Anda di halaman 1dari 20

JENIS-JENIS BURUNG KENYALANG

Yang berikut merupakan 10 jenis burung kenyalang yang terdapat di Malaysia. Burung Enggang, Burung Lilin dan Enggang Papan lebih mudah
ditemui di Sarawak.

Sumber:www.ietravel.com
Nama : Rhinoceros Hornbill

Nama sainstifik : Buceros rhinoceros

Nama tempatan : Enggang

Ciri-ciri burung jantan : Mempunyai paruh yang melengkung ke atas berwarna merah terang dan kuning.
Bahagian perut berwarna hitam manakala bahagian bawah perut berwarna putih serta ekor berwarna putih
berselang-seli warna hitam.

Cir-ciri burung betina : Saiz badan yang lebih kecil dan warna paruh yang lebih pudar.

Habitat : Hutan malar hijau sehingga ketinggian 1220m.


Sumber:tidechaser.blogspot.com
Nama : Oriental Pied Hornbill

Nama sainstifik : Antharacoceros albirostris albirostris

Nama tempatan : Burung Kelingking / Burung Lilin

Ciri-ciri burung jantan : Saiz badan yang agak kecil dan berwarna hitam serta mempunyai tanda muka warna putih
yang kecil. Mempunyai paruh berwarna kuning pucat dan sedikit warna hitam.

Cir-ciri burung betina : Mempunyai paruh yang lebih kecil dan hitam.

Habitat : Hutan malar hijau, hutan kepulauan, belukar, ladang dan taman, ketinggian sehingga 1400m.


Sumber: khaoyai.wordpress.com
Nama : Great Hornbill

Nama sainstifik : Buceros bicornis

Nama tempatan : Enggang Papan

Ciri-ciri burung jantan : Saiz badan yang sangat besar dan lebar, paruh berwarna kuning dan ekor berwarna putih serta
kelepak yang hitam.

Cir-ciri burung betina : Saiz badan yang lebih kecil dan paruh berwarna hitam kekuningan.

Habitat : Hutan malar hijau yang bercampur dengan daun luruh dan hutan di kepulauan, ketinggian sehingga 1525m.


Sumber:ibc.lynxeds.com
Nama : White-crowned Hornbill

Nama sainstifik : Berenicornis comatus

Nama tempatan : Enggang Bulu

Ciri-ciri burung jantan: Warna putih pada kepala, leher, dada dan ekor.

Cir-ciri burung betina: Warna hitam pada leher dan bahagian bawah.

Habitat : Hutan malar hijau, ketinggian sehingga 1000m.


Sumber: www.zoochat.com
Nama : Bushy-crested Hornbill

Nama sainstifik : Anorrhinus galeritus

Nama tempatan : Enggang Kawan / Enggang Buluh

Ciri-ciri burung jantan: Mempunyai bulu yang sangat gelap dan jambul yang lebat.

Cir-ciri burung betina: Paruh yang lebih kecil dan leher berwarna coklat.

Habitat : Hutan malar hijau dan sekunder, ketinggian sehingga 1500m.


Sumber: en.wikipedia.org
Nama : Wrinkled Hornbill

Nama sainstifik : Aceros corrugatus

Nama tempatan : Enggang Berkedut

Ciri-ciri burung jantan : Mempunyai paruh berwarna kuning dan atas berwarna hitam.
Ekor berwarna putih kepada kekuningan.

Cir-ciri burung betina : Kantung leher adalah kurang menonjol manakala ekor berwarna hitam.

Habitat : Hutan malar hijau, hutan paya air tawar dan kawasan tanah rendah ketinggian sehingga 1700m.


Sumber:commons.wikimedia.org
Nama :Wreathed Hornbill

Nama sainstifik : Aceros undulates

Nama tempatan : Enggang Gunung

Ciri-ciri burung jantan : Mempunyai paruh yang kecil dan pendek. Warna ekor kekuningan sehingga perang.

Cir-ciri burung betina : Kepala dan leher berwarna hitam serta kantung leher berwarna biru.

Habitat : Hutan malar hijau dan hutan di kepulauan, ketinggian sehingga 1830m.


