Anda di halaman 1dari 20

PETIKAN KITAB AYYUH AL WALAD (WAHAI ANAKKU)

Karya Imam Abu Hamid al-Ghazzali rh



NASIHAT 1 :
WAKTU ITU IALAH KEHIDUPAN

Wahai anakku yang tercinta,sebahagian daripada nasihat Rasulullah SAW kepada umatnya ialah:




Mafhumnya:

Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah Taala daripada seseorang hamba apabila dia
selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah.Dan seandainya ada satu saat sahaja
daripada umurnya yang telah digunakannya pada sesuatu hal yang bukan menjadi tujuan
hidupnya (yakni beribadat kepada Allah) maka layaklah panjang penyesalannya (diakhirat
kelak) dan sesiapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya
masih belum menguasai kejahatannya maka layaklah dia mempersiapkan diri untuk ke
neraka.

Sebenarnya sekadar ini pun sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.

NASIHAT 2 :
BAGAIMANA SEWAJARNYA KITA MENERIMA
NASIHAT

Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang beratnya ialah menerima isi nasihat tersebut
kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi sesiapa yang selalu mengikuti kehendak
hawa nafsunya.Nafsu sangat mencintai perkara-perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yang
mencari ilmu yang rasmi serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkan
kesenangan dunia,kerana orang yang seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengan
sekadar memperolehi ilmu itu sudah cukup untuk menjadi sebab keselamatannya dan sebab
kebahagiaannya mala dia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu.Orang yang seperti
ini sebenarnya telah terpengaruh dengan itiqad dan aliran pemikiran ahli falsafah.

SubhanaLlah,alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini.Bukankah dia telah mengetahui
bahawasanya seseorang itu apabila telah dapat menghasilkan ilmu kemudian dia tidak beramal
dengan ilmu yang telah diketahuinya itu,nanti di akhirat kelak dia akan dipersoalkan dengan soalan
yang lebih berat daripada orang-orang yang tidak tahu apa-apa.Sebagaimana Nabi Muhammad SAW
bersabda:



Mafhumnya:Orang yang paling pedih seksaannya pada hari qiyamat nanti ialah seorang alim
yang Allah tidak memanfaat ilmunya

Diriwayatkan oleh Syeikh Junaid al-Baghdadi bahawa seorang yang telah bermimpi bertemu
dengannya di waktu tidur selepas kematiannya.Lalu orang itu bertanya kepada Al-Junaid:Apa
khabarmu wahai Abu al-Qasim.Lalu Sheikh menjawab :Sebenarnya telah hilang segala ilmu yang
zahir dan ilmu yang batin Dan sudah tidak ada lagi yang bermanfaat kecuali hanya beberapa rakaat
yang sempat kami lakukan di tengah malam.

NASIHAT 3 :
ILMU DIAMALKAN BERMANFAAT

Wahai anakku,Janganlah engkau muflis dalam amalan serta janganlah kamu melakukan perkara
yang tidak berfaedah.Ingatlah bahawa hanya berbekal ilmu tanpa amal belum boleh menjamin
keselamatanmu diakhirat nanti.Misalnya,seandainya seseorang memiliki sepuluh bilah pedang yang
tajam dan pelbagai senjata lain.Dia juga seorang yang berani dan sangat handal dalam seluk beluk
peperangan.Kemudian datang seekor singa tangkas terus menyerangnya.Adakah cukup dia
mempunyai pelbagai senjata yang canggih tetapi tanpa menggunakannya,sudah tentu dia tidak akan
dapat menangkis serangan singa itu.Segala senjata itu berguna apabila ia digunakan oleh pemiliknya
itu.

Demikian juga seseorang yang menguasai ratusan ilmu sedangkan dia tidak beramal
dengannya,nescaya segala ilmu tersebut tidak akan memberi manfaat.Analogi yang sama boleh
dimisalkan dengan seseorang yang ditimpa demam kuning panas yang dinasihatkan oleh doktor
supaya dia meminum ubat sekanjabin dan kaskab.Dia tidak akan sembuh sehingga pesakit itu
meminum ubat tersebut.

Sehubungan dipetik satu syair Parsi yang bermaksud:Seandainya engkau menimbang dua ribu
kati arak,maka engkau tidak akan mabuk sehingga engkau meminumnya.

Justeru itu,walaupun anda menuntut ilmu seratus tahun lamanya dan menghimpunkan seribu buah
kitab,anda masih belum mendapat rahmat Allah kecuali setelah anda mengamal dan menghayati
semua ilmu tersebut
.Dalam konteks ini Allah SWT berfirman:



Maksudnya: Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat sesuatu kecuali apa yang
diusahakannya.(Surah al-Najm ayat 39)


Dan firman Allah lagi;


Maksudnya: Maka sesiapa yang mengharap akan bertemu dengan Tuhannya,maka hendaklah
dia beramal dengan amalan yang sholeh.(S.Al-Kahf ayat 110).

Firman Allah lagi:

Mafhumnya: (Balasan yang diberikan kepada mereka) adalah sebagai ganjaran bagi apa yang
diusahakan oleh mereka.Surah at-Taubah ayat 82.

Firman Allah lagi:

Maksudnya: Sesungguhnya orang2 yang beriman dan beramal sholeh nescaya mereka akan
dikurniakan syurga firdaus sebagai tempat tinggal mereka.Mereka kekal didalamnya dan
mereka sudah tidak mahu lagi mencari tempat yang lain daripada kediaman mereka itu.Surah
Al-Kahf ayat 107-108).

Firman Allah lagi:

Maksudnya: Melainkan orang2 yang bertaubat dan beriman serta beramal dengan amalan
sholeh. Surah al-Furqan ayat 70.

Apabila anda tidak beramal dengan ilmu maka apakah respons anda terhadap hadis berikut:


Mafhumnya: Islam itu ditegakkan atas 5 perkara:Syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan
Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah,mendirikan sholat,mengeluarkan zakat,berpuasa
Ramadhan,mengerjakan haji ke BaituLlah bagi mereka yang berupaya.

Iman itu perkataan dengan lidah,membenarkannya dengan hati dan melaksanakannya dengan
pancaindera.Dalil yang menuntut kita beramal amat banyak.Walaupun seseorang itu masuk syurga
dengan rahmat Allah,namun ianya tercapai dengan taat dan ibadah.Rahmat Allah amat hampir
dengan orang yang berbuat baik.Sebelum ke syurga kita perlu melalui dugaan2 besar.Ujian pertama
ialah iman.Apabila kita mati dalam keadaan beriman,adakah kita muflis dari segi amal.Hasan Basri
berkata:Allah berfirman kepada hamba2Nya di akhirat:Masuklah kamu ke dalam syurga dengan
rahmatKu,dan tentukan kedudukan kamu mengikut amalan masing-masing.

NASIHAT 4 :
BALASAN SETIMPAL DENGAN AMALAN

Selama mana anda tidak beramal,selama itu juga anda tidak akan mendapat pahala.Diriwayatkan
bahawa seorang lelaki daripada Bani Israel yang beribadat selama 70 tahun,lantas Allah SWT
menunjukkan keadaannya kepada para malaikat.

