Anda di halaman 1dari 10

Latihan Objektif Bab 4

1. Parameswara merupakan pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Dari


manakah beliau berasal?

A. Temasik
B. Srivijaya
C. Palembang
D. Siam

2. Parameswara putera raja Palembang berusaha membebaskan negaranya


daripada kuasa kerajaan

A. Srivijaya
B. Temasik
C. Siam
D. Majapahit

3. Sebelum dikuasai oleh Majapahit, Pelembang pernah menjadi pusat


kerajaan yang besarApakah kerajaan tersebut

A. Kerajaan Acheh
B. Kerajaan Srivijaya
C. Kerajaan Kedah Tua
D. Kerajaan Champa

4. Palembang merupakan kerajaan Parameswara.Mengapakah baginda lari


dari Palembang

A. Baginda gagal membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit


B. Baginda telah dihalau oleh bapanya kerana melakukan pemberontakan
C. Baginda gagal dalam perang saudara
D. Palembang diserang oleh kerajaan Srivijaya
5. Setelah Parameswara gagal dalam usahanya membebaskan Temasik.
Majapahit telah mengambil tindakan menyerang Palembang. Ke manakah
Parameswara dan pengikut-pengikutnya berundur?

A. Temasik
B. Muar
C. Sening Ujung
D. Melaka

6. Setelah berada di Temasik, apakah yang dilakukan oleh Parameswara?

A. Baginda memajukan Pulau Temasik


B. Baginda dijemput oleh rakyat Muar
C. Baginda telah membunuh Temagi
D. Baginda telah terlibat dalam pemberontakan di Temasik

7. Mengapakah Parameswara melakukan tindakan membunuh pemerintah


Temasik

A. Parameswara mahukan pertuanannya semula di Temasik kerana


Temasik pernah menjadi naungannya
B. Parameswara berdendam dengan Temagi
C. Parameswara mahu menyerang kerajaan Majapahit dari Temasik
D. Parameswara mahu mengadakan hubungan dengan Siam

8. Mengapakah Siam mahu menyerang Parameswara setelah baginda


membunuh Temagi, pemerintah Temasik?

A. Temasik adalah negeri naungan Siam


B. Temagi adalah putera Siam
C. Paremeswara tidak mahu membayar ufti
D. Temasik sebuah kerajaan yang sangat strategik untuk laluan
perdagangan

9. Parameswara meninggalkan Temasik untuk mengelakkan serangan Siam


dan Mapajahit.Pilih urutan yang betul perjalanan Parameswara sehingga
baginda tiba di Melaka

A. Temasik -> Sening Ujung-> Muar ->Melaka


B. Temasik -> Muar -> Sening Ujung -> Bertam -> Melaka
C. Temasik -> Bertam -> Muar -> Sening Ujung -> Bertam -> Melaka
D. Temasik -> Muar -> Bertam ->Sening Ujung -> Melaka

10. Soalan 10 berdasarkan senarai di bawah Orang Melayu Orang X Orang


AsliApakah Parameswara tiba di sebuah perkampungan nelayan baginda
mendapati kedudukan perkampungan tersebut sungguh strategik untuk
ndijadikan laluan perdagangan. Penduduk kampung terdiri daripada
pelbagai penduduk seperti di atas. Siapakah orang X di atas

A. Orang Siam
B. Orang Bugis
C. Orang Laut
D. Orang Sungai.

11. Mengapakah Parameswara memilih perkampungan nelayan sebagai


kerajaannya yang baru?

I Berdekatan dengan laut dan boleh dijadikan laluan kapal


II Boleh memperolehi air yang bersih
III Berbukit bukau sesuai dijadikan petunjuk bagi pelayar dan
memudahkan urusan mengawal Selat Melaka
IV Muara sungai terlindung daripada tiupan angin monsun

A. I,II dan III


B. I,II dan IV
C. II,III dan IV
D. I,II, III dan IV

12. Apakah peranan pokok bakau dan api-api di sekitar kawasan pantai yang
menyebabkan Parameswara memilih perkampungan nelayan ini sebagai
kerajaan baru baginda

I Dapat memerangkap ikan


II Petunjuk kepada pelayar
III Benteng pertahanan
IV Pelindung semula jadi

A. I dan II
B. III dan IV
C. II dan III
D. I dan IV

13. Terdapat sumber bertulis utama yang dijadikan rujukan tentang


pengasasan dan pembukaan Melaka. Apakah sumber bertulis utama
tersebut?