Sumber:leesbird.com
Nama : Plain-pouched Hornbill

Nama sainstifik : Aceros subruficollis

Nama tempatan : Enggang Hutan

Ciri-ciri burung jantan : Hampir serupa dengan Enggang Gunung tetapi saiz badan yang lebih kecil.
Paruh yang lebih pendek berwarna perang dan kantung leher warna kehitaman.

Cir-ciri burung betina : Warna putih pada kantung leher.

Habitat : Hutan malar hijau, ketinggian sehingga 915m.


Sumber:en.wikipedia.org
Nama : Black Hornbill

Nama sainstifik : Anthracoceros malayanus

Nama tempatan : Burung Kekek / Burung Gatal Birah

Ciri-ciri burung jantan : Saiz badan yang agak kecil dan mempunyai bulu jambul hitam dan sedikit keputihan serta warna
kulit muka ialah hitam.

Cir-ciri burung betina : Paruh yang lebih kecil dari burung jantan dan mempunyai kulit sedikit merah jambu.

Habitat : Hutan malar hijau dan ketinggian sehingga 215m.


Sumber:www.vikingsword.com
Nama : Helmeted Hornbill

Nama sainstifik : Rhinoplax vigil

Nama tempatan : Burung Tebang Mentua / Burung Torak

Ciri-ciri burung jantan : Saiz badan yang besar dengan bulu ekor yang panjang serta mempunyai kulit yang berwarna
merah gelap di sisi kepala, tekak dan leher.

Cir-ciri burung betina : Saiz badan yang lebih kecil, paruh yang berbintik hitam di hujung. Manakala kulit muka dan
leher berwarna ungu pucat.

Habitat : Hutan malar hijau dan ketinggian sehingga 1400m.
Burung Helang Tiram
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Burung Helang Tiram

Status pemuliharaan

Kurang membimbangkan (IUCN
3.1)
[1]

Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Order: Falconiformes
Keluarga: Pandionidae
Sclater & Salvin, 1873
Genus: Pandion
Savigny, 1809
Spesies: P. haliaetus
Nama binomial
Pandion haliaetus
(Linnaeus, 1758)
Burung Helang Tiram (bahasa Inggeris: Osprey) merupakan sejenis burung pemangsa besar
berhijrah. Burung ini boleh didapati di semua benua kecualiAntartika walaupun di Amerika
Selatan ia cuma ditemui sebagai burung berhijrah tidak membiak. Nama sainsnya ialah Pandion
haliacetus
[2]
,
[3]
.
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Taburan
2 Ciri-ciri
3 Makanan
4 Pembiakan
5 Pengekalan
6 Rujukan
7 Pautan luar
Taburan[sunting | sunting sumber]
Burung Helang Tiram boleh didapati di semua benua kecuali di Antaratik. Ia tidak membiak
di Amerika Selatan.
Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]
Burung Helang Tiram ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidupbertulang
belakang (vertebrat). Burung Helang Tiram ialah haiwan berdarahpanas, mempunyai sayap dan
tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Ia mempunyai paruh tanpa gigi.
Jantung Burung Helang Tiram terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali
sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Makanan[sunting | sunting sumber]
Burung Helang Tiram merupakan seekor burung pemangsa dan memburu ikan.
Pembiakan[sunting | sunting sumber]
Sebagai burung, Burung Helang Tiram membiak dengan cara bertelur 2-4 biji. Telur yang
dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.
Pengekalan[sunting | sunting sumber]
Burung Helang Tiram merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen
pemburuan untuk memburunya.
Burung Lang Siput
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Burung Lang Siput

