Anda di halaman 1dari 2

BAHAN RAKAN IMAN (AL-QURAN)

Surah al Imran Ayat 92-100 (muka surat 62)




AYAT PERBINCANGAN
} W-O7E4> O^- _/4EO
W-OgL> Og` ]Oc:g4q` _ 4`4
W-OgL> }g` 7/E* Ep) -.-
gO) _1)U4 ^_g
Mafhumnya: kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu
menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka
Sesungguhnya Allah mengetahuinya.

PENGAJARAN
1. Allah Taala konsep infaq iaitu membelanjakan harta demi mendapat keredhaannya.
Seseorang itu tidak mendapat albirra sehinggalah ia sanggup mengeluarkan,
mensedekah, membelanjakan hartanya yang paling disayanginya.
2. Al birra ialah bermaksud pahala atau ketakwaan di huraikan juga sebagai syurga
Allah. Banyak perintah Allah menyuruh manusia agar mebelanjakan hartanya demi
untuk kepentingan agama atau juga kepentingan masyarakat umum. Membelanjakan
harta di sini bukan dimaksudkan untuk keperntingan keduniaan diri sendiri.
Mengeluarkan harta ini adalah semata-mata untuk mendapat ketaqwaan Allah taala
dan keredhaannya.
3. Allah menyebut bahawa al Birra iaitu balasan kebaikan hanya dapat dicapai apabila
seseorang itu dapat membelanjakan hartanya yang disayangi. Ini kerana sudah
menjadi lumrah manusia apabila ingin memberikan sesuatu kepada orang lain mereka
cenderung untuk memberi sesuatu yang tidak di ingini lagi atau barangan yang tidak
diperlukan lagi. Biasanya pakaian yang lusuh dan terpakai diberikan kepada orang
miskin kerana pakaian baru masih di sayangi. Amat jarang seseorang membeli
pakaian baru untuk disedekah kepada fakir miskin. Jika pakaian baru pun akan dibeli
yang bernilai rendah dan kurang kualiti berbanding baju untuk diri sendiri.
4. Sahabat-sahabat Rasulullah menyambut ayat ini dengan sikap positif dan terus
mengamalkannya sebagai mana contoh Abu Talhah yang telah mendermakan kebun
yang amat disayanginya al-Bairaha yang terletak di hadapan masjid Nabi. Begitu
juga Zaid bin Harithah telah mendermakana kudanya yang bernama Sabal untuk
digunakan Fi sabilillah dengan katanya pada nabi : Ya Rasulullah kamu sendiri
tahu betapa sayangnya aku kepada kuda aku yang bernama Sabal ini saksikanlah
bahawa aku sumbangkannya untuk Islam. Sayyidina Umar al-Khattab memiliki
sorang hamba perempuan yang amat cantik dan amat disayanginya lalu apabila ayat
ini diturunkan lantas ia memerdekakan hamba perempuan ini kerana itulah harta yang
amat di sayanginya.
5. Lihat bagaimana para sahabat berlumba-lumba untuk menyahut seruan Allah dengan
segera sejuruh ianya diperintahkan. Mereka sanggup mengorbankan harta yang paling
dicintai semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah Taala. Sifat inilah yang ada
pada para sahabat pada zaman kegemilangan Islam dahulu. Mereka tidak
mementingkan diri sendiri dan sanggup memberi yang terbaik apa yang mereka
miliki. Sikap ini yang tidak ada pada orang Islam sekarang dan ianya perlu
digarapkan semula kerana ini adalah perintah Allah.
6. Allah menegaskan bahawa yakinilah bahawa apa yang telah dibelanjakan atau apa
yang telah dikorbankan itu walaupun ianya sangat disayangi Sesungguhnya Allah
mengetahui apa yang telah dibelanjakan. Allah maha kaya pastinya ia akan
membalasnya dengan apa yang lebih baik.
7. Kebaikan dan ketaqwaan yang sebenar ialah kesanggupan memberi yang terbaik yang
tersayang demi mendapat keredhaan Allah.
PERBINCANGAN
1. Bincangkan bagaimana realiti sikap masyarakat Islam berbanding dengan perintah Allah ini.
2. Bagaimana sikap ini boleh diterapkan kembali dalam jiwa umat Islam.
BAHAN RAKAN IMAN (AL-QURAN)

Anda mungkin juga menyukai