A. Hukum Laut Melaka


B. Hikayat Merong Mahaangsa
C. Sejarah Melayu
D. Hikayat Raja-raja Pasai

14. Soalan 14 berdasarkan pernyataan di bawah

Parameswara sedang berehat di bawah pokok Melaka.


Parameswara telah melihat peristiwa pelanduk menendang anjing
pemburuannnya Setelah Parameswara melihat peristiwa tersebut
baginda telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah
kerajaan dan baginda menamakan kerajaan ini Melaka sempena
pokok tempat baginda berehat.

Mengapakah baginda mengambil tindakan tersebut?

A. Baginda bangga dengan kekuatan anjing pemburuannya


B. Baginda menganggap bahawa peristiwa pelanduk kecil menendang
anjing pemburuannya sebagai luar biasa
C. Baginda berehat di bawah pokok yang luar biasa
C. Baginda amat berminat dengan suasana perkampungan nelayan itu

15. Pedagang-pedagang Arab menyebut Melaka sebagai Malakat. Apakah


yang dimaksudkan dengan Malakat?
A. Perhimpunan segala barang
B. Perhimpunan segala dagang
C. Pelabuhan yang maju
D. Pemerintahan yang berwibawa
16. Mulaqah juga merupakan panggilan pedagang-pedagang Arab untuk
Melaka.Apakah maksudnya

A. Pasar
B. Perjumpaan
C. Perhimpunan
D. Pertemuan

17. Mengikut kepercyaan mitos Hindu, nama Melaka diambil daripada


sepohon pokok Amalaka yang dipercayai pokok yang pertama tumbuh di
alam semesta. Pokok ini mempunyai keistimewaanitu?

A. Mempunyai kuasa ghaib berkaitan dengan pemerintahan negara


B. Mempunyai kuasa ghaib kepada sesiapa yang memakan buahnya
C. Merupakan kediaman tuhan agama Hindu, iaitu Brahma, Vishnu dan
Shiva dan buahnya mempunyai kuasa ghaib
D. Memberi kkuasa ghaib kepada sesiapa yang menyembahnya

18. Parameswara telah bertindak bmembentuk sistem pemerintahan yang


teratur iaitu dengan menubuhkan jawatanseperti pembesar, 40 orang
bentara dan biduanda kecil. Pada pendapat anda apakah kesan
pembentukan jawatan-jawatan di atas?

A. Mereka sama-sama membantu Parameswara menangkis serangan


Siam
B. Mereka bersama-sama Parameswara merancang pembangunan
Melaka
C. Mereka bersama-sama Parameswara merancang membina kota
D. Mereka bersama-sama Parameswara menegakkan undnag-undang
Melaka
19. Kegiatan perdagangan amat penting bagi kerajaan Melaka. Oleh yang
demikian.Parameswara berusaha gigih dan merancang dengan bijak
untuk memajukan Melaka melalui kegiatan perdagangan.Apakah
kemudahan yang disediakan begi pedagang-pedagang asing?

I Membaiki kapal
II Tempat penginapan
III Bekalan makanan dan minuman yang bersih
IV Tenaga kerja

A. I, II dan III
B. I, II dan Iv
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

20. Parameswara juga telah menjalinkan hubungan yang baik dengan Siam
yang merupakan musuhnya dahulu.Apakah kesan hubungan baik tersebut
ke atas Melaka?

A. Hubungan ini dapat mengelakkan Melaka dari diserang Siam dan


kerajaan Siam mengiktiraf kedaulatan Melaka
B. agama islam berkembang di Melaka dan Siam
C. Pedagang Siam tertarik untuk berdagang di Melaka
D. Ramai orang Siam berhijrah ke Melaka

21. Untuk menjamin keselamatan Melaka daripada serangan Siam dan


Majapahit, apakah tindakan bija yang diambil oleh Parameswara

A. Mengupah askar dari Majapahit


B. Membina kubu-kubu pertahanan yang kukuh
C. Mengadakan hubungan diplomatik dengan China
D. Menubuhkan angkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut

22. Soalan 22 berdasarkan senarai di bawah

----------------------------------------------------------------------
* Laksamana Yin ching
* Laksamana Cheng Ho
-------------------------------------------------------------------------

