Anda di halaman 1dari 20

HSE 3013 Asia Timur Abad ke-19 GROUP B (SELASA, 11.00PG-1.00 PTG) NAMA PENSYARAH: PN.

FAIRISA OTHMAN

KUMPULAN 2 SOALAN: SETUJUKAH ANDA AGAMA KRISTIAN MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM PEMBERONTAKAN TAIPING. BAHASKAN.

Bil. 1. 2. 3. 4. 5.

Nama Nur Insyirah Binti Abdul Sukor Nurdini Binti Mat Asri Norsiah Binti Ramli Nurul Salwani Binti Abdul Hamid Nur Jamatur Rafhanah Binti Mohamed Nawawi

No. Matrik D20111048454 D20111048460 D20111048469 D20111048582 D20111048588

ISI KANDUNGAN BIL. 1. 2. 1.0 2.0 Pendahuluan. Bukti Pengaruh Agama Kristian dalam PERKARA HALAMAN 2 3

Pemberontakan Taiping 2.1 2.2 2.3 2.4 Lain 3. 4. 5. 3.0 4.0 5.0 5.1 5.2 6. 7. 6.0 Faktor Politik Faktor Ekonomi Faktor Sosial Kemerosotan Kehidupan Sosial Rakyat Propaganda Persatuan Sulit Kesimpulan 17 8 11 14 Ketokohan Pemimpin. Pengaruh Agama Kristian dalam Aspek Sosial Pengaruh Agama Kristian dalam Aspek Ekonomi Pengaruh Agama Kristian dalam Aspek-aspek

BIBLIOGRAFI

1.0

Pendahuluan. Abad ke 19 meletakkan kedudukan Dinasti Ching dalam era kemerosotan dan di

ambang kekalahan. Kekalahan China di tangan Barat mendedahkan lagi kelemahan dinasti ini. Sistem pentadbiran Dinasti Ching dalam keadaan lemah akibat rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa 1 . Pentadbiran Dinasti Ching yang lemah menyebabkan tercetusnya satu siri pemberontakan yang dinamakan Pemberontakan Taiping. Pemberontakan Taiping merupakan satu daripada pergerakan revolusioner terbesar dalam sejarah negara China. Pemberontakan Taiping yang bermula secara rasmi pada 11 Januari 1851 dipimpin oleh Hung Hsiu-chuan dari keturunan Hakka apabila beliau mengasaskan Kerajaan Perdamaian Agung atau Taiping Tien-kuo2. Propaganda pergerakan ini ialah Keamanan, Kemakmuran yang bertujuan menggulingkan Kerajaan Manchu dan menubuhkan satu susunan politik dan sosial yang baru di negara China. Pada peringkat awal, Hung Hsui-chuan menubuhkan agama Shang Ti-hui yang menjadi pelopor kepada Pemberontakan Taiping. Menurut Hsio I-shin, seorang sejarawan China mengatakan bahawa pemberontakan ini merupakan suatu gerakan reformasi atau pembaharuan nasional dan anti Manchu. Secara umumnya, Pemberontakan Taiping ini bersifat teokrasi disebabkan ideologi keagamaan yang dibawa oleh Hung Hsui-chuan. Beliau yang terpengaruh dengan agama Kristian menjadikan agama tersebut sebagai landasan untuk menjanjikan kehidupan yang baik kepada masyarakat yang tersisih dari segi politik, ekonomi dan sosial3. Pemberontakan Taiping ini secara umumnya tercetus disebabkan faktor bawaan agama Kristian itu sendiri apabila Hung Hsui-chuan cuba menjadikan China sebagai sebuah negara Kristian. Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang menjadi punca tercetusnya Pemberontakan Taiping.

1 2

Suffian Mansor . 2009 . Sejarah China Moden . Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlmn 38 Micheal Franze . 1966 . The Taiping Rebellion History and Documents . Seattle and London : University of Washington. Hlm 42 3 Y.C.Shih, Vincent . 1967 . The Taiping Ideology Its sources, Interpretations, and Influences . London : University of Washington Press. hlm 108

2.0 2.1

Bukti Pengaruh Agama Kristian dalam Pemberontakan Taiping Ketokohan Pemimpin. Pemberontakan ini berkait rapat dengan sahsiah seorang individu yang bernama

Hung Hsiu-chuan iaitu seorang anak tempatan wilayah Kwantung. Peribadi beliau yang lahir dari keluarga petani miskin Hakka dan merupakan individu yang kecewa dalam peperiksaan awam sebanyak lima kali dalam peperiksaan utama di Canton bagi ijazah Shen-yuan 4 . Kegagalan berturut-turut dalam peperiksaan tersebut menyebabkan beliau mula bosan dengan kerajaan dan hidup di China. Terdapat dua peristiwa yang mempengaruhi hidupnya. Pertama semasa berada di Canton untuk menduduki peperiksaan, Hung Hsiu-chuan berjumpa dengan mubaligh Kristian dari Amerika iaitu I.J Robert pada tahun 1846 dan belajar mengenai ajaran Kristian 5 . Hung Hsiu Chuan mengambil masa dua bulan untuk mempelajari doktrin Kristian daripada mubaligh tersebut. Peristiwa pula berlaku pada 1883, beliau jatuh sakit selama empat hari. Semasa dalam keadaan koma, beliau mendapat gambaran dirinya diangkat ke syurga6. Selepas sembuh daripada koma, individu-individu yang mengenali beliau menganggap personaliti beliau telah berubah. Hung juga berminat untuk bergiat aktif dalam persatuan dan politik 7 . Dalam gambaran beliau tersebut, beliau dapat melihat seorang lelaki tua yang dipanggil Saudara Tua. Lelaki tua tersebut mengarahkan beliau untuk menghapuskan kejahatan. Beliau berjumpa dengan ahli psikologi moden untuk mengetahui gambaran yang dialami semasa sakit. Setelah mendapat pandangan daripada ahli psikologi dan pada masa yang sama menerima risalah agama Kristian sepupunya Li Ching Fang, Hung membuat kesimpulan bahawa orang tua tersebut adalah Jesus Christ dan beliau merupakan adik bongsu kepada Tuhan8. Kejahatan yang digambarkan dalam mimpi Hung ialah amalan masyarakat China yang menyembah patung berhala di tokong. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan Hung dan Li Ching Fang memeluk agama Kristian dan berlaku usaha penyebaran agama Kristian dalam kalangan keluarga dan
4 5

