Anda di halaman 1dari 13

Terbakar Dan Melecur -

1. TERBAKAR DAN MELECUR


2.
o KECEDERAAN TISU KERANA HABA PANAS, TERLALU SEJUK,
BAHAN KIMIA DAN RADIASI
3. LAPISAN KULIT Epidermis Dermis Hipodermis
4. TERBAKAR
o Kecederaan kepada kulit dan lain-lain tisu badan, disebabkan terkena haba
kering. Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api ( flame ),
objek-objek panas, bahan kimia atau arus elektrik.
5. MELECUR
o Kecederaan disebabkan oleh haba lembab, seperti air mendidih, wap atau
minyak panas.
6.
o Terbakar dan melecur biasanya adalah serius. Selain daripada kesakitan dan
renjatan yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan
parut.
7. Ketenatan mangsa bergantung kepada:
o Luas permukaan yang cedera.
o Tempat yang terbakar atau melecur
o Tahap terbakar
o Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.
8. Jenis-jenis Terbakar:
o Luar terbakar pada bahagian kulit
o Dalam terbakar dalam rongga atau perut
9. Sebab-sebab terbakar
o Haba kering
Bahan api/api
Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur atau puntung
rokok.
Geseran
o Bahan kimia
Kimia perindustrian spt asap dan gas korosif.
Kimia domestik spt peluntur cat, racun rumput, asid atau alkali
10.
o Radiasi
Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra violet).
Terdedah kepada punca-punca radioaktif
o Elektrik
Arus elektrik yang rendah spt dari perkakas rumah
Kilat dan petir.
11.
12. Tahap Kecederaan:
o TAHAP 1 (Superficial Burn)
Kecederaan pada bahagian kulit luar sahaja.
Ianya melibatkan bahagian epidermis dan terasa sangat sakit.
Kulit kelihatan kemerahan.
13.
o TAHAP 2 (Intermidiate Burn)
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis).
Kulit kelihatan merah gelap, lepuh dan mengelembung.
Terasa sakit .
14.
o TAHAP 3 (Deep Burn)
Semua lapisan kulit telah rosak.
Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering.
Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak .
15. PERATURAN SEMBILAN (dewasa) 9 9 9 18 18 18 18 1
16. PENTAFSIRAN AWAL PESAKIT Bil Bahagian Peratus Dewasa Kanak-kanak Bayi
1 Kepala dan Leher 9 20 10 2 Tangan: Kanan Kiri 9 9 10 10 10 10 3 Badan : Hadapan
Belakang 18 18 20 20 20 20 4 Anggota Bawah : Kanan Kiri 18 18 10 10 15 15 5
Kemaluan 1 - -
17. Tanda-tanda:
o Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama atau kedua.
o Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerahan pada tahap awal, merah
gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua, kehitaman seperti arang
pada tahap ketiga.
o Pengaliran keluar plasma.
o Renjatan
18. TINDAKAN
o 3B
o Burning Stop
o Padamkan
o Breathing Maintain
o Periksa Pernafasan
o Body Examine
Periksa tahap terbakar
o 3C
o Cool
o Sejukkan
o Cover
Tutup bahagian yang terbakar
o Carry
o Bawa ke tempat selamat.
o Hantar ke hospital
19. Pengendalian Am:
o Hentikan kebakaran air
o Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan)
o Tentukan ia bernafas
o Alirkan air bagi terbakar tahap pertama dan kedua selama 20 minit atau
sehingga kesakitan berkurangan.
20.
o Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.
o Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak
berlaku renjatan.
o Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.
o Beri rawatan renjatan jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera.
21. Langkah Perlu Diambil
o PERLU
o Basuh tangan sebelum memberi rawatan dan pakai sarung tangan jika ada.
o Baringkan mangsa dalam kedudukan yang selesa.
o Tanggalkan jam tangan, tali pinggang, pakaian ketat dan barang kemas
sebelum bahagian yang tercedera membengkak.
22.
o Guna dressing bersih dan basah untuk menutup bahagian yang tercedera.
o Periksa pernafasan/nadi setiap 5 minit.
o CPR jika perlu.
23.
o JANGAN
o Tanggalkan pakaian yang terlekat pada kulit.
o Pecahkan gelembong.
o Guntingkan kulit yang terkoyak.
o Beri makanan/minuman
o Letak atau sapu merjerin, kicap, ubat gigi dan lain-lain.
o Membuang masa untuk memberi rawatan.
24. Terbakar Kimia
o Gunakan air mengalir untuk mencuci bahan-bahan kimia dari kulit.
o Tanggalkan kain dan barang kemas semasa mencuci dengan air yang mengalir.
o Buang bahan kimia (pepejal) yang terlekat pada kulit sebelum mengalirkan air.
o Hubungi hospital/hantar dengan segera.
25.
o INGAT..
o Jika bahagian mata terbakar oleh bahan kimia, perlu dibawa pada cucuran air
selama 15 minit atau sehingga bantuan tiba.
26. Kejutan Elektrik
o Boleh berlaku melalui dua cara iaitu secara pancaran (arcing) dan sentuhan
(contact).
o Pancaran berlaku dalam kemalangan arus voltan tinggi (melebihi 1000 voltan).
Arus elektrik memancar daripada punca elektrik dan menyambar mangsa
menyebabkan pakaian dan kulit terbakar.
27.
o Antara faktor berlaku kejutan elektrik
o Kerosakan kabel atau alat elektrik
Kecuaian
Persekitaran yang basah
Tidak mengikut peraturan keselamatan
o Semasa kejutan, badan mangsa sebagai pengalir arus elektrik
o Kesan mungkin terjadi
1 mA kejutan ringan
10 mA - melecur dan hilang kawalan otot
100 mA - mati
28. Tindakan:
o JANGAN bantu mangsa selagi kawasan kemalangan belum disahkan selamat.
o Hubungi penguasa elektrik tempatan supaya bekalan elektrik diputuskan.
o Bila kawasan selamat, tentukan mangsa ada nadi dan nafas, jika tiada, lakukan
CPR.
o Rawat mangsa untuk terbakar dan juga renjatan.
o Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
29. Teri ma Ka sih