Kedua-dua Laksamana di atas adalah perutusan daripada Maharaja


China ke Melaka.Apakah kesan utama perutusan tersebut kepada Melaka

A. Melaka sama taraf dengan negara China


B. Melaka mendapat perlindungan China daripada ancaman musuhnya
C. Melaka membayar ufti kepada China
D. Melaka menjadi kuasa yang kuat

23. Setelah Melaka mempunyai hubungan diplimatik dengan China, musuh


Melaka yang manakah tidak berani menyerang Melaka

A. Temasik dan Palembang


B. Temasik dan Siam
C. Majapahit dan Srivijaya
D. Siam dan Majapahit

24. Apakah pengurniaan Maharaja China kepada Parameswara sebagai


tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka

I. Payung kuning
II. Sepersalinan pakaian
III. Cap mohor
IV. Kapal perang

A. I, II dan III
B. I,II dan IV
C. II,III dan IV
D. I, II,III dan IV

25. Parameswara telah mendapatkan bantuan Orang laut untuk menjaga


keselamatan perairan Melaka.Apakah kesan tindakan Parameswara
tersebut?

A. Keamanan dan kemajuan perdagangan Melaka diperolehi


B. Dapat melindungi negeri-negeri kecil di sekitar Melaka
C. Dapat menghapuskan serangan Siam
D. Dapat menjaga perairan Melaka dari serangan Majapahit

26. Mengapakah Parameswara memilih Orang Laut untuk menjaga


keselamatan perairan Melaka?

I Orang Laut mahir membina kapal perang


II Orang Laut mengaku taat setia kepada Parameswara
III Orang Laut mahir tentang selok belok Selat Melaka
IV Orang Laut mempunyai ciri-ciri kepahlawanan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I,II, III dan IV

27. Soalan 27 berdasarkan petikan di bawah


________________________________________
Rakyat itu umpama akar,
Raja itu unpama pohonya,
Jikalau tiada akar nescarapohon tiada akan dapat berdirisejarah
Melayu
______________________________________

Apakah yang dimaksudkan dengan petikan di atas jika dikaitkan dengan


Melaka?

A. Raja perlu meminta bantuan rakyat Melaka untuk membangunkan


Melaka
B. Dalam usaha untuk membangunkan Melaka rakyat Melaka memainkan
peranan yang penting
C. Raja perlu memberi perintah yang baik kepada rakyat
D. Raja mempunyai kuasa mutlak untuk merancangpembangunan Melaka

28. Pilih penyataan yang betul mengenai peranan rakyat Melaka untuk
membangunkan Melaka
I. Orang Asli - menangkap ikan untuk makanan rakyat
II. Orang laut - menjaga keselamatan Selat Melaka
III. Orang Melayu - menyandang jawatan pembesar dan biduanda
IV. Orang Asli - membekalkan hasil hutan untuk kegiatan perdagangan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

29. Orang Kaut berperanan untuk menjaga keselamatan perairan Selat


Melaka. Mereka dipilih oleh Parameswara kerana mempunyai ciri-ciri
kepahlawanan dan taat setia kepada raja. Selain daripada tugas tersebut,
apakah peranan lain yang dilakukan oleh Orang Laut

A. Membekalkan hasil hutan


B. Menyandang jawatan biduanda
C. Menyandang jawatan pembesar
D. Membekalkan hasil laut

30. Apakah ciri-ciri yang ada pada rakyat Melaka yang dapat membantu
Parameswara membangunkan Melaka?

I Sedia berkorban
II Taat setia kepada raja
III Menghargai pemimpin
IV Melaksanakan peranan masing-masing dengan baik

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

31. Apakah wawasan sifat kepimpinan yang wajar dicontohi daripada


Parameswara?
I. Sikap suka berperang
II. Bijak mengatur strategi
III. Keyakinan tinggi
IV. Kegigihan yang kuat

A. I,II dan III


B. I, II dan IV
C. II, III dan Iv
D. I, II, III dan IV

32. Parameswra adalah seorang pemimpin yang mempunyai wawasan.


Apakah bukti yang menunjukkan baginda seorang yang berwawasan?

A. Lari daripada Palembang untuk mengelakkan diri daripada dibunuh


B. Mewujudkan sebuah kerajaan di Temasik setelah berjaya membunuh
pemerintahnya
C. Menukar sebuah perkampungan nelayan menjadi sebuah petempatan
yang maju
D. Membina sebuah petempatan di Muar

Anda mungkin juga menyukai