Allah SWT mengutuskan malaikat kepadanya yang berkata:Walaupun anda telah beribadat
selama 70 tahun,namun itu tidak melayakkan anda untuk masuk syurga.Lelaki tersebut
menjawab:Itu bukan urusan saya.Saya diciptakan untuk beribadat kepada Allah.Itulah
pekerjaan yang mesti saya laksanakan.Malaikat tersebut melaporkan hal tersebut kepada
Allah.Sehubungan ini Allah SWT berfirman kepada para malaikat.Apabila hambaKu tidak
berpaling daripadaKu maka Aku akan membalasnya dengan kemurahanKu,Aku juga tidak
akan berpaling daripadanya.Wahai para malaikatKu bersaksilah bahawa Aku telah
mengampuni segala dosa lelaki itu.
Sehubungan ini junjungan Rasulullah SAW:

Mafhumnya:Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung,dan timbanglah amalan mu sebelum
kamu diadili.


Ali karramaLlah wajhah menyatakan:

Ertinya:Siapa yang menyangka bahawa tanpa usaha dia akan dapat masuk ke dalam syurga
maka orang itu hanya berangan-angan dan siapa yang menyangka bahawa hanya dengan
usaha dia akan masuk syurga maka orang itu telah merasa kaya daripada rahmat Allah.
Sehubungan ini Hasan al-Basri menegaskan bahawa mencari syurga tanpa amalan adalah satu dosa
daripada segala dosa.Beliau menegaskan lagi:Tanda seseorang itu memahami hakikat ilmu itu ialah
meninggalkan perbuatan memerhati pahala suatu amalan,dan bukan meninggalkan amalan.

NASIHAT 5 & 6 :
KEIKHLASAN NIAT & HAKIKAT HIDUP

Berapa banyak ruang malam anda telah diisi dengan mengkaji ilmu dan membaca bahan bacaan
dengan mengurangkan tidur.Apakah tujuan anda berjaga malam.Apakah niat anda berjaga malam
untuk mencari keuntungan duniawi,mengumpul harta kekayaan,mengejar pangkat dan bermegah
dengan kebolehan anda di khalayak manusia.Alangkah ruginya apabila anda masih berada pada
tahap itu.

Alangkah beruntungnya anda berjaga malam dengan berniat untuk menghidupkan syariah Nabi
Muhammad SAW,membersihkan jiwa dan akhlak anda serta menundukkan keinginan nafsu anda
yang sentiasa menyuruh berbuat jahat.


Kata penyair:


Mafhumnya: Berjaga malam bukan kerana zatMu nescaya hampa,
Dan merintih bukan kerana kehilanganMu nescaya terbatal.

Hakikat Hidup,Cinta dan Amal

Wahai anakku tercinta!
,

Hiduplah anda menurut kemahuan lantaran anda pasti menemui kematian,dan cintailah apa yang
anda kehendaki lantaran anda akan pasti berpisah daripadanya serta beramallah anda menurut apa
yang anda mahu lantaran amal perbuatan anda akan dibalas






NASIHAT 7 :
UTAMAKAN ILMU FARDHU AIN

Apakah hasil yang akan anda perolehi seandai hanya menghabiskan masa belajar ilmu kalam
(perbahasan ilmu usuluddin yang mendalam),ilmu yang membahaskan fekah secara terperinci,ilmu
perubatan,kesusasteraan,kesenian,astronomi dan ilmu tata bahasa Arab,walhal anda menyalahi
perintah Allah dan melanggar larangannya.
Aku telah melihat dalam kitab Injil yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. ada menyebut :

Mulai seseorang itu menjadi mayat,dia akan ditanya dengan empat puluh soalan.Soalan yang
pertama mempersoalkan:Wahai hambaku!Kenapa engkau sepanjang masa membersihkan zahirmu
yang menjadi tempat pandangan manusia,tetapi engkau tidak menyucikan barang sesaat pun hatimu
yang menjadi tempat pandanganKu ?

Setiap hari Allah memandang hatimu lantas berfirman:

Kenapa engkau memberi perhatian selain daripadaKu,sedangkan engkau dilingkungi
ihsanKu.Apakah engkau tuli tidak dapat mendengar lagi?

NASIHAT 8 :
ILMU GANDINGAN AMAL

Ilmu tanpa amal adalah sesuatu yang tidak siuman.Amal tanpa ilmu pula adalah sesuatu yang sia-
sia.Ketahuilah bahawa Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan dirimu daripada
maksiat.Malah belum berupaya mendorong anda mengerjakan ketaatan serta tidak akan menjauhkan
anda daripada api neraka di akhirat kelak.

Apabila anda tidak beramal dengan ilmu serta tidak membetulkan kesilapan masa lalu anda,kelak
akan berkata:



Maksudnya:Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu
menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): Ya Tuhan kami, kami telah
melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal
saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin. Surah al-Sajadah ayat 12.

Lalu dikatakan kepadamu:Wahai manusia yang tidak menggunakan akal,kenapa engkau hendak
kembali ke sama sedangkan engkau baru datang dari sana?





NASIHAT 9 :
TINGKATKAN HEMAH, KAWAL NAFSU & BEKAL
UNTUK AKHIRAT

Berhemahlah untuk meningkatkan kerohanian serta anggaplah kegagalan berpunca daripada hawa
nafsu yang songsang.Biarkanlah kematianmu itu hanya pada jasad kerana tempat persemadian
jasad adalah didalam liang lahad.Para ahli al-kubur senantiasa menanti kedatanganmu bersama
mereka,janganlah anda kesana tanpa persiapan.Saydina Abu Bakar al-Siddiq r.a. berkata:Jasad kita
itu tidak ubahnya laksana sangkar burung atau kandang haiwan maka fikirlah dengan mendalam
tentang hakikat dirimu.Dan tentukanlah dirimu yang mana satu antara dua perumpamaan itu.Jikalau
anda umpama burung yang terbang tinggi maka ia akan terbang dengan penuh kegembiraan apabila
ia mendengar seruan:

) (

) (

) (

) (
Maksudnya: Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi
diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-
Ku.(Surah al-Fajr ayat 27-30)

Anda akan terbang tinggi sehingga hinggap di pucuk pohon-pohon syurga sebagaimana sabda
Rasulullah SAW ketika meninggal sahabat nya Saad bin Muaz:

Mafhumnya:Telah bergegar aarasy Allah kerana kegembiraan ketika kematian Saad bin
Muaz.Mudah-mudahan Tuhan melindungi anda daripada menjadi seperti binatang ternak
sebagaimana firmanNya:

Maksudnya:Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin
dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-
ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-
tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk
mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat
lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Surah al-Araf ayat 179.

Maka tidak mustahil anda berpindah dari alam dunia ini ke dalam jurang api neraka.Imam Hasan
Basri telah diberi gelas yang berisi air sejuk lantas beliau memegangnya dan jatuh pengsan.Apabila
sedar seseorang bertanya kenapa tuan pengsan.Jawab beliau tadi aku teringat angan-angan ahli
neraka yang berkata kepada ahli syurga:




Maksudnya:Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: Limpahkanlah kepada kami
sedikit air atau makanan yang telah dirizkikan Allah kepadamu. Mereka (penghuni surga)
menjawab: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang
kafir, .(Surah al-Araf ayat 50)



NASIHAT 10 :
BANGUNLAH QIYAUMULLAI

Wahai anakku yang tercinta ! Seandainya ilmu sahaja telah memadai maka apakah perlunya seruan
supaya kita bangun beribadah diwaktu malam atau penghujung malam,sebagaimana berikut:



Adakah disana orang yang meminta sesuatu ? Adakah di sana orang yang meminta ampun ?
Adakah disana orang yang bertaubat ?

