Anda di halaman 1dari 14

Batu Seremban

Asal Usul Batu Seremban


Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

CARA BERMAIN

Buah Satu:

Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain. Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara. Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip. Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip,

Buah Dua:

Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu. Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama. Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga:

Buah tiga ada sedikit perbezaan. Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip. Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat:

Buah ibu akan dilambungkan ke udara. Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima:

Buah lima akan dimainkan seperti buah empat. Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak. Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

Buah Enam:

Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan. Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh:

Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam. Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak. Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan. Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan. Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

http://bb2008chijsjc.wordpress.com/batu-seremban/

Selambut

Selambut atau juga dikenali sebagai Batu Seremban atau Serembat ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Seremban. Ia biasanya dimainkan oleh kanakkanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang. Permainan selambut cuma memerlukan beberapa biji buah. Guli kaca, biji getah, anak batu kerikil atau ketulanketulan objek lain berbentuk bulat biasa digunakan, lazimnya sebanyak lima biji. Selain itu, karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan. Permainan ini sering dimainkan di waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah, di taman atau di mana sahaja yang terdapat permukaan yang rata dan bersih. Para pemain duduk di atas lantai, dan bermain mengikut giliran.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Selambut

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan. Menentukan Giliran Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata. Cara Bermain Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Buah Satu Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut. Buah Dua Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan. Buah Tiga

Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak. Buah Empat Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan. Buah Lima Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja. Buah Enam Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai. Buah Tujuh Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut. Menimbang Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati. Mati Permainan Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

http://malaysiana.pnm.my/03/0302batu_seremban.htm

http://ekerala.net/r.php?url=http://malaysiana.pnm.my/03/0302batu_seremban.htm&title=batu%2 0seremban&type=web

http://ekerala.net/r.php?url=http://library.thinkquest.org/C001252F/aesthetics/games/batu_serem ban.htm&title=batu%20seremban&type=web

Batu Seremban (Cara Bermain)

Batu seremban ada cara bermainnya. Seperti permain lain, batu seremban juga ada peringkatnya yang digelar sebagai buah. Keseluruhannya, batu seremban ada lapan peringkat. Buah Satu:

Campakkan kelima-lima batu seremban ke lantai. Lambung seketul batu seremban ke atas sambil mengambil seketul batu seremban di bawah. Tangkap batu yang dilambung sebelum ia jatuh ke lantai. Buat begini untuk semua batu di atas lantai.

Buah Dua:

Ulangi Batu Satu tetapi kutip dua batu dalam satu masa.

Buah Tiga:

Ulangi Buah Satu. Kali kedua batu seremban dilambung, kutip ketiga-tiga batu seremban di lantai.

Buah Empat:

Ulangi Batu Satu tetapi ambil kesemua batu seremban di lantai

Buah Lima:

Genggam kelima-lima batu seremban. Lambungkan seketul batu seremban ke atas dan letakkan batu seremban yang digenggam ke lantai. Tangkap batu yang dilambung dan ulangi Batu Empat.

Buah Enam:

Campakkan kelima-lima batu seremban ke lantai. Ambil dua batu. Lambung satu batu ke atas sambil menukarkan batu seremban dalam genggaman dengan satu lagi batu yang terletak di atas lantai. Buat yang sama untuk batu-batu yang lain.

Buah Tujuh:

Sambung pada Buah Enam. Lambung dua batu yang terletak di akhir peringkat enam. Kutip satu batu dengan tangan kanan dan tangkap batu yang akan jatuh di tangan yang berlainan. Buat begini sehingga ada tiga batu di dalam tangan kiri dan dua batu di dalam tangan kanan. Lambung kedua-dua batu di tangan kanan dan tangkap seketul batu seremban di tangan kiri dan seketul di tangan kanan. Lambung batu-batu yang di tangan kanan dan tangkap dengan tangan yang ada empat batu.

Buah Lapan:

Campakkan kelima-lima batu di atas lantai. Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas. Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain. Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gus

Timbang: Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk mendapat mata.

Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan. Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan. Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula. Tangkap batu seremban yang ada di tangkap Batu yang dapat ditangkap = 1 mata Batu yang dijatuhkan = 0 mata

Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu. Tamat Permainan:

Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini haruslah memberikan gilirannya kepada ahli yang lain. Jikalau ahlinya gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu akan kembali kepada peringkat yang tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu.

http://bb2008-qasnawar.blogspot.com/2008/07/batu-serembancara-bermain.html

"Batu Seremban"
4. Batu Seremban
Kanak-kanak perempuan memonopoli permainan ini. Guli, batu kerikil sederhana besar, biji getah atau pundi-pundi kecil dijadikan sebagai buah. Pemain utama memulakan permainan dengan cara menaburkan buah seremban. Jika ada buah yang bersentuhan, maka status pemain ini dianggap mati. Setiap peringkat buah adalah berbeza mengikut urutan aturan yang telah ditetapkan. Bermula dari buah satu hinggalah kepada buah terakhir yang juga dikenali sebagai buah 'king'. Kemudian melakukan imbangan buah bagi mendapatkan mata. Pemain yang berjaya memperolehi mata paling tinggi dikira sebagai pemenang.

http://permainantradisi.com/permainan/index.php

Bermain Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Permainan ini sering dimainkan di waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan. Menentukan Giliran Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.

Cara Bermain Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Buah Satu Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut. Buah Dua Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan. Buah Tiga Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak. Buah Empat Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut

buah ibu yang telah dilambungkan.

Buah Lima Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja. Buah Enam Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai. Buah Tujuh Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut. Menimbang Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati. Mati Permainan Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

Batu seremban.ppt - Presentation Transcript


1. 2. PERATURAN DEFINASI BATU SEREMBAN CARA RUMUSAN BERMAIN DEFINASI BATU SEREMBAN Batu Seremban adalah satu permainan tradisional yang juga dikenali sebagai Selambut atau Serembat. Permainan ini menggunakan bahan objek seperti batu kerikil, guli kaca, biji getah atau objek lain yang sesuai. dimainkan di kalangan kanak - kanak perempuan dalam berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Dimainkan di waktu lapang di kawasan lapang seperti serambi rumah atau di mana sahaja kawasan yang memerlukan permukaan rata dan bersih. Dimainkan secara duduk di atas lantai. 3. PERATURAN 1. Giliran ditentukan dengan menimbang buah. 2. Buah tidak boleh disentuh atau bergerak antara satu sama lain. 3. Permainan terbatal sekiranya buah anak jatuh atau bergerak. 4. Semasa menimbang : a) cara kaut /mencangkuk buah dapat berganda b) cara menyambut buah di kira tambah 4. CARA BERMAIN Kesemua buah hendaklah diselerakkan diatas lantai dengan keadaan buah tidak bersentuhan antara satu sama lain. Sebiji buah dijadikan ibu yang dilambungkan ke udara. Dalam masa yang sama buah yang di bawah hendaklah dikutip dan ibu itu disambut. Buah anak tadi diletakkan digenggam di dalam tangan sebelah lagi. Ulangi perbuatan sehingga habis buah anak. Setelah selesai pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata sama ada secara mencangkuk atau menyambut. Permainan akan mati sekiranya buah tidak dapat disambut atau dicangkuk dan diserahkan kepada permain seterusnya. Jenis buah: Buah satu, buah dua, buah tiga, buah empat hingga buah tujuh. 5. RUMUSAN KOGNITIF: 1) Berlaku proses pemerhatian, pengulangan dan pengiraan yang cekap. 2) Cekap memahami aturan permainan. 3) Peningkatan kemahiran manipulatif spt melambung, menyambut dan mengambil buah. 4) Lebih fokus SOSIAL: 1) Bekerjasama 2) Semangat kesukanan. 3) Erat silaturahim. 4) Memahami peraturan bermain EMOSI: 1) Kesabaran. 2) Bertolak ansur. 3) Motivas

http://www.slideshare.net/cikgusuepkhas/batu-serembanppt

Anda mungkin juga menyukai