Anda di halaman 1dari 5

KEMAMPUAN memperkasakan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara semakin tenat,

walaupun kerajaan sudah memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

bahasa Inggeris (PPSMI) secara berperingkat mulai 2012 hingga 2016.

Usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu melalui pemansuhan PPSMI tidak meninggalkan

kesan positif kepada pelajar, malahan pendekatan itu dianggap sekadar sampingan memandangkan

pengajian pada peringkat universiti masih mengutamakan bahasa Inggeris.

Felo Penyelidik, Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Prof Dr Teo Kok Seong, berkata situasi ini membantutkan usaha memartabatkan bahasa Melayu pada

peringkat lebih tinggi, apatah lagi kedudukan Kesusasteraan Melayu semakin hilang arah tuju.

“Ini kerana kebanyakan kelas aliran sastera ditutup akibat sambutan kurang memberangsang ekoran

pelajar cenderung mengambil aliran sains," katanya pada Seminar Kebangsaan Pendidikan

Kesusasteraan 2009 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Kuala Lumpur,

baru-baru ini.

Baginya, pihak berkuasa perlu memberi perhatian terhadap masalah terbabit kerana mata pelajaran

Kesusasteraan Melayu boleh digunakan sebagai subjek untuk meningkatkan penguasaan bahasa di

kalangan pelajar, sekali gus memberi ruang untuk karya sastera mendapat tempat dalam masyarakat.

DARI kiri, Dr Teo Kok Seong, Dr Abdullah Hassan dan Dr


Krishnan Maniam.

"Pendekatan terbaik mempertahankan bahasa Melayu adalah dengan mewajibkan penggunaannya

pada peringkat universiti. Korpus bahasa Melayu sudah hampir sempurna dan bahasa ini sudah

mencapai status bahasa moden selain mampu mengungkapkan perkara konkrit dan abstrak termasuk

dalam subjek Sains dan Matematik," tegasnya.

Pengarah Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Emeritus Dr

Abdullah Hassan, menyifatkan penggunaan bahasa Melayu rendah menyumbang kepada


kemunduran bahasa dan kebiasaan masyarakat menggunakannya dalam karya drama dan filem

menyebabkan bahasa Melayu tinggi menjadi janggal kepada mereka.

"Setiap individu di negara ini perlu mempelajari bahasa Melayu tinggi kerana penggunaannya dalam

menulis laporan, sesi temu duga dan mencerminkan sikap dan nilai yang wujud dalam masyarakat

Melayu. Penulisan karya juga sewajarnya menggunakan bahasa yang baik," katanya pada forum yang

dipengerusikan oleh pengarang muda, Mohd Faizal Musa.

Beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan sikap bangsa Melayu yang tidak prihatin terhadap

masalah ini kerana kebanyakan karya di televisyen atau panggung wayang menggunakan bahasa

rojak yang kononnya mencerminkan realiti masyarakat, sedangkan ia boleh ditampilkan melalui

kaedah lebih positif.

“Novel Indonesia, Laskar Pelangi, menggunakan bahasa tinggi bagi menyampaikan kisah kehidupan

masyarakat dan keindahan terpancar. Pendekatan sedemikian jarang didapati dalam karya Melayu

yang kurang mendokong usaha memperkayakan bahasa Melayu," katanya.

Pensyarah Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Krishnan Maniam, pula

menekankan kepentingan penggunaan makna tersirat seperti perumpamaan dan peribahasa dalam

sistem pendidikan mahupun kehidupan seharian kerana ia adalah wadah pengucapan ringkas, tetapi

padat dengan maksud.

"Bagaimanapun sikap sambil lewa masyarakat kita melunturkan penggunaannya, tambahan pula

masyarakat moden tidak mementingkan huraian dan menganggap Kesusasteraan Melayu sebagai

subjek sampingan. Sekiranya diteliti syair klasik, Siti Zubaidah, menghiburkan dan membawa maksud

tersirat serta dapat mengasah pemikiran masyarakat," jelasnya.

Senario yang dibentangkan itu menunjukkan bahawa bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu

mempunyai kekuatan tersendiri dan Kesusasteraan Melayu sewajarnya dijadikan agen pendidikan

tanah air bagi memastikan identiti dan jati diri penduduk semakin kukuh.

Novel Shit Shahnon kembali bergema di Dewan Bahasa


Ali Bukhari Amir
Fri | Nov 16, 07 | 7:31:58 am MYT
Salah satu karya Sasterawan Dato' Shahnon Ahmad yang pernah dianggap jijik malah
hampas oleh pihak tertentu iaitu Shit! kini kembali diulang sebut di dalam Seminar
Pemikiran Shahnon Ahmad pada 13 - 14 November lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sesiapa yang pernah mengikuti meniti gelombang Reformasi 1998 pastinya tidak dapat
melupakan Shit yang telah menggegarkan perkembangan dunia sastera tanahair.