Sebahagian sahabat Rasulullah SAW menceritakan tentang ketinggian peribadi Abdullah ibn
Umar.Junjungan SAW bersabda tentangnya:




Mafhumnya:Abdullah bin Umar itu baik orangnya apatah lagi apabila beliau selalu bangun sholat
diwaktu malam.


Dan Rasulullah SAW pernah bersabda kepada salah seorang sahabatnya:




Mafhumnya:Ya Fulan!Janganlah engkau terlalu banyak tidur diwaktu malam kerana terlalu banyak
tidur diwaktu malam itu mengakibatkan seseorang itu papa kedana di hadapan Allah pada hari
qiyamat nanti.
Wahai anakku! Hendaklah engkau selalu mengingati firman Allah:




Maksudnya: Dan hendaklah engkau bangkit sholat tahajjud pada sebahagian daripada
malam.(S.al-Isra` ayat 79)


Maksudnya:Dan diwaktu sahur mereka sentiasa beristighfar mohon keampunan Allah.( S.az-
Zariyat ayat18
Maksudnya:(Mereka yang berjaya itu ialah) orang yang selalu beristighfar pada waktu sahur.
Nabi SAW bersabda


:
Mafhumnya:Tiga suara yang dicintai Allah; Suara ayam jantan yang berkokok diwaktu
dinihari,suara orang yang membaca al-Quran dan suara orang yang beristighfar di waktu
sahur.

Sehubungan ini Sufyan al-Thauri menyatakan bahawa Allah SWT menciptakan satu angin yang
berhembus diwaktu sahur untuk membawa zikir Perkasa.

Beliau menambah lagi bahawa apabila tiba malam terdengar suara yang memanggil dibawah
arasy:Hendaklah kamu bangkit wahai ahli ibadat ! Lantas mereka pun bangin sholat sebanyak-
banyaknya.Apabila berlalu separuh malam maka terdengar suara yang menyeru Hendaklah kamu
bangkit wahai para qanitin ! iaitu orang-orang yang beribadah dengan bersungguh-sungguh.Lantas
mereka bangkit dengan mengerjakan sholat hingga waktu sahur.Dan apabila tiba waktu sahur maka
terdengar suara.Hendaklah kamu bangkit wahai para mustaghfirin.Lalu mereka bangkit
beristighfar.Dan apabila fajar sudah menyinsing maka memanggil satu suara.Hendaklah kamu
bangkit wahai para ghafilin iaitu orang yang lalai.Lantas mereka bangkit dari hamparan mereka
seperti orang yang mati yang bangkit dari kubur mereka.

Wahai anakku tercinta ! Luqman al-Hakim berwasiat kepada anaknya:Janganlah ayam jantan itu
lebih bijak daripada anda.Ia berkokok diwaktu sahur sedangkan anda masih tidur lagi.Syair berikut
digubah indah untuk menginsafkan anda wahai anakku !



Sesungguhnya memanggil-manggil dikegelapan malam burung merpati yang bertenggek
diatas dahan kayu.Ia terus memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku
Bohong,sebenarnya aku berbohong demi Tuhan BaytuLlah,seandainya aku sememangnya
asyikkan Allah sudah tentu burung tidak akan mendahuluiku menangis.
Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang sangat dahaga untuk bertemu
kekasihnya,namun kenapa aku masih belum mampu menangis seperti menangisnya haiwan.

NASIHAT 11 :
IBADAH MESTI BERLANDASKAN SYARIAH

Pengetahuan yang mendalam mengenai kaedah melaksanakan ibadah yang sahih kepada Allah
menjadi pati rahsia segala ilmu.Ketaatan dalam peribadatan bermakna mengikut peraturan Allah
SWT dalam arahanNya dan tegahanNya yang merangkumi semua perkataan dan perbuatan.
Contohnya berdosa seseorang yang berpuasa pada hari raya fitrah dan aidul adhha serta pada hari-
hari tasyriq.Demikian juga berdosa bagi seseorang yang mengerjakan sholat dengan memakai
pakaian curi,walaupun pada zahirnya dia telah beribadah.

Wahai anakku,hendaklah seluruh perkataan dan perbuatanmu selaras dengan peraturan syarak,kera
ilmu dan amal yang menyanggahi syarak adalah sia2 sahaja.Janganlah anda tertipu dengan
sebahagian amalan melampau ahli2 tasawuf,kerana sebenar2 jalan akhirat hanyalah dengan
bermujahadah,melawan nafsu dengan riadhah atau latihan bukan hanya dengan ucapan yang direka-
reka.

Tanda-tanda kecelakaan seseorang ialah tidak mengawal lidahnya,tertutup hatinya dengan kelalaian
dan syahwat.Cahaya marifah tidak akan bersinar dan hidup dalam hati2 yang empunyanya tidak
bermujahadah melawan nafsu serta leka dengan kehidupan yang sia-sia.


NASIHAT 12 :
HAKIKAT ILMU HANYA TERCAPAI DENGAN
MENGAMALKANNYA

Sebahagian daripada persoalan mu kepada ku memerlukan penghayatan kerana ia adalah masalah
zauqiyyah.Tetapi bila engkau telah sampai kepada hakikat halnya maka barulah engkau
faham.Masalah ini tidak boleh dikupas dengan perkataan tetapi ia perlu dirasai dan diamalkan seperti
manisnya sesuatu yang manis atau pahitnya sesuatu.Ia memerlukan penghayatan bukan sekadar
perkataan dan tulisan.

NASIHAT 13 :
*4 KRITERIA SEMPURNA BAGI ORANG YANG
MENJALANI JALAN ALLAH SWT

Empat kreiteria yang perlu ada bagi orang2 salik;
1. Itiqad yang benar yang tidak ada bidah didalamnya iaitu itiqad ahlussunnah wal
jamaah
2. Bertaubat dengan taubat nasuha sehingga seseorang itu tidak akan kembali
mengerjakan dosa yang pernah dilakukannya
3. Minta atau mohon halal daripada semua makhluk ini sehingga anda tidak akan
dituntut lagi pada hari qiamat kelak.
4. Mendalami ilmu2 syariah demi melaksanakan segala perintah Allah dan mendalami
serta menghayati ilmu akhiratyang menjamin keselamatanmu dengan izin Allah di akhirat
nanti.

NASIHAT 14 :
AMANAT IMAM AL SYIBLI RH

Imam asy-Syibli telah berkhidmat dengan 400 orang guru.Beliau pernah berkata aku telah menelaah
4000 hadith Rasulullah SAW,tetapi aku benar2 mengingati dan mengamalkan satu hadith ini.Aku
dapati hadith ini boleh menjamin dengan izin Allah keselamatanku dan kesejahteraanku.Didalam
hadith ini terkandung ilmu golongan terawal dan ilmu pengetahuan golongan terkemudian.

Hadith tersebut ialah;

Mafhumnya:Beramallah untuk duniamu sekadar mana engkau akan tinggal didalamnya.Dan
beramallah untuk akhiratmu sekadar mana engkau akan berada disana.Dan beramallah kerana Allah
SWT sejauhmana engkau berhajat kepadaNya.Dan bertindaklah dengan sebarang amalan yang akan
menghumbankan engkau kedalam api neraka sekadar mana engkau sabar menahan seksaannya.

