Anda di halaman 1dari 33

1.

PENDAHULUAN

Menurut tokoh dalam bidang pendidikan jasmani seperti LeBlanc, B. Dan Lowy, S. (1994) serta Burton (1977), pergerakan asas merupakan proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar dan ia melibatkan gabungan psikomotor, kognitif dan afektif iaitu hubung kait motor penglihatan, motor-pendengaran, motor kinestatik dan motor-taktile. Namun, pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Kedua-duanya memberi penekanan kepada aspek-aspek ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan permainan dan kemahiran gimnastik. Pergerakan asas juga meliputi pergerakan lokomotor, iaitu kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan, berlari dan sebagainya. Sebaliknya pergerakan bukan lokomotor pula merujuk kepada kebolehan menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manik, mengangkat tangan, menghayun tangan dan sebagainya. Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan alatan. Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau dalam kumpulan. Namun, pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana yang dipilih. Pergerakan asas merupakan asas pengetahuan dan pemahaman tentang pergerakan yang membenarkan individu menadaptasi dan memodifikasi pergerakan untuk mencapai matlamat pergerakan yang spesifik.

2.0

LITAR RANGKAIAN PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR DENGAN MENGGUNAKAN ALATAN

Kumpulan Ahli kumpulan

: :

7 Pn Muniamah a/p Sanjirayan (ketua) Pn Premalatha a/p Krishan Pn Zera Jusnaria binti Jubir Pn Syahila binti Alias

Alatan

Bola besar dan pundi kacang.

BIL

AKTIVITI

CATATAN

1.

Pergerakan 1 (Bukan lokomotor).

Alat : Bola besar

1. Melambung dan menyambut bola dengan menggunakan kedua belah tangan sambil bertepuk tangan sebanyak 20 kali.

2.

Pergerakan 2 (Lokomotor).

Alat : Bola besar

1. Melambung bola ke atas dan menyambutnya semula menggunakan kedua belah tangan sambil berlari ulang alik sebanyak 20 kali.

3.

Pergerakan 3 (Bukan lokomotor).

Alat : Bola besar

1. Melantun bola dengan kedua belah tangan secara statik di ruang diri sebanyak 20 kali.

4.

Pergerakan 4 (Lokomotor).

Alat : Bola besar

1. Melantun bola menggunakan sebelah tangan sambil berjalan kearah pasangan di hadapan. 2. Pasangan akan melakukan aktiviti yang sama dengan bergerak ke arah peserta yang ketiga. 3. Pergerakan dilakukan sebanyak 20 kali. ( 4 peserta x 5 kali ulang alik)

5.

Pergerakan 5 (Bukan lokomotor).

Alat : Bola besar

1. Peserta duduk diatas peti tombol sambil mengepit bola dan mengangkat kaki sebanyak 20 kali.

6.

Pergerakan 6 (Lokomotor).

Alat : Bola besar

1. Menggolek bola di atas lantai ke arah pasangan sambil bergerak perlahan-lahan sebanyak 20 kali.

7.

Pergerakan 7 (Bukan lokomotor).

Alat : Bola besar

1. Menyepak bola secara statik ke arah hadapan sebanyak 20 kali.

8.

Pergerakan 8 (Lokomotor).

Alat : Bola besar

1. Mengilas badan ke kiri dan ke kanan sambil memberi bola kepada kawan di belakang. 2. Aktiviti dijalankan secara berkumpulan dimana setiap peserta perlu berbaris. 3. Peserta terakhir perlu berlari kehadapan dan meneruskan aktiviti yang sama sebanyak 20 kali.

9.

Pergerakan 9 (Bukan lokomotor).

Alat : Bola besar

1. Peserta membuat barisan. 2. Peserta pertama melentikkan badan ke belakang sambil memberi bola kepada peserta kedua dari arah atas. 3 Peserta kedua pula memberi bola kepada peserta ketiga dari arah bawah. 4. Aktiviti diteruskan sehingga peserta keempat, dan mengulang semula aktiviti dari arah belakang ke hadapan. 5. Setiap aktiviti dilakukan sebanyak 10 kali. (2 pergerakan x 10 kali = 20)

10.

Pergerakan 10 (Lokomotor).

Alat : Pundi kacang

1. Terbang sepertu burung melalui skital sambil mengimbang pundi kacang di kedua belah tapak tangan sebanyak 20 kali.

11.

Pergerakan 11 (Bukan lokomotor).

Alat : Pundi kacang

1. Baling pundi kacang dalam keadaan silang secara berpasangan sebanyak 20 kali secara bergilir-gilir.

12.

Pergerakan 12 (Lokomotor).

Alat : Pundi kacang

1. Mengengsot di atas tilam sambil membaling pundi kacang kepada kawan dan menyambutnya semula sehingga ke hujung tilam.

13.

Pergerakan 13 (Bukan lokomotor).

Alat : Pundi kacang

1. Lompat bintang sambil memegang pundi kacang sebanyak 20 lompatan.

14.