Biarpun Shahnon dikecam hebat gara-gara Shit, tetapi suatu hal atau hakikat yang tidak
boleh dinafikan ialah kehadiran watak Wirawan dalam novel Shit itu adalah respon atas
tindakan memecat Anwar Ibrahim daripada Umno dan kerajaan secara zalim dan
menjijikkan.

Ertinya, 'kesalahan dan kesilapan' (jika mahu ayat ini digunakan dan dikekalkan sampai
bila-bila) Shit itu berpunca daripada tindakan penguasa yang melakukan kesalahan dan
kesilapan yang menjijikkan sebagai yang tergambar dalam novel itu, walaupun media
propaganda Zam berusaha keras menjatuhkan reputasi dan mencalarkan imej Shahnon.

Sehubungan itu, salah seorang peserta, Razali Endun dalam seminar itu telah bangkit
mengesyorkan supaya Shit kembali diangkat sebagai suatu karya penting dalam realiti
politik kini yang serba mencabar.

"Bukankah ini suatu masa yang sesuai untuk kembali meneliti pengalaman politik negara
dan menoleh peristiwa lalu dalam novel ini?" kata Razali meminta jawapan para panelis.

Aliran kiri

Keringnya bahan sastera aliran kiri di pasaran yang bersifat menolak kezaliman penguasa
dan penjajahan adalah antara faktor yang menyumbang ke arah hal kelumpuhan kreativiti
massa dalam membangkitkan upaya merakyatkan kesedaran reformasi pelbagai bangsa.

Seorang pengkritik sastera Dr Hashim Ismail dalam pembentangannya tatkala menilai


kesan pasca kolonial yang tertuang lewat karya sasterawan ini, menyimpulkan bahawa
pada diri Shahnon itu telah terhimpun padanya nilai seorang pejuang demokrasi.

"Bagi saya sasterawan Shahnon adalah pengamal demokrasi. Jika tidak, tidak terhasillah
Shit. Itulah contoh demokrasi yang diamalkan oleh beliau. Seperti yang kita tahu, antara
ahli politik dan penulis, siapakah yang lebih demokrasi?"

"Pramoedya Ananta Toer di Indonesia, dikurung di penjara. Walaupun karyanya tersekat


dalam negaranya, tapi ia mendapat sambutan di luar negara, tidak di Indonesia," jelasnya
yang seperti memujuk khalayak pendengar ke arah mempromosikan pandangan bahawa
kaum penulis lebih demokratik berbanding penguasa.

Hujah seperti ini adalah antara subjek yang lazimnya menjadi bahan pemikiran kelompok
pemikir. Mahathir contohnya menyebutkan wartawan kurang layak bercakap soal rakyat
kerana kelompok itu tidak diangkat sebagai mewakili rakyat melalui pilihan raya.

Sebaliknya, watak-watak pejuang bangsa Tun Syed Nasir dalam suatu ucapannya pernah
menyebut bahawa kaum penulis itulah yang telah banyak memainkan peranan penting di
dalam mengangkat darjat bangsa. Setelah era penjajahan barulah ahli politik menuai
hasil daripada perjuangan kaum penulis yang lebih awal daripada mereka itu.
Maulana Muhammad Iqbal pula menyimpulkan melalui syairnya, bahawa segala bangsa
itu lahir melalui tangan para penyair, tetapi bangsa-bangsa itu boleh terus hidup dan mati
bergantung kepada politikus. Pendek kata, golongan pemikir terawal adalah pembangun
bangsa. Selepas itu, tergantung kepada politikuslah yang akan terus membangunkan atau
meruntuhkan pembinaan sebuah negara bangsa.

"Sepanjang masa kita berbincang mengenai pasca kolonial, hal ini boleh membelenggu
pemikiran kita.

"Apabila membincang tajuk ini, hanya dua sikap saja dapat diambil, sama ada membenci
atau agungkan penjajah. Kita akan terdorong untuk berfikir sebagai mangsa penjajahan,
berfikir sebagai masyarakat hamba.

"Antara watak yang dihidupkan di dalam novel Shahnon ialah Luqman yang menyatukan
bantahan Melayu ke atas Malayan Union. Luqman adalah Dato' Onn. Watak itu ditonjol
bagaimana beliau berjaya menyatukan orang Melayu pelbagai ragam untuk menentang
penjajah. Inilah yang dikutip lalu dijadikan bahan melalui novelnya," kata Dr. Hashim

Zaman inilah, menurut beliau, orang-orang Melayu berada lama dalam penjajahan. Imej
dan watak yang degil dalam kalangan Melayu ini susah untuk disatukan.