Wahai anakku! Apabila anda mengetahui hadith ini,maka sebenarnya tidak perlu lagi engkau
berbangga dengan ilmu yang banyak.

NASIHAT 15 :
*8 WASIAT HATIM AL ASAM

Imam al-Asam adalah pelajar kesayangan Imam Syaqiq al-Balkhi.Gurunya itu berkata
kepadanya;Anda telah belajar daripadaku selama 30 tahun,apakah ilmu yang engkau perolehi
daripadaku ? Hatim al-Asam menjawab:Aku telah perolehi 8 faedah daripadanya yang aku harapkan
dapat member keselamatan dan kesejahteraanku pada hari kiamat nanti.8 faedah itu ialah:

Faedah 1:Sesungguhnya aku telah melihat makhluk didunia ini yang mengasihi sesuatu dan terlalu
ashik tentangnya.Sebahagian yang dikasihi itu hanya menemani kekasihnya sehingga masa dia
sakit,dan ada yang menemaninya sehingga ke alam kubur.Manakala yang lainnya enggan
bersamanya malah balik meninggalnya sendirian dialam kubur..Aku merumuskan bahawa hanya
amalan yang sholeh adalah kekasih yang terbaik yang sanggup menemani kekasihnya hingga ke
alam kubur.Oleh itu aku menjadikan amalan sholeh sebagai teman dan kekasihku supaya ia dapat
menerangi kuburanku dan menghiburkan aku yang bersendirian dan kesepian.

Faedah 2:Aku lihat kebanyakan makhluk ini sentiasa mengikut hawa nafsu dan menunaikan apa jua
kehendaknya.Aku teringatkan firman Allah:


Maksudnya:
Dan adapun orang yang takut untuk berdiri dihadapan Tuhannya serta menahan nafsu
daripada mengikuti runtunannya,nescaya syurga akan menjadi tempat tinggalnya.Surah an-
Naziat ayat 40-41.Berdasarkan kefahamanku terhadap ayat ini,nafsu patut dimusuhi dan
bangkit berjuang menentangnya.Aku tidak memanjakannya sehingga ia tunduk kepada ku
yang berusaha mentaati dan beribadah kepada Allah SWT.

Faedah 3:Aku melihat ramai orang berusaha menimbunkan harta dan menahannya untuk
dibelanjakan dijalan Allah lantas aku memikirkan firman Allah;


Maksudnya:Apa yang ada disisimu itu akan habis dan pahala yang ada disisi Allah itu adalah kekal.
Justeru itu aku merasa bahagia mengorbankan harta bendaku dengan membahagikannya kepada
fakir miskin supaya ia menjadi pahala yang tersimpan disisi Allah.

Faedah 4: Aku melihat sebahagian makhluk mengira bahawa kemuliaan dan keagungan ramainya
jumlah mereka, para pengikut,banyaknya harta,kuatnya kuasa merampas hak dan harta golongan
lain serta banyaknya harta yang telah dicurahkanMereka telah tertipu dengan kedudukan
tersebut.Aku teringat firman Allah yang menyatakan;



Maksudnya:

Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.S.al-
Hujurat ayat 13.

Aku pilih jalan taqwa..inilah jalan yang benar,dan kepercayaan mereka adalah salah.

Faedah 5:Aku dapati ramai orang yang suka memaki hamun dan mengumpat akibat kedengkian
dalam memiliki harta,kedudukan dan ilmu sedangkan Allah telah
berfirman;



Maksudnya:

Dan Kamilah yang membahagikan segala sumber kehidupan mereka didunia ini.Surah al-
Zukhruf ayat 32.

Fahamlah aku bahawa Allah jualah yang membahagikan segala kenikmatan itu lalu aku tidak
berhasad dengki dengan kelebihan orang lain serta merasa puas hati dengan kurniaan Allah.

Faedah 6:Aku lihat manusia saling bermusuhan kerana sesuatu tujuan sedangkan Allah
berfirman;


Maksudnya:
Sesungguhnya syaitan itu bagi kamu adalah musuh yang nyata kerana itu jadikanlah mereka
sebagai musuh.Surah Fathir ayat 6.

Lantas aku berpendirian hanya syaitan yang patut dimusuhi bukan yang lain.

Faedah 7: Aku lihat ramai orang bersungguh-sungguh mencari rezeki sehingga mengambil yang
syubhah dan haram.Dan ada yang sanggup menjual maruah,walhal Allah berfirman;


Maksudnya:
Dan tidak ada daripada sesuatu yang melata di atas bumi ini kecuali rezekinya telah dijamin
oleh Allah.Surah Hud ayat 6.

Sehubungan ini aku yakin rezekiku telah dijamin oleh Allah,lalu aku sibuk mengerjakan ibadat
kepadanya dan memutus segala harapanku kepada yang lain daripadaNya.

Faedah 8:Pegangan manusia pelbagai ada yang berpegang kepada wang,kepada harta dan
kekuasaan,kemahiran dan pekerjaan,malah ada yang berpegang kepada makhluk selain Allah
sedangkan Allah berfirman;


Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah,maka Dia pasti akan
mencukupkannya,sesungguhnya Allah menyampaikan segala urusanNya.Dan sesungguhnya
Dia telah menjadikan bagi setiap sesuatu itu kadar yang telah ditentukan.Surah al-Talaq ayat 3.

Justeru itu aku terus bertawakkal kepada Allah dan Dia mencukukan keperluanku.Dialah sebaik-baik
yang layak kita berserah diri.Lalu Imam Balkhi berkata:Semoga Allah memberi tawfiq
kepadamu.Semua kitab-kitab Allah membahaskan kelapan-lapan perkara yang kamu rumuskan
tadi.Bermakna sesiapa yang beramal dengannya,mereka telah beramal dengan kitab-kitab Allah.

NASIHAT 16 :
PERLUNUA GURU MURSYID

Orang yang menjalani jalan menuju akhirat perlu bimbingan guru yang mursyid lagi bijak
mendidik.Dia dapat menghapuskan sifat-sifat mazmumah dengan tarbiahnya yang mantap.Sifat-sifat
mazmumah itu diganti dengan sifat-sifat mahmudah.Proses tarbiyah diumpamakan pekerjaan
seorang petani yangsentiasa membuang duri dan rumput yang tumbuh dicelah-celah tanamannya.
Dengan sebab itu tanamannya akan subur dan menghasilkan rezeki yang lumayan.

Guru yang mursyid juga bertindak selaku penta`dib iaitu mengasuh adab dan membimbingnya ke
jalan Allah,kerana Allah SWT mengutuskan rasul-rasulNya untuk menjadi pembimbing umatnya dan
apabila rasul-rasul a.s. wafat tugas mereka diteruskan para khulafa` untuk membimbing manusia ke
jalan Allah.

