Anda di halaman 1dari 3

Gelombang kristianisasi merujuk pada proses penyebaran agama Kristian ke

berbagai wilayah atau kelompok masyarakat yang sebelumnya belum menganut


agama tersebut. Proses kristianisasi terdapat dalam berbagai cara, termasuknya
misi-misi agama, pelayanan para misionaris, penyebaran tulisan-tulisan
keagamaan, dan interaksi sosial antara komuniti Kristian dengan masyarakat
sekitarnya.
Menurut video yang saya kaji iaitu mengenai gelombang kristianisasi dari
Negara korea , kita dapat lihat bahawa golongan-golongan kristianis ini telah
melakukan satu gerakan iaitu “gerakan missionary” yang bermaksud melakukan
satu dakwah yang bertujuan untuk menukar agama anutan seseorang. Secara
tidak langsung ini merupakan objektif utama gerakan kristianisasi yang datang
dari Negara korea.
Pada tahun 1900, statistik dan populasi yang beragama kristian di korea
hanyalah 1% pada awalnya. Hal ini disebabkan, dahulu tersebarnya agama yang
dinamakan sebagai “confucianisme”. Confucianisme ialah satu sistem
kepercayaan cina kuno yang memberi tumpuan kepada kepentingan etika dan
moral peribadi. Tetapi perpecahan antara korea selatan dan korea utara telah
menyebabkan agama Kristian ini menjadi agama dominan dalam Negara korea
sehingga kini.
Seterusnya, menurut laporan atau artikel yang disebarkan, Negara korea adalah
satu Negara yang dikenali sebagai “Great Missionary Movement” yang
bermaksud satu gerakan agama kristianisasi yang terbaik pada abad ini.
Sehinggakan pada tahun 2030, meraka ingin mencapai satu azam dimana
seramai 100,000 missionary akan ke luar Negara untuk menyebarkan agama
Kristian secara berleluasa.
Selain itu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan golongan kristianis ini
mudah untuk menyebarkan agama meraka dengan lebih luas. Antaranya ialah,
wujudnya satu tambatan hallyu. Secara amnya ia bermaksud satu gelombang
atau gerakan yang dinamakan sebagai Korean wave yang bermula pada tahun
2002. Istilah yang diberikan ialah persebaran budaya pop Korea Selatan seperti
k-drama atau kpop secara global di seluruh dunia tanpa terkecuali iaitu negara
Malaysia.
Apabila wujudnya hiburan seperti ini, lama kelamaan masyarakat kita mula
minat dan obses dengan apa yang dilakukan oleh masyarakat korea.
Sehinggakan anak-anak muda muda mula mempunyai sifat fanatik yang
melampau pada artis kegemarannya dan perkara-perkara yang seangkatan
dengannya. Impilkasinya, gerakan kristianisasi ini akan lebih mudah untuk
menyebarkan ajaran agama beliau terhadap masyarakat tempatan yang mudah
terpengaruh dengan budaya-budaya yang diajar oleh masyarakat korea.
Di samping itu, telah wujudnya satu kepercayaan atau gerakan yang dinamakan
sebagai “Unification Church”. Ia merupakan satu gerakan yang diasaskan oleh
Sun Myung Moon pada tahun 1954 dan beliau mempunyai gelaran yang
dinamakan sebagai “Father Moon” oleh penganutnya. Gerakan ini membawa
satu ideologi “Keamanan Dunia” dan “True Parents” bagi mencapai kedamaian
dunia dengan ajaran kristianis beliau.
Father Moon ini turut menggelarkan dirinya sebagai Jesus second coming iaitu
Jesus akhir zaman dan dia juga menganggap dirinya diajar oleh Nabi Ibrahim,
Nabi Isa dan Nabi Muhammad. Selain itu, dia juga adakan majlis keberkatan
iaitu perkahwinan secara beramai-ramai dan dia percaya bahawa dia telah
mencipta satu tradisi keluarga surgawi yang baru.
Di Malaysia juga telah berkembangnya ajaran “Father Moon” ini yang telah
dibawa oleh Dr Yoo Chong Young bersama isterinya. Hal ini disebabkan Dr
yoo tertarik dengan gaya hidup rakyat di Malaysia. Dengan itu, dia cuba untuk
meluaskan ajaran ini dalam masyarakat tempatan secara mendalam menerusi
program-program atau amal jariah.
Pada 10 Mac 2018, sebanyak 13 universiti di Malaysia terpilih untuk menyertai
satu program yang diberi nama sebagai “Leadership Conference”. Tujuannya
adalah untuk menyasarkan pelajar-pelajar universiti mengenai ajaran-ajaran
“Father Moon”. Ramai juga ahli-ahli politik dari pelbagai agama termasuklah
islam yang terlibat dalam penubuhan persatuan atau agensi berkenaan dengan
ajaran atau gerakan “Father Moon” ini.
Seterusnya ialah wujud juga satu kepercayaan lain iaitu “Shinceonji”.
Shinceonji ialah sebuah aliran agama Kristian yang turut diperangi oleh gerakan
Kristian korea selatan kerana ia dianggap sangat berbahaya. Pengasasnya adalah
Lee Man Hee yang mengaku dirinya sebagai malaikat dan pengikutnya
menganggap dia adalah sebagai Jesus second coming juga.
Lee Man Hee ini turut menubuhkan satu pertubuhan yang diberi nama sebagai
Heavenly Culture, World Peace, Restoration Of Light (HWPL). HWPL ini juga
telah berkembang pesat di Malaysia yang dibawa oleh Hyoung Sik Kim.
Mereka juga berkesempatan dalam mengembangkan ajaran dengan mendekati
ahli-ahli politik supaya mereka mudah dalam menempah tempat untuk membuat
program dan sebagainya dalam meluaskan ajaran yang sesat. Sebagai contoh
HWPL ini telah banyak membuat program di setiap universiti seperti USIM,
UPM, USM dan lain-lain lagi.
Selain itu, HWPL juga telah membangkitkan satu simbol iaitu simbol “V” yang
bermaksud “Victory”. Bentuk “V” ini adalah satu simbol agama yang dibawa
oleh gerakan shinceonji ini sendiri. Gerakan ini juga telah datang ke Malaysia
dengan nama Declaration Of Peace And Cessation Of War (DPCW). Dalam
deklarasi terdapat 10 artikel yang diwar-warkan tetapi artikel yang ke-8 dan 9
mempunyai kecurigaan dimana mereka telah memperkenalkan tentang agama
lain perlu disebarkan kepada penganut agama yang lain dan HWPL ini juga
telah mempromosikan perkahwinan silih agama.
Pertubuhan IPWG Malaysia juga telah melakukan satu program iaitu “Peace
Letter” yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah untuk menulis satu surat
keamanan. Tujuannya adalah untuk menyokong deklarasi yang meraka bawa ke
United Nation (PBB) bagi mendapat pengiktirafan sebagai undang-undang
antarabangsa.
Selepas itu, wujudnya lagi gerakan yang diberi nama sebagai “World Mission
Society Church of God” (WMSCOG). Gerakan ini juga mempercayai bahawa
Ahn Sang Hong sebagai Jesus second coming dan Jang Gil Ja dianggap sebagai
ibu tuhan. Terdapat juga tiga pertubuhan dibawah (WMSCOG) iaitu We Love
U Foundation, New Life Welfare Foundation dan ASEZ WAO.
Akhir sekali, satu gerakan lagi wujud pada tahun 1972 dan diasaskan oleh
Pastor Ock Soo Park yang diberi nama sebagai “Good New Missions”. Aliran
ini membawa kaedah penafsiran yang berlainan dengan Kristian arus perdana.
Terdapat dua pertubuhan dibawah Good New Missions ini iaitu Christian
Leaders Fellowship dan International Youth Fellowship.
Kesimpulannya, kita haruslah menjaga kewaspadaan terhadap ajaran atau
keyakinan yang tidak sesuai dengan nilai-nilai etika, moral, atau kebenaran.
Kewaspadaan ini juga membantu untuk melindungi individu dari terjebak dalam
ideologi atau ajaran yang dapat merugikan diri. Ditegaskan lagi janganlah kita
takut untuk berdakwah dalam menyampaikan pemahaman yang lebih baik
tentang agama islam.

Anda mungkin juga menyukai