Luka Terbakar
Definisi
Luka terbakar peringkat pertama:
Ia melibatkan lapisan luar kulit, menyebabkan kesakitan, kemerahan dan bengkak.
Luka terbakar peringkat kedua:
Ia memberi kesan kepada kedua-dua lapisan luar dan lapisan di bawah kulit, menyebabkan
kesakitan, kemerahan, bengkak dan lepuh.
Luka terbakar peringkat ketiga:
Ia melibatkan tisu yang lebih dalam; menyebabkan kulit menjadi coklat atau kehitaman dan
mungkin terasa kebas.
Pertimbangan
Sebelum memberi sebarang pertolongan cemas, anda perlu menentukan sejauh mana
keterukan luka terbakar yang dialami oleh seseorang mangsa itu. Di samping itu, cuba
pastikan peringkat kecederaan yang berlaku di bahagian luka terbakar yang paling serius.
Kemudian berikan rawatan yang sewajarnya. Mengetahui punca sesuatu luka terbakar itu
adalah penting kerana punca berbeza akan memberi kesan yang berbeza. Jika anda masih
keraguan, rawatlah ia sebagai luka terbakar yang teruk.
Jika luka terbakar itu tidak sembuh seperti kebiasaan, dapatkan nasihat doktor. Untuk luka
terbakar yang lebih menyeluruh tetapi melibatkan permukaan kulit sahaja, pastikan
pembalutnya sentiasa kering dan bersih. Tukarkan dengan pembalut yang baru jika perlu.
Dapatkan rawatan dengan segera jika berlakunya jangkitan . Mangsa yang berumur bawah
4 tahun atau melebihi 60 tahun mempunyai risiko yang tinggi menghadapi komplikasi.
Sehubungan dengan itu, golongan ini juga mempunyai kadar kematian yang tinggi.
Luka terbakar di muka, tangan, kaki dan di bahagian kemaluan adalah paling serius kerana
ia boleh menyebabkan hilangnya fungsi bahagian yang terlibat.
Gejala:
Melepuh
Bengkak
Kulit yang merah/putih atau rentung
Kulit mengelupas