Guru yang mursyid adalah pewaris Rasulullah SAW yang mendalam ilmunya,tetapi tidak semua
orang alim layak menjadi waris Rasulullah SAW.Justeru itu diperturunkan sifat-sifat guru mursyid:
1. Seseorang yang berpaling daripada mencintai dunia dan pangkat.
2. Guru mursyid dibimbing oleh guru mursyid dan salasilahnya sampai kepada
Rasulullah SAW.
3. Dia seorang yang berjaya mendidik dirinya sendiri dengan menyedikitkan
makan,kurang bercakap,kurang tidur,banyak bersolat,bersedekah dan berpuasa.
4. Disebabkan guru tersebut dibimbing oleh guru mursyid yang menyebabkan dia
memiliki akhlak mulia sebagai cara hidupnya seperti
sabar,sholat,tawakkal,syukur,yakin,qanaah,berjiwa
tenang,penyantun,tawadhuk,berilmu,benar,malu,menyempurnakan janji,teguh pendirian dan
berhati-hati.
Guru mursyid adalah nur daripada anwar Rasulullah SAW yang layak diikuti.Guru seperti ini jarang
ditemui seperti al-Kibrit al-ahmar {belerang merah) yang sukar ditemui.
Apabila seseorang itu dibimbing oleh guru mursyid maka perlu dia menghayati adab-adab bergaul
dengannya.
1. Jangan bertengkar dengannya dan hindari berhujah melawannya.
2. Jangan terburu-buru menghamparkan sejadah dihadapannya kecuali pada waktu
sholat.
3. Jangan memperbanyak solat sunat dihadapannya.
4. Hendaklah dia mengamalkan apa-apa yang diperintahkan oleh gurunya itu dengan
kadar keupayaannya.
5.
Adab-adab batin pula ialah:
1. Apa sahaja yng diterima daripada gurunya itu jangan sekali-kali mengengkarinya dari
segi batin,perbuatan dan perkataan.Jangan dia menjadi seorang munafik,kalau dia tidak
berupaya mematuhi gurunya adalah lebih baik dia meninggalkannya sehingga dia benar-
benar mampu boleh datang semula kepada gurunya. Dan keadaan batinnya sama dengan
keadaan zahirnya.
2. Jangan bersahabat dengan orang jahat supaya terhindar dia daripada berhubung
hatinya dengan syaitan manusia dan syaitan jin.Dengan itu hatinya suci daripada bisikan
syaitan.Dia hendaklah memilih kehidupan fuqara` yang merendah diri daripada cara hidup
golongan kaya yang angkuh.






NASIHAT 17 :
ILMU TASAWWUF

Ilmu TASAWWUF itu mempunyai dua unsur:

Pertama: Istiqamah atau tetap pendirian

Kedua: Baik kelakuan dengan seluruh makhluk.

Tegasnya,sesiapa yang tetap dan berterusan pendiriannya serta baik pergaulan akhlaknya dengan
manusia maka dia dianggap sebagai seorang sufi.Istiqamah bermakna ia sanggup mengorbankan
segala kehendak runtunan nafsunya semata-mata mencari keredhaan Allah dan menghiasi
peribadinya dengan kemuliaan akhlak.Selanjutnya baik akhlak dengan manusia adalah anda tidak
memaksa manusia untuk mengikut semua kehendak anda.Malah anda wajib memaksa diri anda
untuk melayani kehendak manusia asalkan tidak bersalahan dengan syariah Islamiyyah.

NASIHAT 18 :
UBUDIYYAH

2.UBUDIYYAH pula mengandungi tiga elemen:
1. Menjaga dan beriltizam dengan syariah
2. Redha dengan qadha` dan qadar Allah SWT serta pembahagian/pemberian kepada
hamba-hambaNya
3. Anda mencari keredhaan Allah SWT walaupun mengorbankan keinginan
sendiri

NASIHAT 19 :
TAWAKKAL

3.TAWAKKAL bermakna bahawa anda mengukuhkan `itiqadmu dengan janji-janji Allah SWT
dengan meyakini bahawa segala apa yang telah ditakdirkan oleh Allah bagimu pasti akan sampai
kepada dirimu,tiada siapa yang dapat enghalangnya.Sebaliknya apa-apa yang ditentukan Allah SWT
bukan untukmu pasti tidak akan sampai kepadamu walaupun seluruh makhluk berusaha untuk
membantu supaya sampai kepadamu.

NASIHAT 20 :
IKHLAS

4.IKHLAS pula bererti anda menjadikan segala amalanmu hanya kerana Allah SWT dan hatimu tidak
merasa senang dengan pujian manusia dan anda juga tidak merasa tertekan dengan celaan dan
kecaman mereka.

NASIHAT 21 :
RIYA

5.RIYA` pula sebenarnya lahir daripada rasa membesarkan makhluk.Dan kaedah menghapuskannya
ialah bahawa anda melihat makhluk ini adalah diarahkan oleh takdir Allah SWT dan anda merasakan
bahawa mereka itu tidak ubahnya seperti benda-benda yang statik yang tidak memiliki keupayaan
untuk membawa kemanfaatan atau kemudaratan.Dengan demikian anda akan terhindar dengan
mengambil kira pandangan mereka.Sebaliknya apabila anda merasakan bahawa makhluk itu
mempunyai kekuasaan dan kehendak yang menentukan nescaya sifat-sifat riya` itu tidak akan dapat
dilenyapkan.

NASIHAT 22 :
KURANG BERTANYA BANYAK AMAL

Persoalan-persoalan yang telah diajukan olehmu telah ku jawab didalam kitab-kitabku,silalah engkau
merujuk disana.Adalah tidak dibenarkan menulis sebahagian daripadanya kerana ia adalah
ilmu zauqi yang diperolehi melalui kelazatan beramal.Beramallah dengan ilmu yang engkau telah
ketahui supaya dengannya terbuka hijab ilmu yang engkau belum ketahui.
Wahai anakku ! Selepas ini janganlah engkau banyak bertanya kepadaku tentang
kemusykilanmu,melainkan pertanyaan itu datang dengan lidah hatimu.Nasihat ku ini berdasarkan
firman Allah SWT:


Maksudnya:Seandainya mereka bersabar menunggu sehingga engkau (Muhammad) keluar
menghadapi mereka.Maka itu adalah sesungguhnya lebih baik bagi mereka.Dan Allah itu Maha
Pengampun lagi Maha Pengasih.(Surah al-Hujurat ayat 5).
Terimalah nasihat Nabi Khaidir a.s. ketika dia menasihati Musa a.s.:


Maksudnya:Maka janganlah engkau segera bertanya kepadaku tentang sesuatu,sehinggga sampai
masanya aku akan memberitahumu tentang hal itu kepadamu.(Surah al-Kahf ayat 70)
Justeru itu janganlah engkau terburu-buru hendak bertanya sebelum sampai masanya.Dan apabila
tiba masanya ketika itu akan nampak segala-galanya bagimu.Firman Allah dalah Surah al-Anbiya`
ayat 37:


Maksudnya:Selagi akan Aku perlihatkan kepadamu tentang tanda-tanda kebesaranKu,maka
janganlah kamu terburu-buru mendesakku.
Maka janganlah engkau bertanya sebelum tiba masanya,dan yakinlah bahawasanya engkau tidak
akan sampai kepenghujung jalan kecuali apabila engkau terus berjalan sebagaimana firman Allah :


Maksudnya:Apabila mereka tidak mahu berjalan diatas muka bumi ini,lalu mereka dapat melihat
akibat yang menimpa keatas golongan terdahulu daripada mereka iaitu segala sesuatu untuk
dijadikan iktibar.(Surah Fathir ayat 44).

