Anda di halaman 1dari 3

E B A H A N

T
B A C A A N

A Z K I R A H

C
INTA DAN MENCINTAI
KERANA ALLAH
edudukan Dua Orang Yang Cinta Mencintai Kerana Allah

K
Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang
menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta
mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan
kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan
oleh Allah di dalam SyurgaNya. Di antara hadis-hadis itu ialah
yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi
oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain
kecuali naungan Allah sahaja.

Hadis yang bemaksud:


"Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam
beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang
yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita
jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata "aku ini takut kepada Allah", seorang lelaki
yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan
kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan
seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi
( keseorangan) lalu mengalir air matanya"
( muttafaqun alaihi)

Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih
sayang kerana Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi
dibawah naungan-Nya. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang
dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan
yang seperti itu ???

Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang
kerana Allah S.W.T. Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah
menyeru mereka dan mempersilakan mereka untuk menerima anugerah yang paling
tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani (anak) Adam di Padang Mahsyar
yang maha luas itu.
CINTA DAN MENCINTAI KERANA ALLAH ______________________________

Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud:


"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini,
Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan
kecuali nuangan-Ku"

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang


akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.
Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada
dalam hidup ini. Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan
diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah
dalam suasana yang demikian sangat payah untuk dicapai dan dicari. Tiada siapa
yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya, tinggi
semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding
keredhaan Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat
yang tinggi sesuai dengan ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala
kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh dengan perhiasan ini.

Kita dapati keterangan demikian dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari
Rasulullah S.A.W baginda bersabda:
"Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana
kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para
nabi dan shuhada yang menyukai mereka "riwayat Attarmizi

Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A)


maksudnya: " Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya
(sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat
memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau
hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang
saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi
kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku
mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu brekata kepadanya "Bahawa
sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah
telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.

Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke


darjat di mana Allah mencintai dan meredhainya.

Kesan Cinta Kepada Allah Di Dalam Kehidupan Orang Islam

Didalam hadis yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya


Mahabbah (berkasih sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang
memasukkan penganutnya kedalam syurga.
CINTA DAN MENCINTAI KERANA ALLAH ______________________________

(("Demi yang diriku di dalam genggamannya , kamu tidak akan masuk syurga
sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehungga kamu berkasih sayang.
Mahukah kamu aku (nabi) tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya
maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu"))
Riwayat Muslim dari Abu Hurairah

Sesungguhnya Rasulullah telah mengetahui dengan pandangan tarbiah yang


diperolehi dari Allah, bahawasanya tidak ada sesuatu pun yang dapat mencabut
hasad dengki dari dada, dan kekotoran jiwa kecuali persahabatan yang sejati. Satu
nilai persahabatan yang tinggi yang menguasai kehidupan orang Islam yang
dibangunkan atas dasar Mahabbah, nasihat menasihati, perpaduan, bebas dari
segala tipu daya, hasad dengki, benci membenci dan sebagainya.

Dengan kasih sayang yang gemilang inilah, Rasulullah telah membangunkan


generasi Islam yang pertama, satu generasi yang telah menyampaikan langit
kebumi (rahmat yang melimpah ruah) dan membina mahligai Islam di alam sejagat.
Inilah dia kasih sayang dan perpaduan yang tiada siapa sudi menanamnya didalam
hati kecuali Islam. Kasih sayang yang suci lagi kukuh dan cinta yang setia di antara
mereka jualah yang akan menjayakan perjuangan mereka.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:


(( Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat
merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh,
apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan
membantunya dengan berjaga malam dan demam.
Riwayat Muslim

Sesunguhnya orang Islam yang menghayati ajaran agamanya akan mempunyai hati
dan perasaan yang sentiasa berkobar-kobar untuk mencintai saudara dan
sahabatnya. Dia akan menghadapi mereka dengan sepenuh hati dan perasaannya.
Inilah asas-asas yang menjadi faktor perpaduan untuk mencapai cinta dan redha
Allah di Akhirat kelak.

Anda mungkin juga menyukai