Anda di halaman 1dari 3

SJKT JUGRA LAPORAN POST MORTEM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 BAGI MATAPELAJARAN MATEMATIK

Jadual di bawah menunjukkan analisa keputusan matematik dari tahun 3 hingga tahun 5 sesi 2012. Gred A B C D E th Bil Calon Bil lulus % lulus Bil gagal % gagal GPMP Tahun 3 10 12 8 5 1 36 30 83.33% 6 16.67% 2.31 Tahun 4 1 4 9 13 3 2 30 14 46.67% 16 53.33% 3.43 Tahun 5 1 10 3 14 7 35 14 40.00% 21 60.00% 3.46

1. ULASAN KEPUTUSAN

Jadual di atas menunjukkan pencapaian keseluruhan kurang memuaskan kecuali tahun 3. Peratus kelulusan bagi tahun 4 dan 5 masih di bawah paras 50%. Ini bermaksud penguasaan matematik dikalangan murid-murid tahun 4 dan 5 agak lemah. Peratus kelulusan bagi tahun 3 lebih memuaskan kerana pencapaiannya di atas paras cemerlang. Panitia matematik perlu memberi fokus kepada tahun 4 dan 5 bagi meningkatkan prestasi mereka dalam matapelajaran matematik. Pada masa yang sama, pencapaian tahun 3 harus di kekalkan dan GPMP perlu dikurangkan di bawah paras 2.00 mata. Manakala guru-guru yang akan mengajar murid-murid tahun 4 dan 5 yang akan ke kelas tahun 5 dan 6 perlu berusaha untuk menurunkan GPMP pada 2.80 mata. 2. KEKUATAN I. II. Latihan tubi telah diberi dalam kuantiti yang memuaskan. Guru-guru yang berpengalaman dapat menentu, menilai dan mengatasi masalah dalam P&P.

3.KELEMAHAN I. II. III. Ada murid yang kurang memberi tumpuan semasa P&P dijalankan. Sebahagian murid tidak mengikuti arahan soalan yang diberi. Tidak membuat kerja rumah atau latihan yang diberi mengikut ketetapan. IV. Tidak membuat pembetulan yang berterusan

4. LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI MURID

Berikut adalah aktiviti yang dicadang untuk mengatasi masalah yang dihadapi :I. Memberi lebih banyak latih tubi.

II. III.

Memberi fokus kepada murid yang ada harapan untuk lulus. Mengekalkan murid cemerlang di tahap cemerlang dengan memberi latihan tambahan.

KESIMPULAN

Keputusan matapelajaran matematik masih di tahap sederhana. Langkah-langkah yang dicadang hendaklah di ambil untuk memperbaiki tahap penguasaan matematik di kalangan murid-murid SJKT Jugra.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.... (MURUGAN A/L MANIKAM )


KETUA PANITIA MATEMATIK

........................ (PN.P.MALLIKA)
GURU BESAR

Anda mungkin juga menyukai