Anda di halaman 1dari 2

N

Harapan Seorang Lelaki

Wanita suci, Mungkin aku memang tidak romantis, tetapi siapa peduli? Kerana kau tidak mengenaliku dan memang tidak perlu mengenalku. Bagiku kau bunga, tidak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun. Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna dan tertinggi. Bagiku dirimu salah satu dari semua itu, kerana kau tidak memerlukan persamaan.

Wanita suci, Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, kerana akan membuatku mengingatmu. Bererti memenuhi kepalaku dengan keinginan terhadapmu. Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku. Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sehangat semangat mentari. Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur. Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci. Wanita suci, Berdua-duaan menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tidak berpenghujung. da ingin tapi tiada henti. Menyentuhmu merupakan ingin diri, walau hujung penutupmu pun tak berani kusentuh. Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku kerana sucimu kau pertaruhkan. Mungkin kau tidak peduli !api kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah. "an tak lebih dari wanita biasa. Wanita suci, Jangan pernah kau tatapku penuh Bahkan tidak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku. Bukan kerana aku terlalu indah, tetapi kerana aku seorang yang masih kotor. ku biasa memakai topeng keindahan di wajah burukku, mengenakan pakaian sutera emas. Meniru laku para insan suci, walau hatiku lebih kotor dari lumpur. Kau memang suci, tetapi masih sangat mungkin kau dimanipulasi. Kerana kau sebenarnya hanya manusia - hanya wanita. Wanita suci, Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan !uhanmu. #ntuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam kitab suci, tidak perlu di$ikir lagi. !unggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam kalimah akad yang indah. tau kejar sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah. Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci. Wanita suci, Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas. %elakan llah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tidak ada sampai kau mati. Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di $ana saat ini. Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bina dengan segala kekhusyukan tangis doamu.

Wanita suci, Pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu, tetapi itu pilihan-Nya. Tidak ada yang lebih baik dari pilihan Allah. Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih. Seperti kisah seorang anita suci di masa lalu yang meminta ke-!slam-an sebagai mahar pernikahannya.

Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang "ekasih Tertinggi. "ekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita. one ord bradermacho &ermalink #
'ayout design by Pannasmontata ( hellobebeh )**+ ( bradermacho

Anda mungkin juga menyukai