Demonstrasi budaya Umno

"Shahnon telah berjaya menunjukkan bagaimana watak Luqman yang saya lihat sebagai
Dato' Onn ini berusaha keras dalam mempengaruhi Pok Nik di Kelantan, serta Daud di
Terengganu dan lain-lain untuk berdemonstrasi menentang British.

"Tetapi, sekarang ada suara yang menyatakan demonstrasi bukannya sebahagian


daripada budaya kita. Walhal inilah budaya Umno yang menyebabkan British akhirnya
keluar dari Malaya dan kita akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan," tambah beliau lagi.

Menurut catatan sejarah, Tunku bersama rombongannya setelah ketika berjaya mendapat
kata putus daripada British di London, telah pulang menuju ke Bandar Hilir, Melaka yang
mana telah berhimpun segala rakyat secara aman demi meraikan kejayaan itu.

Kembali kepada persoalan asal, siapakah yang lebih demokratik? Penulis atau politikus?
Nampaknya, Shahnon lebih demokratik berbanding ahli politik. Jiwa kepengarangannya
dalam transisi masa pembikinan Shit itu cuba dijelmakan dalam penglibatannya di dalam
PAS, gerakan politik untuk menegakkan sendi demokrasi.

Sebenarnya, sebelum itu Shahnon bermodalkan jiwa Islamnya, telah berjinak-jinak pula
dengan jemaah al-Arqam di bawah teraju Ustaz Ashaari. Ketika itu beliau berkhidmat di
USM di mana dalam era 1980-an, pengaruh al-Arqam amat kuat di universiti berkenaan.

Sehubungan itu, Dr Sohami Abdul Aziz ketika beliau menyentuh pemikiran Shahnon dan
pembabitannya dalam kerjaya politik dan gerakan demokrasi telah merujuk autobiografi
Detik-Detik Diri Di Daerah Daif dan Perjalananku Sejauh Ini, Sebuah Autobiografi.

"Nyata al-Arqam memberi kesan kepada pembentukan personalitinya yang cenderung


kepada Islam. Dan kecenderungannya kepada Islam dapat dikonkritkan lagi dengan
melihat kepada penglibatannya dalam politik Islam. Beliau telah memilih Parti Islam Se-
Malaysia (PAS). Beliau mendapati tujuan jemaah PAS ada persamaan dengan al-Arqam
iaitu berjuang atas landasan Islam.

"Kepimpinan ulamak yang menerajui PAS telah juga menarik perhatian Shahnon. Jika
Ustaz Ashaari menjadi daya penarik di dalam al-Arqam, maka Tok Guru Nik Aziz, Tuan
Guru Abdul Hadi Awang dan Ustaz Fadhil Nor menjadi daya tarikan kepada Shahnon
untuk menyertai PAS.

Satu penggal

"Penyertaannya dalam PAS telah menjadikan beliau menjadi wakil rakyat Sik, Kedah.
Namun, usia sebagai wakil rakyat di Parlimen tidak lama, iaitu sekadar satu penggal.
Beliau tidak tertarik untuk terus menjadi wakil rakyat kerana dunia politik bukan dunianya
yang sebenar," kata Dr Sohaimi.

Gelaran Yang Berhormat itu, menurut Dr Sohaimi, sangat berat dan Shahnon tidak begitu
selesa kerana begitu banyak kepalsuan yang ditemui.

"Bagi Shahnon jiwanya adalah jiwa pengarang dan bukan politikus. Kemenangan dalam
pilihan raya itu dan kemudian diangkat menjadi seorang wakil rakyat daripada PAS pada
1999 tidak membawa banyak erti kepada kehidupannya," katanya merumuskan pendirian
politik Shahnon, sama ada beliau cenderung ke arah jiwa kepengarangan atau kepartian.

Bagaimanapun, jasa Shahnon dalam gerakan demokrasi untuk tempoh pasca kolonial dan
merdeka terbentang sebagai hakikat yang tak boleh dinafikan. Shahnon telah cuba
bergiat menapak di daerah persuratan dan siasah mengikut kesesuaian dan
perkembangan zaman.

Shit adalah respon ke atas pendirian Umno-BN yang telah bertindak memecat Anwar dari
sebarang jawatan kerajaan dan parti dan beliau telah men cuba sedaya upaya
membentuk peru bahan sedaya mungkin melalui kegiatan politik, lalu kembali ke akar
perjuangannya melalui kegiatan persuratan.

Iklan _

Anda mungkin juga menyukai