Status pemuliharaan
Berisiko rendah
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Burung
Order: Accipitriformes
Keluarga: Accipitridae
Genus: Haliaeetus
Spesies: H. leucogaster
Nama binomial
Haliaeetus leucogaster
Gmelin, 1788
Burung Lang Siput atau juga dikenali sebagai Lang Laut
[1]
atau Lang Laut adalah salah satu
daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Haliaeetus
leucogaster
[2]
,
[3]
.
Burung Lang Siput merupakan burung pemangsa diurnal yang besar dalam
keluarga Accipitridae. Pada asalnya digambarkan oleh Johann Friedrich Gmelin pada tahun
1788, ia berkait rapat dengan burung Lang Besar ("Sanford's Sea Eagle")
[4]
di Kepulauan
Solomon, dan keduanya dianggap sebagai superspesies. Burung yang menonjol, burung L:ang
Siput dewasa memiliki kepala, dada, bulu bawah sayap (terlindung) dan pelepah ekor putih.
Bagahian atas kelabu dan bulu bawah pelepah penerbangan berlawanan dengan pelepah putih
penutup kovert. Ekornya pendek dan berbentuk baji sebagaimana kesemua spesies lang
laut Haliaeetus. Sebagaimana burung raptor lain, burung betina agak besar sedikit berbanding
burung jantan, dan mampu mencapai sehingga sepanjang 90 cm (36 in) dengan lebar sayap
sehingga 2.2 m (7 ft), dan seberat 4.5 kg (10 lb). Burung muda memiliki jambul perang, yang
perlahan-lahan bertukar putih sehingga berusia lima dan enam tahun. Panggilannya kuat seperti
angsa menghon.
Menetap di India dan Sri Lanka sepanjang Asia Tenggara sehingga keAustralia di persisiran dan
laluan air utamanya, burung Lang Siput membiak dan memburu berhampiran air, dan ikan
membentuk separuh dari permakanannya. Mengambil peluang, ia memakan bangkai dan
pelbagai jenis haiwan. Sungguhpun dinilai Kurang bimbang sejagat, ia semakin berkurangan di
sebahagian Asia Tenggara seperti Thailand, dan tenggara Australia. Ia
ditakrif Terancam di Victoria dan Lemah (Vulnerable) di Selatan Australia danTasmania.
Gangguan manusia pada habitatnya merupakan ancaman utama, samaada dari aktiviti langsung
manusia berhampiran sarangnya yang menjejaskan kejayaan pembiakannya, dan penebangan
pokok bagi ia bersarang. Burung Lang Siput dihormati oleh penduduk asli Australia di
kebanyakan tempat di Australia, dan menjadi subjek pelbagai kisah cerita rakyat disepanjang
julatnya.

Isi kandungan
[sorokkan]
1 Ciri-ciri
2 Makanan
3 Pembiakan
4 Habitat
5 Gambar
6 Perlindungan
7 Rujukan
8 Pautan luar
Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]


Burung Lang Siput ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan,
filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas :burung. Burung Lang Siput
adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah.
Paruh Burung Lang Siput tidak bergigi.burung lang siput juga di kenal sebagai burung lang
terbesar di asia selatan,bahagian badan burung lang ini terdapat warna kelabu,bahagian
belakang dan juga kepak terdapat warna hitam....kuku dan juga tapak kaki berwarna kuning
kelabu.jantan 70-80 cm dan bentina 80-90 cm .anak burung helang berwarna coklat dan berubah
semasa dewasa.
Burung Lang SIput pertama kalu digambarkan oleh ahli semulajadi JermanJohann Friedrich
Gmelin pada tahun 1788, sungguhpun John Latham membuat catatan pada spesies ini pada
tahun 1781, dari spesimen yang didapati pada Februari 1780 di Kepulauan Princes Island di luar
persisiran paling barat tanjung Jawa semasa pelayaran terakhirKapten Cook.
[5]
Nama khususnya
hasilan dari bahasa Yunani leuko- 'putih',
[6]
dan gaster 'perut'.
[7]
Saudara terdekatnya adalah
Sanford's Sea Eagle yang kurang dikenali di Kepulauan Solomon. Ini membentuk superspesies,
dan sebagaimana biasa pada superspesies Lang Laut lain, satu (Lang Siput) memiliki kepala
putih, berbeza dengan kepala hitam spesies yang lain. Paruh dan mata adalah hitam dan cakar
bewarna kuning gelap sebagaimana kesemua lang laut Hemisfera Selatan. Kedua-dua spesies
ini memiliki sekurang-kurangnya sedikir warna gelap pada ekor mereka, sungguhpun mungkin
tidak selalu jelas kelihatan pada burung Lang Siput. Jujukan nukleotide pada gen kytochrome
bbagi dua lang laut adalah antara yang di analisa pada kajian 1996. Sungguhpun ia jauh
berbeza pada kelihatan dan ekologi, capahan genetik mereka pada 0.3% menunjukkan leluhur
kedua bentuk mungkin berpecah selewat 150,000 tahun dahulu. Pengarang kajian memutuskan
bahawa sungguhpun capahan genetik adalah lebih selari dengan subspesies, perbezaan pada
rupa dan tingkah-laku memerlukan kedua dikekalkan sebagai spesies
berlainan.
[8]
JujukanMitochondrial bagi lokus kytochrome b berbeza agak sedikit berbanding
Sanford's Sea Eagle mencadangkan perpecahan agak baru selepas Lang Siput-New
Guinea mengkoloni Kepulauan Solomon.
[9][10]


