dan contohilah orang Arab yang menghargai dan memanggil nama penuh pada setiap masa, kerana padanya terkandung doa. F. PENUKARAN NAMA Disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak baik kerana Nabi SAW telah melakukannya kepada para sahabat baginda, di mana Rasulullah SAW pernah menukar nama seorang yang bernama Abdul Hajar (hamba batu) kepada Abdullah. Ada yang bernama Asi (yang derhaka) lalu ditukar kepada Muti (yang taat).

Aishah r.a berkata: Rasulullah telah menukar nama-nama yang buruk. (riwayat Tirmidzi). Ibn Umar berkata: Anak perempuan Umar dinamakan dengan nama Asiah (wanita yang derhaka), lalu dinamakan oleh Rasulullah SAW dengan Jamilah (cantik). (riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah). Ibnu Umar r.a. menceritakan; - . : . Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menukar nama (seorang perempuan bernama) Ashiyah (perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada (perempuan itu); Kamu adalah Jamilah (yang indah). (Riwayat Imam Muslim) Said bin al-Musayyab menceritakan bahawa bapanya yang bernama Hazn (susah/sedih), telah datang kepada Rasulullah SAW lalu Baginda bertanya kepadanya; Apa nama kamu? Jawab bapaku; Hazn. Lalu Rasulullah berkata; Kamu adalah Sahl (iaitu Nabi menukar namanya kepada Sahl yang bererti; mudah). Namun bapaku berkata; Aku tidak akan menukar nama yang diberikan kepadaku oleh bapaku. Said berkata; (Dengan kedegilannya itu) maka berterusanlah huzunah (kepayahan/kesedihan) membelenggu keluarga kami selepasnya. (Riwayat Imam Bukhari dari Said bin al-Musayyab dari bapanya) Berdasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW mengenai penukaran nama di atas, adalah disunatkan menukar nama buruk kepada yang lebih baik. Sekiranya sesiapa yang telah terlanjur menamakan anak dengan nama yang buruk, tidak elok atau kurang manis, tidak perlulah mengubah nama tersebut di pejabat pendaftaran, cukuplah hanya menukar nama panggilan kepada nama pangkat dalam keluarga seperti along, angah atau nama keduanya. Jika nama anak itu Siti Balqis, panggillah Siti sahaja. Wallahu Alam bishowab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Anda mungkin juga menyukai