Pergerakan 14 (Lokomotor)

Alat : Pundi kacang

1. Melakukan pergerakan turun dan naik bangku sambil menatang pundi kacang di kiri dan kanan tapak tangan sebanyak 20 kali.

15.

Pergerakan 15 (Bukan lokomotor)

Alat : Pundi kacang

1. Mengalihkan pundi kacang dari tangan kanan ke tangan kiri melalui kepala sebanyak 20 kali.

16.

Pergerakan 16 (Lokomotor)

Alat : Pundi kacang

1. Tingting sebelah kaki sambil mengimbang pundi kacang di tapak tangan. 2. Tingting dengan kaki kanan sebanyak 10 kali dan kaki kiri sebanyak 10 kali.

17.

Pergerakan 17 (Bukan lokomotor)

Alat : Bola besar

1. Berdiri membelakangkan pasangan . 2. Menghulur bola ke atas , bawah, kiri, dan kanan sebanyak 20 kali.

18.

Pergerakan 18 (Lokomotor)

Alat : Pundi kacang

1. Lari zig-zag sambil membaling pundi kacang pada pasangan sebanyak 20 kali.

19.

Pergerakan 19 (Lokomotor)

Alat : Pundi kacang

1. Berlari atas bangku panjang sambil menimbang pundi kacang di kedua-dua belah tangan.

20.

Pergerakan 20 (Bukan lokomotor)

Alat : Bola besar

1. Duduk melunjur membelakangkan kawan secara berkumpulan berempat. 2. Kilas badan ke kiri dan ke kanan sambil menghantar bola kepada kawan sebanyak 20 kali.

3.0

PERGERAKAN ASAS LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

3.1

PERGERAKAN 1 (BUKAN LOKOMOTOR)

Foto 1 : melambung dan menyambut bola.

Pergerakan 1 merupakan pergerakan bukan lokomotor dengan manipulasi alatan iaitu bola besar. Pergerakannya ialah melambung dan menyambut bola dengan menggunakan kedua belah tangan sambil bertepuk tangan sebanyak 20 kali. Aktiviti ini dilakukan secara

berpasangan dan berusaha mendisiplinkan diri supaya bola dilambungkan ke atas dan menyambut bola dengan tepat semasa bola menuju ke bawah. Pergerakan melambung dan menyambut bola ini menguji daya tahan otot terutama otot bahagian tangan dan jari. Perlu menggunakan motor halus dan motor kasar. Ia juga

melibatkan koordinasi mata bagi menentukan apa yang tangan perlu lakukan seterusnya. Mata akan mengesan rangsangan dan merangsang perkembangan motor halus kerana perlu menggunakan otot tangan dan jari.

3.2

PERGERAKAN 2 (LOKOMOTOR)

Foto 2 : berlari, melambung dan menyambut bola.

Pergerakan 2 merupakan pergerakan lokomotor dengan manipulasi alatan iaitu bola besar. Pergerakannya ialah melambung bola ke atas dan menyambutnya semula menggunakan

kedua belah tangan sambil berlari ulang alik sebanyak 20 kali. Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan dan berusaha mendisiplinkan diri supaya bola dilambungkan keatas sebanyak 20 kali dan menyambut bola sebanyak 20 kali dengan tepat semasa bola menuju ke bawah. Pergerakan melambung dan menyambut bola ini menguji daya tahan otot terutama otot bahagian tangan dan jari. Perlu menggunakan motor halus dan motor kasar. Ia juga melibatkan koordinasi mata bagi menentukan apa yang tangan perlu lakukan seterusnya. Mata akan mengesan rangsangan dan merangsang perkembangan motor halus kerana perlu

menggunakan otot tangan dan jari.

3.3

PERGERAKAN 3 (BUKAN LOKOMOTOR)

Foto 3 : melantun bola.

Pergerakan 3 merupakan pergerakan bukan lokomotor dengan manipulasi alatan iaitu bola besar. Pergerakannya ialah melantun bola dengan kedua belah tangan secara statik di ruang diri sebanyak 20 kali. Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan dan berusaha mendisiplinkan diri supaya bola dilantun dengan kedua belah tangan sebanyak 20 kali dan tidak oleh berganjak dari tempat berdiri. Pergerakan melantun bola ini menguji daya tahan otot terutama otot bahagian tangan dan jari. Perkembangan motor yang terlibat di aktiviti ini ialah motor kasar. Koordinasi tangan digunakan untuk aktiviti ini. Ia juga melibatkan koordinasi mata bagi menentukan apa yang tangan perlu lakukan seterusnya. Mata akan mengesan rangsangan dan merangsang perkembangan motor kasar kerana perlu menggunakan otot tangan dan jari.

3.4

PERGERAKAN 4 (LOKOMOTOR)

Foto 4 : berjalan sambil melantun bola.

Pergerakan 4 merupakan pergerakan lokomotor dengan manipulasi alatan iaitu bola besar. Pergerakannya ialah melantun bola menggunakan sebelah tangan sambil berjalan ke arah

pasangan di hadapan. Pasangan akan melakukan aktiviti yang sama dengan bergerak ke arah peserta yang ketiga. Pergerakan dilakukan sebanyak 20 kali. ( 4 peserta x 5 kali ulang alik) Pergerakan melantun bola ini menguji daya tahan otot terutama otot bahagian tangan dan kaki. Perkembangan motor yang terlibat pada aktiviti ini ialah motor kasar. Koordinasi tangan dan kaki digunakan untuk aktiviti ini. Akan menggunakan kekuatan sebelah tangan untuk melantun bola manakala kaki berjalan untuk melangkah ke hadapan semasa melantunkan bola tersebut.

10

3.5

PERGERAKAN 5 (BUKAN LOKOMOTOR)

Foto 5 : mengepit bola di atas peti tombol.

Pergerakan 5 merupakan pergerakan bukan lokomotor dengan manipulasi alatan iaitu bola besar. Pergerakannya ialah duduk d iatas peti tombol sambil mengepit bola dan mengangkat kaki ke atas dan ke bawah sebanyak 20 kali. Pergerakan mengepit bola dan mengangkat kaki ini menguji daya tahan otot terutama otot bahagian kaki dan pinggang. Pergerakan asas ini membolehkan seseorang melatih kekuatan badan di samping menyeleraskan perkembangan anggota badan.

11

3.6

PERGERAKAN 6 (LOKOMOTOR)

Foto 6 : menggolek bola sambil bergerak.

Pergerakan 6 merupakan pergerakan lokomotor dengan manipulasi alatan iaitu bola besar. Pergerakannya ialah menggolek bola di atas lantai ke arah pasangan sambil bergerak perlahan-lahan sebanyak 20 kali. Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan dan dimulakan dengan satu pasangan dulu. Individu tersebut berusaha menggolek bola ke arah pasangannya. Kemudian kedua-dua pasangan ini akan bergerak secara perlahan lahan ke hadapan sambil menggolek bola ke pasangannya. Aktiviti ini menguji daya tahan otot bahagian kaki, tangan dan pinggang. Ia juga menilai koordinasi sesama pasangan itu.

12

3.7

PERGERAKAN 7 (BUKAN LOKOMOTOR)

Foto 7 : menyepak bola ke hadapan.

Pergerakan 7 merupakan pergerakan bukan lokomotor menggunakan bola besar. Aktiviti ini memerlukan seseorang individu untuk menyepak bola ke hadapan sebanyal 20 kali. Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan. Bola ditempatkan di satu tempat secara statk. Individu tersebut perlu menyepak bola ke hadapan ke arah pasangaan yang ditetapkan dengan tepat. Aktiviti ini menguji daya tahan otot bahagian kaki. Ia juga menilai teknik menyepak dan sasaran yang betul.

13

3.8

PERGERAKAN 8 (LOKOMOTOR)

Foto 8 : berlari dan mengilas bola dalam barisan.

Pergerakan 8 merupakan pergerakan lokomotor menggunakan bola besar.

Pergerakannya

ialah mengilas badan individu ke kiri dan ke kanan sambil memberi bola kepada rakan di belakang. Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan. Ia memerlukan setiap individu untuk berbaris menghadap ke hadapan. Ia dimulakan oleh individu di hadapan dengan mengilas badan ke kiri atau ke kanan sambil memberi bola kepada rakan di belakang. Ia dilakukan secara rangkaian sehingga ke individu terakhir di barisanbelakang. Individu terakhir yang memegang bola akan lari ke hadapan barisan dan memulakan semula rangkaian itu sebanyak 20 kali. Aktiviti ini menguji daya tahan otot bahagian tangan dan pinggang. Ia juga melatih setiap individu untuk bekerjasama secara kumpulan.

14

3.9

PERGERAKAN 9 (BUKAN LOKOMOTOR)

Foto 9 : menghulur bola ke atas dan ke bawah.

Pergerakan 9 merupakan pergerakan bukan lokomotor menggunakan bola besar . Semua peserta dikehendaki membuat satu barisan seramai 4 orang. Aktiviti ini memerlukan peserta pertama melentikkan badan ke belakang sambil memberi bola kepada peserta kedua dari arah atas. Peserta kedua pula memberi bola kepada peserta ketiga dari arah bawah. Aktiviti ini diteruskan sehingga peserta keempat. Setelah itu ia perlu diulang semula dari arah belakang ke hadapan. Setiap aktiviti dilakukan sebanyak 10 kali(2 pergerakan x 10 kali = 20). Aktiviti ini menguatkan otot bahagian tangan, tulang belakang dan pinggang. Ia perlu dilakukan dengan koordinasi yang betul dan secara cepat.

15

3.10

PERGERAKAN 10 (LOKOMOTOR)

Foto 10 : berlari seperti burung melalui skital.

Pergerakan 10 merupakan pergerakan lokomotor dengan menggunakan pundi kacang. Pergerakan ini memerlukan seseorang untuk terbang seperti burung melalui skital sambil mengimbang pundi kacang. Aktiviti ini dilakukan secara kumpulan seramai 4 orang. Setiap individu diberi pundi kacang untuk diimbang di kedua-dua tangan dan perlu membuat pergerakan seperti burung melalui skital. Aktiviti ini diulang sebanyak 20 kali. Aktiviti ini melatih otot bahagian kaki dan tangan. Ini juga menguji daya pengimbangan kita dan konsentrasi seseorang. Antara tujuan pergerakan ini adalah untuk bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran.

16

3.11

PERGERAKAN 11 (BUKAN LOKOMOTOR).

Foto 11 : membaling pundi kacang.

Pergerakan 11 untuk aktiviti bukan lokomotor ini adalah merupakan aktiviti membaling pundi kacang kepada pasangan dalam keadaan silang sebanyak 20 kali secara bergilir-gilir. Peserta pertama membaling pundi kacang kepada pasangannya dan pasangan tersebut menyambutnya serta membaling semula kepada pasangan tadi. Dalam aktiviti ini peserta dapat memahirkan diri tentang kemahiran asas menghantar dan menerima pundi kacang. Peserta perlu berada dalam keadaan sedia dan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyambut pundi kacang dari pasangannya. Kemahiran ini boleh diaplikasikan dalam permainan bola baling. Anggota badan yang terlibat semasa melakukan aktiviti ini ialah tangan yang melibatkan tiga otot utama bahagian atas badan iaitu Triseps, Deltoid dan Trapezius.

17

3.12

PERGERAKAN 12 (LOKOMOTOR).

Foto 12 : mengengsot sambil membaling pundi kacang.

Pergerakan 12 untuk aktiviti lokomotor ialah mengengsot di atas tilam sambil membaling pundi kacang kepada kawan dihadapan dan menyambutnya semula. Aktiviti yang sama diteruskan sehingga ke hujung tilam. Setiap peserta perlu duduk sambil meluruskan kaki ke depan dan bergerak mengalihkan badan ke kanan. Kedua-dua tangan diletakkan di sisi badan untuk menampung berat badan semasa mengalihkan punggung, manakala otot bahagian bawah kaki diperlukan untuk mengalihkan kaki yang berada dalam keadaan lurus. Kekuatan otot tangan dan otot punggung amat diperlukan bagi membolehkan badan digerakkan. Kemahiran membaling dan menyambut juga turut diterapkan semasa menjalankan aktiviti ini. Peserta juga perlu membaling pundi kacang kepada kawan di hadapannya dan menyambut semula pundi kacang itu sebelum mengengsot menggerakkan badan ke kanan.

18

3.13

PERGERAKAN 13 (BUKAN LOKOMOTOR).

Foto 13 : melompat bintang sambil pegang pundi kacang.

Pergerakan 13 untuk aktiviti bukan lokomotor ini ialah lompat bintang sambil memegang pundi kacang. Setiap peserta perlu melakukan lompatan sebanyak 20 kali. Lompatan dilakukan

secara serentak dengan kiraan yang sama untuk mendapatkan keseragaman lompatan. Lompat bintang dilakukan dengan melibatkan berbagai otot tubuh, diantaranya adalah otot lengan, bahu, dada, betis dan otot lutut. Lompat bintang juga adalah salah satu latihan yang dapat melatih otot bahagian atas tubuh dan bahagian bawah tubuh. Oleh itu aktiviti seperti lompat bintang ini jika dilakukan secara rutin akan membantu dalam usaha peningkatan stamina, kelenturan, koordinasi dan keseimbangan tubuh seseorang. Hal ini juga akan dapat melatih otak untuk berfikir dengan cepat dan tepat. Dengan kata lain, lompat bintang dapat meningkatkan kemampuan koordinasi tubuh, memperbaiki kemampuan gerak reflex dan keseimbangan tubuh.

19

3.14

PERGERAKAN 14 (LOKOMOTOR)

Foto 14 : turun dan naik bangku sambil menatang pundi kacang.

Aktiviti lokomotor untuk pergerakan 14 ini adalah melakukan pergerakan turun dan naik sepanjang bangku sambil menatang pundi kacang di kiri dan kanan tapak tangan sebanyak 20 kali. Untuk melakukan pergerakan dengan dengan cara betul, naikkan kaki kanan ke atas bangku diikuti dengan kaki kiri. Kemudian berdiri tegak di atas bangku dan turunkan kaki kanan ke lantai diikuti dengan kaki kiri. Pergerakan ini memerlukan peserta untuk bergerak dari hujung bangku ke hujung bangku. Aktiviti ini sering dilakukan oleh atlit sukan olahraga untuk meningkatkan daya tahan kardiavaskular dan daya tahan otot. Otot yang terlibat semasa melakukan pergerakan turun dan naik ini adalah otot dibahagian kaki manakala otot dibahagian tangan digunakan untuk menatang pundi kacang. Menatang pundi kacang memerlukan keseimbangan tangan agar pundi kacang tersebut pada kedudukan yang stabil dan tidak jatuh. Kelebihan melakukan pergerakan ini turun dan naik bangku ini selain meningkatkan daya tahan kardiovaskular ialah untuk menguatkan otot kaki dan meningkatkan tahap stamina seseorang individu. 20

3.15

PERGERAKAN 15 (BUKAN LOKOMOTOR)

Foto 15 : mengalihkan pundi kacang melalui kepala.

Aktiviti yang dijalankan ialah mengalihkan pundi kacang dari tangan kanan ke tangan

kiri

melalui kepala sebanyak 20 kali. Aktiviti ini melibatkan regangan tangan dan regangan sisi. Tangan kanan dan bahagian sisi kanan perlu diregangkan ke arah tangan kiri sambil memindahkan pundi kacang. Seterusnya tangan kiri dan bahagian sisi kiri pula melakukan regangan yang sama untuk memindahkan pundi kacang ke tangan kanan. Aktiviti dijalankan sebanyak 20 kali sehingga terasa regangan di tangan dan bahagian sisi badan. Aktiviti ini adalah merupakan salah satu aktiviti yang dapat meningkatkan tahap fleksibiliti diri. Fleksibiliti ialah keupayaan meregangkan otot dan menggerakkan sendi-sendi dengan bebas. Aktiviti ini memberi tumpuan kepada otot-otot bahagian atas anggota badan. Otot-otot utama yang terlibat dalam aktiviti yang melibatkan fleksibiliti ini ialah Triseps, Deltoid dan Trapezius. Aktiviti regangan ini perlu kerap dilakukan untuk meningkatkan atau mengekalkan tahap fleksibiliti kita.

21

3.16

PERGERAKAN 16 (LOKOMOTOR)

Foto 16 : melompat ketingting sambil mengimbang pundi kacang.

Pergerakan 16 merupakan pergerakan lokomotor dengan manipulasi alatan iaitu pundi kacang. Pergerakannya ialah melompat ketingting sambil mengimbang pundi kacang di kedua-dua belah tapak tangan. Melompat ketingting dimulakan dengan menggunakan kaki kanan sahaja sehingga dua puluh kali dan kemudian menukar kaki kiri pula sebanyak dua puluh kali. Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan dan berusaha mendisiplinkan diri supaya tidak mengeluarkan bunyi tapak kasut yang kuat. Pergerakan melompat ketingting ini menguji daya tahan otot terutama otot bahagian kaki. Pergerakan asas ini membolehkan seseorang melatih kekuatan badan di samping Ianya melatih kita untuk

menyelaraskan perkembangan anggota badan yang ringkas.

melakukan setiap kemahiran asas dengan betul, serta meningkatkan keupayaan mengawal imbangan diri.

22

3.17

PERGERAKAN 17 (BUKAN LOKOMOTOR)

Foto 17 : berdiri membelakang sambil menghulur bola.

Pergerakan 17 merupakan pergerakan bukan lokomotor dengan manipulasi alatan iaitu bola besar. Aktiviti ini dilakukan secara membelakangkan pasangan. Dimulakan dengan berdiri sambil menghulurkan tangan ke atas untuk mengambil bola dari pasangan. Kemudian

membongkok sambil menghulurkan bola kepada pasangan melalui kedua belah kaki. Seterusnya bola akan diserahkan kepada pasangan dengan menghayunkan kedua belah tangan ke kiri dan ke kanan sebanyak dua puluh kali. Pergerakan asas ini melibatkan kemahiran berdiri statik, membongkok dan

menghayunkan tangan ke atas, ke kiri dan ke kanan. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk melatih melakukan kemahiran asas dengan cara yang betul dan selamat serta untuk menjaga dan mendapatkan postur yang baik dalam pergerakan. Aktiviti ini juga dapat mengaplikasikan pergerakan asas dalam kehidupan seharian dengan lebih berkesan.

23

3.18

PERGERAKAN 18 (LOKOMOTOR)

Foto 18 : membaling pundi kacang dan berlari zig-zag.

Pergerakan 18 merupakan pergerakan lokomotor dengan manipulasi alatan iaitu pundi kacang. Pergerakan ini melibatkan kemahiran berlari zig-zag. Permulaannya ialah dengan membaling pundi kacang ke arah pasangan yang berada di hadapan dan seterusnya berlari dalam bentuk zig-zag menuju ke arah pasangan tadi. Pergerakan ini diteruskan dengan ahli kumpulan yang lain pula sehingga habis giliran masing-masing. Pergerakan asas ini melibatkan kemahiran membaling dan berlari. Aktiviti ini menguji daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot pada bahagian kaki. Antara tujuan pergerakan ini adalah untuk meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan dan melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik.

24

3.19

PERGERAKAN 19 (LOKOMOTOR)

Foto 19 : berlari di atas bangku sambil mengimbang pundi kacang.

Pergerakan 19 merupakan pergerakan lokomotor dengan manipulasi alatan iaitu pundi kacang dan bangku panjang. Pergerakan ini melibatkan kemahiran berlari. Pergerakan ini memerlukan peserta berlari di atas bangku panjang sambil mengimbang pundi kacang di kedua-dua belah tapak tangan. Pergerakan ini diikuti dengan ahli kumpulan yang lain pula sehingga beberapa pusingan. Pergerakan asas ini melibatkan kemahiran manipulasi alatan dan berlari. Aktiviti ini menguji daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot pada bahagian tangan. Antara tujuan pergerakan ini adalah untuk bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran serta memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar.

25

3.20

PERGERAKAN 20 (BUKAN LOKOMOTOR)

Foto 20 : melunjur sambil mengilas bola ke kiri dan kanan.

Pergerakan 20 merupakan pergerakan bukan lokomotor dengan manipulasi alatan iaitu bola besar. Pergerakan ini melibatkan kemahiran melunjur dan mengilas. Pergerakan ini

memerlukan peserta duduk melunjur membelakangkan kawan secara berkumpulan berempat. Badan akan dikilas ke kiri untuk menghulur bola kepada ahli kumpulan lain dan kemudian badan dikilas ke kanan pula untuk menerima bola daripada rakan yang lain pula. Pergerakan asas ini melibatkan kemahiran manipulasi alatan dan mengilas badan. Aktiviti ini menguji kecergasan kelenturan badan dan daya tahan otot pada bahagian tangan. Antara tujuan pergerakan ini adalah untuk melakukan kemahiran asas dengan cara yang betul dan selamat serta memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar.

26

4.0

RUMUSAN

Kesimpulannya, aktiviti senaman lantai ini telah banyak meningkatkan kefahaman mengenai konsep pergerakan asas yang terdiri daripada tiga komponen utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan memanipulasi alatan. Amali ini merangkumi pergerakan memanipulasikan alatan dan ia sangat penting kerana merupakan asas untuk melakukan pergerakan yang lebih kompleks untuk diamalkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian manusia dan tujuan sukan. Dalam pergerakan lokomotor, individu perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain manakala pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan. Pergerakan lokomotor dan manipulasi alatan sangat penting kerana ia merupakan asas untuk mencipta pergerakan yang lebih kompleks bagi tujuan sukan dan kehidupan seharian. Sebab itulah pergerakan asas diterapkan kepada pelajar di sekolah rendah supaya mereka dapat menguasai dan memahirkan diri dalam melakukan pergerakan yang lebih kompleks. Tujuan ujian senaman lantai ini adalah supaya pengetahuan dan kefahaman variasi pergerakan asas dapat didalami dan dipraktikkan untuk tujuan pengajaran kelak. Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Dalam aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor, kebaikan dan nilai-nilai positif akan dapat dipupuk dalam diri sendiri dan kanak-kanak sama ada yang melibatkan aktiviti berkumpulan, kelas mahupun individu boleh digunakan dalam melaksanakan sebarang aktiviti. Pendidikan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor juga boleh memberi manfaat kepada kesihatan diri. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi. Dengan cara memanipulasikan alatan, pergerakan asas akan lebih menarik dan proaktif di samping dapat menimba pelbagai faedah dan ilmu baru daripada setiap pergerakan yang dijalankan. Akhirnya, mudah-mudahan tugasan ujian amali Pergerakan Asas (PJM3102) ini menjadi pedoman kepada orang lain untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti dan seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi serta kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu perancangan.

27

BIBLIOGRAFI

Abdul Hafidz bin Hj Omar, Husain bin Ayob dan Zalawati binti Sufian (2009). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan, Buku Teks. Semenyeh, Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka. Analisis Pergerakan, diperoleh pada 6 Oktober 2013, daripada; http://www.scribd.com/doc/62585987/ANALISIS-PERGERAKAN Borhannudin bin Abdullah, Abdul Razak bin Sulaiman, Mohd. Fauzi bin Abd. Rahman dan Hamizon bin Hamid (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Tahun 5, Sekolah Kebangsaan, Buku Panduan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajang, Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka. Eng Hoe ( 1994 ), Pengajaran Pendidikan Jasmani. Selangor :Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kemahiran Pergerakan Asas pada 5 Oktober 2013 daripada; http://www.slideshare.net/kerolaiman/laporan-kemahiran-dalam-pergerakan-asaskplism-jan-2012 Modul Program Pensiswazahan Guru (PPG). Institut Pendidikan Guru, KPM (2011). PJM3102 Pergerakan Asas, Cyberjaya. IPGKBM Objektif Pergerakan Asas pada 5 Oktober 2013 daripada; http://kami-guru.blogspot.com/2012/09/kerta-kerja-pergerakan-asas.html Pergerakan Asas pada 5 Oktober 2013 daripada; http://pjthepioneering.blogspot.com/2010/11/assignment-pergerakan-asas.html Pergerakan Asas pada 5 Oktober 2013 daripada; http://www.slideshare.net/tembuakar1/ct11210424-td10003-t3 Ramakrishnan, P. Y. ( 1998 ), Pendidikan Pergerakan Mudah. Shah Alam :Fajar Bakti Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe ( 2001 ), Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.Wee