Micheal Franze . 1966 . The Taiping Rebellion History and Documents . Hlm 22 Suffian Mansor . 2009 . Sejarah China Moden .hlmn 38 6 Ibid hlmn 39. 7 Micheal Franz . 1966 . The Taiping Rebellion : History and Document . hlmn 23 8 Jack Gray . 1990 . Rebellions and Revolutions China From the 1800s To The 1980s. New York : Oxford University Press. hlmn 55

jirannya. Salah seorang kawan dan juga jiran beliau yang memeluk Kristian ialah Feng Yun-shan. Hung Hsiu chuan dan Feng Yun shan kemudiannya membentuk versi baru doktrin Kristian. Beliau telah mengemukakan idea mengenai Negara Syurga yang merujuk kepada China dan orang pilihan Tuhan yang merujuk kepada Hung Hsiu chuan dan orang China. Pada tahun 1847, beliau telah mengumpul pengikutnya dalam kalangan orang Hakka yang miskin dan menjadikan mereka sebagai pemuja Tuhan. Beliau telah mengkritik dan cuba membuang berhala dan meja-meja Confucius di sekolah sehingga beliau dipecat daripada jawatan guru pada tahun 18449. Dalam tahun yang sama juga, Hung mendirikan Shang Ti Hui (Persatuan Cintakan Tuhan). Pengikut beliau dari sehari ke sehari semakin bertambah. Beberapa tokoh yang bersama mengikutinya seperti Yang Hsui ching iaitu pemimpin pekerja arang. Pada mulanya persatuan ini hanya bergiat dalam soal agama tetapi menjelang tahun 1848 ia bertukar kepada corak politik. 2.2 Pengaruh Agama Kristian dalam Aspek Sosial Sememangnya Pemberontakan Taiping amat dipengaruhi oleh faktor agama Kristian. Pengaruh agama Kristian dapat dilihat dalam aspek sosial di mana berdasarkan agama Kristian ini, Hung Hsiu Chuan membuat suatu ajaran baru yang menggabungkan agama Kristian dengan ajaran Confucianism serta beberapa pembaharuan bagi menarik minat dan suatu strategi menyebarkan ideologi Taiping. Ajaran baru yang dibawa oleh Hung Hsiu Chuan menggalakkan persamaan taraf terutamanya taraf wanita dengan lelaki. 10 Dalam ideologi Taiping, golongan wanita dipandang tinggi dan diberi hak yang sama dengan lelaki. Mereka tidak lagi perlu membalut kaki seperti yang dilakukan dalam adat masyarakat cina.11 Golongan wanita Taiping dibenarkan menyertai persatuan awam dengan lebih aktif. Ternyata dalam pergerakan awal Pemberontakan Taiping sebahagian besar anggota tentera terdiri

Suffian Mansor . 2009 . Sejarah China Moden .hlm 39 Conrad Schirokaver & Miranda Brown (2006) A Brief History of Chinese Civilization, USA: Thomson Higher Education, hlm. 270 11 Bruce A. Elleman,2001. Warfare and History: Modern Chinese Warfare, 1795-1989, London: Routledge, hlm.38
10

daripada golongan wanita. 12 Pendidikan dalam kalangan wanita juga digalakkan dan mereka juga dibenarkan menduduki peperiksaan bagi menjawat jawatan pegawai awam.13 Bukan itu sahaja, Kerajaan Taiping juga mengharamkan perbuatan perzinaan, perhambaan dan pelacuran. Perhambaan sama sekali dihapuskan dan hukuman pancung akan dikenakan bagi mereka yang masih mengamalkannya. 14 Perkahwinan pula adalah wajib bagi setiap wanita dan mereka berkahwin atas dasar cinta dan bukannya perkahwinan atas dasar kewangan.15 Bagi golongan biasa mereka hanya dibenarkan mengamalkan perkahwinan monogami iaitu mempunyai satu isteri, manakala golongan atasan pula dibenarkan mengamalkan poligami tetapi bersandarkan amalan yang dibenarkan dalam kitab ajaran Taiping. Isteri yang kemudiannya akan dianggap sebagai saudara seagama kepada isteri yang pertama. 16 Hal ehwal masyarakat akan di hubungkan kepada gereja. Gereja juga akan digunakan untuk tempat ibadah pada hari Ahad, manakala pada hari lain akan digunakan sebagai tempat belajar. 17 Ini dapat membuktikan bahawa pengaruh agama Kristian telah meresapi dalam kehidupan pengikut Pemberontakan Taiping. 2.3 Pengaruh Agama Kristian dalam Aspek Ekonomi Bukti agama Kristian mempengaruhi Pemberontakan Taiping ini juga dapat dilihat melalui aspek ekonomi. Hung mengambil kesempatan menyebarkan ajaran Kristian dalam kalangan petani yang mengalami masalah ekonomi. Ekonomi yang tidak stabil akibat kelemahan pentadbiran Manchu menyebabkan golongan petani tertindas dan tidak lagi percaya terhadap pemerintahan Manchu yang telah gagal terutamanya dalam Perang Candu.