1


Renjatan ( Awasi tanda-tanda seperti kepucatan dan kulit melengas (lembap), lemah
badan, bibir dan jari kuku berwarna kebiru-biruan dan kurang peka)
Kesakitan (tahap kesakitan ini tidak berkaitan dengan keterukan sesuatu luka terbakar
yang dialami kerana kadang-kadang kecederaan yang paling serius langsung tidak
menimbulkan rasa sakit)
Gejala yang timbul apabila saluran udara (saluran pernafasan) luka terbakar
Mulut hangus/rentung, bibir terbakar
Bulu mata atau bulu hidung terbakar
Luka terbakar di kepala, muka atau leher dan mukus (lendir) berkarbon (warna hitam)
Sukar bernafas: terbatuk-batuk

Penyebab
Luka terbakar akibat suhu yang tinggi (jenis kecederaan yang paling biasa) sering
terjadi berpunca dari kebakaran rumah, kemalangan jalan raya, bermain mancis,
cara penyimpanan gasolin yang tidak betul, sumber elektrik tidak berfungsi dengan
betul, dan kebakaran akibat keganasan.
Luka terbakar juga boleh disebabkan oleh haba kering (api), haba lembap (wap, air
panas), sinaran, geseran, objek panas, matahari, elektrik atau bahan kimia.
Terhidu asap, wap atau udara yang terlalu panas boleh menyebabkan kebakaran pada
saluran udara (saluran pernafasan) atau wasap beracun. Ia selalunya terjadi di ruang
yang sistem pengudaraannya tidak baik.
Penyebab yang lain termasuklah bermain mercun, tercurah atau tersimbah air panas
dan kemalangan di dapur (seperti kanak-kanak memanjat ke atas dapur, terpegang
peralatan memasak atau seterika panas).
Kadang-kadang luka terbakar di kalangan kanak-kanak berlaku akibat dari penderaan
oleh ibu bapa.

Penjagaan sendiri
Untuk mengelakkan kecederaan akibat luka terbakar:
Memasang alat pengesan asap di rumah
Meluangkan masa mendidik kanak-kanak cara dan langkah berjaga-jaga tentang
keselamatan di rumah, bagaimana menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran, dan
bahaya bermain mancis dan mercun.
Mengetahui dan mempraktikkan laluan keluar kecemasan semasa kebakaran.




Pertolongan cemas
Untuk luka terbakar yang ringan
1. Jika kulit tidak terkoyak, lalukan aliran air sejuk ke seluruh bahagian yang terbakar
atau rendamkannya di dalam air sejuk (bukan air ais). Pastikan tempat luka
direndam selama 5 minit. Walau bagaimanapun, jika luka terbakar berlaku di
persekitaran yang sejuk jangan gunakan air. Gunakan tuala yang bersih, basah dan
sejuk untuk mengurangkan kesakitan.
2. Tenangkan mangsa. Beri keyakinan padanya. Luka terbakar boleh menjadi teramat
sakit.
3. Selepas melalukan air atau merendam luka tersebut untuk beberapa minit, tutup luka
dengan pembalut yang steril atau kain yang bersih.
4. Lindungi luka daripada tekanan dan geseran.
5. Ambil ubat penghilang kesakitan yang boleh dibeli dari mana-mana kedai farmasi
untuk meredakan kesakitan, keradangan atau bengkak.
6. Luka yang ringan biasanya akan sembuh tanpa memerlukan rawatan lanjut. Walau
bagaimanapun, bagi luka terbakar peringkat kedua yang melibatkan keluasan kulit
berjejari (diameter) 2-3 inci, atau ia berlaku pada tangan, kaki, muka, celah
kelangkang, punggung atau sendi utama, rawatkannya sebagai luka terbakar yang
teruk.