Wahai anakku,Demi Allah seandainya engkau terus berjalan,engkau akan dapat melihat perkara-
perkara yang sangat menakjubkan pada setiap tempat,dan korbankanlah dirimu untuk sampai kesana
lantaran punca kejayaan adalah pengorbanan jiwa raga sebagaimana perkataan hikmah Zun Nun al-
Misri:Jikalau engkau bersedia untuk berkorban dengan jiwa dan ragamu maka teruskanlah
perjalananmu.Jika tidak usahlah engkau mengikuti jalan kesufian.

NASIHAT 23 :
SIRI 1 TINGGALKAN EMPAT (4) PERKARA

Wahai anakku tibalah masanya aku (Imam al-Ghazali) kemukakan nasihatku yang terakhir yang
terdiri daripada lapan perkara.Terimalah nasihat ini agar ilmu yang ada pada dirimu tidak menjadi
alas an yang memudaratkanmu diakhirat nanti.4 Perkara yang wajib engkau tinggalkan dan 4 perkara
lagi wajib dilaksanakan.Empat perkara itu ialah:
1. Berusahalah sedaya upaya untuk tidak terjebak dengan pertengkaran yang akan mencetuskan
pelbagai penyakit.Dosa dan kemudaratannya lebih besar daripada faedahnya.Pertengkaran
mencetuskan sifat-sifat mazmumah/tercela seperti riya`,hasad dengki,sombong,permusuhan dan
membangga-bangga diri.Seandainya perselisihan anda dengan pihak lain demi menegakkan
kebenaran,tentu wujud dua elemen penting,iaitu;
a. Anda mengharapkan kebenaran itu akan terserlah melalui lidah anda atau orang lain.
b. Anda lebih selesa seandainya perdebatan itu diadakan secara tertutup dan tidak dihadiri oleh
orang ramai.
Ketahuilah bahawa mengajukan kemusykilan pada sesuatu masalah itu sama keadaannya
sebagaimana anda mendedahkan penyakit hati atau jiwa kepada seorang doktor.Jawapan kepada
kemusykilan itu setara dengan usaha menyembuhkan penyakit.
Ingatlah bahawa orang yang jahil itu berpenyakit hati,sedangkan alim ulama` adalah para doktor yang
berupaya merawati penyakit itu.Justeru itu seorang yang disangka berilmu tetapi belum sempurna
dan mencapai kematangan dalam keilmuan sama dengan seorang doktor yang belum mencapai
tahap kepakaran dan tidak mampu mengubati dan merawat penyakit pesakitnya.Dalam hal ini tidak
semua orang alim yang sempurna ilmu mahu mengubati semua orang yang sakit.Mereka
berkemungkinan hanya mahu merawat pesakit yang berpotensi untuk sembuh.Sebaliknya pesakit
yang berpenyakit kronik dan kritikal sukar untuk dipulihkan,malah doktor itu berkata:Orang ini sudah
tidak dapat diubati.Dia tidak mahu lagi membuang masa untuk merawatnya.
Ketahuilah wahai anakku penyakit jahil ini dikategorikan kepada empat jenis.Hanya satu boleh diubati
dan tiga lagi tidak boleh diubati lagi.Tiga kejahilan yang tidak boleh diubati itu adalah seperti berikut:
i. Orang jahil yang bertanya untuk menimbulkan masalah kerana didorong oleh hasad dengki dan
akibat kemarahan/kebencian.
Kejahilan seperti ini walaupun menerima penjelasan yang baik,lancar dan terang tetap tidak
memuaskan hati mereka malah menimbulkan kemarahan dan kebencian.Adalah lebih baik engkau
tidak menjawab soalan mereka.Sebagaimana yang dijelaskan oleh syair berikut:
*
Maksudnya:Segala permusuhan itu adalah diharapkan akan hilangnya,kecuali permusuhan
yang ditimbulkan daripada orang yang berhasad dengki terhadapmu.
Jangan pedulikan soalannya dan biarkan dia dengan penyakitnya.Sehubungan ini Allah SWT
berfirman:


Maksudnya:Maka berpalinglah engkau daripada mereka yang telah memalingkan mukanya
daripada mengingati Kami,dan dia sebenarnya tidak menghendaki kecuali hanya kesenangan
hidup dalam dunia ini.(Surah al-Najm ayat 29).
Sesungguhnya orang yang terperangkap dengan penyakit hasad dengki seluruh perkataan dan
perbuatannya telah menyalakan api yang menghanguskan seluruh amalannya.Hasad dengki
diumpamakan menghapuskan pahala pendengki seperti api membakar kayu bakar.
ii. Kejahilan juga berakar punca daripada kedunguan atau al-hamaqah.Sifat dungu juga sukar
diubati.Seperti mana kata Nabi Isa a.s. :Aku tidak lemah daripada menghidupkan orang yang telah
mati,tetapi aku tidak akan berjaya mengubati orang yang dungu.Contoh soalan sidungu yang baru
belajar ilmu akal dan ilmu syarak,lantas dia berani mencabar seorang alim yang telah lama
mendalami ilmu akal dan ilmu syarak.Si dungu ini tidak tahu persoalan yang diajukannya dan dia
menyangka orang alim itu juga mempunyai masalah yang sama dengannya tentang persoalan
itu.Soalan si dungu seperti ini tidak perlu dijawab.
iii. Bahawa orang yang bertanya itu memang menghendaki pertunjuk dan hidayah.Tetapi
persoalan yang ditimbulkan setaraf dengan perkataan para ulama` sufi.Pertanyaan itu timbul
daripada kecetekan kefahamannya,Ia tidak perlu dijawab demi kemaslahatannya.Sehubungan ini
Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya:Kami para Anbiya` disuh berbicara dengan sekalian manusia menurut kadar
akal mereka.
iv. Adapun kejahilan yang boleh diubati itu ialah kejahilan yang ada pada seseorang yang benar-
benar ingin mencari pertunjuk dan ia mempunyai akal yang baik dan cepat memahami sesuatu
masalah.Ia bukan dipengaruhi oleh hasad,marah,cintakan kedudukan dan harta dunia.Dia benar-
benar ingin mencari jalan yang lurus,pertanyaannya tidak ada unsure dengki dank eras kepala atau
mahu menguji orang alim.Orang seperti inilah yang boleh menerima perbaikan.Soalannya wajib
dijawab serta permasalahannya wajib diselesaikan.

NASIHAT 23 :
SIRI 2 TINGGALKAN EMPAT (4) PERKARA

Perkara Kedua:

Sewajarnya anda merasa takut bila engkau bertindak selaku penasihat dan pemberi ingat kepada
orang lain,kerana tugasan ini banyak cabaran dan gugaannya kecuali anda sendiri telah menghayati
dan mengamalkan apa yang anda nasihatkan.Oleh itu layaklah anda member nasihat kepada orang
lain.Renungkanlah apa yang pernah diutarakan oleh seseorang kepada Nabi Isa a.s.