12 13

Ibid, hlm. 38 Y.C. Shih Vincent ,1967, The Taiping Ideology: Its sources, Interpretations, and Influences , ,hlm. 72 14 Ssu-yu Teng ,1966, New Light on the History of the Taiping Rebellion, New York: Indiana University, hlm.87 15 Ibid,hlm.87 16 Bruce A. Elleman ,2001, Warfare and History: Modern Chinese Warfare, 1795-1989, hlm. 38 17 ibid, hlm. 38

Oleh itu, Hung Hsiu Chuan, menyebarkan ideologi Taiping kepada golongan ini untuk mendapatkan kepercayaan dan sokongan daripada mereka. Menurut Ssu-yu Teng dalam penulisannya New Light On The History Of The Taiping Rebellion, one of the most important causes, was the religious inspiration of a kind of homemade Christianity created by Hung Hsiu Chuan and others who organized the poverty-stricken people to start a revolt against the molesting government troops who interfered with their worship of God. Pernyataan ini dapat difahami bahawa agama Kristian memberi inspirasi kepada Hung dan golongan miskin untuk bangkit menentang kerajaan yang sedia ada. Tambahan itu, melalui inspirasi keagamaan dan slogan yang menarik iaitu, Untuk Berkongsi Kemewahan Bersama ( For Sharing the Property Together), ramai petani dan golongan miskin yang berminat untuk turut serta menyertai pemberontakan.18 Selain itu, Hung juga turut menjanjikan pembaharuan dalam sektor ekonomi. Antara pembaharuan yang dijanjikan adalah pembahagian tanah secara adil dalam kalangan masyarakat dan tuan tanah. 19 Perkara ini juga dapat membuktikan penggunaan slogan dan inspirasi keagamaan yang terdapat dalam ideologi Taiping. Hal ini sudah cukup membuktikan bahawa pengaruh agama Kristian telah mempengaruhi Pemberontakan Taiping. 2.4 Pengaruh Agama Kristian dalam Aspek-aspek Lain

Selain aspek kepimpinan, sosial, dan ekonomi terdapat aspek lain yang membuktikan pengaruh agama Kristian mempengaruhi Pemberontakan Taiping. Aspek ini lebih dilihat sebagai suatu strategi pengaruh atau strategi mendapatkan sokongan. Salah satu matlamat utama Taiping adalah mewujudkan dunia Kristian di China.20 Matlamat ini juga merupakan ideologi yang dibawa oleh Barat, justeru Dinasti Manchu perlu dihapuskan. Hung menggunakan agama ini sebagai aspek yang membantu

18 19

Ssu-yu Teng ,1966. New Light on the History of the Taiping Rebellion , hlm. 49 Conrad Schirokaver & Miranda Brown ,2006, A Brief History of Chinese Civilization,hlm.270 20 Bruce A. Elleman ,2001, Warfare and History: Modern Chinese Warfare, 1795-1989,hlm.39

menyokong revolusi nasionalnya menentang Manchu.21 Oleh itu, pihak Barat merasakan Taiping dapat membantu mereka untuk merealisasikan matlamat ini. Selain itu, Hung juga menggunakan agama Kristian sebagai suatu alat menyatupadukan masyarakat menentang kerajaan Manchu serta sebagai suatu usaha untuk mendapatkan sokongan daripada mubaligh-mubaligh Kristian. Golongan mubaligh Kristian menyokong pemberontakan ini kerana bagi mereka pemberontakan ini memberi peluang kepada mereka untuk menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat China. Tambahan pula, Hung Hsiu Chuan seorang ketua pemberontakan yang mempunyai pemikiran yang berpihak kepada Barat, dan orang asing melihat Pemberontakan Taiping ini mempunyai nilai Barat.22 Antara bukti lain pengaruh Kristian dalam pemberontakan ini adalah, Hung enggan bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan sulit yang majoriti ahlinya adalah bukan dari kalangan beragama Kristian. Bukti seterusnya melalui ketenteraan. Hung melengkapkan dakwaan ketuhanan dengan mencipta Triniti baru untuk menjadi luar biasa. Dia meyakinkan askarnya bahawa mereka akan diangkat ke syurga apabila mati. 23 Hung berjaya menggunakan agama sebagai suatu cara memanipulasi bawahannya untuk membantu kemaraan pemberontakan nya. Kejayaan yang dicapai oleh tentera Taiping juga dikatakan sebagai suatu kesan daripada amalan harian yang dilaksanakan mereka seperti berdoa dan sebagainya. 24 Kesemua perkara ini merupakan bukti pengaruh agama Kristian yang diamalkan dalam ideologi Pemberontakan Taiping. Namun faktor agama Kristian ini bukanlah sepenuhnya mempengaruhi pemberontakan, terdapat juga faktor lain yang membantu menggerakkan pemberontakan, seperti faktor politik, ekonomi dan sosial.