Makanan[sunting | sunting sumber]
burung lang siput merupakan burung yang berada di kawasan laut,pantai dan pulau...makanan
kegemaran burung lang adalah ikan,siput,dan juga burung burung kecil,kadang kala juga tikus di
jadi kan makanannya....
Pembiakan[sunting | sunting sumber]
Burung Lang Siput membiak dengan bertelur. Telur Burung Lang Siput bercangkerang keras.
Habitat[sunting | sunting sumber]
Gambar[sunting | sunting sumber]


Burung lang siput - juvanil


Burung dewasa sedang terbang
Perlindungan[sunting | sunting sumber]
Burung Lang Siput merupakan burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar
Malaysia.
[11]

Burung Lang Hitam
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Burung Lang Hitam

Status pemuliharaan
Berisiko rendah
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Burung
Order: Accipitriformes
Keluarga: Accipitridae
Genus: Ictinaetus
Spesies: I. malayensis
Nama binomial
Ictinaetus malayensis
(Temminck, 1822)
Burung Lang Hitam ialah salah satu daripada haiwan yang boleh di dapati di Malaysia. Nama
sainsnya Ictinaetus malayensis
[1]
.
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Ciri-ciri
2 Makanan
3 Pembiakan
4 Habitat
5 Perlindungan
6 Rujukan
7 Rujukan
Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]
Burung Lang Hitam adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan,
filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Lang Hitam
adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah.
Paruh Burung Lang Hitam tidak bergigi.
Burung Lang Hitam merupakan pemangsa pemangsa besar bersaiz panjang sekitar 70-80cm.
Lang dewasa mempunyai pelepah hitam keseluruhannya, dengan pangkal paruh (cere) dan kaki
kuning. Sayapnya panjang dan mengucup pada bahagian dalam utama memberikan bentuk
yang jelas baginya. Ekornya juga panjang dan menunjukkan jalur kabur. Sayapnya membentuk
V cetek ketika terbang. Dilihat pada tengahari yang panas, melayang dipuncak pokok mencari
sarang, burung ini mudah dilihat kerana warnanya yang hitam berkilat, bersaiz besar, dan ciri
penerbangan perlahan, kadang-kala hanya melepasi pucuk pokok.
Kedua jantina mempunyai rupa yang sama, tetapi helang muda mempunyai ropol di kepala,
bahagian bawah dan bawah sayap.
Bentuk sayap membezakan spesies ini daripada bentuk hitam Burung Lang Hindik, (Spizaetus
cirrhatus).
Makanan[sunting | sunting sumber]
Lang Hitam makan mamalia, burung dan telur. Ia merupakan pemburu sarang dan terkenal
kerana keupayaannyaterbang keluar masuk puncak pokok. Cakarnya direka khas bagi
menyambar dan mencekam mangsa.
Pembiakan[sunting | sunting sumber]
Burung Lang Hitam membiak dengan bertelur. Telur Burung Lang Hitam bercengkerang keras.
Burung Lang Hitam membiak di selatan Asia dari India dan Sri Lanka sehingga Asia Tenggara.
Habitat[sunting | sunting sumber]
Ia merupakan burung hutan pergunungan. Ia membina sarang pentas dari ranting di
atas pokok dan bertelur satu atau dua telur.
Perlindungan[sunting | sunting sumber]
Burung Lang Hitam merupakan burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar
Malaysia.
[2]