Mafhumnya:Wahai putera Maryam ! Nasihatilah dirimu,dan apabila engkau telah mengamalkan
dengan isi kandungan nasihatmu,barulah engkau layak member nasihat kepada orang
lain.Jikalau tidak maka hendaklah engkau malu kepada Tuhanmu.
Sebaliknya bila anda berada dalam situasi yang menyebabkan anda wajib member nasihat
hendaklah anda menjauhi dua perkara berikut:
1. Elakkanlah menggunakan bahasa yang sukar difahami seperti anda menggunakan ibarat-ibarat
dan isyarat-isyarat ahli sufi dan bunga bahasa mereka yang indah kerana Allah SWT membenci
orang yang memaksakan dirinya.Pemaksaan diri melampaui batas dan mencerminkan batin yang
rosak dan hati yang lupa.
Makna tazkirah itu adalah memperingatkan oleh seorang hamba Allah tentang seksaan Allah
diakhirat kelak bagi penderhakaNya dan dia juga mengukur tentang peribadatannya kepada Allah
dan dia juga memikirkan tentang usianya yang telah dilaluinya dan telah disia-siakan tanpa
manfaat.Dia juga merancang tentang masa depannya yang penuh dugaan yang bakal direntasinya
dengan membimbangi keselamatan imannya ketika berdepan dengan kemelut dugaan.Adakah dia
mampu beristiqamah dalam keimanan sehingga keakhir hayatnya dan dia juga turut merasa cemas
untuk berdepan dengan sakaratul mautnya dan kegerunannya untuk berdepan dengan malaikat maut
yang akan mencabut nyawanya.Apakah dia berupaya menjawab persoalan-persoalan bertubi-tubi
malaikat mungkar dan nakir tentang amalannya didunia dahulu ketika dia berada di alam kubur.
Begitu juag dia merasa sedih dengan keadaannya yang belum menentu lagi diakhirat nanti dan
bagaimana situasi dirinya ketika berdiri dihadapan mahkamah Allah kelak.Adakah dia termasuk
dikalangan orang selamat ketika menyeberangi titian sirat al-mustaqim adakah dia akan jatuh
terjunam dalam api neraka Allah.Wal iyazubillah min zalik! Demikianlah pemikiran dan ahwal al-
qalb yang selalu berpusar dalam hatinya.Dan ia sentiasa gelisah dan resah mengenainya.Pukulan
yang bertubi-tubi itu dinamakan tazkirah atau peringatan.
Sebagai seorang yang insaf dan sedar hendaklah dia memberitahu kepada orang lain mengenai hal
ini dan mengajak mereka berfikir untuk menghitung diri dan menginsafi kelemahan diri.Peringatan-
peringatan itu mudah-mudahan mampu menggoncangkan kealpaan mereka,sehingga mereka pun
turut menyesali diri dan berusaha menyempurnakan dan memperbaiki kelemahan dan kealpaan
diri.Mereka juga turut kesal dengan masa yang telah disia-siakan dan kesempatan yang telah
dibiarkan berlalu.Usaha seperti ini dinamakan nasihat.
Keadaan penasihat itu seperti anda menyaksikan rumah yang sedang ditenggelami banjir lantas anda
menyuruh penghuninya segera berpindah menyelamatkan diri.Adakah patut anda menggunakan
isyarat dan bahasa yang sukar difahami oleh penghuni rumah yang hampir musnah itu? Adalah tidak
wajar anda menggunakan kaedah seperti itu.
2. Elakkan memberi nasihat untuk mengharapkan orang ramai berhimpun disekelilingmu dan
menyanjung kehebatanmu dalam memberi nasihat sehingga mereka berkata;Alangkah bagusnya
majlis ini!.Jika demikian niat dan tujuanmu bermakna anda cenderung kepada keduniaan dan hati
anda telah lalai.Bahkan sepatutnya anda menasihat agar mereka mengutamakan akhirat daripada
dunia serta meninggalkan maksiat.Serulah mereka agar mengerjakan taat kepada Allah dan kikis
sifat tamak kepada dunia.Bimbinglah mereka dengan sifat zuhud serta ajaklah mereka menghindari
sifat bakhil.Pupuklah semangat kemurahan jiwa dan kedermawanan.Suburkanlah semangat
kewaspadaan terhadap tipudaya dunia dan lazimilah diri dengan ketaqwaan.
Dalam menasihati manusia, hendaklah memupuk semangat cintakan akhirat dan membenci sifat
kerakusan terhadap dunia.Ajarkanlah mereka ilmu yang sahih tentang beribadah kepada
Allah.Tunjukkan kepada mereka jalan kezuhudan kerana kebanyakan manusia sering dan mudah
terpesong daripada landasan hukum syarak serta mudah mengerjakan perkara-perkara yang tidak
diredhai Allah serta cenderung kepada akhlak mazmumah atau tercela.Suburkanlah kegerunan dan
kebimbangan mereka kepada kemurkaan Allah serta bimbang terjatuh kedalam jurang
kebinasaan.Mudah-mudahan hati mereka mengingati Allah dan menjauhi maksiat.Inilah nasihat yang
sahih.Sesiapa yang tidak memenuhi ciri-ciri penasihat seperti yang dijelaskan tadi ia merupakan
suatu bala yang membahayakan orang lain.

NASIHAT 23 :
SIRI 3 TINGGALKAN EMPAT (4) PERKARA

Perkara Ketiga:
Usahlah anda bergaul dengan kaum pemerintah yang zalim dan lalai serta janganlah anda
mengkagumi kemegahan hidup mereka dan duduk dalam majlis bersama mereka kerana ia
merupakan penyakit yang amat kronik.Seandainya anda dipaksa atau terpaksa berada bersama
mereka janganlah anda memuji dan menyanjung mereka.Ini disebabkan Allah amat benci apabila
orang yang zalim dan fasiq dipuji dan disanjung.Apabila seseorang itu mendoakan umara` yang zalim
itu panjang umur bermakna ia telah rela maksiat berleluasa di muka bumi Allah SWT.
Perkara Keempat:
Janganlah anda menerima sebarang pemberian para umara` yang zalim itu dan usaha sekali-kali
menerima hadiah daripada mereka walaupun anda mengetahui bahawa hadiah dan pemberian itu
dari sumber yang halal sekalipun.Lantaran sifat tamak dan ghairahmu untuk menerima hadiah dan
habuan daripada mereka akan merosakkan agama dan akhlakmu dan akan lahir sifat berpura-pura
dirimu kerana meraikan kedurjanaan mereka.Anda seolah-olah menyetujui kezaliman mereka.Ia
merupakan antara perkara yang merosakkan agama.Apabila anda menerima pemberian mereka
bermakna anda telah mencintai mereka.

Justeru itu sesiapa yang menyukai seseorang yang zalim itu bermakna dia akan mengharapkan
supaya sianu itu panjang umur dan kekuasaannya terus kekal dan anda mendapat habuan
daripadanya.Ini bermakna anda menghendaki kerosakan dan kezaliman terus berleluasa diatas bumi
Allah ke atas makhluk-makhlukNya yang lemah.Inilah kerosakan yang tiada tandingannya lagi.Anak-
anakku! Janganlah engkau terpedaya dengan godaan syaitan yang menyatakan ,Bahawa yang lebih
baik dan yang lebih utama bahawa anda ambil sahaja wang dinar dan dirham daripada mereka lalu
anda bahagikan kepada fakir miskin.Kalau tidak nanti pemerintah yang zalim akan
membelanjakannya wang itu untuk berbuat kefasikan dan kezaliman.Jadi lebih baik anda mengambil
wang itu lalu disedekahkan atau bahagikan kepada orang-orang yang lemah. Janganlah anda tertipu
dengan perkataan seperti itu kerana sebenarnya syaitan telah banyak menjerumuskan orang dengan
helah atau tipu muslihat seperti ini.

