Anda di halaman 1dari 12

Seandainya Aku Hawa Inilah

Warkah Buat Mu Adam


Wahai Adam.....
Adam.Maafkan
aku
jika
coretan
ini
memanaskan
hatimu.Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau
pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari
tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika
perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan
syaitan.
AdamMaha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih
ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah
sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan
kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana
darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam
bermusuhan kerana Hawa, kaumku sendiri rupanya!
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun, jika begitu maka
tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan
Adam beristeri lebih dari satu, tapi semestinya tidak lebih dari
empat pada satu waktu. Tentu engkau lebih tahu dari diriku
sendiri.
AdamBukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan
aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merungsingkan
aku. Tetapi, aku risau, gundah dan gulana menyaksikan
tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti
tunduk ketika menjadi isterimu. Ah..semuanya sudah aku
maklumi.
Namunterasa berat pula untukku nyatakan isi perkara
pokoknya
Adamaku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang
menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum
wanita. Kau diberi amanah untuk mendidikku, kau diberi
tanggungjawab untuk menjagaku, malah untuk memerhati dan
mengawasi gerak perilaku aku agar sentiasa di dalam redha
Tuhanku dan Tuhanmu, Allah azzawajalla

Tetapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada
kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari landasan yang sepatutnya
lebih lurus, jalan yang ditetapkan asalnya Allah mahukan aku
tinggal tetap di dalam rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di
bandar-bandar bukan patutnya menjadi jejak kaki ini. Jikapun
ada, patutnya engkau lebih maklum tentu kerana aku hanya
terpaksa, tetapi aku tak lupa untuk menutup seluruh tubuh
dan aurat perempuanku, darilah hujung rambut( kalau tak
botak), hinggalah hujung kakiku yang ayu.Tetapirealitinya
kini, hawa telah mengada-ngada, telah lebih dari yang
sepatutnya!
Adammengapa kau hanya membiarkan aku begini? Engkau
mahu aku jadi isteri, aku sudah buat. Engkau mahu aku jadi
ibu pada anakmu, juga aku telah laksanakan. Engkau mahu
aku jadi seorang guru, juga aku anggukkan kepala. Engkau
lihat, aku telah menjadi ibu dan guru pada anak-anakmu.
Engkau suka kan? Tetapi, pada masa yang sama juga, adakah
engkau faham, aku telah menjaja diriku ke muka dunia,
menguruskan hal Negara, aku ke hutan memikul senjata
padahal engkau hanya mampu duduk goyangkan kaki, sambil
menyanyi lagu Mariah Carey lagi. Seronokkan? Engkau lihat,
ada antara kaummu yang mengganggur tiada kerja. Kau
perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku
tinggi menyinsing pehaseksi kan? Tetapi aku masih baik,
masih mahu selamatkan Negara kita. Apakah sekarang engkau
tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu
terhadap perempuan baik seperti aku?
Adam...Marahkah jika ku katakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam lah puncanya, engkaulah yang patut tanggung!
Mengapa begitu Adam?! Ya!! Ramai orang berkata jika anak
jahat emak-bapak tak pandai mendidik, kononnya kita ni
macam orang tak pernah pergi sekolah. Jika murid bodoh, guru
yang tidak pandai mengajar, seolah tak ada sijil universiti
lulusan dari Amerika! Adamkau selalu berkata, hawa
memang degil, tak mahu dengar kata, tak suka makan nasihat
(sebab kami suka makan coklat ajer), kepala batu (walaupun
rambutku pakai syampu sunsilk)! Pada fikiranku ini Adam,
seharusnya kau tanya dirimu dahulu, apakah didikanmu
terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW
terhadap isteri-isterinya?Memang engkau bukanlah seorang
Nabi, tetapi sedarlah bahawa namamu seorang Lelaki?! Engkau
kenal siapa itu lelaki? Kau tanya dirimu, adakah kaum Adam
melayani kaum Hawa sama adilnya seperti psikologi

Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam


boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
AdamKau sebenarnya imam dan tentulah aku menjadi
makmumnya. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau
adalah seorang ketua. Tentu kau suka kan Adam-atau lebih
patut ke Hawa memanggil diri Adam sebagai Boss? Kau hanya
mampu duduk tersengih. Itu sahajakah yang mampu kau
hadiahkan? Ketua-jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau
lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal dan aku banyak
dilebihkan dengan nafsu.
Akalmu sembilan (9), nafsumu satu (1)akalku (1), nafsuku
beribu! Banyakkan Adam?! Oleh itu, pimpinlah tanganku
kerana aku ini seorang yang pelupa, aku juga lalai dan alpa.
Aku banyak kekurangan. Sering juga aku tergelincir ditolak
sorang oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah.
Perdengarkanlah daku mengenai kalimah syahdu dari Tuhan
kita agar dapat menjadi terang hidupku ini. Tiuplah roh jihad
ke dalam dadaku, agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah!
Adamandainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu
sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih
gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan kau saksikan hingga menjadi hancur bila kaumu
sendiri yang akan mentertawakanmu, kerana pada masa itu
tentu kaum Hawa berpeluang memerintah Negara! Malulah
engkau Adam! Malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada
Tuhan kita yang engkau agungkanJika hari ini kau tidak
mampu berganjak, engkau tunggu dan lihatlah...nantazir
wanara...ilal liqa`
Wallahualam
PERINGATAN BUAT TEMANKU YANG DIKASIHI!

Jika kamu memancing ikan....


setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah
kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air
begitu sahaja....
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman
mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih
hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya....
janganlahsesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih
boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah
bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan
berterusan hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.

Kelak, nasi itu akan basi dan kamu


tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal
apabila dia beralih arah.

BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN YANG DIKASIHI FILLAH


sahabat seperjuangan..tiada kata secantik bahasa ingin
digambarkan betapa sayangnya ana pada kalian..betapa ana
menghargai ikatan ukhwah yang kita bina bersamasama..justeru terimalah seadanya..
pada penghujung perjuangan ini
kita singkap kembali
lembaran hari-hari kita bersama
detik pertemuan kita adalah
saat bermulanya khittah perjuangan ini
betapa sucinya perjuangan
sehingga menemukan kita
betapa kudusnya pertemuan kita
hingga membuahkan kasih sayang
antara kita saling memberi dan menerima
bersama mengejar maghfirah dan redha Ilahi
menggapai cinta Rabbul Izzati
perjuangan ini sesungguhnya
pahit untuk ditelan
seringkali menduga iman
menuntut kesabaran dan ketabahan
namun sahabat
ikhlas dan redhalah
kerana kita yakin dengan janji Allah
intansurullahayansurukum wa thabbit aqdamakum
betapa manisnya perjuangan ini
akan terus kita kecapi
di dunia abadi nanti

andainya pertemuan ini akan berakhir di sini


ingatlah sahabat
bahawa ukhwah fillah tidak akan mati
dan perjuangan ini akan terus dilestari
walau sesiapapun kita
walau dimana kita berada
deenul islam tetap akan dibela
dan kita pastikan satu hari nanti
dunia ini milik kita
milik perjuangan suci ini
milik islam yang abadi selamanya
kita dalam islam
islam dalam kita
dulu,kini dan selamanya

PUTERI MUSLIMAH SEJATI


wanita muslimah sejati
kaulah mawar idaman
mekarmu dipagari dan dibajai
sesucinya hatimu seindah akhlakmu
diciptakan sebagai seorang wanita
mewarisi kelembutan wanita muslimah
kembangmu tetap indah
walau cuma ditangan larangan
menyiratkan nur keimanan
nan mekar dihiasi mahmudah
berkat asuhan ayah bonda
kaulah serikandi ummah
akhlakmu permata diri
peliharalah maruah dan budi
nescaya kaulah yang bernama
wanita sejati
kebanggaan ayah bonda

Remaja dan cinta - dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa
cinta yang bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu
tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan
begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun
rasa ajaib itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka
makin marak dan menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri,

makan tak kenyang, tidur tak lena dibuatnya. Sedemikian indah dan
damainya syurga, namun Nabi Adam a.s. berasa kesunyian dan
inginkan teman. Lalu Allah ciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya.
Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah
dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicintai.
Rasa Cinta Tak Salah
Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Ya, rasa
cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah
kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa
manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh
kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya.
Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia
juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya.
Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi
kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di
sinilah remaja selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang
menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila
kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan
maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai
manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia
melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa
peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah
hubungan cinta cinta yang terlarang, akan membawa banyak
implikasi negatif dalam kehidupan.
Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali kali bermain
cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat
hubungan cinta yang membelakangkan Allah.
Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak
nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini
tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa
yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi
syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah
risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan
pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita
mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.
Seteguk kita minum dari cinta terlarang, racunnya meresap
membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan
buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan
menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak

nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta
cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya.
Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan
hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan
pemberinya?
Pohon Cinta Terlarang
Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta yang terlarang. HukumNya dilanggar bukan kerana rasa bersalah tetapi dengan rasa manis
dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah
mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan
muhram. Tergamak berdua duaan di tempat sunyi walaupun sudah
diperingat Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah pihak
ketiga. Lebih dari itupun banyak yang berlaku. Semuanya seolah olah
halal hanya kerana cinta. Racun racun berbisa yang memusnahkan
cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun
berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang
muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia,
bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagi tanda tanda dan lampu isyarat di atas jalan
raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi
pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu
akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia
adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah
peraturan peraturan dalam hubungan cinta?
Hendaklah cinta kita berdasarkan kepada cinta Allah. Ertinya, cinta
yang kita berikan kepadanya semata- mata kerana mengharapkan
keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan
fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada Nya. Cintailah
sesiapapun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita
mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan
perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.
Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin itu lebih memudahkan
seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu,
usahlah bercinta sekadar untuk bersuka sua. Lebih buruk lagi
janganlah ada niat niat jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh
hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk
berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu
adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis
ini seburuk namanya Cinta Monyet!

Putus Cinta
Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada
hukum Allah yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas,
tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas
seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain lain. Hubungan
cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan
merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh , Cinta apa
namanya ini jika tidak ada dating, perbualan telefon maraton, surat
cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? Tidak salah jika
bertelefon..tidak salah berutus surat.. jika mengikut batas batas..dan
diseliti dengan amal maruf
Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan
Allah. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam
kehidupan remaja adalah disebabkan racun racun cinta yang
disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di
alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh
perkahwinan.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturan Nya
dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba hamba-Nya. Cinta suci
mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa
ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu
keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdir-Nya, cinta itu akan
terus bersambung ke alam akhirat, suami yang soleh dan isteri yang
solehah akan bercinta lagi di syurga. Ketika itulah fitrah akan menjadi
anugerah.
Posted at 07:37 pm by ainun_nadwah
Make a comment Permalink
WAHAI WANITA PENGHUNI DUNIA
Sedarlah oh wanita...
Dirimu amatlah berharga...
Pertahankan maruah...
Tinggalkan lembah hina...
Kembalilah pada Allah..
Carilah keredhaanNya..
Masih ada kesempatan masa..
Sebelum kau menemuiNya...

Wahai wanita sekelian...renungilah kejadian mu dari kesunyian Adam


a.s. maka terciptanya Hawa a.s. Wanita adalah ciptaan Allah swt sama

seperti lelaki. Kedatangan Islam telah meletakkan darjat wanita di


tempat yang mulia. Tidak ada peradaban lain di dunia ini yang
memperlihatkan kemuliaan wanita melainkan Islam.
Penciptaan wanita bermula dari Hawa a.s. Beliau dicipta dari tulang
selangka kiri Nabi Adam a.s. Kenapa diciptakan makhluk bernama
wanita? Kerana lelaki akan kesunyian tanpa wanita seperti mana yang
Nabi Adam alami ketika berseorangan di syurga dahulu.
Dan di antara ayat-ayatNya (keterangan tentang kekuasaan dan
rahmat Allah), bahawa Dia (Allah) menciptakan isteri-isteri kamu
daripada diri kamu, untuk kamu, supaya kamu bersenang hati dan
hidup mesra dengannya, dijakanNya di antara kamu (suami-isteri)
perasaan kasih sayang dan belas kasihan (Ar-Rum:21)
Wanita mempunyai peranan yang sama penting di dalam kehidupan di
muka bumi ini. Di dalam al-Quran sendiri telah diturunkan surah yang
khusus mengenai wanita iaitu surah an-Nisaa'.
Malah ada kata-kata bijak pandai mengatakan, "seorang lelaki yang
hebat itu pasti ada wanita di belakangnya." Wanita itulah ibunya
ataupun isteri kepada lelaki tersebut.
Nabi saw juga ketika menyampaikan risalah Islam kepada manusia,
kesemua isteri-isteri baginda serta anak-anaknya khususnya
Sayyidatina Fatimah menjadi watak-watak yang penting dalam
penyebaran dakwah khususnya di kalangan wanita.
Orang yang mententeramkan Nabi saw ketika turunnya wahyu
pertama, yang mula-mula beriman ketika manusia dalam keadaan
kafir, yang membenarkan baginda ketika difitnah, yang banyak
membantu dengan harta ketika tiada manusia lain yang membantu
itulah dia seorang wanita yang dinamakan Sayyidatina Khadijah ra.
Dari wanita, lahirlah seorang pemimpin agung. Dari susuan seorang
wanita juga lahirlah manusia yang intelek. Dari asuhan dan tarbiyyah
seorang wanita juga lahirlah manusia yang bertaqwa.
Tangan yang menghayun buaian juga boleh menggegarkan dunia.
Tetapi adakah semua wanita itu boleh menggegarkan dunia seperti
mana Masyitah mampu menggegarkan singgahsana Firaun laknatullah
itu?
Sesungguhnya dengan agama sahaja wanita itu boleh menggegarkan
dunia. Seorang lelaki yang hebat itu dilahirkan oleh wanita yang hebat
juga. Mereka itu adalah wanita yang menundukkan pandangan