Lang Bahu Hitam (Black-Shouldered Kite /
Black-Winged Kite)
Lang Bahu Hitam ataupun nama saintifiknya, Elanus
caeruleus daripada keluargaAccipitridae adalah satu-satu helang
yang boleh ditemui di kawasan pinggir hutan dan tanah lapang
khususnya berhampiran dengan sawah padi/bendang (kalau ikut
loghat utara) sehingga ke 500 meter dari aras laut. Lang Bahu
Hitam boleh di jumpai di negara Afrika sehingga ke Australia
termasuk Malaysia. Jadi distribusi helang ini agak luas. Saiz
burung dewasa adalah antara 31cm - 35cm dan makanan
kegemarannya adalah tikus. Atas sebab ini kadang kala helang
ini juga dipanggil sebagai Lang Tikus !

Bahagian atas badan lang ini berwarna kelabu pudar manakala
bahagian sayap sekundernya berwarna hitam. Matanya berwarna
merah dan bahagian bawah badannya berwarna putih.


Burung betina akan bertelur sebanyak 3-5 biji di mana
sarangnya dibina atas pokok yang tidak setinggi seperti helang-
helang yang lain. Musim pembiakannya dikatakan sepanjang
tahun.


Salah satu ciri istimewa burung pemangsa ini ialah tabiatnya
yang memerhati mangsa dari atas sambil mengipas-gipas
sayapnya sebelum menjunam ke arah mangsa. Tabiat ini tidak
ditonjolkan oleh mana-mana helang yang lain.




Burung Enggang Jambul Hitam
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Burung Enggang Jambul Hitam

Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Burung
Order: Coraciiformes
Famili: Bucerotidae
Genus: Aceros
Spesies: A. corrugatus
Binomial: Aceros corrugatus


Burung Enggang Jambul Hitam (bahasa Inggeris: (Sunda) Wrinkled Hornbill ) ialah burung
enggang yang sederhana saiznya, dan merupakan pembiak tempatan
di Malaysia dan Indonesia. Pemburuan burung ini di Malaysia memerlukan lesen. Dahulunya
digolongkan dalam genus Rhyticeros, bersama-sama dengan burung-burung enggang yang
mempunyai paruh beralun, Burung Enggang Jambul Hitam kini digolongkan dalam
genus Aceros. Nama saintifiknya Aceros corrugatus. Ia juga dikenali sebagai burung Enggang
Merantau. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan olehWilliam
Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu.
[1]

Burung Enggang Jambul Hitam di sekitar 70 sentimeter panjangnya, dan mempunyai paruh yang
kuat yang dilakurkan pada tengkorak. Sebahagian besar bulunya berwarna merah, dengan
kepalanya berwarna-warni, dan ekornya putih atau kuning. Burung jantan dan betina mempunyai
corak-corak kepala dan paruh yang berbeza. Burung jantan mempunyai kulit biru di
sekeliling mata dan bulu yang berwarna kuning terang di seluruh bahagian kepala dan dada,
manakala burung betina tidak berwarna sedemikian.
Burung Enggang Jambul Hitam ialah spesies hutan yang khususnya makan buah-
buahan seperti buah ara, walaupun ia juga akan makan binatang-binatang yang kecil
seperti katak dan serangga. Burung ini tidak minum air, tetapi mendapat air yang diperlukan
daripada makanannya. Bunyinya "Kak-kak" yang kasar atau "Row-wow" yang dalam yang dapat
didengar dari berbatu-batu jauh.
Burung Enggang Jambul Hitam merupakan burung monogami yang mengekalkan pasangannya
pada sepanjang hayat. Ia mempergunakan rongga-rongga pokok sebagai sarangnya. Burung
betina akan menutup mulut rongga yang dijadikan sarang dengan menggunakan tanah
liat dan tinja sehingga meninggalkan hanya satu lubang yang kecil supaya anak-anak burung
tidak dapat keluar. Burung jantan pada dirinya akan meluahkan makanan untuk memberi makan
burung-burung di dalam sarang. Selepas beberapa bulan apabila anak-anak burung cukup
besar, burung betina akan merempuh sarang itu.
Burung Enggang Jambul Hitam membiak dalam kurungan buat pertama kali pada tahun 1988.


Anak burung jantan

Anda mungkin juga menyukai