Anda di halaman 1dari 7

ACARA LARI BERGANTI-GANTI

Acara lari berganti-ganti merupakan acara puncak bagi sesuatu temasya sukan. Acara ini menjadi satu tarikan kerana setiap pelari memiliki kemahiran dan ketepatan semasa menukar baton sekaligus mewujudkan suatu suasana yang mengujakan. Acara lari berganti-ganti yang biasa dipertandingkan ialah 4100 meter, 4200 meter dan 4400 meter. PASUKAN LARI BERGANTI-GANTI Setiap satu pasukan lari berganti-ganti mempunyai empat pelari yang bergilir-gilir antara satu sama lain yang akan berlari dalam satu pusingan balapan dengan membawa baton di tangan dan akan dihantar di zon pertukaran baton kepada pelari yang seterusnya. Sekiranya baton terjatuh, ia perlu dipungut kembali oleh pelarinya dan meneruskan larian di dalam lorongnya sehingga ke garisan penamat.

ACARA 4100 METER Bagi acara 4100 meter, setiap pelari perlulah berada di dalam lorong masing-masing diatas balapan yang berukuran 400 meter yang mengandungi 8 lorong. Pelari pertama dari setiap pasukan akan memulakan perlumbaan daripada garisan permulaan yang diatur secara berganjak. Kemudian, pelari tersebut akan berlari di selekoh dan setrusnya akan menghantar baton kepada pelari kedua dalam pasukannya. Prosedur ini akan diteruskan kepada pelari ketiga dan terakhir yang akan mengakhiri perlumbaan ke garisan penamat.

ZON PENUKARAN BATON


Pada tanda 100 meter, 200 meter, dan 300 meterdi balapan 400 meter, telah ditandakan tiga zon pertukaran baton. Setiap zon pertukaran mempunyai ukuran 20 meter panjang. Baton perlulah bertukar tangan antara pelari di zon ini. Zon pecutan pula ditandakan 10 meter di belakang zon pertukaran baton. Pelari yang bakal menerima baton bolehlah berlari didalam zon pemecutan tetapi baton hanya boleh diterima di kawasan zon penukaran baton.

MENGHANTAR BATON Cara popular yang digunakan dalam teknik pertukaran baton ialah gaya selang-seli. Gaya ini diaplikasikan dengan cara baton ditukar diantara tangan kanan dan tangan kiri oleh keempat-keempat pelari dalam satu pasukan. Terdapat dua cara penukaran baton iaitu:Pergerakan ke bawah (Downsweep) Pergerakan ke atas (Upsweep)

Anda mungkin juga menyukai