Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih kepada pengerusi majlis.

Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia dan Selamat Pagi Yang Berusaha Encik Muniandy a/l Suppiah Guru besar Sekolah Kebangsaan Petaling 1,barisan Penolong Kanan Puan Raja Zaharah bt Raja Madun,Puan Tham Lai Wun,Puan Rodzaini bt Mat Said,guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Hadirin sekalian, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.Sebelum berbicara lebih jauh izinkan saya berpantun, A B C dan alif ba ta Satu dua tiga dan empat Selalu cikgu ajar kita Ditubi-tubi sampai dapat Pantun ini menggambarkan kegigihan dan ketabahan guru-guru mengajar dan mendidik kami yang terlalu dahagakan ilmu.Mengajar kami daripada tidak tahu apa-apa sehinggalah kami mengenal huruf,nombor sehinggalah dapat kami membaca, menulis dan mengira.Sungguh berat beban yang ditanggung oleh guru demi memastikan kejayaan anak muridnya. Para hadirin yang dihormati sekalian, Tema Hari Guru pada tahun ini adalah GURU MALAYSIA 1 ASPIRASI 1 AGENDA.Kedengarannya tema ini amat menarik tetapi di sebaliknya itu guru-guru memikul tugas yang amat berat bagi memastikan enam aspirasi Negara dapat dicapai iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir,memimpin,kemahiran dwibahasa,beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.Maka dengan itu,saya menyeru

kepada semua rakan agar dapat menunjukkan sikap mulia dan terpuji ke arah mencapai keenamenam aspirasi negara kita Malaysia. Rakan-rakan, marilah kita menjadi anak yang baik kepada ibu bapa,murid yang berbudi pekerti kepada guru dan seterusnya satu bangsa yang terpuji di mata dunia .Lantas dengan itu dapatlah kita berbakti kepada negara.Semua itu berpunca daripada seorang guru yang mendidik kita. Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih cikgu atas bimbingan dan tunjur ajar cikgu. Selain itu saya mewakili murid-murid sekolah ini, ingin memohon maaf atas semua kesalahan dan kenakalan yang kami lakukan.Kami doakan guru-guru sekalian sentiasa berjaya dan sentiasa sihat. Sebelum saya mengundur diri,terima dua rangkap pantun daripada saya. Anak monyet tergaru-garu, Memanjat pokok huru-hara, Tidak kulupa jasamu guru, Berkorban tenaga untuk Negara. ------------Pohon seruntun,pohon markisa, Segar sentiasa sirih junjungan, Mengerah minda tak kira masa, Pengorbanan guru jadi sanjungan. Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai