Anda di halaman 1dari 3

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar Kursus & Ambilan Tempoh Praktikum Pengkhususan

: NUR FAZLIN BINTI ZULKIPLI : PISMP AMBILAN JAN 2011 : 12 MINGGU : PEND. PEMULIHAN PR (1)

Catatan Minggu ke : (11). Tarikh: 13 APRIL hingga 17 APRIL 2014

MASALAH : Murid tidak membawa buku teks dan buku aktiviti.

Pada minggu ini saya ingin membincangkan tentang masalah yang sering dihadapi oleh semua guru iaitu murid tidak membawa buku teks dan buku aktiviti ke sekolah. Masalah ini berlaku bukan hanya pada murid tahap satu tetapi berlaku juga pada murid tahun dua. Perkara ini menjadi lebih teruk apabila murid-murid tidak dapat belajar dengan baik disebabkan tiada buku teks dan buku aktiviti.

ANALISIS

Saya merasakan masalah ini berlaku dengan beberapa sebab diantaranya adalah :

1) Kurangnya kesedaran murid untuk merancang pembelajaran yang akan mereka belajar di sekolah. Murid-murid sentiasa akan terlupa jika tidak diberikan penekanan dalam sesuatu perkara. Dengan sebab itu, mereka ini mestilah sentiasa diberi peringatan supaya mereka tidak lagi terlupa.

2) Buku yang ada pada murid hilang di rumah atau di sekolah. Bagi murid sekolah rendah, mereka tidak menjaga barang peribadi mereka dengan baik terutamanya bagi murid tahap satu. 3) Ibu bapa tidak mengambil berat tentang buku aktiviti anak-anak mereka. Kebanyakkan murid ini, merka hanya mengharapkan ibu bapa mereka

menyediakan kelengkapan persekolahan mereka pada setiap pagi. Jika begitu, ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang buku anak mereka, nescaya murid tidak dapat membawa buku yang sepatutnya.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

masalah-masalah yang disebut diatas, ada beberapa cadangan untuk memperbaiki masalah ini diantaranya adalah :

1)

Saya mestilah memainkan peranan yang penting untuk mengingatkan muridmurid sentiasa membawa buku teks dan buku aktiviti ke sekolah. Jika muridmurid tidak membawa buku ke sekolah guru boleh mendenda murid seperti menyuruh murid membuat latihan yang lebih dari murid yang lain.

2)

Saya juga boleh membuat arahan kepada murid seperti contoh setiap murid tidak dibenarkan membawa balik buku teks dan buku aktiviti ke rumah. Setiap buku teks dan buku aktiviti mesti diletakkan di belakang kelas ataupun di dalam almari. Sistem ini akan dapat mengelakkan murid-murid yang tidak membawa buku ke sekolah.

TEMPOH MASA

Untuk mengatasi masalah ini saya memerlukan masa selama seminggu untuk saya membuat rancangan dan melaksanakan pada murid-murid supaya mereka tidak lagi terlupa membawa buku ke sekolah. .

TINDAKAN SUSULAN

Untuk mencapai objektif yang diinginkan, saya akan terus menerus memberi arahan kepada murid supaya mereka tidak lagi terlupa membawa buku teks dan buku aktiviti ke sekolah. Saya akan memperingati murid selalu dan akan memberikan denda kepada murid yang tidak membawa buku teks dan buku aktiviti ke sekolah.

PENILAIAN KEJAYAAN Antara pengukur kejayaan yang dapat saya lihat adalah murid-murid tidak lagi terlupa membawa buku teks dan buku aktiviti ke sekolah. Hasil kejayaan ini dapat dicapai apabila saya berterusan memperingati murid-murid supaya sentiasa membawa buku ke sekolah. Murid yang degil akan didenda membuat latihan yang banyak. Selepas itu murid tidak lagi terlupa membawa buku ke sekolah.

Anda mungkin juga menyukai