KECEDERAAN TISU KERANA HABA PANAS, TERLALU SEJUK, BAHAN KIMIA DAN RADIASI
LAPISAN KULIT
Epidermis Dermis
Hipodermis
TERBAKAR
Kecederaan kepada kulit dan lain-lain tisu badan, disebabkan terkena haba kering. Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api (flame), objek-objek panas, bahan kimia atau arus elektrik.
MELECUR
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab, seperti air mendidih, wap atau minyak panas.
Terbakar dan melecur biasanya adalah serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.
Jenis-jenis Terbakar:
Luar terbakar pada bahagian kulit Dalam terbakar dalam rongga atau perut
Sebab-sebab terbakar
Haba kering
Bahan api/api Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur atau puntung rokok. Geseran
Bahan kimia
Kimia perindustrian spt asap dan gas korosif. Kimia domestik spt peluntur cat, racun rumput, asid atau alkali
Radiasi
Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra violet). Terdedah kepada punca-punca radioaktif
Elektrik
Arus elektrik yang rendah spt dari perkakas rumah Kilat dan petir.
Tahap Kecederaan:
TAHAP 1 (Superficial Burn)
Kecederaan pada bahagian kulit luar sahaja. Ianya melibatkan bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemerahan.
PERATURAN SEMBILAN
(dewasa)
18 1 18
18
18
Peratus
Kanak-kanak Bayi
1 2
Kepala dan Leher Tangan: Kanan Kiri Badan : Hadapan Belakang Anggota Bawah : Kanan Kiri
9 9 9 18 18 18 18
20 10 10 20 20 10 10
10 10 10 20 20 15 15
Kemaluan
Tanda-tanda:
Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama atau kedua. Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerahan pada tahap awal, merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua, kehitaman seperti arang pada tahap ketiga. Pengaliran keluar plasma. Renjatan
TINDAKAN
3B 1. Burning Stop Padamkan 2. Breathing Maintain Periksa Pernafasan 3. Body Examine
Periksa tahap terbakar 3C 1. Cool Sejukkan 2. Cover
Tutup bahagian yang terbakar
3.
Pengendalian Am:
1. Hentikan kebakaran air 2. Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan) 3. Tentukan ia bernafas 4. Alirkan air bagi terbakar tahap pertama dan kedua selama 20 minit atau sehingga kesakitan berkurangan.
5. Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar. 6. Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak berlaku renjatan. 7. Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan. 8. Beri rawatan renjatan jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera.
4. Guna dressing bersih dan basah untuk menutup bahagian yang tercedera. 5. Periksa pernafasan/nadi setiap 5 minit. 6. CPR jika perlu.
JANGAN 1. Tanggalkan pakaian yang terlekat pada kulit. 2. Pecahkan gelembong. 3. Guntingkan kulit yang terkoyak. 4. Beri makanan/minuman 5. Letak atau sapu merjerin, kicap, ubat gigi dan lain-lain. 6. Membuang masa untuk memberi rawatan.
Terbakar Kimia
Gunakan air mengalir untuk mencuci bahan-bahan kimia dari kulit. Tanggalkan kain dan barang kemas semasa mencuci dengan air yang mengalir. Buang bahan kimia (pepejal) yang terlekat pada kulit sebelum mengalirkan air. Hubungi hospital/hantar dengan segera.
INGAT.. Jika bahagian mata terbakar oleh bahan kimia, perlu dibawa pada cucuran air selama 15 minit atau sehingga bantuan tiba.
Kejutan Elektrik
Boleh berlaku melalui dua cara iaitu secara pancaran (arcing) dan sentuhan (contact). Pancaran berlaku dalam kemalangan arus voltan tinggi (melebihi 1000 voltan). Arus elektrik memancar daripada punca elektrik dan menyambar mangsa menyebabkan pakaian dan kulit terbakar.
Antara faktor berlaku kejutan elektrik Kerosakan kabel atau alat elektrik
Kecuaian Persekitaran yang basah Tidak mengikut peraturan keselamatan
Semasa kejutan, badan mangsa sebagai pengalir arus elektrik Kesan mungkin terjadi
1 mA 10 mA 100 mA kejutan ringan - melecur dan hilang kawalan otot - mati
Tindakan:
1. JANGAN bantu mangsa selagi kawasan kemalangan belum disahkan selamat. 2. Hubungi penguasa elektrik tempatan supaya bekalan elektrik diputuskan. 3. Bila kawasan selamat, tentukan mangsa ada nadi dan nafas, jika tiada, lakukan CPR. 4. Rawat mangsa untuk terbakar dan juga renjatan. 5. Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
Terima Kasih