Luka terbakar yang teruk
1. Jika seseorang itu sedang terbakar, jiruskan mangsa dengan air (jika terdapat air),
selimutkan mangsa dengan kain yang tebal dan tidak terbakar seperti kot bulu atau
kapas, hambal (tikar tebal) atau gebar/selimut untuk memadamkan api atau
baringkan mangsa dan gulingkannya di atas tanah. Jika pakaian anda terbakar
lakukan teknik Berhenti, Baring dan Berguling (STOP, DROP, ROLL)
2. Jangan menanggalkan pakaian yang terbakar (kecuali ia mudah ditanggalkan), tetapi
pastikan mangsa tidak bersentuh dengan bahan-bahan yang membara.
3. Pastikan mangsa masih bernafas. Jika pernafasan terhenti atau saluran udaranya
tersekat, buka laluan udara. Jika perlu berikan bantuan pernafasan dan CPR.
4. Jika penafasan tidak menimbulkan masalah, tutup kawasan luka dengan pembalut
yang sejuk, lembab dan steril atau kain yang bersih (jangan menggunakan tuala atau
selimut; selapisan kain nipis telah memadai jika kawasan terbakar adalah luas).
Jangan sapu sebarang minyak atau salap. Jangan pecahkan lepuh pada luka
tersebut.

3



5. Jika jari kaki atau tangan terbakar, balutkan jari-jemari berasingan dengan pembalut
yang tidak melekat (non-adhesive), kering dan steril.
6. Angkat sedikit atau tinggikan bahagian yang terbakar dan elakkan daripada tekanan
dan geseran.
7. Ambil langkah-langkah untuk mencegah renjatan. Baringkan mangsa di atas
perrmukaan atau lantai yang rata. Angkatkan kaki setinggi lebih kurang 12 inci dan
tutup mangsa dengan kot atau selimut. Jangan letakkan mangsa pada kedudukan ini
jika kepala, leher, belakang atau kakinya disyaki tercedera atau jika ia boleh
menyebabkan mangsa merasa tidak selesa.
8. Teruskan memantau/mengawasi tanda-tanda penting keadaan mangsa (nadi, kadar
pernafasan, tekanan darah) sehingga bantuan perubatan tiba.
Jangan melakukan :
Jangan menyapu salap, mentega, ais, ubat, krim, sebarang ubat tradisional atau
buatan sendiri ke atas luka terbakar, menyembur minyak atau membalut luka
terbakar dengan pembalut kapas yang gebu atau pembalut yang melekat. Ia akan
mengganggu proses penyembuhannya.
Jangan biarkan luka dijangkiti. Elakkan bernafas atau batuk ke atas luka
Jangan mengganggu kulit yang melepuh atau membuang keruping
Jangan memberi makanan atau sebarang benda melalui mulut jika mulut mangsa
terbakar teruk.
Jangan menggunakan tuam sejuk dan jangan merendam luka terbakar yang teruk
dalam air sejuk.
Jangan meletakkan bantal di bawah kepala mangsa jika terdapat luka terbakar pada
saluran udara (saluran pernafasan) dan mangsa sedang berbaring. Ini boleh
menutup saluran udara.

Berjumpalah doktor sekiranya....
Luka terbakar besar atau teruk
Terdapat luka terbakar yang berpunca dari renjatan elektrik atau bahan kimia atau
anda tidak pasti mengenai tahap keterukan luka yang dialami.
Mangsa menunjukkan tanda-tanda renjatan.