21 22

Hsu, Immanuel,1995,The Rise of Modern China, New York: Oxford University, hlm 249 Bruce A. Elleman,2001, Warfare and History: Modern Chinese Warfare, 1795-1989,hlm. 51 23 Y.C. Shih Vincent ,1967, The Taiping Ideology: Its sources, Interpretations, and Influences ,hlm. 17 24 Bruce A. Elleman ,2001, Warfare and History: Modern Chinese Warfare, 1795-1989,hlm.40

3.0

FAKTOR POLITIK Pada tahun 1840-an, pemberontakan Taiping ini menjadi-jadi. Pengasas

pergerakan ini ialah Hung Hsiu-chuan yang bertujuan menggulingkan Kerajaan Manchu dan menubuhkan satu susunan politik dan sosial yang baru di negara China. Pergerakan Taiping mendapat sokongan dari perasaan tidak puas hati yang membentuk gelombang kebangkitan rakyat. Antara sebabnya ialah kelemahan pentadbiran Manchu. Kecekapan dalam aspek pentadbiran politik menjadi tunggak utama sesebuah kerajaan untuk

menguasai keseluruhan susunan politik, memperjuangkan aspek kehidupan sosial yang lebih baik serta mengembangkan ekonomi. Kelemahan pentadbiran yang ketara memudahkan penonjolan isu-isu sensitif seperti sentimen anti-Manchu oleh orang Cina, korupsi politik, diskriminasi, kesengsaraan sosial dan ekonomi serta yang akhirnya dianggap sudah kehilangan mandat dari syurga. Korupsi politik kerajaan Manchu menjadi punca pemberontakan ini. 25 Pentadbiran telah merosot dengan berleluasanya rasuah di dalam politik dan himpitan orang atas.
26

Kemerosotan sistem pentadbiran Manchu akibat perbuatan rasuah,

penyelewengan, diskriminasi serta ketidakcekapan pentadbiran ini dibuktikan apabila ramai pegawai mengamalkan perbuatan rasuah untuk kepentingan diri. Tanda-tanda gejala rasuah ini dapat dilihat pada akhir zaman pemerintahan Maharaja Chien-Lung, dan Ho-shen menjadi simbol rasuah terbesar dalam kerajaan Dinasti Ching.
27

Misalnya,

beliau telah berjaya mengumpul harta sebanyak 800 juta tahil. Pada awalnya, tindakan memberi hadiah bertujuan memberi hadiah adalah suatu usaha untuk mengelak berlakunya rasuah dan menghargai pegawai jasa pegawai, tetapi ini menimbulkan kesan negatif. Penyelewengan turut berlaku dalam jabatan kerajaan di mana pemerintah telah disalahgunakan. Salah satunya ialah tindakan menjual gelaran dan jawatan penting melalui bayaran wang sebanyak 1700 tahil untuk memasuki kelas tertinggi kerajaan, manakala tambahan 1000 tahil untuk jawatan majistret. 28 Kebanyakan pegawai tidak
25 26

,Ssu-yu Teng. 1966. New Light on the History of Taiping Rebellion. Hlm. 38-39 Gibert Khoo & Dorothy Loo. 1978. Asia dalam Perubahan Sejarah Asia Tenggara, Selatan dan Timur Asia Kuala Lumpur: Heinemann Education Books. Hlm.844. 27 Immanuel Hsu. 1983. The Rise of Modern China.. Hlm. 124-125. 28 Ssu-yu Teng. 1966. New Light on the History of The Taiping Rebellion. Hlm. 39

menumpukan kebajikan rakyat , mengabaikan tanggungjawab dan mementingkan kekayaan diri menyebabkan rancangan dalam pentadbiran kerajaan tidak efektif. Antara dasar diskriminasi yang mencabar dan menghina orang Han ialah tidak dibenarkan menjawat jawatan-jawatan yang penting dalam struktur perjawatan dan tugas pentadbiran Kerajaan Manchu. Pegawai-pegawai tempatan iaitu orang Cina tulen tidak dibenarkan bertugas di tempat masing-masing ,sebaliknya ramai orang Manchu dilantik memegang jawatan tertinggi yang menguasai jabatan-jabatan yang penting dan diberi keistimewaan menikmati kehidupan yang mewah. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati orang Cina tempatan yang seolah-olah mereka mengatur strategi bagi menggulingkan pemerintahan Manchu. Pegawai-pegawai kerajaan turut melakukan pemerasan dan paksaan terhadap penduduk untuk mendapatkan wang sehingga menyebabkan rakyat miskin. Perasaan antiManchu yang sedia ada dengan mudah dibangkitkan apabila sistem pentadbiran Kerajaan Manchu yang mulai merosot akibat dan sikap tamak di kalangan pegawai-pegawai

Manchu yang dibayar gaji rendah. Adalah dianggarkan bahawa empat puluh hingga lapan puluh peratus tanah pertanian adalah di tangan tiga puluh peratus penduduk. 29 Melalui peraturan yang ditetapkan ini menyebabkan kuasa tuan tanah semakin bertambah sedangkan petani menjadi hamba.30 . Sejak tahun 1834-an, bencana alam seperti gempa bumi yang besar di Hunnan dan kebuluran yang menjadi-jadi. Kerajaan Manchu gagal memberi bantuan yang secukupnya kepada mangsa-mangsa bencana alam dan tidak mampu memperbaiki kemiskinan dan taraf hidup petani. Wang yang diperuntukkan telah disalahgunakan untuk membina istana. Misalnya, Yellow Rivers Conservansy and Grand Granal Administration telah gagal menjalankan tugas dalam memberi bantuan kepada rakyat apabila banjir . Rusuhan turut ditimpa di kawasan Kwangtung, Kwangsi dan Selatan Hunan. Pemimpin-pemimpin Taiping mahu menukarkan susunan kerajaan dan sistem ekonomi supaya petani dapat memiliki tanah sendiri untuk dikerjakan dan persamaan taraf lelaki dan perempuan. Hal ini bertujuan untuk menjatuhkan pemerintahan Manchu.31
29

Gilbert Khoo & Dorothy Loo. 1978. Asia dalam Perubahan Sejarah Asia Tenggara, Selatan dan Timur Asia.Hlm.844. 30 Ibid.Hlm.844. 31 Ibid.Hlm.868.

