Anda di halaman 1dari 21

KURSUS:

VEA 3086: TANAMAN INDUSTRI

KUMPULAN: UPSI01 (A131PJJ) NAMA: MARWAN BIN MARSAUN NO. MATRIK: D20102045503 NO. TELEFON : 019-2644773
TAJUK TUGASAN: TUGASAN 2 LAWATAN LADANG

PENSYARAH: PN SITI FAIRUZ BINTI YUSUFF Jabatan Pertanian Fakulti Teknik dan Vokasional UPSI, 35900, Tg. Malim, Perak

Kelapa Sawit Elaeis guineensis


Pokok Kelapa Sawit merupakan sejenis pokok monokotiledon. Oleh itu morfologi pokok ini seperti daun, batang, buah, bunga, dan akar mempunyai ciri-ciri jenis Monokotiledon.

Daunnya merupakan daun majmuk jenis selari yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20 daun. Luas permukaan daun sangat berpengaruh terhadap produktiviti hasil tanaman. Semakin luas permukaan daun maka produktiviti hasil tanaman akan semakin tinggi. Hal ini terjadi kerana proses fotosintesis akan berjalan dengan baik pada jumlah daun yang banyak, namun luas permukaan daun yang melebihi titik optimum. Ia menyebabkan laju transpirasi tanaman tinggi, pemborosan fotosintesis untuk pertumbuhan vegetatif daun, dan penurunan produktiviti hasil tanaman. Proses fotosintesis akan optimum jika luas permukaan daun mencapai 11 meter persegi.

Buahnya berupa tandan, serta bercabang banyak. Buahnya kecil dan apabila masak, berwarna merah kehitaman. Daging buahnya padat. Daging dan kulit buahnya mengandungi minyak. Minyaknya itu digunakan sebagai bahan minyak goreng, sabun, dan lilin. Hampasnya dimanfaatkan untuk makanan ternak, khususnya sebagai salah satu bahan pembuatan makanan ayam. Tempurungnya digunakan sebagai bahan bakar dan arang. Buah terdiri dari tiga lapisan:* Eksoskarp - bahagian kulit buah berwarna kemerahan dan licin.* Mesoskarp - serabut buah* Endoskarp - cangkang pelindung inti

Bunganya berbentuk rumpun yang padat. Setiap bunganya kecil sahaja, dengan tiga sepal dan tiga kelopak. Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan untuk masak dari masa pendebungaan. Ia terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya dengan minyak. Berbanding dengan saudaranya, kelapa, kelapa sawit tidak menghasilkan tunas susur. Pembiakannya adalah melalui penyemaian biji-biji.

Akar serabut tanaman kelapa sawit mengarah ke bawah dan samping. Selain itu juga terdapat beberapa akar napas yang tumbuh mengarah ke samping atas untuk mendapatkan tambahan serasi. Akar serabut memiliki sedikit percabangan, membentuk anyaman rapat dan tebal. Sebahagian akar serabut tumbuh urus ke bawah dan sebahagian tumbuh mendatar ke arah samping. Akar tanaman kelapa sawit dapat menembus hingga kedalaman 8 meter di dalam tanah, sedangkan yang tumbuh biasanya mencapai radius 16 m. Kedalaman ini bergantung umur tanaman, genetik, sistem pemeliharaan, dan tanah.

Batang tanaman diselimuti bekas pelepah hingga umur 12 tahun. Setelah umur 12 tahun pelapah yang mengering akan terlepas sehingga penampilan menjadi mirip dengan kelapa. Batang kelapa sawit tumbuh tegak lurus (phototropi) dan dibungkus oleh pelepah daun. Bahagian bawah batang umumnya lebih besar dibandingkan dengan bahagian atasnya. Hingga umur tanaman tiga tahun, batang kelapa sawit masih belum dapat terlihat kerana masih terbungkus oleh pelepah daun.

Meningkatkan penekanan terhadap aspek pengurusan ladang supaya semua amalan agronomi dipatuhi dan diikuti dengan sepenuhnya, sempurna dan berkesan selaras dengan konsep 'Good Agronomic Practices' (GAP) yang menjadi teras dalam semua aktiviti ladang. Cara atau kaedah pembajaan juga akan diteliti semula supaya lebih cekap dan berkesan terutamanya bagi kawasan berbukit dan mempunyai hakisan yang kuat serta hujan yang tinggi seperti penggunaan baja sebatian atau pun kaedah pembajaan secara 'sub-soil'. Memastikan sistem saliran dan perparitan di semua ladang khususnya di kawasan rata, paya dan gambut diperkemaskan dan dilaksanakan kerjakerja penjagaan setiap tahun bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan air serta mengoptimumkan pH tanah kearah yang diperlukan oleh tanaman sawit.