28

REFLEKSI - MUNIAMAH A/P SANJIRAYAN

Saya Muniamah A/ P Sanjirayan bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini untuk melengkapkan kursus pendidikan jasmani dan kesihatan walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan kursus pendek yang bertajuk Litar

tugas seharian. Saya telah diberi tugasan kerja

Rangkaian Pergerakan Lokomotor Dan Bukan Lokomotor dengan menggunakan manipulasi alatan. Maklumat mengenai kerja kursus ini mudah diperolehi dari pelbagai sumber seperti menerusi internet, buku dan majalah untuk difahami oleh semua golongan terutamanya golongan kanak-kanak dan pelajar-pelajar sekolah. Pergerakan asas ini merupakan salah satu tugasan yang agak mencabar kerana kami perlu merancang pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasi alatan. Walaubagaimanapun, tugasan ini berjaya dilaksanakan melalui kerjasama dan perkongsian idea antara ahli kumpulan. Aktiviti ini sebenarnya mengajar kami untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis dalam merancang ativiti supaya dapat diaplikasikan semasa di sekolah kelak. Aktiviti ini juga sebenarnya membantu kami dalam menggunakan alatan dengan cara yang betul kerana sebelum ini kami menggunakannya dengan cara yang kurang tepat.

Tugasan ini juga telah memberikan kami pengalaman yang berguna dan dapat diaplikasikan di sekolah kelak. Aktiviti pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor ini penting bagi murid-murid agar mereka dapat membezakan kedua-dua pergerakan tersebut. Di samping itu, kami dapat belajar merancang aktiviti pergerakan asas dengan menggunakan istilah-istilah yang betul. Hal ini kerana, sebelum ini kami menganggap istilah melontar dan membaling adalah pergerakan yang sama. Setelah diberi penerangan dengan jelas oleh En. Hamzah, kami berjaya menguasai istilah-istilah tersebut serta dapat mengaplikasikan di sekolah kelak tanpa ragu-ragu.

Pada keseluruhannya, tugasan ini agak mencabar kerana kami agak keliru dengan pergerakan secara kumpulan dan individu serta cara memanipulasi alatan. Di samping itu, kami dapat meningkatkan daya ketahanan otot-otot badan sepanjang melaksanakan aktiviti pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasi alatan ini. Tugasan ini memberikan kami pengetahuan dan pengalaman baru sepanjang merancang aktiviti ini. 29

REFLEKSI - PREMALATHA A/P KRISHAN

Syukur kepada Tuhan kerana berjaya saya menyiapkan tugasan amali pergerakan asas yang telah diberikan oleh pensyarah. Segalanya bermula dengan penerangan oleh pensyarah mengenai tugasan ini. Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah kerana saya diberi peluang untuk mempelajari pergerakan asas yang amat menarik ini. Kami jarang mempunyai peluang untuk mempelajari teknik-teknik ini. Namun sekarang, kami dibekalkan dengan beberapa alatan serta bimbingan pensyarah yang berpengalaman dalam bidang ini.

Melalui aktiviti ini, saya telah memahami teknik-teknik pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan. Setiap pergerakan adalah unik dan melibatkan keseragaman serta kelinciran pergerakan.

Selain itu, aktiviti ini telah meningkatkan kreativiti saya terutamanya dalam mencipta pergerakan-pergerakan bagi setiap stesen yang disediakan. Saya mencipta cara unik untuk memanipulatifkan alatan iaitu bola dan pundi kacang, tukar alatan serta pergerakan yang cantik. Jadi, saya rasa ini adalah peluang yang baik untuk menguji kreativiti serta menambah nilai estetika kami.

Saya juga berlajar untuk berani mencuba. Jika kita berani mencuba, barulah kita akan mendapat hasil. Pada permulaannya, saya malu membuat pergerakan di depan orang ramai. Namun atas bimbingan pensyarah, saya berani mencuba setiap pergerakan dan akhirnya berjaya mengatasi halangan mental dalam diri saya. Pensyarah juga sabar dan prihatin dalam mengajar, memberi idea serta memperbetulkan setiap pergerakan kami.

Keseluruhannya, saya memang telah banyak mempelajari serta mendapat ilmu pengetahuan tentang pergerakan asas daripada aktiviti ini sama ada dari buku, bimbingan pensyarah, latihan serta ujian amali pergerakan asas. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada penyarah.

