Anda di halaman 1dari 4

KKTM, IKM Bakal Naik Taraf Sebagai Kolej Universiti Kemahiran Mara Shafie

Selasa, 11 Jun 2013 Nasional | By suhaila

Majlis Amanah Rakyat (Mara) sudah mendapat surat tawaran daripada Kementerian Pendidikan untuk menaik taraf Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan Institut Kemahiran Mara (IKM) sebagai Kolej Universiti Kemahiran Mara. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun perkara tersebut perlu diperhalusi dan dilihat dari pelbagai sudut kerana ia memerlukan peruntukan kewangan yang agak besar untuk menaik taraf seluruh kampus IKM dan KKTM sebagai universiti. Perkara ini di peringkat Kementerian Pendidikan sekarang. Kita juga perlu pastikan prasarananya mampu menyokong usaha melahirkan modal insan kelas pertama. Dengan wujudnya universiti teknikal kedua selepas Universiti Kuala Lumpur lebih banyak program pendidikan, latihan dan penyelidikan dan pembangunan berteraskan industri dan teknologi tinggi dapat dilaksanakan, katanya. Mohd Shafie berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Pendidik Mara 2013 di Kuala Lumpur, hari ini. Lebih 1,000 pendidik Mara hadir pada majlis tersebut. Jelas Mohd Shafie, Mara merupakan sebuah badan yang signifikan dan penting dalam pembangunan negara kerana sejak ditubuhkan sehingga ke hari ini hampir dua juta orang sudah mendapat bantuan Mara dalam bidang pendidikan. Maktab Sains Mara (MRSM) pula berjaya melahirkan ramai teknokrat dan pemimpin masyarakat termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baharu, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz (Tun Dr) Mahathir, kata beliau.

Warga

Mara

terutamanya

pendidik

merupakan

tulang

belakang

kepada

keberhasilan kemajuan dan kemakmuran negara yang kita kecapi pada hari ini, jelasnya. Tema sambutan Hari Pendidik Mara pada kali ini ialah Pendidik Berintegriti Pembina Insan Holistik. Pada majlis tersebut Mohd Shafie turut menyampaikan anugerah Tokoh Pendidik Mara 2013 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa Teknologi dan Profesional Perlis yang juga peneraju Pusat Latihan Giat Mara, Datuk Dr Hashim Ahmad. Sementara itu, Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad, dalam ucapannya berkata Mara akan menggariskan falsafah pendidikannya yang baharu yang akan diumumkan tidak lama lagi. Sambutan Hari Pendidik Mara diadakan setiap tahun bagi meraikan 7,831 warga pendidik Mara di pelbagai institusi pendidikan Mara di seluruh negara. -BERNAMA

KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2013 WADAH IMPIAN DAN KEJAYAAN

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) meneruskan penganjuran Karnival Pendidikan MARA (KPM) kali ke-14 pada tahun 2013 dalam usaha menyalurkan maklumat berkenaan peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya. Penganjuran KPM ini mampu memastikan golongan pelajar dan belia serta graduan membuat pilihan bijak dalam menentukan hala tuju karier pada masa hadapan. Selain itu, KPM juga merupakan penghubung bagi memudahkan urusan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dan IPTA/S untuk mendekati kumpulan sasar dengan mempromosi kursus dan program pengajian sedia ada dan baru yang ditawarkan di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama, Profesional serta Pasca Siswazah terutama dalam 12 Bidang Utama Negara (NKEA). MARA juga menggerakkan tujuh (7) IPMa secara agresif untuk mempromosikan lebih 300 kursus di pelbagai peringkat pengajian akademik serta pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET). Dijangkakan sejumlah 400 buah institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara akan mengambil bahagian dalam KPM 2013. KPM juga menjadi platform untuk MARA menyampaikan informasi berkaitan kemudahan penajaan atau penganjuran pelajaran, penyemakan baki pinjaman serta program-program terkini MARA melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan. Lebih menarik lagi, KPM 2013, dengan kerjasama JobsMalaysia, dilengkapkan dengan Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka di lima (5) buah lokasi iaitu di Kuala Lumpur, Pahang, Sarawak, Kelantan dan Terengganu. Majikan yang mengambil bahagian juga akan mengadakan sesi temu duga terbuka bagi pengambilan pekerja di samping mengadakan beberapa siri seminar kerjaya meliputi tips atau panduan mencari kerja, etika menghadiri temu duga dan soft skills yang diperlukan untuk menghadapi temu duga. Lebih 200 ruang pameran bakal disertai oleh majikan dan syarikat yang menawarkan peluang kerjaya dalam bidang berkaitan dengan NKEA. Pengunjung yang berminat untuk menghadiri temu duga terbuka dikehendaki membawa resume dan sijil-sijil berkaitan. Dengan kehadiran pengunjung melebihi 200,000 pada setiap tahun, Karnival Pendidikan MARA merupakan antara pameran pendidikan terbesar di negara ini dengan fokus utama membangunkan modal insan kelas pertama yang diperlukan negara.

Justeru itu, IPTA/S, majikan dan usahawan terutama dalam perniagaan berkaitan pendidikan perlu merebut peluang ini untuk menyertai jelajah KPM 2013 di 10 lokasi yang terpilih.

Anda mungkin juga menyukai