Pokok Kelapa Sawit adalah sejenis pokok monokotiledon. Di mana morfologi daun, bunga, buah, akar dan batang mempunyai ciri-ciri monokotiledon. Daunnya mempunyai urat selari manakala batangya bersifat lembut dan diliputi pelepah daun. Bunganya pula terdiri daripada jantan dan betina yang menghasilkan buah berbentuk satu biji benih. Pokok kelapa sawit mempunyai akar yang serabut.

Kelapa Cocos nucifera


Pokok Kelapa merupakan sejenis pokok monokotiledon. Oleh itu morfologi pokok ini seperti daun, batang, buah, bunga, dan akar mempunyai ciri-ciri jenis Monokotiledon.

Tanaman kelapa memiliki daun (frond) yang menyerupai bulu burung atau ayam. Di bahagian pangkal pelepah daun terbentuk dua baris duri yang sangat tajam dan keras di kedua sisinya. Anak-anak daun (foliage leaflet) tersusun berbaris dua sampai ke hujung daun. Di tengah-tengah setiap anak daun terbentuk lidi sebagai tulang daun.

Buah kelapa tersusun dari kulit buah yang licin dan keras (epicrap), daging buah (mesocrap) dari susunan serabut (fibre) dan mengandung minyak, kulit biji (endocrap) atau cangkang atau tempurung yang berwarna hitam dan keras, daging biji (endosperm) yang berwarna putih dan mengandungi minyak, serta lembaga (embryo). Lembaga (embryo) yang keluar dari kulit biji akan berkembang ke dua arah.

Tanaman kelapa yang berumur tiga tahun sudah mulai dewasa dan mulai mengeluarkan bunga jantan atau bunga betina. Bunga jantan berbentuk lonjong memanjang, sedangkan bunga betina agak bulat. Tanaman kelapa mengadakan penyerbukan silang (cross pollination).

Kelapa merupakan tumbuhan monokotiledon yang tidak memiliki akar tunjang. Radikula (bakar akar) pada bibit terus tumbuh memanjang ke arah bawah selama enam bulan terus-menerus dan panjang akarnya mencapai 15 cm. Akar primer kelapa terus berkembang. Susunan akar kelapa terdiri dari serabut primer yang tumbuh vertikal ke dalam tanah dan horizontal. Serabut primer ini akan bercabang manjadi akar sekunder ke atas dan ke bawah. Akhirnya, cabang-cabang ini juga akan bercabang lagi menjadi akar tertier. Kedalaman perakaran tanaman kelapa bisa mencapai 8 meter dan 16 meter secara horizontal.

Tanaman kelapa umumnya memiliki batang yang tidak bercabang. Pada pertumbuhan awal setelah fasa muda (seedling) terjadi pembentukan batang yang melebar tanpa terjadi pemanjangan internodia (ruas). Titik tumbuh batang kelapa terletak di pucuk batang, terbenam di dalam tajuk daun, berbentuk seperti kubis dan enak dimakan. Pada batang tanaman kelapa terdapat pangkal pelepah-pelepah daun yang melekat kukuh dan sukar terlepas walaupun daun telah kering dan mati. Pada tanaman tua, pangkalpangkal pelepah yang masih tertinggal di batang akan terkelupas, sehingga batang kelapa tampak berwarna hitam beruas.

FAMA juga perlu membantu buat matching pekebun kecil dengan pengilang pemprosesan kelapa bagi membolehkan pekebun-pekebun menjual kelapa secara terus kepada pengilang. FAMA dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) akan meningkatkan pembelian kelapa daripada pekebun kecil di Pusat Pertubuhan Peladang.

Kementerian juga memantau pengimportan kelapa oleh pihak swasta untuk memastikan tiada lebihan kelapa import dalam negara.
Menjalankan program tanam semula dengan menanam semula kebun yang tidak produktif dengan jenis hasil yang tinggi seperti Matak dan Mawar. Melaksanakan program bagi menggalakkan petani menanam tanaman selingan seperti pisang dan nanas dalam kawasan kelapa.

Pokok Kelapa juga adalah sejenis pokok monokotiledon. Di mana morfologi daun, bunga, buah, akar dan batang mempunyai ciri-ciri monokotiledon. Daunnya mempunyai urat selari manakala batangya bersifat lembut dan diliputi pelepah daun. Bunganya pula terdiri daripada jantan dan betina yang menghasilkan buah berbentuk satu biji benih. Pokok kelapa sawit mempunyai akar yang serabut.

Anda mungkin juga menyukai