30

REFLEKSI - ZERA JUSNARIA BINTI JUBIR (751107-10-5900)

Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor merupakan asas kepada pergerakan kanak-kanak. Pergerakan lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat seharusnya dititikberatkan pada pendidikan awal kanak-kanak lagi kerana kanak-kanak lazimnya gemar melakukan aktiviti yang mencabar. Namun begitu, kepentingan pergerakan bukan lokomotor juga tidak seharusnya diabaikan. Ia mengajar kanak-kanak menguasai keseimbangan tubuh badan dan sebagainya. Begitu juga tidak kurang pentingnya dengan manipulasi alatan. Kemahiran ini adalah penting bagi membolehkan kanak-kanak memperlaku, mengawal dan mengendalikan objek-objek yang berbeza saiz, bentuk dan komposisi seperti pundi kacang, bola, gelung rotan dan sebagainya. Aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang menggunakan manipilasi alatan ini ternyata amat menyeronokkan dan memberi maklumat serta pengetahuan baru tentang pergerakan asas. Contohnya lompatan ketingting yang memerlukan persediaan melompat dengan teknik yang betul memerlukan kekuatan kaki. Begitu dengan dengan lompat bintang, turun naik bangku, mengilas dan sebagainya. Adalah penting untuk mendapat banyak pendedahan dan latihan untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Terdapat banyak kebaikan dan faedah yang boleh didapati daripada aktiviti ini, antaranya ialah menguji para peserta akan kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan dengan cara yang betul serta dapat menggabungkan pergerakan menggunakan seluruh anggota badan dalam melakukan sesuatu pergerakan. Selain itu dapat memupuk nilai kesungguhan, keyakinan, keberanian dan semangat berpasukan semasa melakukan sesuatu aktiviti . Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti. Antaranya ialah kurang pengetahuan tentang teknik yang betul untuk melakukan pergerakan tertentu, menyebabkan beberapa teguran telah diberi oleh pensyarah iaitu Encik Hamzah bin Serimun. Latihan yang terhad juga menyebabkan berlakunya kesilapan semasa melakukan pergerakan. Sebagai penambahbaikan, peserta perlu meningkatkan pengetahuan tentang teknik dan cara pergerakan yang betul samada secara teori dan praktikal untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan diri.

31

REFLEKSI - SYAHILA BINTI ALIAS (740228-05-5512) Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan izinNya saya telah berjaya menamatkan tugasan PJM3102 ini. Pergerakan asas ini merupakan salah satu tugasan yang agak

mencabar kerana saya perlu merancang pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasi alatan bersama rakan kumpulan kemudian melaksanakannya sebagai ujian amali. Walaubagaimanapun, tugasan ini berjaya dilaksanakan melalui kerjasama dan perkongsian idea antara pensyarah pembimbing dan ahli kumpulan. Melalui pergerakan asas yang telah dilaksanakan ini sebenarnya memberi banyak kesan positif kepada saya. Bermula dari merancang pergerakan asas, saya dapat

membezakan antara pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dan mengajar saya untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis dalam merancang aktiviti supaya dapat diaplikasikan semasa di sekolah. Aktiviti ini juga membantu saya dalam menggunakan alatan dengan cara yang betul dan selamat. Di samping itu, semasa dalam proses mencipta pergerakan dalam stesen-stesen tertentu, ia telah mencungkil kreativiti saya dan menjana idea yang baru dengan mewujudkan kesedaran diri, ruang, tempat, keseimbangan dan koordinasi dengan menggunakan berbagai bahagian tubuh badan. Oleh itu, tugasan ini sebenarnya banyak membantu saya dalam

memupuk kesungguhan, keyakinan dan sikap optimis bagi melahirkan guru yang kreatif dan berfikiran luas dalam merancang aktiviti yang menarik serta bersesuaian dengan tahap keupayaan. Pada hakikatnya, tugasan ini agak mencabar kerana saya dan rakan mempunyai masa yang singkat untuk berlatih bersama bagi mendapatkan variasi pergerakan yang sama. Cabaran yang lain ialah kesediaan untuk melaksanakan ujian ini agak terbatas kerana faktor usia dan jarang sekali melakukan pergerakan asas dengan manipulasi alatan sebelum ini. Seterusnya kekangan masa untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengumpul bahan tugasan iaitu pemurnian tugasan, mencetak tugasan dan menyediakan movie maker amat dirasai. Namun, segalanya dapat diatasi dengan adanya bimbingan daripada pensyarah; Encik Hamzah dan kerjasama yang jitu daripada ahli kumpulan. Akhirnya, saya dapat meningkatkan daya ketahanan otot-otot badan sepanjang melaksanakan aktiviti pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasi alatan ini. Tugasan ini juga memberikan saya pengetahuan dan pengalaman baru serta keseronokan sepanjang ujian dan tugasan ini dilaksanakan dengan sempurnanya. 32

LAMPIRAN MOVIE MAKER SEPANJANG UJIAN SENAMAN LANTAI.

33

Anda mungkin juga menyukai