Patah

Patah - Presentation Transcript
1. PATAH
2.
o TERPUTUS KESINAMBUNGAN TULANG
3.
o Rangka tubuh adalah terdiri dari susunan tulang yang memberikan bentuk dan
sokongan kepada tubuh.
o Terdapat 206 ruas tulang dan dibahagi kepada 4 jenis:-
Tulang panjang - lengan/paha
Tulang pendek - pergelangan tangan
Tulang leper - bahu/punggung
Tulang pelbagai bentuk- tulang belakang
4.
o Patah berlaku pada tulang. Oleh kerana tulang terletak di dalam tubuh badan,
adalah amat sukar untuk kita kenalpasti secara tepat.
5. Sebab-sebab Patah
o HENTAMAN LANGSUNG
o Tulang patah/retak di bahagian di mana tekanan berlaku.
o HENTAMAN TIDAK LANGSUNG
o Tulang patah/retak di bahagian tempat yang jauh dari tempat tekanan berlaku.
6.
o Penyakit tibi tulang di mana menjadi rapuh.
o Tarikan otot yang kuat seperti patah pada tempurung lutut disebabkan oleh
tarikan mengejut otot-otot
o Usia
7. Bahagian Patah
o PATAH TERBUKA
o Tulang yang patah keluar menembusi kulit dan menyebabkan luka dan
pendarahan.
8.
o PATAH TERTUTUP
o Tulang yang patah tidak keluar dan boleh menyebabkan pendarahan dalaman
9. Tanda-tanda
o Patah tulang hanya dapat disahkan dengan tepat melalui x-ray tetapi di dalam
pertolongan cemas patah tulang boleh disyaki sekiranya terdapat tanda-tanda
berikut:-
o Rasa sakit pada bahagian yang cedera.
o Bengkak hanya pada tempat yang cedera.
o lebam
10.
o Berubah bentuk
o Hilang upaya
o Penggeseran tulang apabila digerakkan (crepitus)
o Nampak tulang jika patah terbuka.
o Ada tanda renjatan
11. Bantuan kecemasan
o Tindakan utama
o D - Dont move
o R - Rest
o I - Immbolize
12.
o Tindakan Lain
o Buat penilaian keadaan mangsa dan pastikan tahap kecederaan.
o Pulihkan pernafasan jika perlu.
o Hentikan pendarahan jika terdapat luka atau patah terbuka.
o Pastikan pergerakan yang paling MINIMUM
o Tenangkan pesakit
o Jika pesakit mengalami renjatan, beri rawatan renjatan.
o Hantar ke hospital.
13. Patah Tulang Belakang (Back Bone)
o Kecederaan pada tulang belakang boleh mengakibatkan saraf tunjang (spinal
cord) yang terdapat di dalamnya tercedera.
o Kecederaan ini adalah serius dan perlu diberikan perhatian dan rawatan yang
teliti untuk mengelakkan kecederaan menjadi bertambah buruk yang boleh
mengakibatkan lumpuh atau mati.
14.
o Kecederaan tulang belakang biasanya berlaku disebabkan oleh trauma
(kemalangan) sama ada kemalangan jalan raya, jatuh dari tempat tinggi dan
sebagainya.
15. Tanda-tanda
o Pergerakan anggota badan tertentu akan menjadi lemah atau langsung tidak
dapat digerakkan.
o Deria rasa pada kulit berkurangan atau langsung tiada.
o Tidak dapat mengawal kencing dan berak.
o Sesak nafas dan sakit di bahagian dada.
o Tidak sedarkan diri.
16. KECEDERAAN SENDI & OTOT
o Sendi ialah tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang
melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen
(tisu penyambungan antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang
dengan berlebihan, terkoyak atau terputus.
17. Jenis sendi
o Sendi lesung (Ball and socket)
o Sendi engsel (hinge joint)
o Sendi gelungsur (slightly movable joint)
o Sendi tetap (fixed joint)
18. Jenis Kecederaan Sendi
o Terkehel (dislocation)
o pergerakan sendi yang melebihi had menyebabkan tulang beralih dari
kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen.
19.
o Tanda-tanda:
o Sakit (bergantung pada tahap kecederaan).
o Bengkak
o Sendi berubah rupa
o Bertambah sakit bila bergerak atau hilang upaya
o Kemungkinan berasa kebas.
20.
o Terseliuh (sprain)
o Pergerakan sendi yang melebihi had dan menjejaskan ligamen tetapi tulang
tidak beralih dari kedudukan asal.
21.
o Tanda-tanda
o Sakit
o Bengkak
o Bertambah sakit bila bergerak
o Pergerakan yang terhad
22.
o Otot-otot adalah tisu yang membantu dalam melakukan pergerakan tubuh
badan. Tindak balas luar biasa otot-otot atau penggunaan yang berlebihan
boleh menyebabkan berlaku kecederaan.
23. Jenis kecederaan otot
o Kekejangan (cramp)
o kesakitan yang mendadak disebabkan oleh pengecutan otot-otot secara tiba-
tiba.
o Tanda-tanda:
o Sakit
o Hilang upaya
o Otot menjadi kejang dan keras
24.
o Keregangan (strain)
o kecederaan kepada otot-otot disebabkan bebanan atau regangan yang
berlebihan.
o Tanda-tanda
o Sakit
o Bengkak
o Bertambah sakit bila bergerak.
25. Rawatan
o R - Rest rehatkan mangsa
o I - Ice tuaman ais
o C - Compression balutan tekanan
o E - Elevate tinggikan anggota yang cedera
26.
o Tindakan untuk kekejangan otot
o Rehatkan mangsa
o Beri tuaman sejuk pada bahagian tersebut.
o Jika kejang berlaku pada betis atau paha, ampu kaki, tolak hujung jari-jari kaki
ke arah mukanya secara perlahan-lahan.
27. Sekian.. terima kas



Patah/Putus
Pengenalan
Patah adalah keretakan/putus/kepatahan yang berlaku pada tulang.
Apa itu Patah?
Satu kekuatan yang ditujukan kepada mana-mana bahagian rangka badan boleh menyebabkan
berlakunya kepatahan/retak.
Patah adalah berbeza mengikut bentuk,saiz dan keterukkan. Patah boleh jadi tidak merbahaya
sekiranya kecil tetapi boleh mengancam nyawa dan kehidupan seseorang sekiranya berlaku
pada bahagian leher dan pelvis.
Apa yang menyebabkan kepatahan?
Patah tulang boleh juga berlaku akibat barah tulang atau osteoperosis. Kemalangan jalanraya
adalah punca yang paling banyak menyebabkan kepatahan/retak tulang.
Bagaimana kita boleh mengesan kepatahan?
Tanda-tanda utama kepatahan :
Sakit
Bengkak pada kawasan yang terlibat
Tidak boleh menggerakkan bahagian terlibat.
Apakah komplikasi akibat kepatahan/retak?
Komplikasi akibat kepatahan/retak ialah :
Kecederaan saraf
Kecederaan otot
Kecederaan salur darah
Kecederaan organ
Kehilangan darah
Jangkitan kuman pada luka
Tidak sedar diri
Kematian
Bagaimana kita boleh membantu pesakit yang mengalami
kepatahan/keretakan tulang?
Pesakit yang mengalami kecederaan mungkin dari tempat kejadian perlu di alihkan ke tempat
yang lebih selamat.Pindahkan pesakit secara berhati-hati dalam keadaan dimana mengalihkan
pesakit tidak menyebabkan kecederaan yang lebih teruk. Sekiranya pesakit tidak sedarkan
diri anggap leher juga patah, periksa dan pastikan tidak menggerakkan bahagian leher
sewaktu memindahkan pesakit.
Sebelum pesakit dibawa ke hospital,pastikan rawatan kecemasan telah diberikan di tempat
kejadian mengikut tahap kesedaran pesakit.Orang awam yang ada kemahiran tentang
pertolongan cemas hendaklah memberi pertolongan kepada pesakit sebelum ketibaan
pasukan perubatan.
Tempat yang mengalami kepatahan mestilah di pasangkan alat sokongan "splint" untuk
mengurangkan pergerakan dan mengurangkan kesakitan.Alat sokongan "splint" boleh
menggunakan sebahagian badan pesakit seperti sebelah kaki untuk menyokong kaki sebelah
yang patah dengan menggandingkan kedua belah kaki dan ikat dengan tujuan mengurangkan
pergerakkan. "Splint" boleh di buat dari apa-apa bahan yang sesuai seperti surat khabar,
papan atau lain-lain benda yang keras yang boleh menampung tulang yang patah.
Segera bawa pesakit ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan perubatan
selanjutnya.
Apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan/mengelakkan
kepatahan?
1. Elakkan kemalangan
2. Untuk elakkan kecederaan/kepatahan di jalanraya.
o Sentiasa gunakan peralatan keselamatan apabila menggunakan kenderaan:-
Motorsikal - pakai topi keledar.
Kereta - pakai tali pinggang keledar
o Sentiasa patuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua dan had kelajuan
yang di tetapkan.
Kumpulan Sokongan.
www.e-medicine.com
www.trauma.org
Semakan Akhir : 28 April 2008

Anda mungkin juga menyukai