Anda di halaman 1dari 1

Ruj.Kami : ANM.PK.P/P.600-5JLD.

3(30) Tarikh : 23 April 2014

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan, PERMASALAHAN POTONGAN ANGKASA BAGI BULAN APRIL 2014 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dengan ini dimaklumkan bahawa terdapat permasalahan potongan ANGKASA bagi bulan April 2014 yang melibatkan sebahagian penjawat awam di beberapa negeri termasuk negeri Perak. Keadaan ini telah mengakibatkan tiada potongan ANGKASA dilakukan bagi bulan April 2014. 3. Sehubungan dengan itu, semua Pusat Tanggungjawab(PTJ)/Pusat Pembayar(PP) diminta memaklumkan perkara ini kepada pegawai di jabatan masing-masing agar menyemak Penyata Gaji bulan April 2014 dan sekiranya tiada potongan ANGKASA, pegawai yang terlibat dikehendaki untuk membuat pembayaran terus kepada agensi pinjaman yang berkaitan. 4. Untuk maklumat lanjut berkenaan jenis-jenis potongan dan kategori pihak agensi pinjaman, kerjasama PTJ/PP dipohon agar dapat menghubungi ANGKASA. Maklumat pegawai untuk dihubungi adalah seperti berikut : (a) Encik Md. Nazri B Hashim (03-78846515); (b) Encik Muhammad Shahmi B Abdul Rashid (03-78008150); (c) Puan Ina Manas (03-78008181); (d) Cik Amy Darmiyanti (03-78008179); (e) Cik Erni Azlinda (03-78846503) atau (f) email kepada perak.angkasa@sola.my (sila sertakan sekali nama penuh, no kad pengenalan dan nombor gaji supaya pihak ANGKASA memeriksa secara terus di dalam pengkalan data). 5. Segala kerjasama Y.Bhg. Dato / Datin / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. UNIT GAJI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PERAK

Anda mungkin juga menyukai