Kelemahan Dinasti Manchu dalam menangani dasar luar dengan pihak barat terbukti dari kekalahan Kerajaan Manchu dalam Perang China-Inggeris Pertama (18391842). Akibatnya Perjanjian Nanking ditandatangani di antara China dengan Inggeris pada 29 Ogos 1842 yang telah merendahkan martabat China sebagai middle kingdom . Punca kekalahan di dalam bidang ketenteraan adalah dari keengganan mereka menerima pembaharuan sains dan teknologi. Apabila Inggeris bebas menjalankan perdagangan di China maka bermulalah pengaruh barat di China. Kelemahan mereka dalam peperangan tersebut telah mengalahkan menjatuhkan imej kerajaan. Sentimen kepercayaan umum anti-Manchu bahawa Kerajaan Manchu telah kehilangan kuasa atau mandat dari syurga untuk memerintah negara. Penguasaan Manchu semakin berkurangan dan terdapat penduduk di Canton menderita akibat perdagangan asing dan pengaruh Barat. Pada tahun 1854, kegiatan pemberontakan Taiping begitu hebat antara Canton dan Kowloon sehingga perhubungan antara Whompoa dan Hong Kong kerap kali terputus.32 Selama sepuluh tahun, pihak Taiping telah berjaya menentang bala tentera Manchu. Keadaan ini menggalakkan rakyat China menyokong sebarang pergerakan anti-Manchu seperti Heaven and Earth Society. Permusuhan antara orang Han terhadap Manchu telah menimbulkan diskriminasi sesetengah kaum dan kerajaan. Kerajaan Manchu terhadap orang Han telah menimbulkan kebencian dan membangkitkan semangat kebangsaan menentang Manchu sebagai pemerintah asing di China. Pemerintah Manchu yang berasal dari pendatang Manchuria telah tidak disukai oleh orang Cina tempatan terutamanya di daerah Kwangtung dan Kwangsi yang dominasi dan pegangan Manchu lemah. Pemerintah Manchu telah menjalankan dasar memaksa semua orang Cina lelaki mesti mencukur rambut di hadapan kepalanya dan bertocang iaitu toi chong sebagai lambang kesetiaan kepada Kerajaan Manchu.33 Dasar ini telah ditentang hebat oleh kumpulan Teratai Putih. Pendekatan keras dan kejam yang diambil oleh pemerintah Manchu untuk menghapuskan gerakan anti-Manchu ialah melaksanakan hukuman mati ke atas golongan intelek yang disyaki menyebarkan ajaran-ajaran anti-Manchu melalui syarahan atau tulisan. Keluarga dan saudara-mara mereka turut dibunuh jika bersubahat. Penindasan

32 33

Ibid.Hlm.854. Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Hlm.41.

10

dan dasar diskriminasi ini telah menyemarakkan semangat kebangsaan orang Cina untuk menggulingkan pemerintah Manchu. Semangat kebangsaan anti-Manchu memang tinggi di kalangan penduduk wilayah selatan kerana semua pemimpin pemberontak seperti FengYun-shan dan Hung Hsiu-chuan datang dari wilayah selatan. Perasaan anti-Manchu yang telah wujud sejak 1641 telah diperkenalkan oleh Feng Yun-shan pada tahun 1844 dengan menubuhkan Kesatuan Penyembah Tuhan berhampiran Tzu-Chn-shan dan pada 11 Januari 1851, Hung Hsiu-chuan telah diisytiharkan sebagai raja Kerajaan Syurga yang mendakwa mendapat wahyu untuk mengusir syaitan yang merosakkan manusia dan sebaliknya mendirikan kerajaan yang diterima tuhan. Malah, wilayah selatan yang berhampiran dengan pelabuhan Canton telah terdedah dengan pengaruh barat akibat Perang China Inggeris Pertama memudahkan lagi proses kebangkitan Pergerakan Taiping.

4.0

FAKTOR EKONOMI Pada abad ke-19, kehidupan masyarakat China semakin merosot. Mereka

menghadapi kesusahan

kerana pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan

tanah pertanian yang sedia ada. Masyarakat China yang terdiri daripada petani menghadapi kesukaran kerana hal ini. Keadaan ekonomi mereka bertambah buruk. Hal ini kerana, jumlah pertambahan penduduk berbanding tanah mengurangkan per kapita pertanian. 34 Malahan, bencana alam yang melanda kawasan pertanian sekitar abad ini menyebabkan tanah menjadi kurang subur. Masyarakat berhadapan dengan keadaan yang lebih buruk apabila petani dipaksa menjual tanah mereka dan menjadi penyewa kepada tanah tersebut. Tanah yang dijual itu pula sukar ditebus semula kerana tuan tanah mengenakan harga yang tinggi.35 Situasi ini dapat dilihat pada pertengahan abad ke-19 apabila saudagar-saudagar kaya bertindak memeras petani terhadap pinjaman mereka. Malahan, petani miskin semakin dihimpit apabila dikenakan cukai yang tinggi dan membebankan keluarga mereka. Keadaan ini mendorong para petani yang mempelopori gerakan Taiping bangkit menentang kerajaan Manchu.

34 35

Ibid. Hlm. 42 ibid. Hlm. 43

11

Kemerosotan ekonomi yang berlaku di China pada abad ke-19 berpunca daripada beban cukai yang tinggi. Masalah ini bertambah buruk apabila pendapatan yang mereka peroleh tidak mencukupi untuk menyara keluarga mereka. Dekad-dekad 1840-an dan 1850-an menyaksikan berlakunya bencana alam yang memusnahkan hasil tanaman petani.36 Malah, terdapat pegawai kerajaan yang menyeleweng bantuan kewangan yang diberi oleh kerajaan kepada penduduk China yang berhadapan bencana alam yang teruk. Kesannya ialah ramai penduduk yang berhijrah ke tempat lain. Selain itu, China telah berubah daripada sebuah negara pengeksport kain berubah kepada pembeli kain daripada negara Britain dan Amerika. Keadaan ini menjelaskan keadaan ekonomi yang bertambah buruk berlaku di China. Pemodal dari Eropah mengeksploitasi situasi ini. Oleh itu, keadaan ini membuktikan bahawa China mengalami kejutan ekonomi yang besar. 37 Pedagang-pedagang Eropah yang biasanya membiayai tukang mahir mula meletakkan nilai wang yang tinggi ke atas barang-barang yang dibawa dari luar negara. Oleh itu, apabila pemberontakan Taiping mengambil alih wujud sistem tanah yang jelas menunjukkan agenda revolusi yang bertepatan dengan tafsiran bahawa

pemberontakan kelas masyarakat menentang tuan tanah. Terdapat beberapa cubaan di sesetengah kawasan di bawah pengawalan Taiping untuk menjalankan pembahagian semula untuk mengambil alih tanah. Di peringkat seterusnya dalam pemberontakan apabila merampas Jiangnan, mereka juga mengagihkan semula tanah dan memperbaiki kedudukan penyewa tanah. 38 Buktinya kedudukan mereka dipulihkan apabila mereka diminta membayar cukai tanah yang memberikan mereka hak milik tanah sepenuhnya apabila tuan tanah bertindak melarikan diri. Hal ini jelas menunjukkan para petani yang mempelopori Pemberontakan Taiping mendapat semula hak milik tanah mereka apabila mereka bangkit menentang pemerintahan Manchu. Buktinya selepas Taiping mengambil alih, terdapat sistem tanah yang menjadikan semua tanah menjadi tanah awam. Tanah- tanah yang dikerjakan dibahagikan kepada 9
36 37

Ibid, hlm. 43 Israel Epstein, 2004. From Opium War to Liberation. Beijing: Foreign Language Press. Hlm. 18 38 J.A.G. Roberts, 2006. A History of China. Palgrave Macmillan. Hlm. 175

12

tahap berdasarkan kepada pengeluarannya. Dalam memastikan keadilan dalam pengagihan tanah, setiap tanah yang diterima oleh setiap orang merangkumi pelbagai tahap. Oleh itu, situasi ini membantu masyarakat China memperbaiki taraf ekonomi mereka apabila tanah dibahagikan dengan adil. Setiap lapisan masyarakat dijaga dengan baik ketika pemerintahan Taiping. Ketika Taiping menjadikan Nanjing sebagai ibu negerinya, mereka membuka laluan perdagangan dengan Shanghai. Sebagai pulangan bagi perdagangan teh dan kain, pedagang asing membekalkan barangan keperluan asas, barang-barang mewah, dan seterusnya barangan pasaran gelap seperti senjata dan peluru. 39 Malahan, Taiping mencetak duit mereka sendiri dan menubuhkan pejabat cukai di sepanjang Sungai Yangzi untuk mengutip cukai daripada bot yang menjual pelbagai barangan. Jumlah pedagang asing meningkat setiap tahun semasa pemerintahan Taiping dan sekali gus memperbaiki ekonomi negara. Hal ini meningkatkan ekonomi masyarakat China yang ditindas oleh pegawai cukai semasa pemerintahan Manchu. Secara amnya, terdapat dua faktor ekonomi yang dikaitkan dengan

pemberontakan Taiping yang menjejaskan keadaan ekonomi masyarakat China sekitar abad ke-19 iaitu beban cukai yang tinggi dan bencana alam yang teruk. Kedua-dua faktor ini saling berkait rapat. Rakyat dipaksa membayar cukai yang tinggi dan pada masa yang sama mereka berhadapan dengan bencana alam yang memusnahkan hasil pertanian mereka. Ini menyebabkan mereka tidak mampu membayar cukai di samping menyara keluarga mereka. Keadaan ini menyebabkan sentimen anti- Manchu semakin menebal dalam diri mereka khususnya golongan petani. Pada peringkat awal, apabila orang Barat bertindak menceroboh kawasan naungan China dan mengawal sebahagian ekonomi China menyebabkan Dinasti Manchu berdepan dengan masalah yang serius.

Pemberontakan Tai ping menyaksikan banyak nyawa yang terkorban berbanding dengan Perang Dunia Pertama. 40 Hal ini kerana, keadaan ini menyebabkan rakyat semakin tertekan dan bangkit menentang Dinasti Manchu yang mencetuskan pemberontakan

39 40

Bruce A. Elleman, 2001. Modern Chinese Warfare, (1795- 1989). Hlm. 38 June Grasso, Jay Corrin, Micheal Cort, 2009. Modernization and Revolution in China. London: m.t. Sharpe.Inc. hlm. 42

13

Taiping. Pembaharuan ekonomi Taiping mempengaruhi rakyat untuk bangkit menentang dan menuntut hak milik tanah mereka.

5.0 5.1

FAKTOR SOSIAL Kemerosotan Kehidupan Sosial Rakyat Pemberontakan Taiping yang melanda abad ke 19 turut di sebabkan oleh faktor

sosial. Kesan daripada masalah politik dan kemerosotan ekonomi ini telah membawa kepada kemerosotan kehidupan sosial penduduk China. 41 Kemerosotan ekonomi ini yang melibatkan pertambahan bayaran cukai dan caj caj tambahan telah menyebabkan ramai penduduk sengsara. Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa memprotes untuk mendapatkan hak mereka sebagai rakyat. Kejatuhan ekonomi ini menyebabkan ramai rakyat tidak berpuas hati terhadap pentadbiran kerajaan Manchu kerana mereka kehilangan sumber pendapatan. Oleh itu, pertambahan cukai ini telah membawa masalah kepada rakyat untuk menampung kehidupan seharian mereka. Malah, bencana alam yang terjadi di China juga telah menyebabkan ramai penduduk penduduk China mengalami kebuluran yang sangat teruk. Bagi masyarakat China, bencana alam yang terjadi ini merupakan petunjuk yang dikurniakan oleh tuhan kepada kerajaan China bahawa mereka sudah kehilangan mandat untuk memerintah. 42 Mandat dari syurga merupakan kepercayaan masyarakat China bahawa Tuhan atau Tien akan memberi amanah kepada pemerintah China (Maharaja) untuk mentadbir dan memerintah China. Oleh itu, kesan daripada kehilangan mandat oleh kerajaan Ching ini menyebabkan ramai rakyat menghadapi sengsara dan hal ini menjadi kunci untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada bagi menggantikan dengan kerajaan yang baru. Bilangan penduduk yang semakin ramai di negara China menambahkan beban rakyat untuk mendapatkan sumber makanan terutama pada musim banjir mahupun

41 42

Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Hlm 43. Ibid, hlm. 43

14

kemarau

43

. Walaupun penduduk China semakin bertambah ramai, namun hasil

pengeluaran makanan sangat terhad menyukarkan rakyat mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi bagi menampung keperluan seharian mereka. Kehidupan yang sengsara ini menyebabkan mereka bertindak untuk menentang kerajaan Ching bagi mendapatkan hak mereka sebagai rakyat China dalam Pemberontakan Taiping. Kemerosotan kehidupan sosial rakyat China juga dapat dilihat melalui kepelbagaian masalah gejala sosial yang berlaku di China. Kemerosotan sistem sosial di China telah melahirkan pelbagai masalah sosial seperti berlakunya rusuhan, rompakan, kongsi gelap dan sebagainya. Dasar polisi kerajaan Manchu itu sendiri sebenarnya mempengaruhi kehidupan sosial rakyat China. Hal ini demikian kerana mereka pada asalnya terdiri daripada para petani telah bertukar kepada status hamba apabila tanah tanah mereka dirampas oleh kerajaan Manchu. Oleh itu, hampir kesemua para petani Cina telah kehilangan tanah.44 Kehilangan pekerjaan sebagai para petani menyebabkan mereka terlibat dalam pelbagai masalah sosial. Lebih memburukkan lagi keadaan, kerajaan Manchu hanya mampu berdiam diri dalam segala masalah sosial yang melanda bagi masyarakat cina di sana. Oleh itu, keadaan ini jelas menunjukkan bahawa

kemerosotan masyarakat cina ini sangat dipengaruhi oleh dasar kerajaan Manchu sehinggakan masyarakat Cina terpaksa menjadi penyamun dan terlibat dalam kongsi kongsi gelap. 5.2 Propaganda Persatuan Sulit Propaganda Persatuan Sulit ini turut menjadi faktor Pemberontakan Taiping. Sikap kerajaan Manchu yang berat sebelah dan hanya mementingkan kekayaan diri sendiri tanpa mempedulikan masalah penduduk China menyebabkan tertubuhnya persatuan persatuan sulit seperti Pertubuhan Teratai Putih dan Pertubuhan Tien ti hui atau Pertubuhan Triad.45 Kebanyakan golongan yang menyertai pertubuhan besar ini terdiri daripada orang orang China yang sememangnya menentang kerajaan Manchu dan dipelopori oleh golongan pekerja dan petani miskin .
43

Gilbert Khoo & Dorothy Lo. 1978. Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia . Hlmn 844. 44 Ssu-yu Teng .1966. New Light on the History of the Taiping Rebellion . Hlm 38. 45 ibid . Hlm 40.

15

Propaganda yang persatuan sulit inilah telah membuka masyarakat China untuk menggulingkan kerajaan Manchu dan seterusnya memulihkan Dinasti Ming di China .Oleh itu, persatuan sulit telah menggunakan slogan untuk mengapi apikan kemarahan penduduk China dengan kenyataan Dinasti Ching sudah kehilangan mandat dari syurga. Usaha yang dilakukan ini ternyata mendapat sokongan dengan propaganda melabelkan Dinasti Ching adalah orang asing. Berdasarkan kepada propaganda yang dilakukan oleh persatuan sulit ini melahirkan satu golongan masyarakat anti Manchu dan mula menentang segala polisi kerajaan Manchu ketika itu. Aktiviti aktiviti propaganda oleh ahli ahli persatuan sulit ini secara tidak langsung menyedarkan rakyat untuk membantah tindakan kerajaan secara tidak langsung memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat China yang sebenar. Persatuan sulit ini turut membantu sepanjang gerakan pemberontakan Taiping dan juga turut memainkan peranan penting dalam pemberontakan yang seterusnya seperti Pemberontakan Nien pada tahun 1853 dan pemberontakan Islam pada tahun 1855.46

46

Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Hlm 48 49.

16

6.0

KESIMPULAN Sememangnya agama Kristian memainkan peranan penting dalam Pemberontakan

Taiping. Agama Kristian menjadi pencetus membawa ke arah faktor politik, sosial , ekonomi dan aspek lain dalam sistem pemerintahan di China. Hal ini kerana sesebuah empayar itu akan lebih kuat apabila rakyatnya tunduk dan taat pada agamanya. Penyebaran agama Kristian ini tidak disenangi oleh orang Cina kerana agamanya bercanggah dengan kepercayaan dan falsafah Confucius, Buddha dan Taoism. Namun, terdapat juga faktor lain yang menjadi penyebab dalam Pemberontakan Taiping seperti politik, sosial dan ekonomi. Faktor yang turut mendorong dalam

Pemberontakan Taiping ini adalah berikutan dalam aspek politik iaitu kelemahan Pemerintahan Manchu yang disebabkan dari faktor dalaman dan luaran. Malah kegagalan Kerajaan Manchu dilihat pula dari aspek hilangnya mandat dari syurga. Secara ringkasnya, pola perkembangan Pergerakan Taiping yang bermula dari 11 Januari 1851 telah memuncak pada tahun 1853 hingga pesat pada peringkat awalnya sehinggalah tahun1855 sebelum merosot dan tumpas pada tahun 1864. Pergerakan Taiping berjaya dihancurkan apabila Kerajaan Manchu mendapat bantuan tentera dan senjata dari British dan Perancis melalui Perjanjian Tientsin 1858 serta faktor penyelewengan Hung Hsiu-chuan sendiri. Namun sesuatu yang tersirat.

Pergerakan Taiping adalah manifestasi penentangan hebat orang Cina terhadap pemerintahan Dinasti Manchu yang menjatuhkan maruah dan melemahkan kuasanya. Pemimpin- pemimpin telah hilang semangat revolusi dan telah terlibat dalam kepuakan. Dari permulaan lagi, pergerakan ini kurang dari segi kepimpinan yang terlatih dan berpelajaran, walaupun pergerakan itu mempunyai tujuan yang baik, tetapi rancangan Taiping tidak dapat dijalankan sepenuhnya.

Semasa dan selepas Pemberontakan Taiping, kerajaan China adalah di dalam lemah dan tidak berupaya. Walaupun pemberontakan Taiping ini gagal tetapi ia kekal dalam pemikiran ahli sejarah sebagai pemberontakan yang paling penting dalam sejarah China, terutamanya dalam bidang semangat kebangsaan dan usaha pembaharuan politik.
17

Mengikut Hobson, Biskop Victoria, Hong Kong, Pergerakan ini ialah penting di dalam sejarah moden China dan apa yang berlaku adalah permulaan di dalam perkara-perkara yang tiada bandingannya untuk penyertaan politik, sosial, moral dan keagamaan di China.47

47

Gilbert Khoo. 1978. Asia dalam Perubahan Sejarah Asia Tenggara, Selatan dan Asia Timur Asia .. Hlmn. 868.

18

BIBLIOGRAFI

Bruce A. Elleman, 2001, Warfare and History: Modern Chinese Warfare, 1795-1989, London: Routledge Conrad Schirokaver & Miranda Brown ,2006,A Brief History of Chinese Civilization, USA: Thomson Higher Education Epstein, 2004. From Opium War to Liberation. Beijing: Foreign Language Press. Gibert Khoo & Dorothy Loo. 1978. Asia dalam Perubahan Sejarah Asia Tenggara, Selatan dan Timur Asia Kuala Lumpur: Heinemann Education Books Hsu, Immanuel,1995,The Rise of Modern China, New York: Oxford University Jack Gray . 1990 . Rebellions and Revolutions China From the 1800s To The 1980s. New York : Oxford University Press June Grasso, Jay Corrin, Micheal Cort, 2009. Modernization and Revolution in China. London: Micheal Franze . 1966 . The Taiping Rebellion History and Documents . Seattle and London : University of Washington Paul M.A. Linebarger, Djang Chu & Ardath W. Burks, 1954, Far Eastern Governments and Politicas China and Japan, Canada : D. Van Nostrand Company Rudolf G. Wagner, Reenacting the Heavenly Vision: The Role of Religion in the Taiping Rebellion, Berkeley: University of California. Ssu-yu Teng ,1966, New Light on the History of the Taiping Rebellion, New York: Indiana University Suffian Mansor . 2009 . Sejarah China Moden . Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malay Y.C.Shih, Vincent . 1967 . The Taiping Ideology Its sources, Interpretations, and Influences . London : University of Washington Press

19

Anda mungkin juga menyukai