mereka, menjaga aurat mereka, memelihara malu mereka, yang


memelihara perilaku mereka serta patuh dan tunduk kepada semua
tuntutan yang telah disyariatkan.
Aurat merupakan antara perkara utama yang perlu dijaga oleh seorang
wanita Islam. Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang
bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding
lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat
Baihaqi)
Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tarikan wanita terhadap
seorang lelaki.
Sesungguhnya makanan yang sentiasa tertutup itulah yang akan
menjadi rebutan berbanding dengan makanan yang terdedah dan tidak
tertutup. Makanan yang terhindar dari pencemaran jugalah yang akan
memberikan kekuatan pada tubuh manusia.
Ingatlah wahai wanita, lelaki yang jahat itu sentiasa melirikkan
matanya di setiap inci bahagian tubuhmu yang terdedah. Nafsunya
sentiasa mencari jalan untuk melihat wajah, serta lenggok dan bentuk
tubuhmu yang menawan. Sesungguhnya tubuhmu itu adalah hak bagi
suami mu sahaja.
Ingatlah wahai wanita, sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan
pasti akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam
neraka. Iaitu ayahmu,suamimu,anak lelakimu serta adik-beradik
lelakimu. Sedangkan kejahatan lelaki itu tidak akan menarik seorang
wanita pun bersama mereka ke neraka.
Ingatlah wahai wanita, kepanasanmu bertudung, longgarnya
pakainmu, panjangnya lengan bajumu, panjangnya sarung kakimu,
sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam
itu ganjarannya syurga di akhirat kelak.
Kebaikan itu adalah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang
tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh
manusia kepadanya (Riwayat Muslim)
Ibn Umar ada berkata, "Kebaikan itu mudah, muka yang berseri-seri
dan perkataan yang lemah lembut."
Abu Darda' pernah menyebut, "Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan
kejahatan itu dalam keraguan"
Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Adakah seorang wanita

itu menjadi harapan kepada bangsa sekiranya auratnya tidak dijaga


dengan sempurna, perilaku akhlaqnya memualkan sesiapa yang
melihatnya? Wanita yang tidak memelihara agama itukah yang bakal
melahirkan generasi-generasi akan datang yang akan menyambung
mata rantai perjuangan Rasulullah saw?
Sesungguhnya al-Quran dan Sunah Rasul telah menunjukkan jalan
untukmu wahai wanita. Segalanya terpulang kepadamu untuk memilih
jalan Maryam, ibu kepada Nabi Isa as, ataupun jalan Ummu Jamil, isteri
kepada Abu Lahab.
Namun sekiranya syurga itu impianmu, maka ketahuilah jalan ke
syurga itu penuh dengan pelbagai kesusahan yakni engkau perlu
mengawal kehendak nafsumu yang menggoda. Sekiranya, neraka itu
cita-cita mu, maka ketahuilah sesungguhnya jalan ke neraka itu dihiasi
dengan keseronokan-keseronokan yang bersifat sementara dan tidak
kekal abadi.
Wallahua'lam

Anda mungkin juga menyukai