Dan hal ini telah kami jelaskan dengan terperinci didalam kitab kami `Ihya` Ulum alDin.Wajarlah
anda merujuk kedalamnya.(Persoalan ini dibahaskan dalam kitab al-Halal wa al-Haram Jilid ke2
kitab tersebut).

NASIHAT 24 :
LAKSANAKAN EMPAT PERKARA

Pertama:Hendaklah anda menilai dan mengukur perhubunganmu dengan Tuhanmu.Perhatikan
perlakuan dan layanan pekerja atau orang bawahanmu denganmu yang anda merasa senang
dengannya.Demikian juga apa yang anda tidak suka tentangnya hambamu yang majaz (yang
hakikatnya dia adalah makhluk Allah juga sepertimu).Oleh itu janganlah anda bertindak sebagaimana
pekerjamu itu ketika anda berhubung dan berinteraksi dengan Tuhanmu kerana Dia adalah Tuan
yang memilikimu.
Kedua:Segala tindakan anda terhadap orang lain hendaklah didahului dengan mengukur tindakan itu
sekiranya terkena keatas diri anda sendiri.Justeru itu apa yang anda suka orang lain melakukan
keatas diri anda maka laksanakanlah yang sedemikian itu keatas orang lain.Ini disebabkan iman
seseorang hamba Allah itu tidak akan sempurna sehingga dia mencintai seluruh manusia apa-apa
yang disukai keatas dirinya sendiri.
Ketiga: Apabila anda mempelajari sesuatu ilmu atau menelitinya secara mendalam biarlah ilmu itu
dapat memperbaiki dan menyuci jiwa anda.Demikian juga seandainya anda mengetahui bahawa usia
anda hanya tinggal seminggu lagi,pasti anda tidak sibuk belajar ilmu feqah yang sibuk
berkhilafiah.Anda juga dalam keadaan seperti itu tidak akan sibuk belajar teori akhlak dan ilmu kalam
untuk berdebat semata-mata.
Dalam keadaan seperti ini anda akan sibuk dengan muraqabah hati anda sendiri dengan mempelajari
sifat-sifat kejernihan jiwa dan berpaling dari urusaqn dunia yang melalaikan.Ketika itu anda sibuk
mengisi hati anda dengan cinta Allah,beribadat kepadaNya dan menghiaskan diri dengan sifat-sifat
mahmudah.
Wahai anakku yang tercinta ! Dengarlah nasihatku dengan teliti mudah-mudahan anda berada di
jalan keselamatan.
Cubalah anda fikirkan sekiranya seorang sultan hendak melantikmu menjadi menteri besarnya
seminggu lagi.Beritahukan kepadaku apakah yang anda akan lakukan dalam tempoh seminggu itu ?
Sudah tentu dalam masa seminggu itu anda akan melakukan apa sahaja yang disukai oleh sultan itu.
Maka sekarang cuba anda fikirkan baik-baik apa yang telah aku katakana tadi kerana anda adalah
seorang yang cerdas kefahamannya dan perkataan yang sedikit sudah cukup bagi seorang yang
bijak.


Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya:Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada paras rupa anda dan amalan anda
yang zahir tetapi Dia Maha Melihat dan Menilai keadaan hati dan niat anda.
Seandainya anda ingin memperdalamkan hal-hal yang berkaitan dengan hati maka hendaklah anda
merujuk kepada kitab Ihya` Ulum al-Din dan yang lainnya daripada hasil nukilanku.
Ilmu yang berkaitan dengan penyucian jiwa adalah termasuk dalam ilmu-ilmu fardhu ain dan yang
lain daripadanya adalah ilmu fardhu kifayah,kecuali sekadar anda belajar hokum-hukum yang
berkenaan dengan kesempurnaan mengerjakan kefardhuan yang diwajibkan.Mudah-mudahan Allah
memberi tawfiq kepadamu dengan menghasilkan ilmu dari jenis itu.
Keempat: Janganlah anda menghimpunkan harta benda dunia lebih banyak daripada cukup makan
setahun seperti apa yang pernah dibuat oleh Rasulullah SAW bagi sebahagian daripada isteri-
isterinya dan Junjungan SAW bersabda:
Mafhumnya: Ya Allah jadikanlah makanan keluarga Muhammad hanya
secukupnya sahaja.
Junjungan Nabi SAW tidak menyediakan makanan untuk keperluan setahun keluarganya,atau
tegasnya Junjungan hanya menyediakan makanan untuk sehari setengah sahaja.

NASIHAT 25 :
PENUTUP DAN DOA

Wahai anakku,sesungguhnya aku telah tuliskan dalam warkah ini apa-apa yang dikau
inginkan.Sewajarnya dikau melaksanakan isi kandungannya dan janganlah dikau melupaiku dalam
doa-doamu.Ambillah doa ini dan amalkan selepas sholatmu.







Maksudnya:Ya Allah aku memohon daripadaMu nimat yang paling sempurna,pemeliharaan
yang berkekalan,rahmat yang menyeluruh,kesihatan yang berhasil,kehidupan yang
mudah,umur yang berbahagia,ihsanMu yang paling sempurna,kenimatan yang
menyeluruh,kelebihan yang paling lazat dan kelembutanMu yang paling hampir.Ya Allah
jadilah Dikau pembela kami dan bukannya penghukum kami.




Maksudnya:Ya Allah tamatkanlah ajal kami dengan kebahagiaan dan limpahkanlah kepada kami
yang lebih baik daripada apa yang kami harapkan dan iringilah kehidupan pagi dan petang
kami dengan kesihatan serta jadikanlah kesudahan hidup kami dan kemuncak cita-cita kami
untuk memperolehi rahmat dan redhaMu.Ya Allah curahkanlah kemaafanMu kepada kami
seperti hujan yang lebat yang menyucikan dosa-dosa kami dan kurniakanlah kepada kami
nimatMu yang memperbaiki segala keaiban kami serta jadikanlah taqwa itu sebagai bekalan
kami dan kurniakanlah kesungguhan kepada kami untuk memperjuangkan agamaMu dan
jadikanlah tawakkal dan pegangan kami hanya dengan Dikau Ya Allah.









Maksudnya:Ya Allah tetapkanlah kami berada diatas jalan istiqamah dan lindungilah kami
didunia ini daripada melakukan perkara-perkara yang mengakibatkan penyesalan kami di hari
qiamat nanti dan ringankanlah bebanan dosa-dosa kami dan kurniakanlah kepada kami
kehidupan sebagai hamba-hambaMu yang baik dan jauhkanlah kejahatan orang-orang yang
durjana keatas kami dan lepaskanlah leher-leher kami,ibubapa kami serta seluruh saudara-
saudara kami baik lelaki mahupun perempuan daripada belenggu api neraka
jahannam.Semuanya itu dengan berkat rahmatMu.Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha
Mengampuni,Maha Pemurah serta yang menutup keaiban kami.Wahai Tuhan Yang Mengetahui
lagi Maha Perkasa,Ya Allah Ya Allah Ya Allah dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha
Pengasih,Wahai Tuhan Maha Terawal dan Yang Maha Terkemudian.Wahai Tuhan Yang
Mempunyai kekuatan yang amat kukuh Wahai Tuhan Yang Mengasihi orang miskin,Wahai
Tuhan Yang Maha Pengasih,Tidak ada Tuhan Yang Layak Disembah melainkan Dikau Maha
Suci Engkau sesungguhnya aku ini termasuk dikalangan orang yang menzalimi diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai